[C] Malaikat Kiriman Tuhan ||...

By whalienalien_52

68.5K 10.6K 2.2K

Dia malaikat tanpa sayap yang dikirimkan Tuhan untuk melindungiku. Beautiful cover by @milkycollab p/s: Untuk... More

intro
-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-END-
+Special Chapter+

-14-

1.3K 235 30
By whalienalien_52

A/n: Fuh lama tak update. Apa khabar semua? (≧◡≦) ♡

"Jaga dia Jimin."

Suara itu lagi. Suara yang sering dengari tiap kali aku memejamkan mata.

"Jaga dia Jimin.."

Tiap masa. Setiap detik aku menjaganya seperti yang disuruh. Tidak secara dekat, jauh pun jadi lah. Bahkan walaupun kau tidak menyuruh, aku tetap akan menjaganya sedayaku.

"Jagakan Yurin untuk aku."

Ya aku ingat. Aku tahu.

Aku ingat janjiku. Aku ingat janji kita. Jangan risau. Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itu aku terus melaksanakan tugasku.

Jadi tidur lah dengan tenang di sana.

"Ergh. Mimpi lagi?" gumam Jimin sebaik membuka mata. Kelopak mata ditenyeh beberapa kali agar dia sedar sepenuhnya.

"Bangun Jimin! Membuta lagi kau ya?" sergah Yurin yang bersandar di hadapan muka pintu. Jimin tersentak lalu menoleh ke arah suara yang didengari.

"Cepat bersiap. Lambat aku tinggal. Jalan kaki pergi sekolah nanti." pesan Yurin dan terus membawa langkah meninggalkan Jimin yang masih terpingga-pingga.

Jimin segera bangun dari katil. Laju kaki diheret menuju ke bilik mandi. Dia harus cepat. Kalau tidak memang pergi sekolah jalan kaki lah jawabnya.

Nasib badan.

✿✿✿✿✿✿✿

Zhen Yu berdendang kecil. Nyaman rasanya bila berada di rooftop sekolah. Sesekali dia menari-nari mengikut rentak muzik yang didengari menerusi earphone.

"Awak lambat Jimin." tegurnya. Walaupun dia asyik mendengar lagu namun telinganya masih tajam untuk menangkap bunyi di sekitarnya termasuk bunyi pintu yang baru ditutup oleh Jimin.

"Maaf lambat." Jimin tersenyum sambil mengagau sekeliling. Mungkin mencari tempat untuk berpaut.

Sepantas kilat tangan Jimin dipegangnya kemas. Perlahan-lahan dia membawa Jimin ke arah dinding yang menjadi penghadang kawasan itu.

"Terima kasih." kata Jimin seraya melemparkan pandangannya ke hadapan.

Dengar kata suasana di sekitar sekolah itu boleh tahan juga cantiknya. Namun malang Jimin tidak pernah berpeluang untuk melihatnya.

Jimin mengeluh. Kenapa sejak kebelakangan ini dia sering mempersoalkan nasib sendiri walhal Jimin tidak begitu memikirkan takdirnya itu dahulu.

"Kenapa Jimin?" soalan dilontarkan oleh Zhen Yu berjaya menarik Jimin keluar dari alam khayalannya.

Jimin menggeleng tanda tiada apa.

"Jimin kalau saya tanya awak beberapa soalan, boleh tak awak jawab dengan jujur?" Zhen Yu menyoal untuk mendapatkan kepastian.

"Awak nak tanya apa?"

"S–siapa saya pada awak?"

Sebaik saja soalan itu dilontarkan, Zhen Yu laju mengalihkan pandangannya. Terasa macam nak terjun bangunan sekarang juga. Rasa malunya menggunung.

"Erm.." Jimin mengacah seolah sedang berfikir. Dagunya diusap-usap membuatkan Zhen Yu rasa menyampah.

"Lupakan je—"

"Awak orang yang penting dalam hidup saya." celah Jimin. Sengaja tadi dia mengusik gadis dengan lakonan yang dibuat-buat.

Terus terkunci mulut Zhen Yu. Sepatah pun bibirnya tidak mampu mengeluarkan kata. Adakah dia gembira dengan kenyataan itu? Entahlah. Dirinya sendiri tidak pasti.

"Siapa pula Yurin pada awak? Siapa Yurin dalam hidup awak?"

Ah soalan bodoh pula terkeluar. Kau dah sedia nak sakit hati ke, Zhen Yu?

Sedia atau tidak itu tetap pilihannya. Dia tetap nak tahu jawapan Jimin tentang persoalan itu. Adakah masih ada harapan untuknya?

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 839 8
" tunggu aku tau ! aku akan balik bila tiba musim bunga nanti!! ttakh gidaryeo!! " " janji tau kau akan datang kitorang akan sentiasa tunggu kau !! "...
3.8K 303 10
Akhir nya aku jumpa jugak kau-Jimin Tolong selamat kan saya Jimin..-Jihyo Love teach us about pain, appreciate, lovely and don't be afraid to doing s...
733K 29.9K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
52.3K 2.5K 36
Ga Young baru break dengan boyfriendnya yang curang. Dia gembira dan meraikannya sehingga mabuk.Semasa dia mabuk dia tercium idolnya iaitu Jeon Jungk...