Adelia Humaira

By shasharazali

1.3M 72.7K 1.8K

Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lu... More

Prolog
1 - Lusia
2 - Hari pertama sekolah
3 - Mentor
4 - Dress
5 - Lembik
6 - Tuanku , Patik minta ampun.
7 - Kau suka aku ke ?
8 - satu-satunya rakan Syariff
9 - aku suka kau , kau suka aku
10 - Third Wheel
11 - Best brother-in-law
12 - Jemputan Istana
13 - The game just started
14 - Aku tahu kau sayang aku
15 - Hukuman
16 - Kecuali Dia
17 - Selambanya
18 - Curang depan-depan
19 - Tuankulah yang terbaik !!
20 - Mamat rendah EQ
21 - Jemput keluarga diraja
22 - Selamat datang ke Malaysia
23 - kakak Qhalif punya
24 - Rindukan Syariff
25 - Nak lepaskan rindu
27 - I sayang boyfriend I
28 - Pilihan nenda
29 - Lia tak nak kahwin
30 - Teman hidup
31 - Your daddy
32 - kenapa dengan kita ?
33 - Marah
34 - Aku nak Adel
35 - Gila
36 - Percaya
37 - Fiance
38 - Newbie
39 - Hmm..
40 - Saya minta maaf
41 - Nak tapi tak nak
Perhatian
42 - kawan
43 - Debaran
44 - Hari Bahagia
45 - First Kiss
46 - Jangan tinggalkan saya
47 - Adel
48 - otak drama Queen
49 - Cemburu
50 - Cari fasal
51 - Rumah kita
52 - Saman
53 - Kick your ass
54 - Awak nak baby ?
55 - Berangkat ke Malaysia
56 - Serang Syariff
57 - Lusia dalam bahaya
58 - Recharged
59 - Jangan balik Lusia
60 - Thank you , my love
61 - Anak babah
62 - Abang
63 - Tariff Mikael
64 - Birthday Party
65 - Demam panas
66 - Bye , babah
67 - Adelia curang
68 - Tariff tak dibenarkan
69 - Devil
70 - Tariff rindu babah !
71 - Tariff sayang babah !
72 - Terlupa
73 - Gurau terlebih kasar
74 - Thank you jaga anak kita
75 - sibukk !
76 - Jealous ? In hell !
77 - Copy Paste
78 - WOW
79 - Tak nak kalah [[ Final ]]
Special Chapter - Mama
Special Chapter - Mama II
Wafa Aqisha⚘

26 - surprise

14.9K 790 16
By shasharazali

Hari ini Vince tidak bersamanya sepanjang di set pengambaran kerana demam. Tanpa pengetahuan Vince, Adelia pergi ke shopping complex seorang diri. Ni kalau Vince tahu mahu bising dia.

Adelia masuk ke dalam sebuah kedai kasut. Rambang mata dia dibuatnya apabila melihat kasut-kasut yang dipamerkan. Nak-nak pula tengah sale , lagi lah !

"Yang ni the latest one." kata staff kedai itu saat melihat Adelia memegang kasut yang menarik perhatiannya.

"Cantik. Ringan pun ringan. Yang ni ada sale ke ?" soal Adelia. Dia memandang ke arah Staff yang berdiri di sebelahnya.

"Sebabkan dia new arrival so tak ada sale. But yeah , ringan. Nak buat jogging pun boleh sebab dia kategori sport shoes." terang staff itu.

Mata dia sesekali mencuri pandang ke arah Adelia. Dia memegang dadanya tanpa sedar. Gila , kenapa dengan aku ni !?

Adelia memandang pelik ke arah staff itu. "Awak okay ke ?" soal Adelia. Staff itu mengggeleng dan kemudiannya mengangguk.

Staff dihadapan Adelia kelihatan cantik ala-ala minah hipster , dengan jaket hot pinknya , rambut yang blonde dihujung diikat kuda. Spek mata tebalnya membuatkan dia nampak lebih menarik. Suara dia pun lembut. Tapi sayang...

Mata Adelia menangkap sesuatu yang lain pada staff itu. Sekilas pandang sahaja dia tahu dihadapannya bukan perempuan tapi lelaki. "Cantik memang cantik but if jadi lelaki ni mesti handsome gila." puji Adelia dalam hati.

"Betul ni awak , okay ?" soal Adelia lagi.

"S..saya okay" jawab staff itu dengan lembut , lembut yang dia maksudkan adalah lembut bukan macam mamat sotong bersuara tetapi seperti seorang lelaki yang gentleman bercakap lembut dengan girlfriend dia.

Adelia tersentak. Apa yang aku fikir ni ?

Adelia kembali melihat kasut yang dipegangnya. Dia meletakan semula kasutnya dan melihat kasut lain.

"If nak kasut yang ada sale , di bahagian sini." kata staff itu.

Adelia melihat kasut-kasut yang ditunjukan oleh pekerja itu. "Cantik." kata Adelia sambil mengambil salah satu kasut yang dipamerkan. Tersenyum staff itu melihat Adelia.

"Saya nak yang ni." kata Adelia.

"Size ?"

"Erm.. 7 ? 8 ??" kata Adelia pun tak pasti. Kakinya panjang.

Staff itu hanya mengangguk dan berlalu pergi ke bahagian store. Tidak lama kemudian dia kembali dengan wajah sedikit hampa.

"Size 8 tak ada. Size 7 je tu pun , not black but navy." kata staff itu.

"Navy ?" soal Adelia. Staff itu menunjukan kasut yang berada dalam kotak itu kepada Adelia.

"Navy blue." katanya lagi.

"Owhh, tak apa. Saya tak kisah pun." balas Adelia. Dia mengambil dan mencuba kasut itu pada kakinya. Agak seksa lah jugak sebab dia nak kena bukak tali kasut dulu.

Melihat Adelia begitu , staff tadi membukakan tali buat Adelia sebelum dihulurkan kepada Adelia.

"Terima kasih." ucap Adelia.

Terpana staff itu melihat senyuman Adelia tetapi Adelia tak perasan pun semua itu.

Habis sahaja mencuba , Adelia membuat pembayaran. Saat dia ingin melangkah pergi , staff itu menegurnya.

"Boleh saya tahu nama awak ?" soal staff itu. Soalan dia membuatkan rakan sekerja yang mendengar terkejut. Kebanyakan staff di situ adalah lelaki tulen hanya dia seorang sahaja yang berpakaian perempuan.

Adelia tersenyum kecil.

"Adelia , Ira Adelia." kata Adelia.

"Patutlah muka cik macam saya pernah tengok !" tiba-tiba staff lain bersuara.

"Aisy (sebutan a.ish) , ni Adelia la. Adelia yang berlakon drama Terindah kan ?" soal rakan Aisy dengan teruja.

Aisy memandang Adelia dengan tidak percaya. Adelia tersenyum kecil. Dia kemudiannya meminta diri.

Aisy memandang ke arah rakan-rakannya yang teruja berjumpa dengan Adelia tadi.

"Kau dah kenapa tadi ?" soal salah seorang rakannya , memandangkan tiada pelanggan lain , mereka bebas untuk berbual sesama mereka.

"A..aku rasa aku dah jatuh cinta." kata Aisy. Ternganga rakan-rakan dia mendengar kata-kata Aisy.

"Kau dah kembali kepada fitrah ke !?" soal rakan dia dengan tidak percaya.

Aisy menjeling tajam rakannya itu. Mulut longkang betul , siapa kata dia gay !? Bodoh punya member!

"Aku bukan gay lah bahlol !" marah Aisy.

"Kau bukan gay !?" soal rakan dia dengan muka terkejut.

"Habis kenapa pakai baju macam perempuan !?"

Aisy memusingkan matanya ke atas. "This is fashion okay , if women can wear men shirt means men also can wear women shirt. No limit in fashion , okay." kata Aisy. Ternganga mereka mendengar penerangan Aisy. Tak masuk dek akal !

"Cuma , aku memang tak gay tapi aku tak pernah ada rasa suka kat perempuan tapi dia , dia buat aku rasa tak tenang kat sini." Aisy memegang dadanya. Jantungnya berdegup laju.

Terdiam rakan-rakan dia melihat si Aisy yang angau. Baru hari ni mereka tahu yang Aisy bukan gay rupanya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adelia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Keaadan rumah yang gelap  lewat petang itu membuatkan Adelia naik risau. Risau jika ada apa-apa yang berlaku pada Vince.

Sebaik sahaja dia membuka lampu rumah.

"SURPRISE !!!" suara seseorang bergema satu rumah. Syariff keluar dari tempat persembunyiannya.

Adelia terkejut. Dia memandang Syariff dengan muka tidak faham. Apa yang berlaku ?

"Penat aku tunggu kau , tau." kata Syariff apabila Adelia masih senyap.

"Kenapa kau ada kat sini ? Surprise apa ni ?" soal Adelia dengan tidak mengerti. Bukan Syariff dah balik ke Lusia ke ?

"Aku ingat nak celebrate ngan kau —"

"Celebrate ? Hari ni hari apa ?" laju sahaja Adelia menyoal. Syariff tergelak kecil.

"Bagi lah aku habis cakap. Aku nak celebrate yang Malaysia setuju untuk aku jadi pembakal barang-barang ketenteraan !!" kata Syariff dengan teruja.

Adelia yang mendengar turut teruja.

"Malaysia !? Malaysia setuju !?" soal Adelia lagi. Syariff mengangguk.

"Congratulation , Nerd ! Business kau makin maju !" kata Adelia dengan teruja. Dia memeluk sekejap tubuh Syariff.

Syariff tersenyum melihat reaksi Adelia. Gadis yang sentiasa berada di sisinya yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepadanya. Masing-masing support satu sama lain.

"So , lepas ni negara mana pula ?" soal Adelia.

"Lepas ni , ermm.. Tak idea lagi. Aku jadikan Malaysia yang pertama sebab kau kerja di Malaysia kan ? So masih tengah fikir. Ada idea ?" soal Syariff.

"Tak apa- tak apa , take it slow. So , nak celebrate dekat mana ? Aku belanja." kata Adelia.

"Alah tuanku , tak gentleman lah patik kalau tuanku yang belanja patik." balas Syariff.

Adelia melepaskan tawa kecilnya. Dia baru perasan yang hanya mereka sahaja di ruang tamu. "Mana Vince ?" soal Adelia.

"Kau berdua dengan Vince je ke dari tadi ?" soal Adelia dengan serius.

"Of course not , babe. Aku suruh di duduk kat hotel." terang Syariff.

"So , right now.. Just kau dengan aku je kat rumah ?" soal Adelia dengan mata terbeliak. Syariff menundingkan jarinya ke arah pintu yang terbuka.

"It's okay , kau tak tutup pintu."

"Vince demam lah !"

"Aku dah suruh secretary aku hantar dia ke klinik sebelum hantar ke hotel. Kau kenapa lambat balik ? Vince kata kau balik petang , pukul 4 macam tu. Ni dah pukul 6.30 petang. Kau melencong ke lain erh ?" soal Syariff. Dia melihat beberapa beg kertas yang diletak tepi oleh Adelia tadi.

"Shopping sakan nampak." kata Syariff lagi.

"Manalah aku tahu kau tunggu aku." kata Adelia pada Syariff.

"Jom lah siap-siap , lepas maghrib kita gerak. Aku dah booked restaurant for us." kata Syariff. Adelia mengangguk.

Adelia berjalan ke pintu , dia menoleh memandang Syariff yang senang lenang duduk di sofa. "Ehermm.. Eherm..." tegur Adelia.

"Apa ?" soal Syariff.

"Tak nak keluar ke ?" soal Adelia.

"Kau siap-siap je la.. Aku nak tumpang solat kat sini."

"No !"

"Please. Aku takkan naik atas. Aku janji." kata Syariff dengan bersungguh-sungguh.

Adelia melepaskan keluhan kecil. Fine. Dia terus berlari naik ke tingkat atas , meninggalkan Syariff yang sedang menonton televisyen.









×××

Do vote & komen ✨

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 66.2K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
936K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
420K 28.4K 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. S...