Adelia Humaira

By shasharazali

1.3M 73.6K 1.9K

Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lu... More

Prolog
1 - Lusia
2 - Hari pertama sekolah
3 - Mentor
4 - Dress
5 - Lembik
6 - Tuanku , Patik minta ampun.
7 - Kau suka aku ke ?
8 - satu-satunya rakan Syariff
9 - aku suka kau , kau suka aku
10 - Third Wheel
11 - Best brother-in-law
12 - Jemputan Istana
13 - The game just started
14 - Aku tahu kau sayang aku
15 - Hukuman
16 - Kecuali Dia
17 - Selambanya
18 - Curang depan-depan
20 - Mamat rendah EQ
21 - Jemput keluarga diraja
22 - Selamat datang ke Malaysia
23 - kakak Qhalif punya
24 - Rindukan Syariff
25 - Nak lepaskan rindu
26 - surprise
27 - I sayang boyfriend I
28 - Pilihan nenda
29 - Lia tak nak kahwin
30 - Teman hidup
31 - Your daddy
32 - kenapa dengan kita ?
33 - Marah
34 - Aku nak Adel
35 - Gila
36 - Percaya
37 - Fiance
38 - Newbie
39 - Hmm..
40 - Saya minta maaf
41 - Nak tapi tak nak
Perhatian
42 - kawan
43 - Debaran
44 - Hari Bahagia
45 - First Kiss
46 - Jangan tinggalkan saya
47 - Adel
48 - otak drama Queen
49 - Cemburu
50 - Cari fasal
51 - Rumah kita
52 - Saman
53 - Kick your ass
54 - Awak nak baby ?
55 - Berangkat ke Malaysia
56 - Serang Syariff
57 - Lusia dalam bahaya
58 - Recharged
59 - Jangan balik Lusia
60 - Thank you , my love
61 - Anak babah
62 - Abang
63 - Tariff Mikael
64 - Birthday Party
65 - Demam panas
66 - Bye , babah
67 - Adelia curang
68 - Tariff tak dibenarkan
69 - Devil
70 - Tariff rindu babah !
71 - Tariff sayang babah !
72 - Terlupa
73 - Gurau terlebih kasar
74 - Thank you jaga anak kita
75 - sibukk !
76 - Jealous ? In hell !
77 - Copy Paste
78 - WOW
79 - Tak nak kalah [[ Final ]]
Special Chapter - Mama
Special Chapter - Mama II
Wafa Aqisha⚘

19 - Tuankulah yang terbaik !!

16.6K 836 9
By shasharazali

Bunyi ketukan di pintu bilik menggangu tidur Adelia. Adelia masih terbaring di atas katil mencapai bantal dan menutup rapat telinganya. Lama dia dalam keadaan seperti itu tetapi bunyi ketukan di pintu langsung tidak berhenti.

"VINCE !!" Pekik Adelia dari dalam bilik.

"Tuanku , pagi ni kita ada audition untuk watak jahat." kata Vince disebalik pintu kayu. Malam semalam Adelia berjaga lewat kerana sibuk praktis untuk audition-nya pada pagi ini. Sejak dia mengikut serta Puteri Adelia ke Malaysia , bekerja sebagai manager Adelia tidak sekali dalam sehari mereka tidak busy. Dia akan busy mencari skrip untuk Adelia dan Adelia akan praktis sehingga hari audition tiba tetapi sampai sekarang nak dekat dua bulan masih tiada satu watak utama atau pelakon pembantu pun dia berjaya dapat. Kebanyakan adalah cameo sahaja.

Naib baiklah rumah teres yang mereka tinggal ditanggung sepenuhnya oleh keluarga diraja. Jika tak , merempatlah mereka berdua di Malaysia.

Adelia membuka pintu biliknya. Terkejut Vince melihat wajah baru bangun tidur Adelia. "Tuanku tidur pukul berapa malam semalam ? kan kita ada audition pagi ni." kata Vince.

"Saya tak rasa saya dapat Vince. Nampaknya balik ke Lusia sahaja lah kita malam ni." kata Adelia dengan nada tawakal habis.

Vince mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nak kata Adelia tak ada bakat , ada je. Setiap kali melihat Adelia praktis dia dapat rasakan watak yang dibawa oleh Adelia. Mungkin Adelia sukar mendapat watak kerana tiada latar belakang yang support dia seperti artis yang lain.

"Jangan lah macam tu , Tuanku. Patik pasti kali ni tuanku berjaya dapatkan watak ni. Lagipun patik dah periksa latar belakang pengarah ni yang dia memang sangat memilih dalam pemilihan pelakon. Mana tahu dia nampak bakat tuanku , dia pun tertarik untuk berikan watak ni pada tuanku." kata Vince panjang lebar.

"Ni last." kata Adelia.

"Baik , tuanku."

.

.

.

.

.

.

.

Mereka berdua tiba awal di sebuah hotel dimana audition diadakan. Tidak lama selepas itu , seorang - seorang pelakon tiba bersama manager masing-masing. Kebanyakan yang datang ke audition ini terdiri daripada pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam beberapa drama popular Malaysia.

"Macam tak akan dapat je , Vince." Bisik Adelia pada Vince yang duduk di sisinya.

"Tuanku , mana hilangnya keyakinan tuanku yang tinggi melangit ?" balas Vince secara berbisik. Walaupun Adelia datang awal ke tempat audition tetapi bukan dia yang pertama. Beberapa artis yang biasa dilihat di dalam kaca televisyen terlebih dahulu masuk untuk uji bakat.

"Buang masa je datang awal." Bisik Adelia.

"Tak apa , tak apa. Datang awal tanda kita bersedia." Pujuk Vince. Salah seorang artis memandang sinis ke arah Adelia sebelum dia masuk ke dalam bilik uji bakat.

"Apasal kerek sangat minah tu ?" Soal Adelia dengan bengang. Vince memandang pelik ke arah Adelia.

"kerek tu apa tuanku ?" soal Vince.

"Vince kamukan manager saya. Takkan slang Malaysia tak tahu ? Mulai hari ni buat account twitter. Belajar kat twitter tu slang-slang Malaysia.Kamu mesti kena sentiasa up to date nanti kena panggil ketinggalan zaman pula." kata Adelia. Tiba-tiba Adelia memandang Vince dengan muka sedih.

"tak payah lah Vince , kita dah sepakat untuk balik Lusia kan malam ni." kata Adelia. Vince memandang Puteri Adelia dengan tidak percaya. Puteri betul-betul serius ke nak give up ?

"Adelia Humaira." Panggil staff yang bertugas. Adelia memandang ke arah Vince dengan gugup.

"Tuanku boleh buat !" Kata Vince dengan yakin. Dia melihat belakang tubuh Adelia , gadis itu yang mula melangkah masuk ke dalam bilik audition.

Sebaik sahaja Adelia melangkah masuk , pintu bilik itu ditutup rapat dari luar. Dia berjalan sehingga ke tengah bilik itu. Gugupnya saat terpandang akan tiga orang dihadapannya. Mereka bertiga terdiri daripada pengarah , penulis skrip dan pelakon veteran.

"Scene 31 - Farah melepaskan segala yang terpendam ." Kata salah seorang daripada mereka. Adelia menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mengingati babak tersebut. Babak ini adalah babak di mana Farah , watak jahat melepaskan apa yang tersimpan di dalam dadanya selama ini. Dia meluahkan segala rasanya pada Marissa , watak utama.

Lirikan mata Adelia berubah , dia cuba menfokuskan pandangannya walaupun tiada watak Marissa dengannya sekarang. "Aku takkan ada dekat sini sekarang kalau tak disebabkan keluarga kau , Marissa !" Tengking Farah. Matanya merah gara-gara menahan marah dan dendam yang lama tersimpan.

Kedua-dua belah tangannya digenggam.

"Kau orang ingat aku suka dengan apa yang aku ada sekarang ??" soal Farah dengan sinis.

"Kau dan mak bapak kau yang paksa aku buat semua ni !" Kata Farah , air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.

"Kalaulah family kau ada sikit je sikit je perasaan belas kasihan , empati terhadap mak aku , mak aku mesti takkan mati !!" kata Farah dalam esakannya. Wajah ibunya mula bermain di fikirannya , wajah ibunya saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir bermain di fikirannya.

"Sebabkan kau dan keluarga kau , Ibu aku mati ! kau dan keluarga kau pembunuh !!!" Jerit Farah sekuat hati. Dia merenung ke arah Marissa seakan-akan renungannya mampu membunuh Marissa.

"Cut !" kataka salah seorang juri. Mereke bertiga memandang sesama mereka. Entah apa yang mereka bisikan antara mereka tetapi tidak langsung mebuatkan Adelia tertanya-tanya.

"Adelia Humaira." panggil pelakon veteran itu."

"Ya, saya."

"Kami akan hubungi kamu sebelum lewat malam ini jika kamu terpilih." Kata pelakon veteran itu.

"Baiklah, terima kasih." ucap Adelia , kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa mengharapkan watak ini. Dia tak nak letak sebarang harapan kerana dia takut dia yang akan terluka lagi.

Vince segera mendapatkan Adelia sebaik sahaja Adelia melangkah keluar dari bilik itu. "Macam mana tuanku ?" soal Vince.

"Mereka kata mereka akan call sebelum lewat malam jika saya terpilih." kata Adelia. Vince memandangnya dengan teruja. "Maknanya kita ada harapan lah kan ?" soal Vince. Adelia memandang Vince dengan pandangan kosong.

"Jangan terlampau berharap." Pesan Adelia.

"Baik tuanku." balas Vince.

Selepas sahaja daripada audition itu , mereka berdua terus pulang ke rumah. Adelia sebaik sahaja tiba di rumah , dia sudah mula mengemas pakaiannya. Vince melihat sahaja tingkah laku Adelia. Sudah berbuih mulutnya memesan agar Adelia tunggu panggilan daripada team pengarah tadi tetapi puterinya yang seorang itu langsung tidak mahu mendengar kata.

Adelia sudah siap dengan beg tariknya di hadapan pintu utama rumah teres mereka. Dia memandang ke arah Vince yang berlari-lari dalam rumah. "kan saya dah kata kemas awal-awal degil. Tak ada maknanya mereka nak call saya." kata Adelia dengan nada sedih. Tipu lah kalau dia tak mengharap tetapi sekarang dah pukul 9.00 malam masih tiada panggilan daripada pengarah cerita ini.

"Ni harapan terakhir patik tuanku , takkan patik tidak endahkannya. Patik yakin sangat yang tuanku akan dapat kerana patik lihat masa tuanku berlatih , watak yang tuanku bawa kali ini tersangat lah sesuai. Bodoh lah mereka melepaskan pelakon yang begitu berbakat seperti tuanku." kata Vince dengan yakin.

"kan saya kata jangan berharap." marah Adelia. Bunyi telefonnya mematikan suasana tegang yang mula wujud diantara mereka. Adelia memandang lama nombor tidak dikenalinya sebelum diangkat.

"Hello." tegurnya.

"ni Cik Adelia Humairakan ?" soal si pemanggil.

"Ya , saya."

"Tahniah cik Adelia. Cik terpilih untuk watak Farah." kata si pemanggil. Terjojol biji mata Adelia saat mendengar kata-kata dari hujung sana.

"Esok cik diminta untuk hadir ke hotel yang sama dan menandatangani kontrak dengan team kami." kata si pemanggil.

"Baik-baik. Pukul berapa ?" soal Adelia.

"10 pagi esok. Jangan lambat." pesan si pemanggil sebelum menamatkan panggilan.

Sebaik sahaja panggilan ditamatkan , Adelia memandang ke arah Vince dengan riak wajah tidak percaya. "Kenapa tuanku ? siapa call ?" soal Vince.

"Team produksi cerita 'Penjara Hati'. Saya dapat watak Farah tu !!" Kata Adelia dengan teruja. Kerana terlampau teruja , mereka berdua terjerit riang dan berpelukan sesama mereka.

"Tahniah , tuanku." Ucap Vince dengan gembira.

"Saya dah dapat kerja !!!" kata Adelia lagi.

"kerja yang sesuai dengan rupa dan bakat tuanku. Ini satu permulaan yang baik." Kata Vince lagi. Ketika mereka bersorak sesama mereka , telefon Vince pula berbunyi. Nombor private tentera.

"Siapa ?" soal Adelia.

"patik pun tak tahu siapa." kata Vince sebekum dia mengangkat. Sengaja dia menggukan speaker.

"Hello , ni nombor cik Adelia Humaira ke ?" soal suara garau dihujung sana.

"ni manager dia." kata Vince.

"Owh , tujuan saya call ni nak khabarkan yang cik Adelia berjaya dalam audition untuk watak Sofea dalam drama 'Terindah'." kata si pemanggil. Vince memandang ke arah Adelia dengan mata terbeliak besar begitu juga Adelia.

"Encik serius ke !?" soal Vince dengan tidak percaya.

"ya , saya serius. Maaflah pihak kami lambat membuat keputusan. Saya harap cik Adelia tidak akan tolak skrip kami." kata lelaki itu lagi.

"Sudah tentu artis saya takkan tolak. Dia begitu berminat dengan skrip tersebut." Balas Vince. Adelia mengangkat kedua-dua belah ibu jarinya pada Vince.

"Kalau macam tu , Cik diminta hadir ke syarikat kami dengan Cik Adelia untuk sign contract. Esok pukul 4 petang. Boleh ?" soal lelaki itu.

"Boleh boleh. Terima Kasih , Encik." ucap Vince.

"baiklah , saya minta diri dulu." kata lelaki itu sebelum panggilan ditamatkan.

"ARGHHH !!!!" teriak mereka berdua dengan kuat saat panggilan tamat. Sekali lagi mereka berpelukan kerana terlampau teruja.

"Kan patik dah cakap yang tuanku akan dapat tawaran berlakon. See , bukan satu tapi dua !" kata Vince , matanya sudah merah gara-gara terlalu gembira sehingga menitis air mata.

"Terima kasih kerana percayakan saya , Vince." ucap Adelia.

"Mestilah patik percayakan tuanku sebab patik percaya yang tuanku punya lakonan lebih hebat daripada pelakon-pelakon yang ada sekarang." puji Vince. Tergelak Adelia mendengarnya.

"Tak ke kamu terlebih puji saya , Vince ?" soal Adelia.

"Tak , bagi patik tuankulah yang terbaik !!" balas Vince sambil mengesat air matanya.

Tergelak Adelia mendengar pujian Vince. Selepas ini 'Ira Adelia' akan meraih populariti di Malaysia !

Ya , Ira Adelia. Namanya di dalam industri Malaysia.








×××
Happy Reading semua 💕
Do vote and komen tau ✨

Continue Reading

You'll Also Like

He's Not Mine By Ira

Teen Fiction

37.4K 1.6K 40
Tajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan me...
2M 98.6K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
20.3K 1.4K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
51.4K 2.3K 60
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya i...