[C] Malaikat Kiriman Tuhan ||...

Від whalienalien_52

68.6K 10.6K 2.2K

Dia malaikat tanpa sayap yang dikirimkan Tuhan untuk melindungiku. Beautiful cover by @milkycollab p/s: Untuk... Більше

intro
-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-END-
+Special Chapter+

-22-

1.3K 225 47
Від whalienalien_52

Yoonji mengelap peluh yang membasahi muka dengan tuala kecil. Dia berpuas hati dengan hasil tanamannya kali ini. Tak sia-sia dia membeli biji benih yang mahal semata untuk melihat bunganya yang cantik dan mekar.

Maklumlah dia memang suka berkebun sejak kecil. Kawasan rumah mereka dipenuhi dengan pokok bunga dan pohon hijau yang lain. Namjoon dan Soojin tidak marah malah memberi kebenaran untuk dia berbuat begitu.

"Hi!" sapa satu suara yang membuatkan Yoonji segera mengalihkan pandangannya.

Dia dapat melihat dengan jelas seorang wanita sebaya ibunya sedang melambaikan tangan ke arahnya di luar pagar besar rumah mereka. Yoonji tersenyum lalu menghampiri wanita tersebut.

"Ada apa makcik?" soal Yoonji.

"Soojin dan Namjoon ada tak di rumah? Dari tadi makcik panggil, tiada yang menyahut." terang wanita separuh usia itu sambil membetulkan cermin mata hitam yang melongsor ke hidung.

"Ada. Makcik ni kawan mummy dan daddy ya?" Yoonji menyoal lagi lalu dibalas anggukan dari wanita tersebut.

"Kalau macam tu jemputlah masuk dulu. Nanti Yoonji panggil mummy." pelawa Yoonji dengan mesra. Wanita tadi menguntum senyuman dan terus mengikut langkah Yoonji masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

Usai wanita itu melabuhkan duduk di atas sofa, Yoonji mempamitkan diri sebelum kaki diheret ke tingkat atas untuk memberitahu tentang kehadiran tetamu pada Soojin.

Tidak lama kemudian, Yoonji turun. Langkah di atur ke dapur untuk menyediakan air dan hidangan kecil. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu bersama dulang di tangan.

"Jemputlah minum makcik." Yoonji mempelawa sambil tangannya lincah menuangkan air ke dalam gelas.

"Terima kasih. Susahkan kamu saja. Panggil makcik, makcik Ahn. Erm Yoonji.." ayatnya terhenti.

"Ya?" sahut Yoonji dengan lembut.

"Kamu anak pembantu rumah ya?" soal wanita itu. Dia langsung tidak mengenali gadis di hadapannya itu.

"Eh tak makcik. Saya anak yang kedua dari keluarga ini." beritahu Yoonji.

Makcik Ahn mengerutkan dahinya.

"Eh bukan Yurin anak kedua dan terakhir? Setahu makcik, Yurin tidak mempunyai adik. Soojin dan Namjoon tidak memberitahu apapun pada makcik." balas Makcik Ahn dengan bersungguh-sungguh.

Ah Yoonji sudah berasa tidak senang hati. Benarkah apa yang baru saja Makcik Ahn katakan?

"Nama kamu apa tadi?" makcik Ahn menyoal kembali bagi mendapatkan kepastian.

"Yoonji. Kim Yoonji." kata Yoonji dengan gugup. Ya Tuhan rasa apakah ini?

"Ahh! Makcik ingat! Yoonji, kamu anak angkat mereka kan? Besar panjang dah rupanya!" Makcik Ahn menjerit gembira.

Prangg! Hati Yoonji retak seribu. Airmatanya menitis laju. Bibirnya bergetar menahan esakan.

Kejap apa? Anak angkat?

"T-tak mungkin." tergetar-getar Yoonji memegang wajahnya sendiri.

Tolong. Tolong katakan ianya cuma mimpi! Tolong katakan yang Makcik Ahn menipu!

"Makcik t-tipu k-kan? Makcik tipu!" jerit Yoonji lantang lantas bangun dari duduk.

Makcik Ahn tersentak. Eh? Betul lah apa yang dia cakap. Mana ada menipu.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka oleh Yurin yang baru pulang dari rumah Crystal. Dia terkejut melihat Yoonji yang sedang menangis. Dia juga terlihat mummynya yang berdiri statik di anak tangga itu sudah menghamburkan airmata.

Apa yang telah terjadi di rumahnya? Yurin keliru.

"Ini semua mustahil!" Yoonji menjerit histeria sebelum dia melarikan ke arah pintu rumah lalu hilang dari pandangan mata.

Yurin masih lagi keliru. Dia segera mendapatkan Soojin yang terduduk di anak tangga. Soojin menangis teresak-esak membuatkan Yurin bertambah bingung.

Apa yang terjadi ni?!


A/n: Haa bocor dah satu rahsia. Betul ke apa yang Makcik Ahn cakap tu? Btw ini baru permulaannya (っ•ᴗ•)っ❤

Продовжити читання

Вам також сподобається

109K 5.9K 24
" Bagi aku rogol kau sekali boleh ? "
Demi Bahagia Mu Від rose

Романтика

89.4K 4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
2M 88.6K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
290K 9.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...