[3]Cinta Jannah ✔

By sirozie

51.2K 1.6K 21

Andainya mampu kan ku ukir. Namamu dan namaku di bulan. Agar satu dunia melihat, restui cinta kita. Hafiz Sui... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9

bab 10 (final)

7.1K 202 13
By sirozie

"Abang..." Jannah mengusap kepala Rayyan yang masih nyenyak tidur.

"Abang bangunlah. Nak sembahyang subuh sama-sama."

Rayyan menggosok-gosok matanya. Muka Jannah di hadapannya sebaik dia membuka mata.

"Assalammualaikum abang."

"Waalaikummusalam sayang." Rayyan bangun dari berbaring.

"Dah pergi bersihkan diri. Subuh dah nak masuk dah ni." Jannah mengurut lembut kaki Rayyan.

"Awalnya sayang bangun?"

"Sayang terjaga tadi sebab baby tendang. Hehe." Jannah mengusap-ngusap perutnya yang nampak macam dah nak meletup.

Rayyan tunduk mendekati perut Jannah. "Anak daddy buli mummy ke? Kesian mummy tau tak cukup tidur. Nakal anak daddy ni."

Jannah ketawa melihat suaminya bercakap dengan perutnya.

"Dah abang pergi mandi cepat. Jangan lupa tengah hari nanti ibu ajak kita makan-makan dekat rumah ibu."

"Iye abang tak lupa." Rayyan cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik air selepas dia sengaja curi-curi mencium pipi Jannah.

"Abang!" Jannah menjerit. Kemudian dia ketawa. Perangai Rayyan tak berubah langsung.

**

"Ha sampai pun anak kesayangan ibu ni." Puan Rozana mencium pipi Jannah di kiri dan kanan. Rindu sangat dia kepada menantunya kerana sudah lama tidak berjumpa.

Jannah ditarik masuk ke dalam meninggalkan Rayyan di luar.

"Ibu sampai hati tinggal Rayyan dekat luar." Rayyan memuncungkan mulutnya.

"Hish buruk lah. Dah nak jadi bapak orang pun nak merajuk lagi. Dah pergi hidang makanan tu. Ibu nak bersembang kejap dengan Jannah. Shuhh.."

Puan Rozana menghiraukan Rayyan. Tergelak Jannah melihat muka masam Rayyan. Nak tak nak Rayyan pergi juga ke dapur untuk menghidangkan lauk.

Bunyi kelentung kelentang dari dapur dengar sampai ke ruang tamu. Tahulah mereka yang Rayyan memang betul-betul merajuk.

"Ibu, Jannah pergi tengok abang Rayyan sekejap." Jannah bangun menuju ke dapur. Kesian kepada suaminya kerana dibuli oleh ibu.

"Abang..." Jannah berdiri di sebelah Rayyan.

"Hurmmm..."

Jannah senyum. "Abang merajuk eh?"

"Hurmmm..."

"Abang janganlah macam ni. Meh sayang tolong abang." Jannah mengambil mangkuk di tangan Rayyan. Lauk asam pedas ikan pari di dalam periuk dia cedok masuk ke dalam mangkuk.

Rayyan pula beralih mengambil pinggan dan susun di atas meja.

Puan Rozana yang dari tadi melihat gelagat anak dan menantunya itu tersenyum senang. Dia bersyukur kerana keputusan dia untuk mengahwinkan Rayyan dan Jannah adalah tepat.

Selesai makan, Jannah membantu Puan Rozana mencuci pinggan. Rayyan pula sudah goyang kaki di ruang tamu sambil makan kuaci.

"Jannah bila nak bersalin?"

"Doktor cakap minggu depan dah due." Jannah senyum. Tak sabar dia nak tengok muka anak yang dikandungnya.

"Ha tak lama lagi la tu. Alhamdulillah. Tak sabar ibu nak tengok cucu ibu. Tapi ibu peliklah Jannah."

Jannah sudah mengangkat kening melihat ibunya. "Apa yang pelik ibu?"

"Ibu tengok perut Jannah ni besar semacam la. Macam mengandung kembar." Puan Rozana memegang perut Jannah.

"Eh tak adalah ibu. Doktor tak cakap apa-apa pun. Biasalah mungkin sebab Jannah kan kecil je tu sebab bila mengandung ni perut tu nampak besar semacam."

"Hurmm mungkinlah kut."

**

"Abang, nak tahu tak. Tadi ibu pelik kenapa perut sayang besar sangat. Ibu cakap yang anak kita ni kembar."

Rayyan yang sedang memandu itu menoleh sekilah memandang Jannah.

"Eloklah tu kalau sayang mengandung kembar. Abang lagi suka. Boleh abang tunjuk dekat kawan-kawan abang yang abang ni bbb." Kembang kempis hidung Rayyan.

"Bbb? Apa tu?" Jannah menyoal.

"Bukan beshe-beshe."

"Macam-macamlah abang ni." Jannah menggeleng.

Tiba-tiba perutnya rasa semacam. Rasa macam memulas-mulas. 'Aduh masa ni pulak rasa nak terberak.' Jannah memegang perutnya.

Rayyan yang melihat muka berkerut Jannah mula panik. "Sayang kenapa sayang? Kenapa pegang perut tu? Nak beranak ke?"

"Bukanlah abang. Abang jangan risaulah. Sayang kan beranak minggu depan."

Selepas itu, Jannah rasa perutnya makin memulas-mulas kemudian bahagian bawah pinggangnya pula mula mencucuk-cucuk. Peluh di dahi makin banyak yang mengalir.

Okay Jannah ni bukan sakit perut nak membuang. Ini sakit perut nak beranak!

Satu...

Dua...

Tiga...

"Abang!!!!!" Jannah menampar-nampak lengan Rayyan.

"Eh sayang, abang bawa kereta ni. Kenapa sayang? Kenapa menjerit?" Makin panik Rayyan.

"Sayang sakit. Nak beranak. Hospital. Cepat!!" Putus-putus nafas Jannah mahu menghabiskan ayatnya. Rasa sakit yang tak tertanggung.

Aduh anak sabar sekejap sayang.

"Nak beranak! Hospital! Ha mana hospital?!" Rayyan turut sama menjerit.

"Mana lah sayang nak tahu. Bawa la pergi hospital cepat." Kali ini Jannah menarik-narik rambut Rayyan pula.

"Okay sayang. Sabar abang nak bawa pergi hospital ni. Jangan tarik rambut abang. Aset ni. Sayang tarik baju eh. Ha nah." Rayyan kalihkan tangan Jannah dari rambut turun ke baju. Sayang sangat dekat rambut tu.



**

"Abang cepatlah bawa kereta tu. Saya tak sabar nak tengok anak dengan cucu kita ni." Puan Jamilah sudah menepuk-nepuk tangan. Selepas mendapat panggilan telefon daripada Rayyan yang Jannah sudah selamat melahirkan. Terus melompat dia. Terkejut Encik Razak yang ketika itu baru keluar dari bilik air. Ingatkan isterinya dah kena sampuk dengan jembalang.

"Iye sabarlah dah tak jauh dah pun hospital tu. Awak ni janganlah nak pegang-pegang stereng ni. Karang kita pula yang masuk hospital sekali." Encik Razak menampar lembut belakang tangan Puan Jamilah. Muncung saja Puan Jamilah.

Masuk saja ke hospital Puan Jamilah terus berlari ke wad yang diberitahu Rayyan. Malu Encik Razak melihat isterinya. Lari macam masuk maraton. Tak kemananya Jannah tu.

"Rayyan mana anak mama? Cucu mama okay tak?" Puan Jamilah terus menerpa Rayyan. Muka Rayyan yang nampak kusut dipandang hairan.

"Rayyan kenapa ni? Jannah macam mana?"

Rayyan memandang Puan Jamilah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Ha Rayyan macam mana dengan Jannah?" Giliran Encik Razak pula bertanya.

"Mama, abah. Jannah..." Ayat Rayyan terhenti di situ.

"Ya Allah kenapa ni Rayyan. Jangan macam ni." Puan Jamilah mengurut dadanya. Dalam hati berdoa semoga anak dan cucunya selamat.

Tak lama kemudian Puan Rozana juga sudah sampai. "Rayyan, menantu ibu macam mana?"

Rayyan diam. Matanya memerhati ketiga-tiga orang di hadapannya.

"Ibu, mama, abah. Jannah.... Jannah....." Tangisan Rayyan pecah. Terhinggut-hinggut badannya.

Puan Rozana, Puan Jamilah dan Encik Razak terkejut melihat Rayyan menangis. Apa semua ni?

"Ya Allah Rayyan. Jangan lah macam ni. Bagitahu lah apa yang berlaku." Puan Rozana mendesak. Tak tahan dia tunggu lama-lama. Dia mahu segera menjenguk menantunya.

"Jom kita masuk." Rayyan masuk ke dalam bilik yang menempatkan Jannah sebentar tadi diikuti dengan ibu dan mentuanya.

"Mana Jannah?" Soal Puan Jamilah.

Rayyan menunjuk ke arah katil.

"Ya Allah Jannah!" Puan Jamilah terus meluru memeluk anak perempuannya yang terbaring di atas katil.

"Eh mama, kenapa menangis ni?" Jannah membalas pelukan mamanya.

"Eh ibu pun ada?" Jannah memeluk Puan Rozana pula. Akhir sekali Jannah memeluk abahnya.

"Kenapa semua orang menangis?" Jannah hairan.

"Jannah tak apa-apa ke sayang?" Puan Rozana mencium pula pipi Jannah.

"Alhamdulillah Jannah okay ibu."

"Anak Jannah?"

"Anak-anak Jannah pun okay. Tu doktor tengah buat cek-cek sikit. Nanti doktor hantarlah anak-anak Jannah ke sini." Kata Jannah.

Puan Rozana, Puan Jamilah dan Encik Razak sudah terlopong.

"Anak-anak? Maknanya..."

"Betul lah cakap ibu yang anak Jannah kembar. Hehehe." Jannah memintas kata-kata Puan Rozana.

Semua yang di dalam bilik wad itu mengucap syukur yang tak terkata.

"Habis kenapa Rayyan menangis tadi dekat luar?" Encik Razak menyoal.

"Abang Rayyan menangis?" Jannah memandang suaminya.

"Hehehe Rayyan saja je buat-buat menangis." Kata Rayyan tanpa rasa bersalah.

"Eeeee kenapa kamu buat macam tu? Jantung ibu ni rasa macam nak meletup dah tadi." Ujar Puan Rozana geram. Kecil besar kecil besar je dia nampak Rayyan sekarang ni.

"Dah tu. Semua yang datang tadi terus tanya pasal Jannah. Tak ada sorang pun yang tanya pasal Rayyan. Padahal tadi teruk Rayyan kena belasah dengan Jannah masa dalam wad bersalin tu. Tengok ni calar-calar tangan Rayyan kena cakar dengan Jannah. Kesian Rayyan." Rayyan menunjuk kesan cakar yang berbekas di tangannya.

Puan Rozana dan Puan Jamilah meluru ke arah Rayyan kemudian mereka memukul-mukul Rayyan melepaskan geram. Sampai hati buat jantung orang macam nak pecah lepastu nak mengadu pasal tu je?

"Aduh ibu, mama, sakitlah." Rayyan berlari menyorok di belakang Encik Razak.

Jannah ketawa melihat suaminya 'dibelasah' oleh mama dan ibunya. Tak sangka sempat lagi Rayyan buat lawak. Patutlah masuk-masuk tadi mata masing-masing merah menyala. Rupanya kena 'game' dengan Rayyan.

Tak lama lepas itu, dua orang nurse masuk sambil menolak dua buah troli ke katil Jannah. Acara memukul Rayyan tadi terus terhenti kerana tidak mahu membuat bising. Risau akan mengejutkan baby.

"MashaAllah comelnya cucu-cucu mama." Puan Jamilah mencium kedua cucunya. Diikuti dengan Puan Rozana.

Rayyan pergi ke sebelah Jannah dan memeluk bahu Jannah.

"Dah ada nama ke untuk anak-anak kamu ni?" Encik Razak memandang anak dan menantunya.

Jannah dan Rayyan memandang sesama sendiri kemudian mereka mengangguk serentak.

"Apa namanya?"

"Muhammad Raykal Iskandar dan..."

"Nurul Jasmeen Imani." Jannah menyambung.

Mereka semua mengucap syukur yang tak terhingga atas kurniaan dua cahaya yang menambahkan lagi seri dalam keluarga mereka.

Rayyan mencium dahi Jannah dengan  penuh kasih sayang. Jannah tersenyum senang.

Alhamdulillah

Jannah bersyukur kerana dikurniakan suami soleh seperti Rayyan. Dan kini hidupnya terasa lengkap dengan kehadiran cahaya mata kembar.

Inilah Cinta Jannah yang akan Jannah sayang hingga ke akhir hayat.













------------------------------

Yeayyy dah habis..... ❤

Alhamdulillah. Maaf lah bab ni panjang sikit. Hehehe jangan lupa vote 🌟🌟🌟🌟🌟

Continue Reading

You'll Also Like

46.9K 1.7K 15
( C O M P L E T E ) Cinta Fatihah pada Afiq adalah cinta yang suci . Berkahwin atas kerelaan dan bukan paksaan . Banyak kenangan yang mereka ukir , b...
131K 5.3K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.
390K 9K 42
Dahulu, kau beriya-iya inginkan aku. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup kau redahi asalkan aku menjadi milikmu. Namun semua itu tiada ertinya s...
841K 32.3K 61
Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua sudah biasa baginya yang tinggal dibanda...