TUAN KING✔️ [ C ]

By MissDheo

1.3M 50.1K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... More

PROLOG🥀
Bab 1🥀
Bab 2🥀
Bab 3🥀
Bab 4🥀
Bab 5🥀
Bab 6🥀
Bab 7🥀
Bab 8🥀
Bab 9🥀
Bab 10🥀
TMO TK 🥀
Bab 11🥀
Bab 12🥀
Bab 13🥀
Bab 14🥀
Bab 15🥀
Bab 16🥀
Bab 17🥀
Bab 18🥀
Bab 19🥀
Bab 20🥀
Bab 21🥀
Bab 22🥀
Bab 23🥀
Bab 24🥀
Bab 25🥀
Bab 26🥀
Bab 27🥀
Bab 28🥀
Bab 30🥀
Bab 31🥀
Epilog🥀

Bab 29🥀

29.3K 1.1K 45
By MissDheo

"Abang? Dhafi tak nampak macam budak yang bermasalah pun kan? Tenang ja dia tidur ni." Humaira bertanyakan Arfan yang sudah bangun dari tidurnya. Dhafi yang berada di ribaan Humaira di cium sekilas. Kini Dhafi hampir mencecah 4 bulan.

"Kan doktor kata ini kesan jangka masa panjang. Dhafi masih boleh menangis macam budak biasa tapi lambat bercakap je. Takpe nanti abang cari pakar terapi yang paling bagus dalam negara. So that anak kita ni cepat sembuh ya?" Arfan membelai pipi Humaira. Pagi-pagi lagi dah buat sweet bagai.

"Sayang dah ambil lesen kan haritu? Sayang tak teringin nak drive ke?"

"Hmm dah ambil lah. Sebab suami kita ni suruh ambil. Masa baby dalam perut lagi... tak menyempat!" Kali ini, giliran Humaira pula mencuit hidung mancung suaminya.

"Mestilah abang suruh ambil lesen. Nanti senang kalau ada emergency. Lagipun, sayang bukannya mabuk hamil pun. Abang yang tolong bahagikan mabuk tu." Arfan tersengih begitu juga Humaira.

"Abang nak tau tak? Orang kata kalau suami yang mabuk hamil, maksudnya suami tu sayang sangat dekat isteri dia...." Humaira membodek sedikit. Aceceyyy.

"Owhhh, gitu... kuat perasan sayang ni. "

"Eleh, betullah tu. Dah lah pergi mandi sana. Busuk! Nanti Dhafi pula nak mandi. Atau abang je la yang mandikan dia? Hah? Kongsi lah kerja jaga Dhafi ni. Abang kan sayang kami dua. Kan Dhafi kan? Papa sayang kita kan? Alololoo sayang mama." Daripada bersembang dengan Arfan, Humaira dah beralih sembang dengan Dhafi pula.

"Habislah, anak Papa dah curi kasih sayang Mama dekat Papa. hmm lonely... I have nobody..." Arfan berjalan longlai ke arah bilik air. Hmmm murung...

"Eh abang ni. Gediklah!" Humaira melemparkan bantal ke belakang Arfan. Menyampah gila dengan perangai mengada Arfan ni. Semenjak ada anak memang menjadi-jadi!

"Werk tak kena."

"Abang!"

"HHAHAHAHAH" Terdengar bunyi ketawa Arfan dari dalam bilik air. Auch suamiku ni. Cair hati.

"Sudahlah gelaknya, nanti Papa dengan yang lain dengar tu, memang apalah diorang pikir nanti." Laung Humaira dari arah katil.

"Ye lahhh." Jawab Arfan.

*****

"Hari ni, saya balik kerja awal sikit ya? Saya ada hal peribadi. Takde appointment dah kan?" Tanya Arfan kepada PA nya.

"Takde Tuan Darren. Lagipun masa kerja hanya tinggal lagi 30 minit." PA nya menjawab.

Arfan mengangguk sedikit sebelum berlalu pergi.

Sepanjang berjalan, senyuman tak lekang dari bibirnya. Dia ada agenda lain. Tunggu je lah Humaira sayang... hahahahah.

Balik saja dari kerja, Arfan terus bergegas ke rumah Tuan Darwish. Sepanjang Humaira lepas pantang ni memang diorang duduk sini. Senang sikit mereka nak pantau Humaira. Lagipun, keadaan memang agak tak selamat.

Masuk saja ke rumah, dia ternampak Humaira sedang leka menonton cerita running man. Ketawa Humaira cuba ditahan sebaik mungkin kerana Dhafi sedang lena di hadapannya.

Arfan pun perlahan-lahan datang dari arah belakang. Dan...

Bah!

"Makkk!!" Humaira terlatah agak kuat sehingga Dhafi mula bergerak.

"Hahahaah." Arfan ketawa kecil sambil memegang perutnya yang senak kerana terlalu lucu.

"Abang ni kan! Dhafi Mama dah bangun ni. Ishhhh." Humaira menepuk sedikit Dhafi supaya kembali tidur. Nasib baik Dhafi ni kuat tidur. Tak la dia berjaga terus tadi. Erghh Arfan ni.

"Sayang tengok apa?" Arfan buat-buat tanya. Matanya melilau mencari sesuatu.

"Abang cari apa?"

"Ha dah jumpa!" Alat kawalan jauh tv diambil dan siaran ditukar ke siaran HBO.

"Abang! Kasi balik lah!" Humaira berlari membontoti langkah Arfan yang kini sudah berada di luar rumah.

"Abang!" Sambil berlari, sambil dia menjerit memanggil Arfan sehinggalah dia berhenti betul-betul dibelakang Arfan.

"Siapa punya kereta ni Abang? Ada tetamu ke?"

"Entahlah. Cuba pergi tengok." Arfan buat muka kerut-kerut. Kereta siapa ni?

Pintu kereta itu cuba dibuka Humaira.

"Eh? Tak kunci lah. Kita tengah menceroboh ke ni? " Humaira berpandangan dengan Arfan.

"Masuk je lah. Cuba cari maklumat dalam kereta tu. Ha tengok dashboard tu." Arah Arfan.

Dashboard dibuka. Ada sekeping surat. Eh?

*HUMAIRA SAYANG* itu yang tertulis di sampul surat itu. Humaira dah tau siapa. Muka Arfan dipandang.

"Ta daaa!" Segugus kunci ditayangkan ke muka Humaira.

"Abang ni! Suka buat macam ni." Humaira terharu.

Surat putih itu dibuka.

*Nor Alisya Humaira binti Mohd Izham. Ini hadiah dari abang untuk segala jasa baik sayang pada abang. Untuk segala pengorbanan sayang pada abang dan family. Sanggup hidup dengan orang jahat macam abang. Ini hadiah yang abang nak kasi setelah sayang korbankan nyawa sayang untuk wujudkan satu lagi nyawa abang didunia. Muhammad Dhafi Harraz. Anak kita...

Love you, Humaira.
Dari Darren Arfan yang kacak. (Bentuk hati)*

"Alahai abang ni. Bersemut!"

"Eh mestilah abang ni manis. Manis dengan sayang je. Takde orang lain. Suka tak? Ha siap ada car seat lagi. Comel kan?" Ujar Arfan.

Humaira melihat baby car seat di tempat duduk belakang.

"Thanks abang. Suka sangat."

"Kalau suka... kasi hadiah kat abang pula." Arfan menayang sengih. Aduh hensemnya suami Humaira nih.

"Alaa abang ni. Humaira dah la tanam anggur ja. Mana lah nak ada duit." Humaira memuncung. Macam mulut itik!

"Bukan hadiah berupa kebendaan sayang. Nak ni je." Arfan menunjukkan ke arah bibirnya. Lama dia tak dapat kiss ni hahahahah.

"Gatallah abang ni. Ye lah."

Chup!

Ciuman dari Humaira sekilas.

"Mana cukup."

"Ishhh. Seganlah orang tengok."

"Mana ada orang lain pun."

Humaira memerhati sekeliling. Memang takda orang. Hihihi.

Chup! Sekilas lagi.

Arfan tak puas hati terus muka isterinya di cium berkali-kali. Segala dahi pipi dan seluruhnya di cium. Humaira hanya mengekek ketawa kerana terlalu geli.

Hahahahha. Auch!

*****

"Sayang, hari ini hari apa ya?" Arfan bertanya kepada isterinya.

"Hah? Hari ni kan hari Jumaat kan? Kenapa abang tanya?"

"Lah sayang ni, takpe lah. Nanti petang abang balik rumah sana. Sayang balik dengan Dhafi ye?"

"Tapi kenapa pulak? Balik je la sekali. Kan senang?"

"Mana boleh. Kereta sayang tu siapa yang nak drive ke sana? Kereta memang mahal tapi tak cukup mahal untuk ada auto pilot tau."

"Ishh, main-main. Tapi betul jugak lah. Takpe lah, lepas abang balik kerja nanti Abang bagitau saya. Lepastu saya dengan Dhafi bertolak balik. Saya tak nak balik sana lepastu duduk sorang-sorang ya."

"Ye sayang..." kedua pipi Humaira di picitnya. Comelnya pipi merah-merah ni. Lapar cendol kot. Hahahahah.

"Ish, dahlah. Sakitlah. Pergi kerja cepat. Mentang-mentanglah bos, dia buat lambat-lambat pulak." Kata Humaira.

"Bye sayang." Tangannya dihulur lalu Humaira mencium tangan itu. Hmmm...

"Bye... eh abang tak nak cium Dhafi ke? Nanti Dhafi rindu Papa dia pulak."

"Ha ah lah. Kejap-kejap. Bawa Dhafi ke sini." Pipi tembam Dhafi diciumnya berkali bagai tak nak lepas. Sayang betul dengan anaknya seorang ini.

"Bye sayang Papa, nanti kita jumpa dekat sana eh?" Ucap Arfan sebelum bergegas ke Range Rover hitam yang baru dibelinya. Family dah bertambah, kenalah pakai kereta besar sikit. Kan?

*****

Petang itu Arfan menelefon Humaira untuk memberitahu yang dia sudah selamat sampai di rumah.

"Okey abang. Kami balik ni."

"Drive safe ye?" Sambung Arfan lagi. Selama ni Humaira akan berkepit je dengan dia. Manalah Humaira nak berjalan sendiri, tapi sekarang ni dia ada surprise untuk Humaira, jadi terpaksalah.

Apabila talian ditamatkan, Arfan melihat sekeliling.

"Okey, dah siap. Thanks wei tolong aku. Lepasni, korang boleh duduk luar je. Aku nak bertiga bersatu dengan bini dan anak aku." Ucap Arfan lalu tersengih.

"Ye lah." Anak-anak buah yang lain hanya menurut perintah dan berlalu keluar.

"Apalah Humaira ni. Takkanlah dia tak ingat tarikh anniversary? First anniversary pulak tu. Hmmm." Arfan melihat kejutan yang di buatnya.

Ringkas saja. Candle light dinner di balkoni bilik utama. Balkoni yang paling besar. Siap ada katil baby yang dihias lampu kecil supaya baby Dhafi boleh join mereka.

Ada juga meja bulat yang dihias cantik macam pertama kali dia buat di Maldives dulu tapi lagi mewah sedikit. Balkoni itu hanya berbumbung separuh. Jadi, mereka boleh pandang langit. Tiga tangkai bunga ros terletak elok didalam pasu jernih.

Lampu-lampu yang dipasang disekeliling balkoni itu sangat menawan. Tapi sekarang masih petang. Lepas maghrib nanti baru boleh berdating dengan bini dia. Dia ada kejutan lain sebelum tu.

*****

Di rumah Tuan Darwish.

"Dhafi sayang, jom jumpa Papa." Humaira meletakkan Dhafi ke seat bayi. Tali pinggang di baby car seat dipasang cermat.

"Dhafi sayang, cakap bye bye uncle Aqif dengan uncle Daniel. Ha atuk Darwish sekali." Humaira mengangkat tangan kecil anaknya dan melambai sedikit. Tuan Darwish dan Daniel turut melambai semula. Aqif datang ke kereta itu dan mencium pipi anak sedaranya.

"Byebye Dhafi sayang." Anak kecil itu digomol. Ish geramnya...

"Bye kak. Assalamualaikum." Aqif menyalami kakaknya.

Humaira pula ke tempat pemandu. Selepas doa dibaca, Honda CRV itu meluncur keluar dari rumah Tuan Darwish.

Pemanduan Humaira tersangatlah cermat. Sekali sekala matanya dihalakan ke arah Dhafi. Sedang lena dikerusi bayinya.

Kini, kereta sudah berada di tebing laut yang selalu menggamit pemandangannya. Matahari yang berada di ufuk barat itu kelihatan cantik sangat hari ini.

Tiba-tiba kedengaran hon dari sebuah kenderaan.

Pin!

Pin!

"Eh? Apasal lori ni. Kalut nya. Nak kemana tah. Jalan je lah. Ruang banyak lagi tu. Eii geramnya."

Pin!

Pin!

Lori itu seperti cuba memotong.

"Ishhhhh, dah lah jalan kecil je. Gila betul. Aku dah lah bawak kereta macam kura-kura ni. Jalan lengang ja kot, lalu ja la."

Tapi lori besar itu masih menekan honnya. Dan kali ini, lori itu sudah berada di sebelahnya. Humaira memperlahankan kenderaan bagi memberikan peluang supayan lori itu memotong.

"Ha, bagus. Kau potong je kereta aku ni. Bising sangat. Tak bertimbang rasa langsung manusia zaman sekarang. Kan Dahfi kan? Nanti besar, Dhafi pandu cermat macam Mama tau? Hehe." Humaira memperlahankan keretanya. Tapi lori itu pula bagai nak menghimpitnya!

"Eh? Apa ni?! Ya Allah..." Humaira sudah takut. Dia memanjatkan doa kepada Allah yang Maha Besar. Jantungnya mengepam darah dengan laju sekarang.

Pin!

Pin!

Pinnnnnnn!

Humaira menghembuskan nafas lega apabila lori besar itu memotongnya.

Tapi... dia tak nampak jalan dihadapan kerana lori itu terlalu besar. Dan apabila lori itu ke tepi, sebuah lagi lori datang dari arah hadapan..!

"Ya Allah Dhafi...!"

Bumm!

Humaira menjerit nama anaknya tapi dia tak mampu berbuat apa-apa apabila keretanya bertembung lori besar itu. Keretanya jatuh ke tebing. Air bag yang terbuka mengurangkan hentakan. Tapi Dhafi? Dia belum cukup kuat. Ya Allah!

Kereta berguling turun ke persisir pantai dan berhenti dalam keadaan menjunam. Air bag yang dilepaskan didalam kereta sudah mengecut. Tali pinggang dibuka Humaira. Kepalanya berdengung. Darah di kepalanya akibat hentakan pada stereng tadi mengaburi matanya. Dalam keadaan itu, Humaira menangis.

"Say...sayang Ma...maaa..." Humaira bersuara diselangi tangisan.  Pintu dibahagiannya berjaya dibuka walaupun agak sukar.

Dalam keadaan lemah itu Humaira merangkak perlahan-lahan ke arah Dhafi. Dia perlu menyelamatkan anaknya walaupun nyawanya hilang. Walaupun seluruh raganya cedera.

Dengan sepenuh kudrat yang masih tersisa, Humaira cuba untuk membuka pintu dibahagian Dhafi. Tapi pintu itu tersekat.

"Arghhhh! " Humaira menjerit kerana terlalu takut. Terlalu risau untuk menyelamatkan anaknya. Kenapa pintu tersekat pulakkk!

"Kenapa bau macam ni?" Humaira memandang sekeliling. Apabila nampak saja minyak sedang menitis dari tangki yang bocor, matanya terbuntang. Pintu kereta itu dihentak lagi.

"Bukaklah! Bukakkk!" Humaira bagaikan histeria. Dia meraung sambil menghentak pintu dengan batu besar yang dicapainya.

*****

Arfan's POV

"Apasal diorang lambat sangat?" Dah nak senja ni. Nanti kalau gelap susah lah Humaira nak drive.

"Kenapa Arfan? Humaira tak sampai lagi?" Kimi juga bertanya apabila terlihat Arfan yang berjalan ulang alik di hadapan pagar rumah agamnya.

"Ha ah. Takpalah. Aku nak pergi cari jap. Jaga rumah." Arfan mengambil kunci dan dalam sekelip mata, Range Rover itu hilang dari pandangan.

Arfan melilaukan matanya ke serata jalan, takut Humaira ada masalah dengan keretanya.

Seketika kemudian, dia melihat sesuatu yang pelik. Seingat dia, pembahagi jalan itu masih elok lagi tadi? Kenapa dah terkopak?

"Takkanlah..." Cepat-cepat keretanya diberhentikan di tepi jalan.

Kalut-kalut Arfan menjenguk ke bawah. Matanya terbuntang luas.

"HUMAIRA! SAYANG!?" Arfan terkaku sesaat sebelum dia berlari mencari jalan untuk turun. Air mata jantannya tak dapat ditahan lagi. Honda CRV itu hampir terbakar.

"SAYANG?!" Arfan menjerit lagi. Mungkin Humaira berjaya menyelamatkan diri. Tapi langsung tiada kelibat manusia. Mungkin masih dalam kereta itu.

Dalam dia berlari ke arah kereta itu, dia menangis. Janganlah Tuhan ambil nyawa mereka.

Dan tak disangka-sangka...

BOOM!

Kereta itu meletup kuat sehingga Arfan yang sudah hampir itu terpelanting jauh.

Kepala Arfan terhentak ke batu pantai. Kepalanya terasa berdengung dengan bunyi letupan yang tersangat kuat dan hentakan dikepala.

"Sayang... Dhafi..." Pandangannya semakin kabur. Darah pekat mengalir dari kepalanya.

Setitis air matanya jatuh. Akhirnya dunianya gelap....

2009 words

~The end~

Ha tamat sudahh... tragis tak?





Justkidding guys 😆

Continue Reading

You'll Also Like

4.8K 173 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...
225K 18.2K 52
(Beautiful cover by @peanurts-) HIGHEST RANKING🎖 #1 on Cold (9, 18 June 2021) #1 on Psycho (14, 16 June 2021) #1 on Badgirl (18, 20 June, 17 July 20...
1.4M 40K 84
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepa...
201K 6.7K 23
Adreane Shofeyaa seorang wanita kacukan Auckland yang mempunyai wajah yang rupawan seiring dengan personalitinya. Malangnya Ad sering dihina dan diej...