TUAN KINGβœ”οΈ [ C ]

By MissDheo

1.3M 50.7K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... More

PROLOGπŸ₯€
Bab 1πŸ₯€
Bab 2πŸ₯€
Bab 3πŸ₯€
Bab 4πŸ₯€
Bab 5πŸ₯€
Bab 6πŸ₯€
Bab 7πŸ₯€
Bab 8πŸ₯€
Bab 9πŸ₯€
Bab 10πŸ₯€
TMO TK πŸ₯€
Bab 11πŸ₯€
Bab 12πŸ₯€
Bab 13πŸ₯€
Bab 14πŸ₯€
Bab 15πŸ₯€
Bab 16πŸ₯€
Bab 17πŸ₯€
Bab 18πŸ₯€
Bab 20πŸ₯€
Bab 21πŸ₯€
Bab 22πŸ₯€
Bab 23πŸ₯€
Bab 24πŸ₯€
Bab 25πŸ₯€
Bab 26πŸ₯€
Bab 27πŸ₯€
Bab 28πŸ₯€
Bab 29πŸ₯€
Bab 30πŸ₯€
Bab 31πŸ₯€
EpilogπŸ₯€

Bab 19πŸ₯€

37.1K 1.4K 101
By MissDheo

Setibanya mereka berdua di rumah Tuan Darwish. Bilik Arfan dituju. Humaira didudukkan di birai katil. Tudungnya dibuka Arfan satu persatu.

"Kau boleh bangun ke tak?" Soal Arfan. Siapa tak risau kalau bini hampir kena cabul? 

Humaira hanya mengangguk. Kemudian dia cuba untuk bangun. Pinggangnya sudah tak sesakit tadi.

"Dah. Pergi mandi. Ke... kau nak aku temankan?" Soal Arfan. Eh dah tak marahlah.

"Taknak lah. Awak gatal!" Ujar Humaira lalu terkedek-kedek berjalan masuk ke dalam bilik air. Macam biasalah, dia bawak masuk baju dan seluar siap-siap.

Seusai mandi, Arfan pergi mendapatkan Humaira dibirai katil.

"Pergi mandilah. Busuk!" Kata Humaira apabila Arfan duduk dihadapannya. Saja nak mengusik. Dah tengah malam ni tak reti nak mandi lagi ka.

"Ye ke busuk? Hek eleh, aku busuk pun kau suka kan? Nah bau." Terus Arfan menerkam ke arah Humaira dihadapannya.

"Eiiii, busuklah! Tak sukaa. Pergi mandi lah. Eiii..." Humaira menolak-nolak Arfan yang datang ke arahnya.

"Kata aku busuk lagi, kan dah kena. Hahahahah" Arfan ketawa sedikit sebelum mereka berdua kembali membeku.

Bukan apa, tapi baru mereka sedar yang kedudukan mereka sekarang tersangatlah tidak patut. Hahaha. Cuba teka apa yang jadi?

Ya, Arfan berada diatas Humaira sekarang, dan mereka berada diatas katil. Muka Arfan hanya seinci dengan Humaira manakala tubuh mereka sudah tiada ruang untuk angin berlalu pun. Haa, lain kali bergurau lah lagi. Kikikii.

"Awak... bangunlah. Berat." Ucap Humaira bagi menutup gemuruh di dada. Fuhh, iman kena kuat. Walaupun mereka suami isteri.

"Tak nak!" Lawan Arfan pula. Tengok muka Humaira yang memerah akibat malu itu lagilah dia nak mengusik.

"Ish, turunlah. Saya letih tau dak. Sakit pinggang ni." Kata Humaira yang memang letih itu. Dia memalingkan mukanya ke kanan kerana segan nak menatap muka Arfan.

"Ye lah. Tapi..., aku ada satu permintaan. Boleh?" Tanya Arfan.

Humaira hanya mengangguk tanda setuju. Permintaan apa pulak?

"Pandang muka aku bila aku tengah bercakap. "

"Apa? Nak apa?" Humaira mengerutkan dahinya. Nak apalah mamat ni sorang.

"Kiss aku." Arfan menduga.

Muka Humaira terus membahang. Oh my God!

"Tak nak!" Humaira dah mula meronta. Segan gila weyh!

"Kalau aku yang kiss kau, kau sakit kot. Dengan bibir pecah macam ni."

"Ish, dah tau saya tengah sakit, tak payahlah awak nak tambah sakit saya. Tepi lah." Marah Humaira lalu menolak Arfan sekuat hati. Tapi Arfan tak nak mengalah. Dia terus menolak Humaira ke tilam empuk dan mendekatkan mukanya ke wajah Humaira.

Humaira terus diam tak berkutik. Menanti tindakan Arfan yang selebihnya.

Muka Arfan ditunduk sedikit demi sedikit sehingga berada betul-betul di hadapan wajah Humaira. Hujung bibir isterinya yang sudah bertukar ungu itu dipandang lama.

Sesaat

Dua saat

Bibir mereka akhirnya bersatu. Pada mulanya, Humaira berasa agak janggal tapi lama-kelamaan dia akhirnya dapat membiasakan diri.

Selepas ciuman dileraikan. Arfan bangun dan menolong Humaira untuk bangun juga.

Keadaan sunyi seketika sebelum Arfan berdehem.

"Tengok luka tu." Arfan membelek pula wajah dan telapak tangan Humaira yang luka itu.

Setelah itu, Arfan bangkit dari duduknya dan bergerak ke arah kabinet tv. Kotak first aid kit diambil.

Perlahan-lahan luka Humaira dirawat.

"Arh, pelan-pelan la. Sakit tau tak." Ngadu Humaira apabila jari Arfan menyentuh permukaan bibirnya yang luka.

"Aku baru sentuh kot. Tahanlah sikit. Macam mana nak buat anak nanti kalau sakit sikit pun dah tak tahan?" Ujar Arfan dalam mood gatalnya.

Ergh tak kuasa. Humaira menjulingkan anak matanya ke atas. Tiberrr ja mention pasal anak.

"Juling-juling lagi. Nasib baik kau luka je. Aku tengah stress ni. Aku mintak hak aku kang."

"Awak ni gedik lah. Dah lah. Saya nak tidur. Bye!" Terus Humaira merebahkan badannya ke katil. Selimut tebal ditarik sehingga ke paras dada. Sejuk sangat.

"Kalau aku mintak kau tak boleh tolak tau. Aku ni suami kau." Jawab Arfan sambil meletakkan first aid kit ke atas meja sisi katil.

Humaira buat-buat tak dengar dan terus memejamkan matanya rapat. Setelah itu, dia dah tak sedar apa yang terjadi.

*****

"Bila kamu dua nak bagi Papa cucu ni?" Tuan Darwish lancang saja bertanya.

Semua penghuni di meja makan itu terus tersembur kecuali Daniel dan Tuan Darwish.

Daniel ketawa terbahak-bahak diikuti oleh Aqif.

"Yang kamu dua ni seronok mengalahkan Arfan dengan Humaira ni kenapa?" Tuan Darwish hairan dengan Aqif dan Daniel. Pikir pelik-pelik lah tu.

"Ha, tu lah Pa. Humaira ni tak bersedia lagi kot. Arfan okey je." Sengih Arfan apabila dapat menyakat isterinya.

"Eh, mana ada. Awak ni kan!" Humaira mengetap giginya. Geram dengan sikap Arfan. Dia pulak yang dipersalahkan.

"Hahahah. Takde lah Pa. Tak sampai seminggu lagi kitorang kahwin. Banyak masa lagi. Kan sayang kan?" Arfan berkata sambil melihat Humaira disebelah.  Dah agak, mesti muka Humaira memerah. Hahahah. Comel!

"Papa dah tempah tiket untuk korang pergi honeymoon. Esok flightnya."

"Papa?!" Suara Arfan dan Humaira berpadu di ruang makan itu.

*****

Ini pertama kali Humaira menjejakkan kaki ke tanah Maldives itu. Nyaman sekali udaranya. Dengan dada langit yang dipenuhi bintang. Bau air laut yang amat menggamitnya untuk terjun ke dalam laut luas itu. Wahhhh.

Rumah terapung mereka tersangatlah besar dan luas. Berlari-lari Humaira sehingga dia terjumpa kolam renang yang menghadap laut. Walaupun sudah malam, tapi lampu spotlight yang banyak mampu menyinari seluruh kawasan rumah dan laut berdekatan.

Kerana penerbangan mereka tiba di Maldives pada lewat malam, jadi mereka hanya mengemas dan terus tidur. Mengantuknya alahai.

*****

Pagi itu di laut Maldives, matahari muncul di ufuk fajar. Cahaya matahari tersebut menerobos masuk ke dalam bilik tidur Arfan dan Humaira.

Humaira terjaga kerana sinaran matahari itu. Dia menenyeh matanya sambil menilik jam telefonnya.

*7.59 A.M.*

"Ya Tuhanku! Subuh aku!" Terus selimut tebal diangkat dan Humaira mencicit lari ke dalam bilik air.

Wudhuk diambil dan sejadah dihamparkan. Dia melihat Arfan seketika sebelum mengangkat takbir. Hm sampai bila Arfan nak terus hidup dalam kejahilan?

Seusai menunaikan solat subuh gajah. Hahahha. Dia bergerak ke arah Arfan yang masih dibuai mimpi. Nyenyak sekali tidurnya.

"Arfan... bangunlah." Kejut Humaira.

"Hmmm." Hanya itu yang dijawab Arfan.

Humaira memegang dagunya tanda sedang berfikir. Fikirkan cara nak kejut si Arfan ni.

Tiba-tiba bagaikan ada lampu yang menyala diatas kepalanya. Pintu slide biliknya yang menghadap kolam dibuka. Sejuknyaaa.

Sebelum melangkah keluar, dia melihat ke kiri kanan dulu. Manalah tau ada orang. Tapi rumah mereka memang agak private. Baguslah. Tak perlu nak cover-cover masa mandi kolam. Yahoooo.

Telapak tangannya merasa air kolam yang sejuk itu.

"Uish sejuk gila. Habislah Arfan...hehehehe." sengih Humaira jahat. Tangannya menadah air dengan banyak. Kemudian dia berlari anak ke arah bilik.

"Eh? Mana dia?" Humaira tercari-cari kelibat Arfan. Air ditangannya sudah menitis sehingga habis. Tak ada peluanglah nak simbah muka Arfan dengan air sejuk. Hmm.

Humaira memuncungkan mulutnya tanda tak puas hati. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar ke mukanya lalu menekup mulutnya. Siapa? Sebelah tangan lagi melingkar dibahagian pinggang Humaira.

Tubuh kecil itu diangkat tinggi ke udara. Humaira diheret keluar dari bilik itu. Keluar saja dari bilik itu, terus tubuhnya di letakkan ke bawah.

"Ish, apa awak ni. Takut saya." Humaira menampar dada bidang Arfan yang tidak dilitupi baju itu. Malu pun ada. Tapi rasa geramnya mengatasi segalanya.

"Kau nak kenakan aku kan? Biar aku yang kenakan kau dulu." Kata Arfan lalu mendekatkan dirinya dengan Humaira.

"A...apa? Aw...awakk nak buat apa ni?" Tergagap Humaira apabila Arfan sudah membongkok bagi menyamakan paras tinggi dia dan Humaira.

"Awak nak apa?" Sedikit demi sedikit Humaira berundur. Makin menjadi-jadi pula Arfan mengusiknya. Sedang dia berundur, tiba-tiba kakinya sudah tidak cukup tanah lagi. Alamak.

Tapi Arfan pula makin dekat. Mata Humaira dipejam rapat. Menantikan tindakan seterusnya. Lama dia memejam mata tapi tiada apa yang berlaku. Eh?

Perlahan-lahan matanya dibuka. Tiada langsung bayangan Arfan di hadapannya. Apa yang terjadi?

"BAH!"

"OH MAK KAU! ARGHHG!" Suara jeritan Humaira kedengaran nyaring sebelum diganti dengan bunyi percikan air kolam.

"Hahahahahh." Arfan ketawa bebas melihat isterinya yang sudah lencun. Baru saja dia nak pergi dari situ, tapi dia pelik sebab isterinya tak naik-naik lagi. Takkan pengsan?

"To...long... uhukkk. Tolong!" Terkapai-kapai Humaira didalam kolam itu.

Tanpa banyak kata, terus Arfan melompat masuk kedalam kolam itu.

Humaira dinaikkan ke tebing. Nasib baik dia tak telan air banyak lagi. Aish. Terbatuk-batuk Humaira dibuatnya.

"Ish! Kenapa buat saya macam ni? Awak nak bunuh saya ke?!" Sekali lagi Humaira memukul dada bidang Arfan. Geram betul. Benda macam tu tak boleh dibuat main.

Berkerut muka Humaira menahan amarah. Dia tak puas lagi pukul Arfan tapi lelaki itu sudah mencempungnya masuk ke dalam bilik air.

Mesti Humaira sejuk. Siram dengan air panas boleh melegakan amarah dan panaskan badan yang sejuk tu. Rasa bersalah mula menerjah minda Arfan.

Sepanjang hari itu Humaira marahkan Arfan. Adumak, nak pujuk perempuan ni susah kot.

Hmmmm. Dia ada satu cara. Iphonenya diambil dan nombor seseorang dicari.

*****

"Awak nak bawa saya kemana pulak? Jangan nak macam-macam eh." Kata Humaira sambil memegang kedua belah tangan Arfan. Walaupun matanya ditutup dengan kain hitam, tapi dia tahu yang mereka hanya berada di atas bumbung rumah. Angin malam menyapa kulit Humaira.

"Dah sampai." Kata Arfan pula sambil membuka ikatan kain yang menghalang pandangan Humaira. Mesti korang boleh agak kan?

Ya, candle light dinner! Di atas bumbung di Maldives!

Humaira menekup mulutnya tanda tak percaya. Betullah dia memang tak percaya. Arfan kan beku je memanjang? Tak sangka pulak suaminya ni pandai memujuk. Hahahahha.

"Wahhh, thank you thank you thank you sangat!"

Cup!

Keadaan mental Humaira yang agak tak terkawal bercampur dengan emosinya yang tersangat riang telah menyebabkan Humaira memeluk dan mencium pipi Arfan. Omg malu gila weyh. Tak pernah-pernah Humaira macam ni.

"Kau ni suka buat aku tergoda kan? Nak sangat ke dapat anak awal hah?" Duga Arfan. Gelagat Humaira yang manis dan mengada ni memang menjatuhkan ego lelaki Arfan!

"Ish, bila masa saya goda awak." Humaira buat mata jeling ke atas. Menyampah agaknya. Hahahah.

"Dah lah, makan cepat. Sejuk kat atas ni." Ujar Arfan.

"Ye lah encik suami. Kerja awak ni asyik mengarah aje. Memang sesuai sangat awak jadi bos. Kalau awak jadi pekerja biasa, mesti dengan bos bos awak tu semua awak arahkan ye?" Balas Humaira sambil melabuhkan punggung di kerusi yang berada dihadapan tempat duduk Arfan.

Arfan malas nak menjawab. Seronok dia melihat isterinya yang sudah terpukau dengan menu yang dihidangkan.

Menu mereka malam ni mestilah seafood! Dah duduk tengah laut pulak kan. Wajib pekena seafood! Ada ketam, ikan, udang krai, sotong dan seangkatan lah! Best sangat!

"Kalau kau tenung je makanan ni semua, bila kau nak kenyangnya?" Kata Arfan yang sudah bersedia untuk makan.

"Ye lah. Lets dig in!" Ujar Humaira lalu mencedok semua jenis lauk diatas meja bulat itu. Hahahah nampak tak betapa tamaknya dia?

Sedang mereka ralit makan, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang agak kuat. Bunyi itu agak jauh dari mereka tapi cahaya yang dikeluarkan amat menggamit mereka untuk pandang ke arah tersebut.

"Wahhhh! Bunga api! Perfect timing! Arghhhh." Humaira menjerit kecil melihat keindahan panorama dihadapannya. Bungan api itu di lancarkan dari pulau berdekatan.

Kemudian Humaira pelik. Takkanlah tiberr ja ada bunga api? Hmmmm.

"Awak yang buat ke?" Soal Humaira kepada Arfan yang sudah melantak hebat. Wahhh, ini surprise untuk siapa ni?

Arfan hanya mengangkat bahu. Humaira boleh pikir sendiri kot? Hahahahh.

Humaira dah agak. Sweet sangat suaminya ni. Ke dia ada agenda lain? Hah.

"Awak bersemut sangat malam ni kenapa?" Tanya Humaira. Agak curiga dengan suaminya.

"Apasal pulak? Tak boleh ke?" Kali ini Arfan pula yang menyoal.

"Bukan macam tu... mestilah boleh. Buat selalu pun tak pe. Saya sukaa saya suka." Kata Humaira riang sambil menepuk tangannya.

"Kalau aku nakkan ganjaran pulangan sekalipun, kau boleh bagi ke?" Sambung Arfan lagi.

Haa, ni yang Humaira curious ni. Mana lah dia ada duit nak buat semua surprise macam ni. Aduhh.

"Hm, awak nak apa? Awak tau yang saya takde duit nak buat semua benda macam ni. Saya tak bekerja pun."

"Ish, bukan pasal duitlah. Aku belambak lagi duit tu. Sepuluh keturunan pun tak habis kalau berjoli." Kata Arfan sambil mengerutkan mukanya. Ke situ pula Humaira ni.

"Habis tu awak nak saya balas semua ni macam mana?" Soal Humaira naif. Dungu betul Humaira ni.

"Kejap...takkanlah..." Sambung Humaira lagi. Takkanlah apa yang dia fikirkan tu betul?

"Aku nak hak aku. Aku nak anak. Malam ni!"

Habislah makkkk.

2003 words

Huhuu tak mampu nak type bebanyak la. Saya balik kampung berhari-hari. Mestilah nak luangkan masa dengan family kan? Sorry sebab lambat update.

Owh, harini hari yang special tau.

4 disember muah!

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 91.2K 79
TENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempur...
395K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
3.8K 280 31
Qasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move...
2.2K 227 15
Anak Perempuan Dato' Pengarah