TUAN KING✔️ [ C ]

Od MissDheo

1.3M 50.1K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... Více

PROLOG🥀
Bab 1🥀
Bab 2🥀
Bab 3🥀
Bab 4🥀
Bab 5🥀
Bab 6🥀
Bab 7🥀
Bab 8🥀
Bab 9🥀
Bab 10🥀
TMO TK 🥀
Bab 11🥀
Bab 12🥀
Bab 13🥀
Bab 14🥀
Bab 15🥀
Bab 16🥀
Bab 17🥀
Bab 19🥀
Bab 20🥀
Bab 21🥀
Bab 22🥀
Bab 23🥀
Bab 24🥀
Bab 25🥀
Bab 26🥀
Bab 27🥀
Bab 28🥀
Bab 29🥀
Bab 30🥀
Bab 31🥀
Epilog🥀

Bab 18🥀

33.1K 1.3K 21
Od MissDheo

Majlis pelancaran kilang baru syarikat rakan niaga Arfan begitu meriah. Majlis ala-ala Barat itu dihadiri oleh ramai golongan elit. Muzik yang santai dan cara golongan elit bergaul tersangatlah sopan. Tak kena dengan gaya Humaira yang kasar itu. Tapi dia kena biasakan diri. Dia bersuamikan seorang jutawan, mestilah akan menghadiri seperti majlis ini kelak.

Sudah lebih satu jam mereka berdiri di meja kecil yang dihiasi bunga segar itu, tiba-tiba nama Darren Arfan di panggil bagi memberikan sedikit ucapan kepada rakan seperjuangannya.

Kini Humaira tinggal berseorangan. Sudah beberapa kali dia cuba menahan diri dari menguap kerana menahan kantuk. Matanya sudah kuyu. Letih sangat! Dah la tadi kena marah dengan Arfan sebab lambat. Bukan salahnya kalau majlis ni bermula semasa dia nak solat maghrib. Huh!

"Bosan betul. Macam ni ya orang kaya buat majlis. Muzik ni lagi lah buat aku terbuai." Humaira bercakap sendiri. Matanya ralit memerhatikan orang sekeliling. Pandangannya dihalakan ke arah pintu keluar yang berada jauh di sudut dewan yang gah itu.

Kakinya melangkah dalam kalangan selautan manusia yang sedang memberikan perhatian kepada ucapan suaminya. Dia dah tak tahan dengan rasa kantuk ni. Dia nak ke tandas untuk membasuh muka.

Setelah membasuh muka, dia mengeringkan tangannya dengan tisu kering yang disediakan didalam tandas itu. Nasib baik dia hanya memakai bedak asas dan lipmatte. Tak la mukanya nampak bertompok dengan make up basah.

Sedang dia mencari jalan untuk ke dewan semula, dia merasakan yang dirinya tersesat. Besar sangat hotel ni! Matanya mencari-cari pintu masuk ke dewan itu semula.

"Manaa nih? Aduh. Apasal besar sangat hotel ni?!" Humaira sudah geram. Kepalanya terteleng-teleng mencari pintu masuk.

"Sini pun kau. Merata aku cari! Kau pergi mana?!" Arfan datang menarik lengan Humaira dari belakang. Fuh!

"Awak! Saya pergi toilet tadi. Mengantuk lah." Jawab Humaira jujur.

"Hm dah. Sekarang aku ada urusan lain. Jom pergi." Arfan terus berlalu pergi dari situ diikuti oleh Humaira dari belakang.

Audi R8 tersebut meluncur laju membelah ibu kota yang sesak itu. Humaira masih tak tahu ke mana mereka nak pergi. Dia tertanya-tanya. Ini bukan jalan pulang ke rumah.

"Kita nak ke mana?"

"Adalah. Nanti dah sampai, kau duduk je dalam kereta." Nada Arfan hanya mendatar. Dah tak marahkan Humaira agaknya? Humaira hanya mengangguk tanda mengerti.

"Awak marahkan saya lagi?" Soal Humaira setelah lama membisu.

"Dah sampai. Tunggu dalam kereta." Arfan langsung tak menjawab pertanyaan tadi, namun kelibatnya sudah menghilang di sebalik manusia yang lalu lalang.

Tetiba Humaira terperasankan sesuatu. 'Macam kenal tempat ni.' Monolog Humaira. Memang dia kenal sangat dengan tempat itu. Kelab malam! Tempat yang paling dia tak suka. Tempat maksiat!

"Kenapa Arfan datang ke sini?Apa urusan Arfan di kelab malam ni?" Humaira pelik. Tapi pertanyaannya dibiarkan sepi.

*****

Arfan's POV

Dia melangkah masuk ke Aldo Club. Sebuah kelab malam yang agak terkenal selepas F club. Sudah lama dia tak mengunjungi tempat maksiat sebegitu. Selama ni dia datang pun bukannya dia minum arak ataupun bermain dengan pelacur. Semuanya atas urusan kerja. Urusan kerjanya lagi penting!

"Tuan Darren." Ketiga-tiga jejaka yang memakai pakaian kulit serba hitam itu berdiri untuk menyambut kedatangan Arfan. Dalam dunia gelap, lelaki ini dikenali sebagai Tuan Darren dan bukannya Arfan.

"Takda tempat lain ke nak jumpak aku pun? Tempat ni bisinglah!" Tegas Arfan. Dia tak suka dengan bau dan muzik rancak yang menyakitkan telinga ini.

"Sorry bos, kitorang dapat maklumat yang diorang ada dekat sini tadi." Seorang anak buah Arfan iaitu Sam yang pakar bab komputer dan IT memberitahu. Aniq dan Kyle yang ikut serta turut mengangguk mengiakan kata-kata Sam.

"Mana?"

Kini, pandangannya dihalakan ke arah yang ditunjuk Kyle. Arfan mengecilkan matanya. Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa orang lelaki yang duduk melepak bersama beberapa orang perempuan yang berpakaian menjolok mata. Mungkin pelacur.

"Ada 5 orang semuanya dekat situ. Tapi diorang semua anak buah je. Diorang lah yang selalu perhatikan bos, yang hantar kotak 'hadiah' dekat rumah bos. Kitorang masih tak dapat detect ketua diorang." Panjang lebar Sam memberitahu Arfan.

Arfan hanya memandang tajam ke arah konco-konco musuhnya itu. Sampai ke hari ini, dia masih tak dapat kesan orang yang telah membunuh mamanya itu. Mereka sering kali terlepas dari Arfan. Bukan calang-calang orang mereka ni.

Dah lebih setahun sejak Arfan mula dapat kotak 'hadiah' seperti kelmarin. Tapi yang kelmarin punya ada teddy bear berdarah. Kotaknya pun bukan main cantik lagi. Hadiah perkahwinan kot.

"Bos! Diorang dah bergerak ke lantai menari. Nanti lagi susah kita nak serang. Baik serang sekarang." Aniq sudah kalot apabila musuh sudah mengheret wanita-wanita tadi ke lantai tari. Muzik semakin gamat. Sakit otak macam ni!

"Jom." Tanpa banyak kata Arfan dan ketiga-tiga anak buahnya itu turun ke tingkat satu. Lantai tari dituju mereka.

Tiba sahaja di hadapan khalayak umum yang sedang bergelek sakan, pistol yang diselitkan dibelakang seluar di keluarkan Arfan. Nampak tak yang dia selalu bawa pistol ke mana sahaja? Pft.

BANG!

BANG!

BANG!

Tiga tembakan dilepaskan ke udara. Orang ramai yang berada di dalam club itu terus tersentak. Mereka terdiam untuk sesaat.

Sesaat kemudian, mereka semua mula berlari tak tentu arah. Menjerit sana sini kerana takut dengan bunyi pistol. Tengah seronok buat maksiat ni kan, ada pulak orang yang nak tamatkan riwayat diorang. Matilah nak, tak sempat bertaubat.

Ramai yang berlari, tapi ada sekumpulan manusia yang sedang menantikan mereka. Tak lain tak bukan, mestilah manusia-manusia yang dicari Arfan.

Nampaknya masing-maisng memegang pistol. Bagus! Bagus sangat!

BANG!

Satu tembakan tanpa amaran dilepaskan ke arah Arfan tetapi lelaki itu sempat mengelak.

"Pengecut! Serang bila musuh tak bersedia. Nampak sangat kau ni goyang!" Arfan tersenyum sinis ke arah lelaki yang menembaknya. Memang sah lelaki itu agak gentar dengan perang yang bakal tercetus. Macam manalah dia boleh terlepas masuk dalam dunia mafia kalau dia takut tercedera? Hahah lawak!

"Diamlah!" Marah lelaki yang menembaknya tadi.

"Wush, takut ke? Hahahah." Gelak Aniq yang memang suka menyakat orang. Ini musuh Aniq, bukan kawan kau! Pfttt.

Setelah gelak tawa Aniq berhenti, diganti pula dengan bunyi tembakan bertalu-talu yang dilepaskan ke arah Arfan dan anak-anak buahnya. Nasib saja mereka sempat mengelak di belakang meja.

"Pastikan korang simpan seorang daripada diorang ni. Aku nakkan maklumat bos diorang!" Arah Arfan kepada Sam, Aniq dan Kyle.

Mereka bertiga mengangguk lalu meneruskan perang tersebut. Aniq agak kekok menggunakan senjata api. Sebab itulah dia banyak menggunakan pisau dan seangkatan dengannya. Itulah kemahiran Aniq dan kerana itulah dia istimewa 😛

Sebilah pisau mendarat elok di betis musuhnya. Terdengar jeritan nyaring seorang lelaki. Auch, sakit.

Setelah itu, masing-masing saling melepaskan tembakan kearah musuh.

*****

Pada masa yang sama.

Humaira's POV

Baru beberapa minit didalam kereta itu, Humaira dah bosan tahap gila. Dia mengantuk tadi tapi sekarang dah segar semacam lepas cuci muka.

Kepalanya tertoleh-toleh mencari kelibat Arfan. Mungkin sekejap saja urusan lelaki itu. Pandangannya tiba-tiba terhenti pada dua orang lelaki yang sedang mabuk. Macam mana dia tahu mereka tu mabuk? Mestilah tahu, jalan pun macam lalang nak terbang, terhuyung-hayang. Dengan botol kaca ditangan. Dah terang lagi bersuluh.

"Apalah diorang ni nak jadi. Tak takut dosa kot." Humaira menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kesal dengan sikap lelaki dua orang itu.

Baru dia nak menghalakan pandangan ke arah lain, namun lelaki-lelaki itu berhenti dihadapan seorang wanita dalam lingkungan usia Humaira. Mereka berdua cuba mengacau wanita itu. Bila mabuk, macam ni lah jadinya.

Pada mulanya Humaira hanya nak membiarkan saja. Tutup mata, buat-buat tak nampak. Lagipun siapa suruh perempuan tu datang ke tempat macam ni? Ergh.

Tapi lama-kelamaan lelaki berdua itu jadi makin teruk. Raba sana sini. Yang perempuan tu pulak, macam nak nangis habis.

"Aduh, apahal diorang kacau perempuan tu depan aku?! Tak dak orang nak bantu ka? Aish." Humaira pula rasa geram. Memanglah Arfan parkir agak jauh sebab parkir di hadapan club itu penuh, tapi takkan sampai tiada orang lalu lalang dekat sini langsung?

Humaira gigit jari. Perempuan tu dah makin teruk kena kacau. Kalau dia tolong, nanti dia kena balik. Fuhh. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus. Fuhhh.

Setelah berfikir masak-masak, Humaira ambil keputusan untuk keluar dari perut kereta. Dia menuju ke arah lelaki-lelaki yang mengacau wanita tersebut dan...

DUSH!

Handbagnya yang besar dan sarat dilayangkan ke belakang kepala lelaki itu. Terus terpempan lagi seorang lelaki yang berada dihadapannya.

"Lepaskan perempuan ni, kalau tak aku panggil polis!" Tegas Humaira. Tapi lelaki mabuk itu langsung tidak gentar, perempuan yang ditolong tadi malah melarikan diri.

"Hey awak!" Humaira menjerit memanggil wanita itu, tetapi dia sudah lesap di sebalik dinding bangunan.

"Tak kenang budi..." Humaira dah nak menangis apabila lelaki yang dipukulnya tadi juga turut bangun dan bergerak ke arahnya.

'Macam mana ni?' Kata hati Humaira. Dia berfikir sambil matanya melilau ke segenap pelosok yang berada berdekatannya. Kalau dia terus ke belakang, dia akan terperangkap! Jadi, dia perlu ke hadapan!

Apabila dua orang lelaki itu makin menghampiri, lantas beg tangan yang dibawanya dilayangkan ke kiri kanan. Macam orang gila. Tapi kalau itu yang boleh menyelamatkan dirinya, dia tak kesah!

Tapi salah seorang lelaki itu berjaya menangkap beg tangannya. Humaira bergelut untuk mendapatkan beg itu semula. Manakala lelaki yang satu lagi bergerak ke belakang Humaira lalu menangkap pinggang Humaira.

Tapi Humaira tak putus asa. Dia tetap gagah menarik beg tangannya sehingga terlepas dari tangan lelaki di hadapan. Kemudian, dia menyiku lelaki dibelakangnya. Walaupun tak berapa kuat tapi lelaki mabuk itu terus jatuh menyembah bumi. Sementara lelaki di hadapannya dilayangkan kasut tumit tingginya di bahagian perut. Sekali kena, memang senak habis! Auch!

Tersungkur kedua lelaki itu. Terus dia berlari ke arah kereta Arfan semula. Lelah dia dibuatnya. Dia rasa takut sangat sekarang ni, dia nakkan Arfan disisi. Kakinya melangkah longlai ke arah club itu.

Baru beberapa langkah dia berjalan, tangannya terasa ditarik lagi. Siapa?

Matanya terbuntang. Kali ini lebih ramai lelaki mabuk yang mendekatinya. Allahu!

Apa yang dia nak buat? Keenam-enam lelaki itu juga sudah mengepungnya termasuklah dua orang lelaki yang dipukul Humaira tadi.

Tangan Humaira dipegang kejap oleh dua orang manakala kepalanya diraba-raba. Keseluruhan mukanya di raba. Begitu juga dibahagian bahu yang tertutup dan lehernya di dilitupi tudung shawl tebal. Kali ni, Humaira betul-betul menangis! Tak sanggup dia. Arfan pun tak pernah buat macam tu.

"Tolong!" Jerit Humaira kuat. Walaupun dia cuba melawan, namun ketahui sajalah kudrat wanita tak setanding lelaki. Inikan pula ramai. Tempat itu juga sunyi. Habislah dia.

"Diamlah kau! Tadi kuat sangat!"

PANG!

Seusai berkata, terus penampar dilayangkan ke pipi Humaira yang tak habis-habis menjerit meminta tolong.

Humaira menjerit sakit apabila bibirnya mula berdenyut dan kemudian, mengalir sedikit darah di hujung bibirnya. Bibirnya pecah akibat tapak tangan lelaki itu begitu besar sehingga terkena bibirnya. Perit sangat.

Mata Humaira sudah kabur dengan air mata. Apabila dipejam, air mata deras mengalir.

"Arfan..." Bisik Humaira dengan air mata yang makin menggila.

"Jom kita enjoy malam ni. HAHAHAHA" Keenam lelaki itu ketawa lepas. Anak ayam di depan mata! Cantik pula tu.

"Buka tudung dia." Arah lelaki yang diterajangnya tadi, lelaki yang sama menampar mukanya. Berdendam la ni.

Apabila tangan salah seorang lelaki itu mula membuka pin tudungnya, lagi Humaira menggelengkan kepalanya kekiri dan kekanan supaya kerja lelaki itu dapat dilengahkan. Apalah nasibnya malam itu.

'Mana Arfan...? Aku nak dia...' Kepala Humaira teringat-ingat wajah suaminya. Kenapa Arfan tak ada saat ini?

Jeritannya kembali kedengaran bersama air mata saat tudungnya direntap. Tapi masih tak tertanggal kerana pin tudung yang masih berada dilehernya.

"Lantaklah... Aku nak jugak perempuan ni! " Terus lelaki yang dihadapan menghumbannya ke jalan tar. Jatuh tersungkur Humaira dibuatnya. Tapak tangan Humaira yang menahan dirinya dari terus tersembam berasa perit.

Tak cukup dengan itu, kedua-dua pergelangan kaki Humaira pula ditarik mereka. Kini, tubuh Humaira sudah jatuh terlentang. Kepalanya terasa pedih kerana terhentak.

"Tolonglah...aku bukan pelacur!" Rayu Humaira. Apalah nasib hidupnya ini.

DUSH!

Tiba-tiba seorang lelaki datang menendang salah seorang kaki botol yang ingin mencabul Humaira.

"Korang buat apa ni?! Lepaskan perempuan tu sebelum kitorang call polis!" Jerit seorang perempuan yang berada agak jauh dari lelaki yang menyepak tadi. Nampaknya lelaki itu tidak berseorangan. Mereka nampaknya datang berkumpulan.

Apabila perempuan itu mendail nombor di skrin telefonnya, terus lelaki-lelaki mabuk tersebut memecut lari. Takut nak masuk lokap la tu.

"Awak okey tak?" Soal perempuan itu sambil cuba membangunkan Humaira. Humaira di sandarkan ke dinding bangunan.

Mata Humaira yang dipenuhi air nata dan bibirnya yang bengkak dipandang sayu.

"Nasib baik kitorang lalu sini. Ish apalah dunia sekarang ni nak jadi. Awak tinggal di mana? Jom kitorang teman awak balik." Prihatin perempuan 20-an itu bertanya.

"Saya nak jumpa suami saya... saya nak suami saya..." Tersedu-sedan Humaira menutur kata.

Jatuh simpati sekumpulan manusia tadi.

"Suami awak dekat mana? Kenapa dia tinggalkan awak sorang-sorang ni? Tak patut betullah!" Tiba-tiba perempuan itu pulak yang emosi lebih. Siapa ja yang tak geram suami tinggalkan isteri sampai macam ni? Kalau kena lagi teruk? Aish.

Humaira tak menjawab. Takkanlah dia nak bagitahu yang suaminya berada di dalam club itu? Haish takkan sesekali. Nanti lagilah diorang semua ni marah-marah Arfan. Cakap suaminya dayus!

"Terima kasih tolong saya." Nampaknya Humaira enggan memberitahu keberadaan suaminya.

Humaira cuba bangkit sendiri dan dibantu oleh dinding batu disebelahnya. Tapi tapak tangannya sakit begitu juga pinggangnya. Dia bangun sambil memegang pinggangnya.

"Auchh." Rintih Humaira yang cuba berjalan, kemudian terjatuh kembali.

"Awak ni...biar saya je yang carikan suami awak. Dia dekat mana?" Soal seorang lelaki pula.

"Dia de...dekat..."

"Humaira!" Tiba-tiba suara seseorang kedengaran.

"Itu suami awak ke?" Soal perempuan itu pula. Kedengaran macam teruja sebab Arfan tu hensem habis!

"Kau kenapa ni? Aku suruh duduk dalam kereta je kan? Kenapa keluar." Cakap Arfan dalam nada risau. Dia tahu apa yang terjadi. Dia memang suruh Humaira duduk didalam kereta sebab taknak bahayakan dia. Aduhh.

"Dia kena kacau dengan sekumpulan lelaki mabuk tadi. Takpalah, kitorang semua pergi dulu. Assalamualaikum." Kata perempuan itu sebelum berlalu pergi.

"Aku suruh duduk dalam kereta kan?! Apasal degil?" Marah Arfan tiba-tiba. Terkedu Humaira dibuatnya. Ingatkan nak risaukan dia, tapi memarah pulak!

"Awak memang menyakitkan hati!" Geram Humaira dibuatnya. Terus ditolak dada bidang Arfan sehingga terduduk. Kali ini, Humaira cuba untuk bangun lagi.

"Dahlah, jom." Tanpa sempat Humaira berkata apa, tubuhnya sudah di cempung Arfan.

2326 words.

Sorry lambat update again! Holidays kan?

Votes and comments ❣️

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

9.3K 604 41
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶...
111K 5K 31
A short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/3...
104K 5.5K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
16.2K 384 5
[NEW VERSION] !!REMINDER!! • THIS STORY IS THE RESULT OF MY OWN IDEAS! DO NOT COPY MY STORY!• •I CREATE THIS STORY JUST FOR FUN• - FIRST STORY - Te...