[C] Malaikat Kiriman Tuhan ||...

By whalienalien_52

68.7K 10.6K 2.2K

Dia malaikat tanpa sayap yang dikirimkan Tuhan untuk melindungiku. Beautiful cover by @milkycollab p/s: Untuk... More

intro
-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-END-
+Special Chapter+

-33-

1.3K 200 29
By whalienalien_52

Jimin duduk termenung seorang diri di ruang tamu rumah banglo mewah yang didiaminya itu. Fikirannya melayang jauh. Dia terlalu asyik memikirkan Yurin.

Di mana gadis itu berada sekarang? Sudahlah tiada khabar sejak kelmarin. Sejak kelmarin sehinggalah ke pagi, Yurin masih belum pulang. Apakah dia baik-baik sahaja? Harap-harap begitulah.

Bunyi ketukan dan loceng pintu menamatkan lamunan Jimin. Kalut dia bangun dari duduk. Dia berharap yang Yurin sudah pulang.

"Jimin?" tegur suara itu tatkala wajah Jimin yang terpancul di muka pintu.

"Y-Yoshio? Masuklah dulu." pelawa Jimin yang sedikit hampa namun dia tidak mahu menonjolkan perasaannya di hadapan tetamu.

Yoshio dan Jimin, kedua-keduanya melabuhkan punggung di atas sofa. Mata Yoshio ralit memandang sekeliling. Terasa sunyi betul suasana rumah itu.

"Bila kau sampai Korea? Mak ayah kau ikut sekali ke? Balik bukannya nak beritahu dulu." soal Jimin. Jujurnya dia bersyukur kerana Yoshio ada di sisinya sekarang.

"Baru semalam. Mak ayah aku masih di hotel, petang nanti baru mereka datang sini. Mana mummy dan daddy, Jimin?" giliran Yoshio pula bertanya. Maklumlah dari tadi sunyi sepi saja rumah ini. Macam tiada penghuni.

"Mummy dan daddy ada urusan kerja dekat UK. Katanya on the way balik dah tu. Mungkin petang ni atau pagi esok mereka sampai. Eh kau nak minum apa? Aku buatkan." baru saja Jimin mahu bangun, awal-awal lagi tangan Yoshio sudah menghalang.

"Tak payah susah-susah Jimin. Aku haus, aku pergi ambil sendiri nanti. Oh ya, mana Yurin?" Yoshio mengukir senyuman. Rindu betul dia dengan gadis yang sudah dianggap adik sendiri.

"Yurin pergi jumpa kawan." bohong Jimin. Kalau Yoshio tahu yang Yurin tidak pulang sejak kelmarin, mahu riuh satu Korea.

"Ahh. Haa! Aku ada benda penting nak beritahu kau." nada Yoshio bertukar serius. Jimin mula menumpukan perhatian sambil membetulkan kedudukannya.

"Aku nak kau dan Yurin jauhkan diri daripada lelaki yang bernama Seungcheol tu." ujar Yoshio.

Dahi Jimin bercantum. Dia kehairanan. Kenapa pula?

"Kenapa?" soal Jimin dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Dia tu psycho. Dia larikan diri dari hospital mental di area Hiroshima. Ada masalah mental budak tu. Puncanya dia kena dera dengan ayahnya yang menyebabkan dia trauma sekaligus buatkan dia tak waras." terang Yoshio dengan teliti tanpa meninggalkan satu pun maklumat yang dia dapat, hasil penyelidikannya.

Jimin menelan air liur sendiri. Adakah Seungcheol punca Yurin tidak pulang hingga sekarang?

"Macam pula boleh sesat datang Korea?"

"Biasalah kaya. Kalau ada duit, semua benda boleh settle. Dia tinggal di sini sebagai orang baru. Lakonan dia buatkan semua orang fikir yang dia tu normal. Aku mula selidik pasal dia sejak hari aku ada perlawanan bola sepak di sekolah korang. Aku perasan, tiap kali aku berjalan dengan Yurin, budak tu akan perhatikan kami dari jauh. Tak lebih tepat lagi, dia perhatikan Yurin." tambah Yoshio lagi.

"Aku suruh orang-orang ayah aku untuk selidik pasal dia. Dan aku dapat tahu semuanya. Aku terkejut pada awalnya sebab aku ingatkan dia cuma stalker murahan sama seperti lelaki lain. Rupanya Choi Seungcheol lebih bahaya daripada yang aku sangka."

"Yoshio.." Jimin mencelah. Jantungnya seolah mahu pecah.

"Yurin keluar jumpa dia petang kelmarin tapi masih belum balik lagi sampai sekarang." beritahu Jimin. Yoshio sudah terkesima.

Ah sudah.

"Hah?! Kau tak cuba call dia?" tanya Yoshio yang kerisauan.

"Sudah tapi tak jawab. Macam mana ni? Aku takut.. Yurin—"

"Ini mesti kerja dia! Dia dah lama stalk Yurin dalam diam. Dasar tak guna!" Yoshio menggepalkan penumbuk. Geram.

"Kau dah beritahu mummy dan daddy?"

"Belum. Kau tahulah mummy tu macam mana. Makin bertambah kusut nanti." kata Jimin pula. Kedua-kedua mereka mengeluh.

"Macam ni, aku cuba dapatkan maklumat tentang keberadaan mereka dulu. Kalau Yurin ada call kau, jangan lupa beritahu aku." Yoshio membuat kata putus. Jimin mengangguk setuju.

"Kalau petang ni masih tiada khabar pasal Yurin, aku akan beritahu mummy dan daddy." sekali lagi Jimin hanya mengangguk. Yoshio adalah harapan dia sekarang.

Jimin akan melakukan apa yang terdaya untuk membantu Yoshio.

"I swear, if anything happen to her, I will kill him for sure." ujar Yoshio penuh amarah.

✾✾✾✾✾✾✾

Satu demi satu helaian buku diselak bagi menghilangkan rasa bosan. Yurin mengeluh. Sudah sepanjang hari dia habiskan masa hanya dengan terkurung di dalam perpustakaan kecil itu.

Dia mahu pulang. Paling tidak pun dia mahu keluar dari situ. Taman belakang rumah pun jadilah.

"Makcik Hyun, tak boleh ke Yurin keluar? Bosanlah asyik renung buku dari pagi." adu Yurin.

Sejujurnya dia dikira beruntung kerana Seungcheol tidak mengarinya seperti pagi tadi. Dari sarapan pagi sehinggalah sekarang Yurin bebas bergerak walaupun hanya dalam kawasan rumah itu.

"Tak boleh Cik Yurin. Nanti tuan muda marah. Bersabar sikit ya?" pujuk Makcik Hyun yang setia menemani Yurin atas arahan Seungcheol.

Yurin menarik muka sedih. Sesekali keluhan berat dilepaskan.

"Cik Yurin tahu tak? Perpustakaan ini baru saja wujud. Dulu ianya hanyalah bilik kosong." melihatkan Yurin yang kebosanan, Makcik Hyun mula membuka cerita lama.

"Nak tahu tak kenapa tuan muda wujudkan perpustakaan ni?" Makcik Hyun mengangkat sebelah keningnya. Sengaja memancing perhatian gadis muda itu.

"Kenapa?" soal Yurin seraya memagu dagunya dengan kedua belah tangan.

"Sebab tuan muda kata Cik Yurin suka membaca. Sebab itulah dia bina perpustakaan kecil ni. Khas untuk Cik Yurin seorang." hidung mancung milik Yurin dicuit sedikit oleh Makcik Hyun.

Mata Yurin membulat. Seungcheol buat semua ini demi dia?

"Rajinnya kesayangan aku ni baca buku. Bagus-bagus. Nanti aku buatkan satu perpustakaan mini khas untuk kau."

Kata-kata Seungcheol suatu masa dahulu kini bermain di ruang ingatan Yurin. Dia ingatkan Seungcheol sekadar bergurau.

Seungcheol, kenapa kau perlu bersusah payah demi aku?

Yurin menyoal sendiri sebelum lamunannya terhenti dek deheman Makcuk Hyun.

"Seungcheol yang dulu bukan macam ni. Dia ceria dan periang. Ada saja idea nak sakat orang lain. Tapi bila ibu bapanya bercerai, Seungcheol berubah. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Ayahnya pula kaki botol dan panas baran, jadi badan Seungcheol adalah tempatnya melepaskan marah." nada Makcuk Hyun tiba-tiba berubah. Nadanya melankolik.

"Lama kelamaan dia hilang kewarasan diri. Seungcheol terseksa. Jiwanya cukup menderita." setitis dua, airmata Makcik Hyun mula menuruni wajah wanita tua itu.

"Makcik yang menjaga dia dari kecil tetapi makcik tak mampu merawat lukanya. Makcik tak mampu nak halang perbuatan keji ayahnya." terhincut-hincut bahu Makcik Hyun menahan sebak di hati.

Yurin yang mendengar turut merasa sayu. Bukan kehendak Seungcheol untuk jadi sebegitu.

"Tapi bila dia bercerita tentang seorang gadis yang menarik perhatiannya di sekolah, makcik rasa lega. Setelah sekian lama, senyuman pada wajahnya kembali. Senyuman yang lama makcik rindukan." bahu Yurin disentuh lembut oleh Makcik Hyun.

Makcik Hyun memandang Yurin dengan pandangan mata yang penuh pengharapan.

"Jadi Yurin.. makcik minta tolong. Tolong layan karenah dia, tolong bantu dia untuk sembuh sementara kamu masih di sini. Makcik yakin Yurin mampu lakukannya. Sebab Seungcheol sayangkan kamu." tangan Yurin digenggam erat.

Mahu tak mahu Yurin mengangguk saja. Kalau betul dia boleh bantu Seungcheol, dia akan cuba. Tapi nampaknya peluang untuk dia larikan diri makin tipis.

A/n; Seungcheol pernah cakap nak buatkan perpustakaan mini untuk Yurin dalam chapter 12 (boleh rujuk semula). How your day, my dear?

Continue Reading

You'll Also Like

360K 43K 95
+Sejak aku mengandung, dia yang dapat 'Morning Sickness' dan perangai mengada-gada sampai buat aku pening lalat :') Nasib baik sayang. kalau tak dah...
312K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
48.7K 6.1K 81
Season One: Mistress Season Two: Sick Warning: 15+ "Jimin main sorok sorok dengan Mirae, ya?" sepasang matanya mencari Jimin ke setiap ruang yang ter...