Adelia Humaira

By shasharazali

1.3M 73.6K 1.9K

Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lu... More

Prolog
1 - Lusia
2 - Hari pertama sekolah
3 - Mentor
4 - Dress
5 - Lembik
6 - Tuanku , Patik minta ampun.
7 - Kau suka aku ke ?
8 - satu-satunya rakan Syariff
9 - aku suka kau , kau suka aku
10 - Third Wheel
11 - Best brother-in-law
12 - Jemputan Istana
13 - The game just started
14 - Aku tahu kau sayang aku
15 - Hukuman
16 - Kecuali Dia
17 - Selambanya
18 - Curang depan-depan
19 - Tuankulah yang terbaik !!
20 - Mamat rendah EQ
21 - Jemput keluarga diraja
22 - Selamat datang ke Malaysia
23 - kakak Qhalif punya
24 - Rindukan Syariff
25 - Nak lepaskan rindu
26 - surprise
27 - I sayang boyfriend I
28 - Pilihan nenda
29 - Lia tak nak kahwin
30 - Teman hidup
31 - Your daddy
33 - Marah
34 - Aku nak Adel
35 - Gila
36 - Percaya
37 - Fiance
38 - Newbie
39 - Hmm..
40 - Saya minta maaf
41 - Nak tapi tak nak
Perhatian
42 - kawan
43 - Debaran
44 - Hari Bahagia
45 - First Kiss
46 - Jangan tinggalkan saya
47 - Adel
48 - otak drama Queen
49 - Cemburu
50 - Cari fasal
51 - Rumah kita
52 - Saman
53 - Kick your ass
54 - Awak nak baby ?
55 - Berangkat ke Malaysia
56 - Serang Syariff
57 - Lusia dalam bahaya
58 - Recharged
59 - Jangan balik Lusia
60 - Thank you , my love
61 - Anak babah
62 - Abang
63 - Tariff Mikael
64 - Birthday Party
65 - Demam panas
66 - Bye , babah
67 - Adelia curang
68 - Tariff tak dibenarkan
69 - Devil
70 - Tariff rindu babah !
71 - Tariff sayang babah !
72 - Terlupa
73 - Gurau terlebih kasar
74 - Thank you jaga anak kita
75 - sibukk !
76 - Jealous ? In hell !
77 - Copy Paste
78 - WOW
79 - Tak nak kalah [[ Final ]]
Special Chapter - Mama
Special Chapter - Mama II
Wafa Aqishaโš˜

32 - kenapa dengan kita ?

15.9K 897 13
By shasharazali

Majlis pertunangan Adelia dan Syariff tidak dibuka kepada umum. Hanya kaum keluarga sahaja yang hadir ke dewan Istana untuk memeriahkan majlis pertunangan.

Sanak - saudara Syariff adalah orang yang paling terkejut apabila mendapat tahu Syariff menjalinkan hubungan dengan Puteri Diraja Lusia.

Adelia pada malam itu dia hanya berpakaian simple sahaja. Berbaju kurung pink pastel tetapi sungguh cantik di hadapan semua kamu keluarga. Sejuk mata melihat keadaan sopan Adelia.

Puan Rossie Jenner menyarungkan cincin pilihan Syariff ke jari manis Adelia. Puteri Kasih yang berada di sisi Adelia , sekali-sekala membetulkan selendang yang terletak di kepala Adelia. Melihat anak gadisnya sudah besar , sudah mula hendak membina keluarga membuatkan hati ibunya rasa sebak. Suatu hari nanti Adelia bukan lagi dibawah jagaan dia dan suami.

Puan Rossie mencium kedua-dua belah pipi Adelia sebelum dia memeluk erat tubuh gadis itu. Adelia menoleh ke arah Puteri Kasih. Tangan mommy-nya disalam dan dicium penuh hormat. Puteri Kasih terus menarik anaknya ke dalam pelukan.

"Mom ?"

Puteri Kasih tidak membalas. Sebaliknya dia mula menangis di bahu Adelia.

"Mommy ?" soal Adelia.

Puteri Kasih merenggangkan pelukan. Wajah Adelia ditatap.

"Anak mommy dah besar sekarang. Nak jadi isteri orang dah. Berat hati mommy nak lepaskan Adelia." kata Puteri Kasih sambil mengusap pipi Adelia.

Terkejut Adelia melihat Puteri Kasih.

"Kenapa mommy nangis-nangis ni ? Nanti rosak lah make up. Dah tak cantik." tegur Adelia. Dia mencapai tisu berdekatan dan menyapu air mata Puteri Kasih.

Kaum keluarga yang melihat kedua-dua anak beranak itu , tersenyum kecil. Tersentuh hati mereka melihat Puteri Kasih dan Adelia. Walaupun Adelia bukan anak kandung Puteri Kasih tetapi kasih sayangnya pada Adelia adalah sama rata. Tidak pernah dia lebih atau kurang dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.

Puan Rossie sebaik sahaja melihat kelibat Putera Wafiq dia terus bangun memberikan tempatnya pada Putera.Putera Wafiq mendekati Adelia. Dia duduk si sebelah kiri Adelia memandang Puteri Kasih duduk di sebelah kanan Adelia

"Anak papa dah besar dah sekarang. Tak lama lagi nak jadi isteri orang dah." kata Putera Wafiq. Adelia menoleh ke arah Putera Wafiq.

"Papa jangan nak nangis pula. Nanti semua nangis , Lia pun nangis." pesan Adelia. Puteri Kasih tertawa kecil.

Putera Wafiq mencubit geram pipi Puteri Adelia. Ada sahaja mulut budak ni.

"Putera dan Puteri sekalian." panggil jurukamera.

Mereka bertiga menoleh ke arah kamera. Beberapa gambar sempat ditangkap. Sebenarnya ketika mereka bertiga berbual sesama mereka , jurukamera senyap-senyap mengambil gambar candid ahli keluarga itu.

Ketika sedang mengambil gambar , Qhalif berlari untuk masuk ke dalam gambar. Dia duduk di riba Adelia. Terkejut jugalah mereka bertiga termasuk jurukamera.

"Kakak Qhalif punya." tangis Qhalif.

Hazreeq yang daripada tadi menjaga Qhalif kehilangan kata saat Qhalif berjaya melepasinya dan mendapatkan Adelia.

Tergelak semua orang saat mendengar kata-kata Qhalif.

Pinggang Adelia dipeluk erat oleh Qhalif. "Qhalif." tegur Hazreeq apabila Qhalif sudah menggogoi di riba Adelia.

"It's okay , Haz." tegur Adelia. Putera Wafiq dan Puteri Kasih tersenyum kecil melihat gelagat anak mereka. Tidak lama selepas itu Shazreeq dan Laila turut mendekati mereka. Jurukamera tidak pula bising sebaliknya dia terus merakam saat - saat ini.

"Akak akan tetap kakak Qhalif." pujuk Adelia. Pipi adiknya dicium geram.

Melihat hubungan kekeluargaan keluarga diraja membuatkan sanak-saudara Syariff mengusik Syariff.

"Habislah , Syariff. Banyak lawan tu nak kena saing. Tapi belum saing , kau dah kalah dulu bro." tegur sepupunya. Syariff faham apa yang dimaksudkan oleh sepupunya.

"Ayok , Syariff ! Adik puteri Adelia dah menangis. Kau curi kakak dia." usik sepupunya yang lain.

"Kak Safa kata abang Syariff jahat sebab ambil Puteri Adelia dari Putera Qhalif." tiba-tiba suara kanak-kanak kedengaran. Terangkat kening Syariff ketika melihat sepupunya yang paling muda.

"Ee.. Budak ni. Tak padan dengan budak. Sini , kau." Syariff terus mengejar kanak-kanak. Terjerit-jerit kanak-kanak itu berlari ke arah ibunya. Tergelak Syariff , apabila dia berjaya tangkap sepupunya yang kecil itu. Tubuh si kecil di geleteknya sehingga terkekek-kekek si kecil itu ketawa.

"Hai." suara orang menegur menghentikan perbuatan Syariff. Syariff menoleh , dia tahu siapa yang tegur.

"Hai , tuanku." balas Syariff. Matanya seakan-akan terkunci pada wajah Adelia. Tidak berkelip dia melihat Adelia. Daripada tadi hanya mampu memandang dari jauh sahaja. Sejuk mata dia melihat gadis ini bertudung.

Syariff melepaskan sepupunya pergi , sepupunya sempat menyepak kakinya sebelum pergi.

"Ouch." terkejut Syariff , saat dia melihat budak itu , dia dah berlari jauh. Tergelak Adelia melihat Syariff.

"Dengan budak kecil pun tak nak kalah ke ?" soal Adelia.

Syariff tidak membalas.

"Syariff.." panggil Adelia lagi.

"Cantik." puji Syariff tanpa sedar. Adelia memandang pelik ke arah Syariff.

"Apa yang cantik ?"

"Adelia Humaira."

Adelia yang melihat Syariff bagai dipukau itu menjentik dahi Syariff.

Terkejut Syariff dibuatnya. Matanya memandang ke Adelia dengan tidak percaya.

"Mengelamun lagi. Orang nak cakap dengan dia sesuatu ni." kata Adelia dengan geram.

"Apa dia ?" soal Syariff.

"Jom kita keluar , ambil udara segar." ajak Adelia. Dia tak rasa bercakap dalam dewan sesuai memandangkan ramai ahli keluarga mereka.

Sebaik sahaja mereka tiba di luar dewan , Adelia menarik nafas lega. Sesak juga dia dalam dewan tadi. Sesekali wajah Syariff dicuri pandang. Mata mereka berlaga.

"Awak tak perlu nak curi-curi pandang saya , Lia. I'm yours." kata Syariff dengan nada menggoda. Adelia tergelak kecil.

"Syariff , saya nak cakap fasal hubungan kita." kata Adelia , riak wajahnya juga berubah serius.

"Kenapa dengan kita."

"Lepas kita kahwin , saya tak nak public tahu siapa saya." kata Adelia.

"Apa maksud awak ?" soal Syariff dengan serius.

"Saya suka dengan kerjaya saya. Nama saya semakin meningkat dalam industri. Saya tak sedia lagi untuk bagitahu Malaysia siapa saya." kata Adelia.

"Perkahwin diraja mestilah diumumkan kepada rakyat." tegur Syariff.

"Puteri Adelia Humaira , puteri diraja Lusia tapi di Malaysia saya bukan Puteri Adelia Humaira tapi Ira Adelia. So , mereka takkan tahu." kata Adelia.

"Saya tak nak cakap fasal ni. Majlis nikah kita lambat lagi. Dua bulan depan , bukan sekarang." kata Syariff. Dia mula melangkah masuk ke dalam dewan semula.

"Syariff ..." panggil Adelia.

"If awak nak cakap fasal ni , awak cakap dengan dinding. Saya tak nak." balas Syariff. Wajah lelaki itu juga sudah berubah kecewa.









×××
Ayok tak tayokk Syariff marah.
Jangan lupa vote tau 💕

Continue Reading

You'll Also Like

524K 14.2K 59
โ› ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
172K 14.1K 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Hero mature, heroin ego keras kepala. ๐Ÿ‘‘...
252K 11K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
866K 42.9K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...