Dionysus [The God Of Wine]

By taeteary

70.2K 9.2K 15.5K

[ᵏⁱᵐ ⁿᵃᵐʲᵒᵒⁿ ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ] [15+] Apabila gadis ais + savage + expensive gurl + ganas ter'sangkut' dengan leader ku... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Finale

Chapter 25

938 133 141
By taeteary

I'll be your remedy
Call me your medicine
That's right, your doctor
Here have a little sip of this vodka

ɪ'ᴍ ɢʟᴀᴅ ʏᴏᴜ ᴄᴀᴍᴇ - ᴛɪᴍᴇꜰʟɪᴇꜱ

---------------

Wireless earpod sedang memainkan muzik ditelinga si Namjoon sambil menikmati ais krim yang dingin di malam hari. Dia baru sahaja tiba semula ke apartment nya.

Dia juga baru habis makan malam tadi, dibungkuskan sekali makanan buat si Min Young. Pasti gadis itu sedang kelaparan.

Dia terpaksa berulang-alik agar member BTS yang lain tidak mengetahui tentang isteri rahsianya. Oleh itu, Namjoon mengambil langkah untuk menjauhkan tempat tinggalnya buat sementara waktu.

Tiba sahaja dihadapan pintu apartment nya, segera dia memasukkan kod rumahnya dan menanggalkan earpodnya. Dedaun pintu ditolak perlahan serta-merta tubuhnya diserang angin sejuk.

"Apahal sejuk sangat rumah ni?" Bukan sejuk sahaja, gelap gelita pulak tu. Hanya cahaya dari skrin televisyen sahaja yang terpasang. Pintu dikunci.

"Alexa! turn on the lights!" Ruang tamu serta-merta cerah. Mata milik Namjoon hanya tepat pada kelibat si isteri yang seorang diri duduk di sofa. Kakinya pantas mendekati Min Young yang leka menonton televisyen.

Min Young tersengih seorang diri menonton rancangan televisyen yang sedang berlangsung. Pandangan Namjoon beralih kearah skrin televisyen. Apa yang seronok sangat si Min Young tengah tonton sampai tak sedar yang dia sudah pulang.

"The word penguin first appears in the 16th century as a synonym for . When European explorers discovered what are today known as penguins in the Southern Hemisphere, they noticed their to the great auk of the , and named them after this bird, although they are not closely related."

Dokumentari haiwan? Mata Namjoon kembali kepada isterinya yang tersengih seorang diri. Gila ke apa?

"Apasal syok sangat tu? Penguin je pun." Kepala milik Min Young ditunjal oleh suaminya. Tubuh sang suami mendarat bersebelahan isterinya. "Ehh, lantak aku lah nak syok ke tidak." Min Young menyuap satu sudu besar akan ais krim yang tadinya berada ditangan sang suami, mata masih tidak dilepaskan pada skrin televisyen.

"Ceh, takde cerita lain." Laju saja mulut Namjoon berkata. Kali ini Min Young mengubah pandangannya. "Ewahh, ewahh! Tolong sikit ye! Ni! Kau patutnya betulkan remote tv ni! Harap duit je berkepuk tapi remote ni pun takleh nak beli baru!!" Min Young mengetuk kepala sang suami dengan remote ditangannya.

Berkerut seribu Namjoon dibuatnya. Remote yang berada ditangan Min Young serta-merta dirampas. Dia membelek-belek remote itu. "WOI OTAK UDANG!! NI REMOTE AIRCOND!"

Kali ni kepala Min Young pulak yang diketuk. Patutlah rumah sudah rasa macam duduk dalam peti mayat. Suhu diset sudah menghampir angka negatif.

"Cis kau ni!! Mana lah aku tahu!!!" Kawasan yang dicepuk dengan remote tadi, Min Young gosok perlahan. "Jadi!! Mana remote tv nya???!"

Kasihan akan Min Young, dari pagi sampai malam menonton Nat Geo Wild punya channel.

Namjoon rasa macam nak telan saja si Min Young sorang ni. Kepala milik Min Young dipegang erat oleh Namjoon lantas dipalingkan kearah televisyen. "Tu! Kau nampak tak kat tepi tu!! Tu remote nya!!" Remote tv elok sahaja berada diatas meja berdekatan televisyen.

Namjoon berpeluk tubuh lalu bersandar pada sofa. Give up dia hidup dengan si isteri, mata letak kat lutut!

"Mana lah aku nampak.. Kau ni pun satu, terang kat aku tentang makanan je. Bukan nak cakap sekali tentang benda ni." Namjoon boleh mati sakit otak dibuatnya. Pelik sungguh bininya.

"MinMin, tengok mamat sebelah mama ni. Nanti bila MinMin keluar, kita belasah dia sampai lunyai eh?!!" Min Young berdialog dengan perutnya. Tak tahu mahu taksirkan itu sebagai apa. Ugutan atau apa.

Namjoon hanya memerhati kelakukan Min Young dari hujung matanya. "Sudah! Kau dah makan?" Soal prihatin sang suami. "Kau nampak aku ni dah makan ke??! Belum lah pulak!! Ni, anak aku pun dah kebulur, kau tahu tak??!" Min Young menjeling kearah si suami.

"Kan aku suruh kau makan je dulu apa yang ada.."

"Masalahnya aku takde mood nak meradak snack!! Aku nak makan daging!!! Jangan sampai aku jadi zombie! Kau orang pertama aku siat." Berdesir telinga si suami. Aje kurang ajar punya isteri.

"Nah. Makan! Jangan kata aku tak kasi kau makan." Satu beg plastik yang dari tadi berada ditangan Namjoon lantas diberi pada Min Young.

Deria menghidu milik Min Young dapat menghidu satu aroma yang amat enak dari dalam beg plastik itu. Kuat sungguh bau sos BBQ yang harum menerpa rongga hidung si gadis.

"Huhuhhuuh kau bawak balik stik BBQ untuk aku! Wahhh!!!" Tanpa apa-apa ucapan terima kasih, Min Young sudah angkat kaki pergi ke kaunter dapur.

Namjoon pula membawa diri menaik anak tangga menuju ke biliknya. Dia mahu berehat, sambil menaiki anak tangga, tangannya ralit mem'scroll' phonenya. Dia perhatikan jadual hariannya. "Dua hari lagi check up baby..." Iya, anaknya sudah hampir masuk sebulan. Tinggal 8 bulan sahaja lagi.

Sibuk tetap sibuk, tanggungjawab sebagai bapa masih lagi keutamaan Kim Namjoon.

------------

HUHUHUHU

MinMin?? HAHAHA COMEL BUKAN?

Wahhhh terharu sihhh>v<

Thank youu utk segalanya wahai readers tersayang!!

Yg silent tu kalau xkeberatan vote lah!
Anyway enjoy!

Continue Reading

You'll Also Like

55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
950K 40K 81
Maddison Sloan starts her residency at Seattle Grace Hospital and runs into old faces and new friends. "Ugh, men are idiots." OC x OC
351K 7.5K 34
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
976K 16.8K 42
What if Aaron Warner's sunshine daughter fell for Kenji Kishimoto's grumpy son? - This fanfic takes place almost 20 years after Believe me. Aaron and...