LAST HUNTER II : VARTRA

Par mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... Plus

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-41-

297 30 22
Par mynameismas

Mark menatap N dengan pandangan ragu-ragu sedangkan dalam masa yang sama N juga tampaknya seperti sedang berfikir keras .Silih berganti diantara Mark dan Ara.Jika Mark menatapnya dengan pandangan ragu,Ara sebaliknya memandangnya dengan wajah yang yakin dan tidak kelihatan gusar sedikitpun.

" Ara yakin boleh lakukannya?"

" N !!" Ara separuh membentak " Hanya Cecep yang tahu bagaimana sistem tu berfungsi.Yang ada hanya aku dan aku boleh mengurangkan tempoh masa serta kebarangkalian kita tertangkap!"

" Saya ?"

Leher Ara tertoleh ke belakang dan menatap Ryo dengan pandangan sengit.Geram kerana pemuda tersebut mencelah tiba-tiba dalam keadaan begitu.

"Tuan nampak..." Sepasang mata Ara merayapi tubuh Ryo dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas.

" Nampak apa?"

" Terlalu besar !"

Ryo terbatuk air liur sendiri dan menatap Ara dengan pandangan tidak percaya bagaimana gadis tersebut baru sahaja mengatakan dia terlalu besar.Wah...perkataan apakah??

" Tak bolehlah,Ara.Itu terlalu bahaya"

" Memanglah.Tapi bukannya kita menyerbu masuk dan menyerang seluruh penghuni Istana Templar.Aku dan N akan memasuki Istana Templar melalui sistem pengudaraan.Pasangkan peranti pengintipan dan keluar semula.Susah sangatkah?"

Mark tahu mereka akan sangat mustahil untuk menang jika berdebat dengan Ara.Sejak dari dulu lagi begitu sahaja keadaannya.Namun jika dilihat dari sudut logik,memang ada benarnya kata-kata Ara itu.

N memang dijoloki dengan gelaran
tiang lampu bergerak sementara Ara punya susuk tubuh paling kecil diantara mereka dan sebaliknya-Leftenan Ryo pula memiliki fizikal tegap dan tinggi lampai yang pasti menyukarkan dia untuk menyusup masuk melalui saluran pengudaraan Istana Templar itu.

" N ?"

" Aku tak yakin,Mark.Terlalu bahaya.Lagi satu,kalau Eiiden dapat tahu macam mana?"

" Dia tak akan tahu kalau kita tak beritahu dia."

Mark mengerjapkan matanya dengan gelisah.Cuba untuk menimbangkan perkara tersebut dari pelbagai sudut.Apa yang dikatakan Ara tidak ada salahnya tetapi dia tetap merasa tidak sedap hati dengan rancangan tersebut.

" Mark !!" N menggesa dengan riak wajah gusar.

" Baik.." pemuda dari Suku Evas itu menghembuskan nafasnya dengan
berat."Ara dan N akan masuk."

Wajah Ara cerah semula dan hampir serta-merta sinar matanya berubah membuatkan Mark hanya menggelengkan kepala.

Dia tidak tahu jika wujud semacam sejenis penyakit kelainan jiwa yang membuatkan seseorang tergila-gilakan bahaya tetapi jika hal tersebut benar-benar wujud-Ara adalah orang pertama yang perlu direkodkan dalam jurnal penemuan pertama kes penyakit aneh tersebut !

Membiarkan Ara menyertai misi menyusup masuk tersebut memang satu pilihan yang sedikit berbahaya tetapi Mark juga tidak mempunyai pilihan lain.Mungkin benar apa yang dikatakan Ara dalam perdebatan mereka sepanjang perjalanan menuju ke Istana Templar sebentar tadi.

Ara boleh sahaja berteleportasi terus ke Istana Templar dan meletakkan seberapa banyak peranti pengintipan yang mereka ada tetapi bukan itu satu-satunya tujuan mereka.

Melalui cetakan biru sistem pengudaraan dan pelan Istana Templar yang diberikan Hunter kepada Eiiden,mereka perlu memastikan laluan yang tertera dalam cetakan biru pelan tersebut benar-benar boleh digunakan apabila masanya tiba kelak dan untuk memastikan hal tersebut,mereka perlu menguji laluan-laluan itu.

Kerana daripada maklumat yang diberikan Hunter,pengawal keselamatan di Istana Templar dikatakan berjumlah ratusan orang dan mereka adalah sekumpulan pengawal yang terlatih mengendalikan senjata api serta jangan lupakan tentang Tuan Artemis dan Tuan Muda Keii yang masih berdarah tulen Bangsa Athos-satu bangsa dengan kemampuan serta kekuatan yang menakjubkan.

Lebih daripada itu,menimbulkan kekecohan sehingga melibatkan pihak berkuasa adalah perkara terakhir yang patut dilakukan mereka.

Memastikan laluan tersebut selamat adalah satu kemestian demi keselamatan mereka yang lain-lain kelak.Dalam kalangan mereka ,hanya Ara,Ken dan Ryu sahaja yang mudah untuk memasuki Istana Templar tanpa sebarang kesukaran kerana mereka memiliki kemampuan untuk berteleportasi seperti lazimnya Bangsa Athos yang lain tetapi tidak kepada Si Kembar Lycan , adik-beradik Nymph dan N.

Dan disebabkan hal itulah,mereka perlu menyediakan satu rancangan yang rapi dan permulaan kepada rancangan tersebut adalah memasangkan peranti pengawasan keselamatan didalam Istana Templar terlebih dahulu.

" N sedia?"

Ara menoleh ke arah N yang masih juga kelihatan ragu-ragu tetapi sebaik sahaja kelihatan N sedikit mengangguk,Ara mencengkam kejap lengan pemuda tersebut dan dengan hanya diiringi bunyi berdetus seperti cemeti dihayun ke lantai,tubuh Ara dan N lesap seperti asap dalam kegelapan malam menyisakan Mark yang tergesa-gesa menaip sesuatu pada permukaan komputernya juga Ryo yang kelihatan bingung dengan matanya terkebil-kebil.

" Saya harap N tak apa-apa.." Desis Ryo menyebabkan Mark menoleh curiga kepadanya.

"Kenapa Tuan cakap begitu?"

" Pertama kali Ara bawa saya begitu,saya hampir pitam sebab terlalu mual.."

+ + +

" Mark.."

N berseru perlahan sambil sepasang matanya memerhatikan dua tiga orang pengawal keselamatan yang berpakaian hitam menyandang senjata api mundar-mandir dihadapan mereka.Ara dan N merapatkan tubuh mereka semampu yang boleh ke atas permukaan rumput sambil siaga terhadap keadaan sekeliling.

" Sekarang N !"

Suara Mark didalam kereta dibawah bukit sana kedengaran jelas pada pendengaran N dan dia mengisyaratkan kepada Ara di sebelahnya untuk terus bergerak.

Dengan pakaian serba hitam yang dipakai kedua-duanya,jika tidak diperhatikan dengan teliti-Ara dan N kelihatan sama sahaja seperti batang pokok didalam kegelapan malam begitu.Menyusup seperti pencuri profesional tanpa menimbulkan sebarang bunyi.

N dan Ara menyelinap pantas ke pagar belakang yang terlindung dalam rimbunan pohon-pohon renek yang dipangkas rata dan kelihatan selalu dijaga rapi.

Di dalam kegelapan, N membongkokkan belakangnya bagi memudahkan Ara untuk melepasi tembok yang tinggi itu dan membolehkan Ara untuk melemparkan tali ke luar dan akan digunakan N untuk memanjat tembok tersebut selepas itu.

" Ara?"

" Kami sudah berjaya masuk.."

Ara berbisik memberikan respon kepada suara Mark di belakang kepalanya.

" Baik.Lubang pengudaraan hanya disebelah kanan Ara.."

Mendengarkan suara Mark ,N mendongak dan memang benar di atas sana dalam ketinggian hampir lima meter dari permukaan tanah,kelihatan satu lubang berbentuk segi empat tepat yang bertutup dengan palang kecil daripada besi.Dalam senyap,N mengacu tangannya ke atas membuatkan Ara mendongak.

Tanpa bersuara apa-apa,Ara mengeluarkan sesuatu dari dalam beg hitam yang disandangnya.Satu peralatan yang kelihatan seperti busur silang tetapi dalam saiz yang lebih kecil.

Sambil melangkah dua tiga tapak ke belakang manakala N mengawasi keadaan sekeliling,Ara mengacukan busur panah tersebut ke arah jerjak besi penutup lubang pengudaraan.

Dengan menggunakan jari telunjuknya,Ara menekan picu busur silang tersebut dan anak panah meluncur laju tepat diantara celah batang besi kecil tersebut manakala tali yang berlingkar berhampiran kaki Ara turut ditarik oleh anak panah tersebut.

Sebaik sahaja Ara yakin bahawa spring pada anak panah tersebut sudah terlepas dan membuatkan besi pada anak panah itu terbuka,Ara menyentak tali tersebut beberapa kali dan dapat dia merasakan bahawa tali tersebut tertahan pada sesuatu yang diyakini Ara adalah palang besi penutup lubang pengudaraan tersebut.

Mendapat isyarat daripada Ara, N berdiri tegak disebelah Ara dan menggumamkan sesuatu dan dalam masa yang sama juga Ara menyentak tali tersebut dengan kuat membawa bersama penutup lubang udara itu dihujungnya tetapi mantera sihir yang digumamkan N membuatkan penutup lubang udara tersebut tidak terhempas ke tanah tetapi sebaliknya terapung-apung perlahan sehingga N menyambutnya tanpa menyebabkan sebarang bunyi bising.

Dengan menggunakan tali satu lagi yang di panahkan Ara dan serta-merta anak panah bertali itu melekap ke permukaan dinding,Ara memanjat dinding luar itu perlahan tetapi kelihatan cekap dan kasut getah yang menyarung kakinya banyak membantu agar dia tidak tergelincir ke bawah.

" Status?"

Suara Mark kedengaran lagi.

"Kami sudah berada dalam lubang pengudaraan."

" Baik.Ke sebelah kanan adalah lorong utama ke pintu belakang."

Ara yang berada dihadapan mengisyaratkan kepada N bahawa dia akan memasangkan kamera pengawasan di pintu belakang.Dengan merangkak dalam ruang sempit begitu,ternyata kata-kata Ara bahawa dia dan N sahaja yang boleh muat didalam lubang pengudaraan tersebut memang tepat.

" Kamera 1 diletakkan.."

Ara berbisik perlahan sebaik sahaja dia berjaya menyelitkan jari telunjuk dan ibu jari nya melalui lubang saluran udara tepat di bahagian berhampiran pintu .

" Terima visual dengan jelas."

Ara dan N kembali merangkak perlahan-lahan di dalam ruang pengudaraan tersebut secepat dan sesenyap yang mereka boleh.Rasa pengap dan panas yang dirasakan mereka mulai bercampur dengan bau-bauan aneh seperti bau masakan dan bau api menandakan mereka semakin menghampiri bahagian dapur.

Ara terus merangkak meninggalkan N di belakangnya kerana seperti yang dirancangkan,mereka akan meletakkan satu kamera pengawasan didalam setiap bilik di Istana Templar.

" Kamera 2 selesai.."

N bersuara dan jelas kedengaran pada Ara.

" Visual jelas,N.Bilik seterusnya pada arah pukul 9 dari kedudukan Ara sekarang.."

Satu demi satu kamera pengawasan berjaya diletakkan oleh Ara dan N tanpa sebarang masalah setakat itu membuatkan Mark dan Ryo yang berkerumun di hadapan komputer menarik nafas lega.

Pada skrin komputer di hadapan Mark,kelihatan petak-petak kecil yang memperlihatkan visual setiap bilik dan ruang yang telah berjaya diletakkan kamera pengawasan oleh Ara dan N.

" Arah jam 12 adalah bilik Tuan Muda Bongsu Istana Templar.."

Ara meninggalkan ruangan tersebut kepada N dan terus merangkak menggunakan sikunya ke hadapan bagi meletakkan kamera pengawasan bersaiz kecil tersebut ke tempat-tempat yang telah ditetapkan mereka.

" Visual jelas N..Nampaknya Tuan Muda Darius kita terlelap di atas meja dan melelehkan air liur ke atas buku yang dibacanya.."

Kedengaran suara N tertawa kecil di belakang Ara dan hal itu bukanlah mengejutkan baginya kerana sesiapa pun tahu pemuda itu memang memiliki tampang ulat buku sejati.

Dalam keadaan berpeluh-peluh dan wajah di hinggapi sawang, Ara dan N berjaya meletakkan kamera pengawasan yang terakhir di dalam sebuah bilik yang dipenuhi rak buku.Dan langkah terakhir mereka adalah menyelinap keluar dari Istana Templar tanpa disedari oleh sesiapa.

Masih tetap dalam keadaan merangkak,Ara yang berada di hadapan mempercepatkan kayuhan kaki dan sikunya apabila melihat cahaya di hujung ruang pengudaraan menandakan mereka semakin hampir untuk menyelinap keluar dari istana tersebut.

Tiba di hujung lubang pengudaraan,dengan menggunakan tali yang bergulung kemas pada bahunya,Ara membuat satu simpulan kejap pada bilah besi penutup lubang tersebut dan kemudian menolak penutup lubang tersebut sekuat tenaganya manakala dalam masa yang sama menjaga agar dia menggenggam tali kasar tersebut pada kadar yang mencukupi agar penutup lubang itu tidak terhempas ke tanah dan menarik perhatian pengawal keselamatan yang mundar-mandir di hadapan sana.

Sedikit demi sedikit Ara merasakan penutup berat itu turun dan akhirnya mencecah tanah tanpa menyebabkan sebarang bunyi kedengaran.Dengan pantas Ara mencapai tali yang dihulurkan N kepadanya dari arah belakang lalu menarik tali tersebut melebihi tinggi tubuhnya sendiri dan kemudian tepat pada jarak tali menyamai pergelangan kakinya, dia melilitkan tali tersebut ke pergelangan kakinya yang disarung but berzip penuh ala tentera yang kukuh dan menyerap bunyi itu.

Dengan mengepit sebilah belati berhulu pendek pada giginya, Ara mengisyaratkan kepada N bahawa dia sudah bersedia untuk turun dan N yang sedia memahami isyarat tersebut mengejapkan seluruh berat badannya ke lutut dan sikunya sendiri bagi membolehkan Ara menggelongsor turun tanpa mengalami kecederaan akibat terhempas ke permukaan tanah nanti.

Tanpa teragak-agak sedikitpun dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada N yang bertindak sebagai sauh menampung beratnya,Ara menggelongsor turun dalam keadaan belakangnya rapat ke dinding dan menjulurkan kepalanya terlebih dahulu.

Tatkala dia melepaskan cengkamannya pada tali,dia merasakan tubuhnya menggelongsor laju ditarik oleh daya graviti di bawah sana.Dan pada ketepatan kiraan saat yang dihitung Ara didalam hati, pada saat ke lima belas-Ara mencengkam tali pada pergelangan tangannya dan serta-merta gerakan menggelongsornya berhenti hanya berjarak beberapa jengkal daripada kepalanya mencecah tanah.

Bertunjangkan kedua-dua tangannya, Ara menjatuhkan kakinya pantas ke permukaan tanah dan menyentak tali tersebut sebagai isyarat kepada N bahawa dia selamat dan tiba giliran N untuk menggelongsor turun.

Namun tepat ketika kaki N mulai kelihatan,Ara terkaku di tempatnya apabila merasakan ada sesuatu yang sejuk dan keras menujah belakang kepalanya dan serta-merta hidungnya dipenuhi oleh bau minyak zaitun yang pekat membuatkan Ara bingkas bangun perlahan-lahan dengan kedua-dua tangannya di udara.Mendadak darah Ara terasa kering.

Manusia !

Tetapi belum sempat Ara melakukan sesuatu,satu bayang-bayang hitam yang tinggi menerpa susuk tubuh yang mengacu senjata tepat ke belakang kepala Ara dan Ara dapat melihat kedua-dua susuk tubuh tersebut bergelut dalam kesamaran malam yang hanya disinari cahaya sayup lampu sisi taman belakang Istana Templar itu.Dan diakhiri oleh satu bunyi lenguhan berat entah dari siapa,suasana kembali senyap.

Dengan reaksi spontan yang pantas,Ara bergolek ke kanan dan menyambar belati berhulu pendek tersebut dan mengacu nya hanya beberapa inci daripada susuk tubuh tersebut tetapi kepantasan susuk tubuh berpakaian hitam itu juga bukan sebarangan apabila dia tunduk mengelak sebelum melompat ke belakang Ara dan hanya beberapa detik,tangan kanannya sudah melingkar ke leher Ara manakala tapak tangan kirinya menekup mulut Ara dengan kejap membuatkan Ara terbeliak

" Sytttt..Ara..ini sayalah.."

Ara menghentikan niatnya untuk melepaskan diri daripada cengkaman tangan kejap itu kerana dia mengenali suara dan bau susuk tubuh yang menyerkup mulutnya itu.

" Hunter?"

Pemuda tersebut melepaskan serkupan tangannya pada mulut Ara sambil meletakkan jari telunjuk ke bibir di sebalik penutup mulut hitam yang dikenakan.

" Ara buat apa di sini?"

+ + +

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
177K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...