Dia Sebenarnya

De bubblybunga

24.7K 1.5K 221

Kisah Jad dan Ally Hati ini tahu dimana harus ia berlabuh Plagiarism is a crime. Don't copy Mais

04
05
06
07
01
08
02
DIA SEBENARNYA

03

3.3K 238 17
De bubblybunga


ALLY lontarkan tubuh ke katil. Bosan menonton TV, dia masuk ke dalam bilik.

Matanya merenung kipas yang ligat berputar. Selalunya aircond dibuka. Tetapi tidak hari ini. Rosak rasanya bila beberapa kali butang on off ditekan, tiada udara sejuk yang dirasakan. Sudah dua minggu dia duduk di kondo Irfizzad ini.

Kedua-dua tangannya naik pada tengah dada. Merasai detak jantung. Matanya dipejamkan seketika.

Dup dap.

Dup dap.

Dup dap.

Normal. Tiada apa yang lain. Bermakna dia masih hidup dengan baik. Aturan nafasnya tenang. Tidak mengah seperti sebelum ini.

Ally buka matanya. Fikirannya jauh menerawang. Memikirkan sesuatu.

Ir.fiz.zad

Jad.

Perlahan nama itu meniti di bibirnya. Ditekan kuat tangan di dada. Kali ini detak jantungnya tetap normal. Nama itu diulang sebut lagi. Mengapa tidak hatinya berdegup kencang saat nama itu berlegar di kepala?

Ally geleng kepala laju-laju. Ah! Mengapa perlu dia ingat. Baguslah jika begini. Menyusahkan saja jantungnya nanti mahu bekerja lebih masa.

Dia hela nafas. Saat ini, wajah Jad muncul di ruangan mata. Wajah tegang itu kadangkala buatkan dia cuak. Sungguh.

Bibir diketap. Kepalanya digeleng, cuba menghapuskan bayangan yang hadir. Dia kena kuat.

Perutnya tiba-tiba berbunyi. Pagi tadi hanya roti bakar dan bijirin sahaja yang dia sentuh. Cuaca panas buatkan bibirnya pecah lantas buatkan seleranya merudum. Apatah lagi dengan Jad yang makan bersama. Dua kali ganda seleranya hilang.
Bicara bisu mereka tadi buatkan dia gelisah. Nampak sangat lelaki itu hanya bersahaja tanpa menghiraukannya.

Tubuh diangkat. Sudah petang. Perutnya lapar. Nak masak, dia malas. Baik oder makanan sahaja.

Ally turunkan kaki ke lantai. Beberapa tapak melangkah, tubuhnya terhenti. Keluhan dilepaskan saat tubuh membongkok mengambil baju lelaki yang bersepah. Tuala yang tidak disangkut dengan betul juga diambil. Dimasukkan ke dalam bakul. Katil dikemaskan sedikit.

Telefon pintar diambil, mahu membuat tempahan. Namun bunyi loceng di pintu membuatkan niatnya terbantut. Segera Ally bergerak apabila telinganya makin sakit dengan bunyi loceng yang membingitkan.

Dan dia tidak terkejut saat pintu terbuka. Tanpa kata, tubuh itu masuk melepasi dirinya. Ally berdecit.

“Nak apa?” Soal Ally.

“Tak boleh datang ke?” Soalan balas daripada Jad. Kondo ni dia yang punya dan dia tak suka bila Ally sudah berlagak lebih daripada tuan rumah.

Ally kalih pandang. Dipandang belakang tubuh Jad sebelum pintu ditutup semula. Langkahnya tertuju ke ruang tamu. Baru pergi tadi dah muncul balik.

“Masak hari ni? I lapar.” Jad henyak punggung di atas sofa. Dia tidak kisah dengan soalan tidak berbalas oleh Ally. Entah mengapa pemanduannya tertuju ke sini. Lagi pula dia tidak tahu hendak ke mana. Kepalanya lebih banyak berfikir tentang isterinya ini. Walau sudah banyak kali dia cuba melupakan, tetap juga sama. Sampai dia sendiri sakit kepala.

“I tak masak. Baru nak oder.” Telefon pintar di tangan diangkat malas.
Jad picingkan mata.

“You tak masak?” Pelik. Setiap kali dia datang ke sini, pasti ada makanan yang tersedia. Sudah cukup untuk mengenyangkan perutnya.

“Tak. Kalau you nak makan, I boleh oderkan sekali.” Ally menawarkan bantuan. Berdiri tidak jauh dari Jad. Malas mahu berlawan kata.

“I nak you yang masak.” Mata Jad menyorot pada Ally yang berada di depannya. Pada sepasang kaki panjang itu, naik pula pada bahagian atas tubuh yang tersarung t-shirt besar.

Ah! Ally memang selalu begini.
Ally ketap bibir. Sungguhlah tidak faham bahasa seorang Irfizzad ini. Datang ke sini untuk makan dan mahu dia memasak.

“I malas. Penat.” Suara Ally perlahan.
Tangannya melingkar berpeluk tubuh. Bukan tiada lauk ikan, mahupun ayam. Ada sahaja dalam peti ais tu. Sardin juga ada. Cuma hari ini dia mahu oder makanan. Tekaknya mengidam fast food.

Jad bersandar. Terkebil-kebil matanya memandang wanita di depannya.

“Masak aje lah. Bukan susah pun. I nak makan.” Dia bertegas. Yakin yang Ally akan ikut katanya.

“You nak makan, you masak sendiri.”

“Degil.”

Tanpa kata, Ally bergerak menjauh. Tangannya menari pada skrin sentuh telefon. Beberapa menu yang tertera di laman FoodPanda dibaca. Bicara Jad dibiarkan bagai angin lalu.

“Tak payah place order. I suruh you masak. Tak faham bahasa?” Suara Jad memecah ruang sunyi. Tepat pada cuping telinga Ally. Telefon bimbit dirampas. Mata mereka saling berlaga. Ada rasa tidak enak di situ.

Ally kacip gigi menahan rasa geram. Kalau dia berlawan pun, belum tentu dia akan menang. Entahkan dia yang akan jadi ‘lauk’ lelaki ini nanti.

“Lama lagi kalau nak siap masak.” Berharap agar Jad faham. Secara tidak langsung, dia mahu mengusir lelaki ini segera.

“Masak je. I tunggu.” Jad tetap akan berada di situ. Menunggu.

Ally menjeling tajam. Suara keluhannya terlepas lantas dia bergerak ke dapur. Rambutnya diikat tinggi. Periuk nasi dicapai. Dua pot beras dituang ke dalam ke dalam periuk. Beras dibasuh dan diletakkan ke dalam rice cooker. Plug dihidupkan. Hendak tak hendak dia terpaksa memasak juga.
Tin sardin dipegang.

Ah! Kaki dibawa ke peti ais. Ikan dan sawi jepun dikeluarkan. Dia mahu masak sup dan goreng ikan. Matanya seketika mengerling pada Jad yang sudah terbaring di hadapan sana. Bermain dengan telefon bimbit.
Kalau tak masak sayur ni pun tak apa. Biar makan ikan goreng dengan kicap, lagi bagus. Getus hati Ally.





SETENGAH jam berperang di dapur. Akhirnya siap juga makanan. Ally melangkah keluar. Suaminya sudah tiada di situ. Entah ke mana pergi.

“Jad...” Suara Ally memanggil.

“Jad...” Lagi sekali Ally memanggil. Kakinya melangkah menjauhi ruang tamu. Bergerak ke bilik. Ternyata lelaki itu berada di dalam bilik tidurnya.

Lantas tubuh Jad didekati.

“Jad...” Ally memanggil lagi. Tubuhnya tegak berdiri di sebelah Jad.

“Irfizzad!” Kali ini nama penuh diseru. Namun masih tiada respons. Penat sangatkah?

Bahu Jad disentuh. Digerakkan sedikit sebelum pergerakannya terhenti.
Matanya menyoroti keseluruhan wajah yang sedang lena itu. Tidur pun nampak tegang. Hati Ally menggetus.

Dompet yang terletak di atas meja diambil. Dibuka. Ada beberapa keping not ungu. Ally mencebik. Duit banyak. Dompet diletakkan semula.

Ally perhatikan ruang sekeliling. Badan condong ke hadapan. Kedua-dua baki butang baju Jad dibuka satu persatu. Pasti lelaki ini panas.

“Nak buat apa?”

Ally terkejut. Pergelangan tangannya dilelar, hampir saja terjatuh di tengah dada yang sudah terdedah.

Tangannya cuba ditarik. Namun genggaman Jad erat. Malah lengannya ditarik buatkan dia terjatuh di atas tubuh itu.

“You nak apa?” Jad berbisik pada wajah di hadapannya yang begitu rapat.

Ally biarkan saja tubuhnya begitu. Takut jika dipaksa, makin kasar perlakuan Jad nanti.

“Makanan dah siap.” Dia jawab datar. Mesti Jad fikir yang dia mahu mengambil kesempatan tadi.

“I nak kejutkan you makan. You kata nak makan.” Sambung Ally.

Pandangannya dialihkan daripada memandang Jad. Terasa dagunya ditarik. Serta merta pandangan mereka berlaga.Tiba-tiba jemari Jad mengusap bibirnya.

Ally tarik wajahnya ke belakang. Dia gelisah sendiri dengan perlakuan tak terduga Jad.

“Ya ke?” Suara garau Jad kedengaran bertanya. Aduh,  bibir yang di hadapannya ini cantik, sengaja dia bermain di situ. Malah, kalau sudah bertindih begini, peratusan untuk ‘hanyut’ itu tinggi. Dia juga boleh hilang akal nanti.

“Habis tu, ingat I nak buat apa? Bunuh you?” Mahu sahaja Ally membentak. Mengapa dirasakan setiap perbuatannya tidak kena di mata Jad?

“Berani ke?”Jad bertanya lagi Dia tidak tahu mengapa dia memperlakukan Ally begini. Rahang Ally disentuh.

Ally ketap bibir. Panas dengan soalan provokasi sang suami. Pandangannya dilarikan daripada terus ditatap mata hitam Jad.

“I memang tak mampu bunuh you, tapi I dah buat hidup you merana sekarang.” Ally menjawab. Dia tidak mahu kalah.

“Hey! Ally!” Kedua-dua pipi Ally dipegang. Ditarik rapat.

“Mind your own words.”

Ally cebikkan bibir.

“You takut.” Ada rasa suka dalam hatinya bila melihat reaksi Jad. Kesakitan pada pipi dibiarkan.

“I takkan merana seorang diri. You yang start. Jadi you pun mesti merana dengan I.” Jad pamer sengihan sinis. Pipi Ally ditekan lantas bibirnya bersatu dengan bibir Ally. Kasar. Seketika cuma yang mampu menaikkan nafsu kedua-duanya.

“Jad!” Ally tarik tubuhnya. Ditumbuk kuat dada bidang itu. Bibirnya diketap. Wajahnya berkerut seribu.

Jad gerakkan rahang. Sakit di dada terasa. Sampai berbunyi. Liur ditelan lalu tubuhnya diangkat bangun.

“Lain kali jangan cakap yang bukan-bukan kalau tak nak macam tadi.” Sengaja Jad mengugut. Separuh tubuh Ally yang terdedah buatkan nafsunya berkocak hebat. Mana dia tahan.

Ally pegang bibirnya. Dipicit-picit kuat. Bagai mahu membuang bekas cumbuan tadi.

“You sengaja ambil kesempatan. Padahal you tak suka pun.” Jawab Ally kasar. Dipandang Jad yang sudah berdiri tidak jauh dari katil.

Wajah Jad berkerut lagi. Hatinya memang sentiasa panas dengan bicara Ally.

“Benda sedap depan mata, at least I kena rasa sikit.” Jad melangkah keluar usai menuturkan ayat tersebut.

Jawapan yang diberikan buat hati Ally berlahar. Bantal di atas katil ditendang hingga jatuh ke bawah. Sebiji lagi diambil dan dilemparkan ke bawah. Jad pulang hanya mahu cari gaduh dengannya.

Geram.

Ini baru permulaan. Sampai bila dia akan berada disini?




Enjoy!

Continue lendo

Você também vai gostar

331K 15.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
33.9K 3.9K 27
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
95.3K 6.4K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
51.2K 5.2K 22
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...