Happy Reunion

By EraNoura99

360K 7.2K 1.8K

Sambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah t... More

About Chyra [Book 2]
1. Ceraikan Aku!
2. Balik Kampung
3. Arul
4. Mula Hidup Baru
5. Farhad dan Cemburu
6. Kebenaran
7. Datangnya Shahfri dengan Hajat
8. Kenapa Feena?
9. Fly Away
10. Peluang
11. Berbicara Soal Masa Lalu
12. Sebuah Pulau di Eropah
13. Aku tak berhak?
14. Aku Tak Berhak Kerana Aku Percayakan Dia
15. Sisi Gelap Seorang Daniel
16. Julia Jelmaan Layla
17. Dalam Hati Seorang Lelaki
18. Jurnal Hidup Chester
19. Feena dan Sikapnya
20. Pulang
22. Janji
23. Biar Hati yang Merasa
24. Cinta Lima Bulan
25. Mampukah Menakhluk jiwa yang Hancur?
26. Di Mana Chyra
27. Cinta ?
28. Belgium di Kuala Terengganu
29. Perang Mulut
30. Julia, dan Rancangannya
31. Berakhirkah Semua Penderitaan?
32. Game Over, Feena
33. Hilang
34. Jangan Pandang Belakang Lagi
35. Siapa Carl?
36. Tak Terhidu
37. Mimpi yang nyata
38. Dalam dimensi baru
A little distraction
39. Disturbia
40. Sebuah Penjelasan
41. Nafas Baru.
42. Memori Yang Mati
43. Dua Puluh Empat Perenggan
44. ...
45. Tidurlah
46. Another Session of a Heartbreaking Event
47. Bayangan Makin Jelas
48. Maaf
49. Darren
50. Julia Nour Layla
51. Carl 2.0
52. Anniversary kita

21.Selamat Tinggal, Sofea dan Aiman

5.6K 170 40
By EraNoura99

Aku tak tahu di mana aku dapat kekuatan untuk minta anak - anakku dikebumikan di sana sahaja. Semua diuruskan oleh Shah dan isterinya, dan pastinya dibayangi beribu sesalan. Sialan kau jantan tak guna.

"Tak apalah mommy tak tengok wajah kamu berdua buat kali terakhir, sebab kamu sentiasa 'hidup' dalam hati mommy. Take care sayang, sampaikan salam mommy pada abang kamu ye." Gambar arwah anak - anakku segera aku rapatkan ke dada. Mataku perit menahan air yang mahu mengalir dari kelopaknya, namun tetap gugur juga hingga basah pipi.

Di luar, cuaca cukup redup walaupun sudah tengahari. Ada sedikit renyai hujan membasahi bumi, menambah rasa sayu di hati

"Chyra. Kawan - kawan kamu datang tu. Cukuplah duduk terperuk dalam bilik tu. Ibu tau Chyra sedih tapi please jangan terbawa - bawa sangat kesedihan tu. "

Aku dengar suara ibu di pintu bilik. Segera air mata kukesat.

"Kejap, tunggu kejap. Nanti Chyra keluar." Balasku pendek. Gambar Sofea dan Aiman aku letak cantik - cantik di side table.

Di luar, Hana dan Herri sedang duduk berbual dengan makngah yang entah bila sampai. Sudah berapa hari sejak peristiwa itu berlaku, aku hilang jajaran waktu. Mungkin tiga hari? Atau baru semalam ia terjadi?

"Makngah. Bila sampai?" Aku menyapa Mak Ngah terlebih dahulu.

"Baru sampai saing dengan kawan - kawan kamu ni tadi." Balas Mak Ngah sambil tersenyum tawar.

Aku hulur tangan menyalami Mak Ngah terlebih dahulu sebelum bersalam dengan Hana. Suasana jadi terlalu emosi buat kami saat Hana memelukku dan menangis teresak - esak. Penyudahnya kami sama - sama menangis.

"I tahu you kuat Chyra. Sabar banyak - banyak okay?" Hana mengesat airmata yang mengalir di pipiku.

"Sorry kitorang datang lambat. Masa dapat tahu kejadian ni I tengah outstation kat Langkawi." Herri menerangkan duduk perkara sebenar di saat semua rakan datang memberi sokongan padaku di hari pertama kejadian.

"Its okay Herri. I faham. Thanks sebab datang juga melawat I." Aku kesat hidung yang berair.

"Malam ni majlis tahlil. Kau stay tak Herri?" Daniel masuk tiba - tiba ke dalam rumah sambil menjinjit beberapa beg plastik berisi ayam dan sayuran.

"Aku tak sure Dani. Kalau anak aku tak meragam boleh jugak aku tolong apa yang patut." Herri pandang Zeus yang sedang merengek mahukan susu.

"Takpe korang. Sudi datang jenguk I nipun dah cukup bagus." Aku tak mahu Hana dan Herri rasa bersalah jika tak dapat hadir majlis tahlil malam ini.

AKU menyandar di sofa dengan kepala direhatkan sedikit. Ramai orang yang lalu lalang bertanyakan khabarku namun hanya kubalas dengan anggukan lemah.

Mana - mana yang bertanyakan sebab kematian, dah tak mampu untuk aku jawab. Aku serahkan semuanya pada ibu dan Daniel untuk menjawab segala persoalan yang mereka utarakan.

Terasa ada beban yang mengenyak sofa sebelahku. Aku buka mata yang separa pejam .
"Eh Mak Ngah. Dah makan? Kalau belum jamahlah dulu makanannya sebelum bertolak balik." Aku berbasa basi.

"Farhad kirim salam pada kamu." Serentak itu, Mak Ngah genggam dan hulur sesuatu ke tanganku. Aku menunduk memandang tanganku yang kini penuh berisi angpau.

"Apa ni Mak Ngah?" Aku tersentak.

"Ada sumbangan sikit dari kami anak beranak. Harap kamu tabahkan hati dengan segala dugaan yang berlaku ya." Suara Mak Ngah perlahan saja. Bahuku diusap lembut. Aku peluk Mak Ngah sekuat hati.

"Chyra cuba untuk jalani hidup tanpa anak Anak, Mak Ngah. Tapi Chyra tak tahu sampai bila boleh bertahan macam ni." Esakku jadi kuat semula.

"Ish dah - dah. Kamu kena belajar untuk redha, Chyra. Ini bukan kerja kita. Semuanya Allah dah tetapkan. Yang penting sekarang, janganlah kamu salahkan bekas suami kamu seratus peratus walaupun budak - budak tu pergi disebabkan jadi mangsa kemalangan yang berpunca dari daddy diorang. Maafkan ajelah Si Shahfri tu Chyra." Pujuk Mak Ngah.

"Baik Mak Ngah. Chyra sendiri pun dah tak tahu apa Chyra rasa sekarang. Lupa dah rasa marah ke apa. Chyra rasa kosong." Aku kesat air mata yang masih mengalir deras.

Dalam hati aku sebenarnya kuat mahu bertanya perihal Farhad yang jauh di negeri orang. Sejak mengetahui yang kami adalah adik beradik susuan, Farhad cukup kecewa hingga mengasing diri jauh dari semua orang.

"Err. Bila Shahfri balik dari Ireland sana tu?" Mak Ngah bertanya lagi.

"Katanya sabtu ni Mak ngah. Entah. Sy tak berhubung langsung dengan dia buat masa ni. Apa - apahal pun dia call ibu je."

"Farhad tu masih kecewa sebenarnya. Terus - terang dia bagitahu Mak Ngah yang dia cukup kecewa dengan hal tempohari tu." Keluh Mak Ngah.

"Dahlah mak ngah. Benda tak boleh nak dijangka. Doakan je kami berdua dapat jodoh yang baik - baik ye." Aku genggam erat jemari tua Mak Ngah.

* * *

Orang terakhir yang masih setia membantu mengemas rumah selepas tamat majlis tahlil tak lain tentulah Daniel. Hingga ibu pun puji Daniel yang tak lelah membantu hingga tamat majlis. Tapi lantaklah. Aku sendiri dah tak peduli apa Daniel buat di rumah ibu ini. Suka hati dialah mahu buat apa sekalipun.

"Hai." Daniel labuhkan punggung di sebelahku yang sedang duduk di gazebo berteman lampu oren malap.

Tanpa menjawab sapaan Daniel itu, aku hanya hadiahkan dia satu senyuman hambar.

"Kejap lagi I balik tau. Kalau you nak extend cuti pun I okay. Nanti inform pada Kak Zura je." Daniel menyingkap selendangku yang menutupi sebahagian wajah. Aku geleng perlahan.

"Ibu esok pagi dah kena ke Belgium. I sunyi duduk sorang. Tengoklah lusa I dah masuk kerja kot." Aku pandang Daniel yang tekun memerhati setiap butir bicara yang keluar dari bibirku.

"Ibu esok dah outstation, again?" Daniel kerut dahi.

"Kenapa?"

"No, I wonder why she puts so much effort dalam kerja dia dalam usia macam tu. Sorry Chyra kalau you personally tak suka apa yang I sampaikan ni. She's just amazing, actually." Aku tak pasti apa yang mahu Daniel sampaikan sebenarnya. Kerana dalam diam aku berkecil hati dengan ibu. Baru tiga hari bercuti, sudah mahu ke luar negara semula. Alasan dah book ticket tu memang aku tak boleh terima. Tapi tak mengapa, Chyra dah biasa dengan kesunyian sejak dulu lagi. Orang luar memang nampak ibu seorang single mom yang hebat. Tapi dalam hati anaknya, hanya tuhan yang maha mengetahui.

"Yeah, tengok anaknya pun kuat juga kan?" Aku cuba bergurau dengan Daniel. Daniel ketawa kecil.

"You dari dulu memang hebat. Sebab tu I tunggu You sampai sekarang."

"Daniel, apa yang you nampak pada I sebenarnya ya?" Aku menduga Daniel. Lama juga dia termenung memikir jawapan paling sesuai.

"You adalah diri you yang I kenal. You kuat, you tabah." Jemariku Daniel gapai dan ramas lembut.

"Contoh?"

"Tengok betapa matangnya You handle this situation. Tak ada bergaduh dengan your ex husband. Tak mengamuk - ngamuk salahkan takdir. Sedangkan bukan calang - calang orang yang mampu hadap this kind of sadness. Bertubi - tubi, serentak." Jemariku Daniel kucup penuh kasih.

"Dani. Kita ni, kekasih ke?" Aku merenungnya kosong.

" I tak mahu jawab sekaligus akan menambah bebanan you. For the time being, biarlah hati kita saja yang tahu dan merasa." Padu jawapan Daniel itu. Aku senyum tawar.

"Bagusnya tak perlu simpan apa - apa perasaan. Sebab I sendiri rasa kosong. Tak ada cahaya dalam hidup I. Hidup I tak normal. I dah banyak tersasar. Tak ada sesiapa pedulikan I." airmataku kembali menitis perlahan.

"Chyra, please." Daniel segera menyeka air yang mengalir di tubir mata. Kedua tanganku diraih dan jemariku digenggam erat.

" I kenal you, dan you kenal I dari zaman kita study lagi. What makes us this close, are beyond our imagination. I tak pernah jangka pun yang kita akan serapat ni sebab waktu I masih mengharapkan You, you dah jadi isteri orang."

" you tak kisah tentang kisah silam I?"

" excuse me, Daniel here was the part of your old memories okay?" Daniel rangkul bahuku.

"Dani, thanks."

"Jujurnya, I sayangkan you. Tak kisah siapapun you di masa silam, siapa you sekarang."

"Janji dengan I, jangan tinggalkan I. Not this time. I dah tak ada sesiapa lagi selain you." Aku tahan airmata yang mahu mengalir lagi, namun aku gagal. Dada bidang Daniel jadi hamparan untuk aku lepaskan segala kesedihan ini.

" Shh Shhh.. You ada I. I takkan tinggalkan you." Daniel usap belakangku.

"Jangan balik please." Aku pandang wajah Daniel, mahu simpati daripadanya. Tanpa second thought, Daniel senyum dan mengangguk.

Dalam rasa sedih yang tak tertanggung, senyuman yang aku paling meluat itu kini jadi satu senyuman penyembuh buatku.

Terima kasih Daniel.

* * *

Telefon berdetik kuat menandakan ada pesanan emel yang masuk. Aku buka sebelah mata. Oh, aku tertidur di sofa ruang tamu depan tv manakala Daniel yang masih berbaju melayu dan berkain pelekat sedang tidur beralas toto di lantai.

Telefon dicapai, sudah pukul empat pagi rupanya. Mataku rasa pedih dan bengkak kerana terlalu banyak menangis. Aku gesek mataku untuk mendapat penglihatan yang lebih jelas.

Emel daripada Mr GP. Aku mengeluh perlahan. Nampaknya Mr GP masih menghantui. Namun tak dinafikan dadaku sedikit bergetar. Kali terakhir aku balas email yang diberi, tiada balasan semula dari individu ini.

"Dear Sahairah. I am truly sorry for your loss. May the innocents rest in peace and let's hope for a better journey in your life."

Aku termenung seketika. Mr GP ni semestinya adalah orang yang kenal aku luar dan dalam. Tapi Siapa ya?

" Thank you. And may I know who this might be?"

Tiada balasan.

Aku berbaring memandang siling. Tolak ketepi siapa Mr GP sebenarnya, yang aku terlalu rindukan sekarang hanyalah Sofea dan Aiman. Timbul pula rasa menyesal kerana tidak berkeras mahu jenazah mereka berdua dibawa pulang ke Malaysia.

Tapi jika ikutkan kata Pak Teh yang lebih arif tentang hal - hal sebegini, elok jenazah disemadikan di sana saja. Sudahlah meninggal kemalangan, mahu lagi disekat - sekat hingga berminggu - minggu. Tak kisahlah anak kecil atau orang dewasa, yang penting urusannya harus disegerakan.

Aku terkebil - kebil memandang akuarium ikan yang menyala cantik menghiasi gelap ruang tamu. Ikan juga ada pasangan, kekal. Tapi aku? Banyak betul dugaan yang aku perlu tanggung. Tak sedar, entah bila aku mula menangis hingga membawa pada bunyi esakan.

" Ya Allah Chyra. Please. Kenapa lagi ni. Tolong jangan macam ni please? I tahu you tengah sedih tapi please jangan ikutkan sangat perasaan. Nanti you sakit. " Daniel menarikku ke dalam pelukannya. Aku kesat airmata yang mengalir.

"Sorry Dani, I woke you up. Soo sorry." Aku balas pelukan Daniel itu, untuk hilangkan rasa sebak.

" Dah, takde apa - apalah. I lagi risau You sedih macam ni. Risau sangat. Hmm kalaulah you tahu apa isi hati I." Mata Daniel kemerahan dan digenangi air mata.

"Buat masa ni, please tidur ye sayang? Please." Daniel mengusap pipiku lembut. Satu ciuman hangat singgah di ubun - ubunku.

Continue Reading

You'll Also Like

6.5K 395 5
KISAH INI BERKISARKAN 2 BUAH RUMAH KOSONG DI SEBUAH KAMPUNG. BANYAK KEJADIAN SERAM TELAH BERLAKU TERHADAP ORANG2 KAMPUNG DI SEKITAR TEMPAT INI. RUPA2...
114K 1.6K 26
Sambungan daripada cerita "AKU" !! Mature content 18sx !! "KEKEJAMAN ADA DIMANA MANA" Berlajar untuk berimaginasi bukan untuk melakukannya, cuma baya...
382K 13.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
307K 19.6K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...