Happy Reunion

By EraNoura99

378K 7.2K 1.8K

Sambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah t... More

About Chyra [Book 2]
1. Ceraikan Aku!
2. Balik Kampung
3. Arul
4. Mula Hidup Baru
5. Farhad dan Cemburu
6. Kebenaran
7. Datangnya Shahfri dengan Hajat
8. Kenapa Feena?
9. Fly Away
10. Peluang
11. Berbicara Soal Masa Lalu
12. Sebuah Pulau di Eropah
13. Aku tak berhak?
14. Aku Tak Berhak Kerana Aku Percayakan Dia
15. Sisi Gelap Seorang Daniel
16. Julia Jelmaan Layla
17. Dalam Hati Seorang Lelaki
18. Jurnal Hidup Chester
19. Feena dan Sikapnya
20. Pulang
21.Selamat Tinggal, Sofea dan Aiman
22. Janji
23. Biar Hati yang Merasa
24. Cinta Lima Bulan
25. Mampukah Menakhluk jiwa yang Hancur?
26. Di Mana Chyra
27. Cinta ?
28. Belgium di Kuala Terengganu
29. Perang Mulut
30. Julia, dan Rancangannya
31. Berakhirkah Semua Penderitaan?
32. Game Over, Feena
33. Hilang
34. Jangan Pandang Belakang Lagi
35. Siapa Carl?
36. Tak Terhidu
38. Dalam dimensi baru
A little distraction
39. Disturbia
40. Sebuah Penjelasan
41. Nafas Baru.
42. Memori Yang Mati
43. Dua Puluh Empat Perenggan
44. ...
45. Tidurlah
46. Another Session of a Heartbreaking Event
47. Bayangan Makin Jelas
48. Maaf
49. Darren
50. Julia Nour Layla
51. Carl 2.0
52. Anniversary kita

37. Mimpi yang nyata

4K 113 51
By EraNoura99

"Ibu dah pesan, don't talk to stranger! Don't simply follow strangers!" Aku, dalam tubuh kanak - kanak berusia lima tahun waktu itu hanya terkebil - kebil memandang ibu yang sudah merembes air matanya sambil menggoncang tubuhku.

"I'm sorry, ibu." Lidahku lemah, hanya mampu membicarakan kata maaf itu untuk membuktikan aku benar - benar kesal. Ibu menggeleng kepala, lalu memelukku erat.

Lima belas minit lalu, seorang lelaki muda menayangkanku satu teknik silap mata menggunakan coklat dan aku cukup teruja dengan persembahan itu.

"Kalau adik nak tengok lagi banyak magic coklat, meh ikut abang kat belakang sana, nak tak?"Aku awalnya berbelah bagi, tapi rasa teruja mula menggantikan bibit risau. Aku mahu lihat magic coklat lagi.

Aku pandang ibu yang sedang memilih buah - buahan di sebelah sudut barang basah, dan aku pandang juga lelaki muda itu. Hmm, nampak macam orang baik - baik. Mungkin dia harmless, anggapku.

"Tapi ibu pesan jangan cakap dengan stranger. How?" Aku menyoal dengan wajah polos.

"Nama abang Boy, nama adik?"

"Err, Sahairah, panggil Chyra je."

"Haaa so dah kenal kan? Meh ikut abang tengok magic coklat."

"Bolehlah, tapi janji sekejap je tau? Nanti ibu marah." Aku sengih, dan lelaki itu senyum lalu terus menarik tanganku.

Semakin lama langkah kami semakin deras, hingga aku sudah tak mampu menurut. Aku hampir tersembam jatuh.

"Abang jangan laju sangat, penatlah!" Omelku.

Pantas, lelaki itu mendukungku. Dan aku mula rasa risau.

Dari jauh, aku lihat ibu sedang mengejar kami dengan wajah cemas.

"Eh kau nak bawak anak aku pergi mana? Pulangkan anak aku!" Ibu melaung dari jarah lima puluh meter. Aku mula menangis ketakutan, didukung seerat sekemas itu hingga sesak nafasku. Aku menumbuk - numbuk bahu lelaki itu namun kudratku tak seberapa. Orang ramai mula beri perhatian pada jeritan dan laungan ibu. Lelaki yang kononnya pandai magik itu dikepung dari pelbagai arah.

Ibu berjaya mendapatkanku semula atas bantuan orang ramai. Aku bernasib baik kerana masih sempat diselamatkan oleh orang ramai. Tapi berapa ramai pula kanak - kanak diluar sana yang tak bernasib baik diculik malah dibunuh orang yang tak dikenali?

Dan benar, lelaki jahanam itu adalah seorang pedofilia yang berniat mahu mencabulku . Rupanya waktu itu namanya sedang giat diburu polis atas beberapa kesalahan jenayah melibatkan kanak - kanak.

* * *

"Chyra? Bangun Chyra. You mengigau teruk. Something bothering you right now?" Carl yang masih memandu menepuk bahuku perlahan untuk menyedarkanku. Matanya pula masih fokus pada pemanduan.

Aku buka mata. Menggeliat dan membetul - betulkan rambut. Dasyatnya, mimpi aku cukup mendebarkan.

"Nothing serious. Mimpi kembali ke zaman kecil." Aku ketawa walaupun sedar mainan tidur itu cukup mendebarkan, penuh dengan pengajaran.

"Mimpi apa tu? Boleh I tahu?"

"Takde apalah." Aku tak mahu bercerita dengan Carl. Bukan saat yang sesuai untuk aku bercerita soal mimpi pada Carl.

"Hmm okaylah." Carl tak memaksa aku bercerita, namun kelihatan sedikit kecewa.

"Carl, lagi lima kilometer stop sekejap dekat RnR boleh? I nak ke toilet." Carl hanya mengangguk.

"Tell me something about you. A little bit about your life, family, job." Sekadar berbasa - basi aku menyoalnya, mahu menutup rasa tak selesa bermimpi aneh tentang orang asing yang tak dikenali. Aku mengemaskan pelukan di tubuh. Rasa sejuk masih mencengkam diri.

"Both of my parents takde dekat Malaysia. Diorang stay Germany. My mom's Malay and my dad's German. And I dibesarkan di Malaysia bersama nenek."

"I see, kampung you kat mana?"

"Kuala Kubu Baru je pun." Carl sengih menampakkan sebaris gigi putih yang tersusun cantik."

"Love life? Ada apa - apa yang menarik?" Soalku lagi.

"Takde, I'm such a loser." Kali ini Carl mula ketawa.

"Really laa, macam ni punya handsome."

"Yep, I mudah kena tipu, kena game. Sampai penat dah. Mungkin, jodoh I dah mati agaknya."

"Ada pulak cakap camtu." Aku kerut dahi.

"Benda betul pun."

"Its okay, anggap je jodoh you masih sesat kat hutan Amazon." Aku senyum nipis.

"Chyra, you tak takut ke keluar dengan stranger macam I?" Aku terdiam seketika mendengar soalan Carl itu. Walhal, soalan itulah yang bermain dalam benak sejak tadi.

Tak takutkah aku?

"Tak. I tahu you orang baik - baik." Aku cuba sedapkan hati. Nak menyesal sekarang pun dah separuh perjalanan. Lagipun, aku ada urusan dengan Shahfri. Alang - alang meneman Carl ke Kuantan baik juga aku bertemu Shahfri sekali.

Carl senyum lagi. Lalu mengusap kepalaku. Satu perbuatan yang hanya Shahril pernah lakukan. Entah mengapa, aku rasa sebak tiba - tiba. Dan aku juga rasa yang kami sudah lama saling mengenali.

Jangan sampai Carl yang tak ada kena mengena pun terkorban sama!

Aku tersentak. Amaran dari memoriku membuatkan jantung rasa berdebar tiba - tiba.

Serentak itu juga, Carl sudah menghala masuk ke RnR Temerloh. Dengan tenang, lelaki itu mencari tempat parkir paling hampir dengan tandas. Pagi itu kawasan RnR agak lengang.

Aku ke tandas manakala Carl menanti di dalam kereta. Wajahnya tenang, hampir kepada tiada perasaan langsung. Sangat sukar untuk menafsir apa yang ada dalam fikirannya. Tapi, aku bukannya kenal dia sangatpun.

"Sorry lama tunggu." Ujarku ringkas selepas selesai urusan di tandas. Carl hanya senyum nipis sambil menghulurkan seplastik roti dan air kotak, segera aku sambut memandangkan aku juga rasa lapar walaupun tekak seperti tak berselera. Selain lapar, mungkin dengan cara ini dapat merendahkan tembok segan aku.

'Pandai - pandai ikut orang tak kenal, lepas tu nak malu. Kau kenapa?' Kata hatiku memarahi diri sendiri.

"Hope you don't mind." Carl tunjuk smoke podnya yang bersaiz selebar dua jari. Aku cuma angguk sambil membuka penutup air oren saiz kecil Minute Maid. Asap berkepul keluar dihembus Carl, lalu menerawang ke segenap ruang kereta sebelum ia disedut penghawa dingin yang dipasang perlahan. Bau flavor tembikai susu yang keluar dari pod itu cukup menyegarkan tika ini.

"Eh, I baru perasan. Kenapa you lalu jalan dalam pulak ya? Bukan ke ikut highway lebih cepat sampai?" Aku menggaru kepala yang tak gatal saat terperasan kereta Carl sudah meluncur keluar daripada jalan besar. Kini kami mula melalui kawasan tepi sungai dengan deretan kedai - kedai kecil yang agak usang.

"I nak bawak you pergi tempat jual coconut shake paling famous kat area sini. Alah you tunggu je." Carl teruja saat bercerita tentang coconut shake. Aku kerut dahi. Semata - mata sebab coconut shake?

"Alah takkan dah ada orang jual coconut shake waktu pagi macam ni. Lagipun, mana - mana tempat semua sama je coconut shakenya." Aku kurang setuju Carl melalui jalan sebegini semata - mata kerana coconut shake. Pada aku laluan lebuhraya lebih selamat untuk dilalui memandangkan kami sama - sama tak arif jalan di sini.

"Itu I tahulah. Mana - mana sama. Tapi yang membezakan keseronokkan itu adalah waktu kita duduk bersama dengan orang yang kita suka sambil menikmati sesuatu benda ni." Asap tebal terus berkepul - kepul meliputi ruang dalam kereta. Rasa pening pula kepalaku yang jadi mangsa asap pod Si Carl.

"Baik I tak payah teman kalau tahu You expert jalan ke Kuantan ni." Aku mengeluh.

"Mana ada I tahu jalanlah. Ini pun I tengok review kat sini best. Saja nak bawak You jejalan. You tak nampak ni? GoogleMaps sentiasa terbuka je ni." Balas Carl.

"Okay, ikut You. Janji tak sesat sudah." Carl ketawa kecil mendengar aku yang sudah pasrah kerana dia lalu jalan kampung mahu beli coconut shake.

Aku capai telefon, betul - betul rindu pada Daniel sebenarnya dan aku juga patut tahu bagaimana kondisi ibu. Aku sedar, tindakan bodoh saja jika aku berterusan tidak memberitahu sesiapa tentang pemergian aku ke Kuantan ini.

Tiada SMS dan WhatsApp daripada Daniel mahupun ibu, mungkin masih lena dalam dakapan selimut tebalnya. Juga tiada Pesanan emel daripada si jahanam yang mahu mengugutku setiap masa itu. Aku kerut dahi, lebih - lebih lagi memikirkan logik tentang Daniel. Takkanlah Daniel langsung tak risaukan aku yang mendiam sejak semalam?

"Siapa nama boyfriend you tu?" Carl seakan tahu aku sedang memikirkan tentang Daniel. Soalannya terus tepat pada sasaran.

"Daniel. Kenapa?"

"Ex - boyfriend Julia." Carl senyum senget.

"And mana you kenal Julia?" Aku tatap wajah Carl yang bersahaja.

"Julia tu call girl." Jawab Carl pendek.

"And?"

"And I yang selalu kena dumped dengan girlfriend pun berkawanlah dengan dia. Saja, untuk hilangkan bosan je."

"Lelaki semua sama." Aku tak sedar, aku meluahkan kata - kata itu di hadapan Carl.

"Kenapa cakap macam tu?" Carl kerut dahi.

"Entah, tak tahu nak explain tapi I tahu apa yang I cakap." Aku sedang membina tembok ego. Carl pula terus terkekeh ketawa.

"Apalah you ni Chyra, semua nak salahkan lelaki. Haish. You kena faham, I ni selalu kena dump dengan perempuan sampai rasa macam dah takkan wujud lagi lovelife dalam kehidupan I. So memang tu jelah hiburan yang I ada."

"Tapi end up dia hutang you jugak kan? Hiburan, entertainment supposed to entertain you to the core, Carl. But why take it so easy? Sampai tergadai duit." Carl mengangguk setuju dengan kenyataanku.

"Boleh nampak tak betapa malangnya I kan?" -Ketawa lagi.

"Melabur duit untuk perempuan itu juga satu kepuasan hidup." Tambahnya lagi.

"You serious, Carl?" Aku kerut dahi.

"I gurau lah. Ish you ni."

Aku diam. Tekak terasa mual mahu muntah. Pandangan rasa berbalam. Entah kenapa tiba - tiba aku jadi seperti mahu pitam. Berkali - kali aku menelan liur menahan rasa mahu muntah.

"You alright dear?" Carl perasan riakku sudah berubah. Aku hanya mengangguk sambil memejam mata.

"You mabuk eh?" Teka Carl. Aku diam tak menjawab.

Telefon berdering nyaring. Aku kerut dahi untuk mencari fokus yang lari. Farhad? Rasa mual dan mahu muntah masih menekan - nekan perut hingga perutku terasa kejang.

Farhad sedang memanggilku di talian? Farhad masih ingat pada aku?

"Hello Chyra, you kat mana ni?"

"Driving, ermm congratulation you, tak lama lagi dah nak menikah kan?" Aku terus tembak Farhad dengan kata - kata berbaur rajuk. Aku mahu dia tahu yang aku terasa hati kerana berita dia bakal berkahwin tak lama lagi disampaikan oleh ibu, bukan dari mulutnya sendiri.

"Kejap Chyra, hold dulu yang tu. I dah dapat information sapa yang ugut you bagi email misteri tu."

"Siapa Farhad, siapa? You kenal ke orang tu? Kawan - kawan I ke? Or saudara - mara kita ke?" Aku rasa jantungku bagai mahu pecah. Tak sabar rasanya mahu tahu kebenaran.

"Pada I, dia orang asing. Both of us tak kenal dia kot. Tapi tak tahulah kalau you kenal. I bagi you gambar and details dia, then you boleh buat report polis."

"Nak report polis? You dahlah hacked maklumat peribadi dia. How?" Aku tak mampu berfikir lagi. Dengan nak muntahnya, dengan berdebarnya. Carl di sebelah memandu tenang, sikitpun tak terganggu mendengar perbualanku.

"Buat jelah report Chyra! Just please trust me can't you? I tak kisah tanggung risiko kena apa-apa if anything happened but now please tengok pic and details tu, and go lodge a police report." Arah Farhad. Aku akur.

"I'll catch on you later dear. Bye." Aku matikan panggilan.

Dalam keadaan kepala yang cukup berat dan pening, menggagau jugalah aku untuk membuka pesanan email yang dihantar Farhad sebentar tadi.

"You okay Chyra?" Aku jadi rimas pula, dari tadi menyoal - nyoal aku.

"Ya I okay Carl. Now please jangan risau, boleh? And jangan tanya banyak kali dah." Aku fokus memerhati content dalam pesanan email.

Uhh?

Darahku seakan berhenti mengalir, jantungku berdetak laju. Selama ini, si misteri yang mengangguku selama ini adalah Carl? Apa dia mahu dari kami? Bagaimana dia boleh dapatkan semua maklumat kami? Jelas kulihat gambar wajah Carl sedang tersenyum seakan menang dalam perlawanan mempermainkan aku. Aku sudah diperangkapkah?

"Carl."

"Relax Chyra, kejap lagi sampailah kita." Carl senyum. Mataku sudah makin berpinar. Asap vapor yang disedut, dihembus sebanyaknya ke wajahku. Wajahku terasa panas dan mataku mula melayu.

"You okay tak ni Chyra? Macam tengah high je. Teruk jugak you punya motion sickness ya."

"Carl, kita dah makin jauh ke dalam hutan ni Carl."

"Shhh, relax." Carl menutup mataku, dan aku rasa cukup mengantuk sekarang.Tak mampu lagi untuk melawan.

Duniaku jadi gelap gelita.

Carl........ yang aku tahu  kini duniaku hanyalah sebuah kegelapan.

Continue Reading

You'll Also Like

209K 4.8K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
44.3K 4.3K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
32.6K 2.5K 73
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah...
37.6K 1.3K 45
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...