TUAN KING✔️ [ C ]

Por MissDheo

1.3M 50.1K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... Más

PROLOG🥀
Bab 1🥀
Bab 2🥀
Bab 3🥀
Bab 4🥀
Bab 5🥀
Bab 6🥀
Bab 7🥀
Bab 8🥀
Bab 9🥀
Bab 10🥀
TMO TK 🥀
Bab 11🥀
Bab 12🥀
Bab 13🥀
Bab 14🥀
Bab 16🥀
Bab 17🥀
Bab 18🥀
Bab 19🥀
Bab 20🥀
Bab 21🥀
Bab 22🥀
Bab 23🥀
Bab 24🥀
Bab 25🥀
Bab 26🥀
Bab 27🥀
Bab 28🥀
Bab 29🥀
Bab 30🥀
Bab 31🥀
Epilog🥀

Bab 15🥀

38.1K 1.4K 113
Por MissDheo

Selepas majlis akad selesai...kini tiba lah masa untuk majlis bersanding. Arfan dan Humaira sedang bersiap sekarang.

Mereka kini berada di hotel. Semua persediaan sudah selesai cuma tetamu sedang menunggu pengantin masuk.

Humaira dan Arfan berada di luar pintu dewan. Orang yang lalu lalang memandang mereka sambil tersenyum bahagia ke arah mereka.

Walaupun orang fikir yang mereka nampak tenang, namun di dalam  jantung sudah berdegup kencang bagai dibadai taufan. Takut dan gementar pada masa yang sama.

"Arfan..., kalau saya tersadung macam mana? Saya tak biasa la pakai tumit nipis macam ni." Humaira meluahkan gugup didadanya. Selalunya dia pakai wedges. Tak la terasa nak tumbang. Ini tumit tinggi nipis. Mau patah tumit ni dengan gaunnya yang kembang dan berat ni.

"Takyah la pikir bukan-bukan, kau pegang je sini kuat-kuat kalau rasa nak jatuh. Okey?" Untuk kesekian kalinya, Arfan selalu ada untuk meyakinkan Humaira.

Dia menyuruh Humaira memegang lengannya. Alah gaya pasangan nak jalan masuk majlis kahwin la.

Humaira tersenyum nipis lalu mengangguk. Dia mengharapkan Arfan.

Seketika kemudian, terdengar suara pengacara majlis dari dalam dewan yang memberi isyarat supaya mereka masuk. Fuhh.

Gugup di dada makin menjadi-jadi. Rasanya jantung Humaira bagai nak lari keluar. Punyalah laju dia berdegup! Sabar wahai jantung.

Humaira memegang lengan Arfan kuat bagi menghilangkan resah. Apabila yakin dengan dirinya, Humaira memberitahu Arfan.

"Saya dah sedia."

"Okey. Jangan risaulah. Aku ada." Arfan tersenyum ke arah Humaira.

Tika itu, jantung Humaira jadi lagi kencang! Membahang terus wajah Humaira.  Wahh? Tak pernah-pernah Arfan nak senyum, asyik serius memanjang. Betulkah yang dia senyum? Terbuai sekejap Humaira dengan keindahan didepannya.

"Dah, jom." Tiba-tiba Arfan berkata sambil melangkah perlahan.

Humaira menarik nafas dalam lalu turut melangkah. Fuhh.

Ketika mereka masuk, semua orang menumpukan perhatian kepada mereka. Pihak media hiburan dan para tetamu berkumpul di sepanjang karpet merah untuk mengambil gambar. Momen indah ini perlu diabadikan!

Humaira cuba tersenyum sehabis baik. Habis lenguh otot pipi kerana asyik tersenyum. Tapi ketahuilah yang mereka baru berjalan sedikit. Tak sampai separuh jalan lagi. Huhhh, lambat sungguh ni. Tak boleh jalan laju-laju nanti jatuh.

Perlahan-lahan Humaira melangkah. Gaun kembang itu sangat menyakitkan hati! Tak sangka pulak yang gaun itu terlebih labuh sampai menyapu jalan walaupun tanpa ekor dibelakang.

Baru berjalan separuh, tiba-tiba dia merasakan yang kakinya terpijak gaunnya. Mimpi nyerinya sudah menjadi kenyataan!

Cepat-cepat dia memegang erat lengan Arfan lalu kedua mereka berhenti. Itu menandakan yang Arfan faham akan maksud Humaira.

Arfan mengalihkan matanya kearah si isteri. "Cuba jalan pelan-pelan." Bisik Arfan kepada Humaira yang tak lekang dengan senyumannya. Pandai dia menyimpan perasaan takutnya.

Humaira melihat Arfan lalu mengangguk. Dia memegang erat lengan Arfan sambil menggerakkan lagi sebelah kakinya yang tidak memijak kain gaun itu. Perlahan-lahan dia cuba berjalan namun kain gaunnya melekat lagi!

Badannya mula tak seimbang, kakinya mula menggelatar resah. Malu laa kalau terjatuh ni!

Melihat Humaira yang tak habis-habis gelisah itu, terus Arfan bertindak di luar jangkaan!

Humaira merasakan dirinya bagai diawangan. Suara sorakan para tetamu menyambut deria pendengarannya. Apa yang berlaku?

Ya, Arfan mencempung Humaira. Ini baru gaya bridal style!

Humaira yang terkejut dengan tindakan Arfan terus memeluk leher Arfan agar dia tidak terjatuh.

"Apa awak buat ni? Berat lahh Arfan." Humaira berbisik. Habis darah menyerbu ke mukanya. Kulitnya yang putih bersih itu menonjolkan lagi kesan merah tersebut. Makin galak orang ramai menangkap gambar dan bersorak. Hahahahah aku pun teringin...😂

"Shuuuh, senyap je. Nanti jadi lagi berat." Ujar Arfan dalam nada tenang sambil tersenyum. Dengan gaun besar ni, mau nya tak berat. Tapi kerana sudah terbiasa mengangkat benda yang lagii berat, Arfan sudah terbiasa.  Setakat Humaira, celah jari jerr. Haha.

Arfan berjalan selamba ke pelamin yang tersergam indah di atas pentas.

Satu persatu anak tangga didaki si Arfan sehinggalah dia meletakkan Humaira ke tanah.

Setelah itu, majlis diteruskan seperti biasa. Acara memotong kek semuanya berjalan lancar. Humaira juga dikenalkan ke semua rakan niaga Arfan dan Tuan Darwish.

Mak Munah serta keluarganya juga dijemput begitu juga rakan sekolah Humaira yang menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Walaupun tak ramai yang dikenalinya, namun dia bersyukur ada rakan-rakan serta Mak Munah dan keluarga di situ.

*****

Majlis berakhir agak lewat memandangkan tetamu yang dijemput agak ramai. Mereka juga sudah terbiasa duduk bersembang lama-lama mengenai perniagaan. Hmm orang berbisnes.

Humaira dan Arfan sudah naik ke bilik hotel mereka sejam lebih awal kerana terlalu letih.

Humaira menunggu Arfan yang sedang mandi. Dia nak mandi selepas Arfan kerana takut dirinya berendam lama. Nak termenung kejap dalam bilik air tu. 😂

Seusai mandi, Arfan mengelap tubuhnya yang basah dengan sehelai tuala putih yang disediakan oleh pihak hotel. Kemudian dia menyarung bathrobe lalu melangkah keluar sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala tadi.

Terkejut Arfan apabila melihat isterinya sedang duduk melutut mencari sesuatu didalam beg pakaian. Tudung dan gaunnya yang besar itu masih tersarung elok.

"Cari apa?"

"Ah? Takdak apa lahh, saya dah jumpa ni. " Dalih Humaira. Sebenarnya dia cari baju dan seluarnya. Manaa nii?! Takut nanti Arfan marah, kata dia lalai pulak.

Humaira memegang 'adik dan kakaknya' di bawah shawlnya yang labuh. Malu nak bagi Arfan nampak. Hahah.

Arfan yang melihat reaksi Humaira hanya mengangguk lalu berlalu ke sisi katil untuk mengambil pakaiannya yang telah tersedia itu.

Disebabkan dia nak keluar untuk berjumpa rakan niaganya lagi di dewan, dia menyarung sehelai kemeja putih dan seluar slack hitam.

"Awak nak keluar ka?" Humaira bertanya.

"Hmm." Sepatah Arfan menjawab sambil menyarungkan seluar lalu membuka bathrobenya.

Apabila ternampak saja badan Arfan itu, terus membahang muka Humaira. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tepi. Huhh apasal dia yang malu.

"Awak balik pukul berapa?" Humaira tanya lagi.

"Tak tahu lagi. Kalau diorang nak balik, aku pun balik bilik la. Alaa dewan bawah tu je pon. Takkan kau dah tak sabar nak tidur dengan aku." Arfan berkata selamba.

Sekali lagi, Humaira rasa mukanya panas kerana terlalu malu. Main cakap lepas ja si Arfan ni.

"Manaa ada! Saja ja tanya. Huh! Dahla saya nak mandi ni. Kunci pintu tu nanti." Ujar Humaira lalu bergegas ke bilik air.

Didalam bilik air, Humaira menekup mukanya dengan tapak tangan lalu menjerit kuat.

"MALUNYAAAA!"

Arfan yang mahu keluar tersengih senget di muka pintu. Lucu dengan telatah Humaira. Hahahaha.

Setelah beberapa ketika membersihkan diri, Humaira akhirnya keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe. Rambutnya yang basah tak sempat dililit dengan kain tuala menyebabkan bathrobenya basah teruk. Biarlah! Sekarang ni dia nak cepat-cepat cari bajunya yang hilang dari radar sebentar tadi.

"Mana baju ni. Ishhh buat hal pulak malam-malam ni. Langsung takdak! " Tergesa-gesa Humaira menyelongkar begnya. Dua pasang baju yang dia bawa, langsung tak ada. Yang ada cuma shawl bubble hitam dan pakaian dalamnya saja. Aishhh, pelik!

Tit!

Tiba-tiba dia terdengar bunyi kunci pintu bilik di akses. Tanpa banyak kata, terus dia lari masuk ke dalam bilik air semula.

Arfan yang mendengar pintu bilik air ditutup berasa pelik. Taknak keluar ke Humaira ni?

"Kau taknak keluar ke? Nak tidur dalam tu? " Kata Arfan sambil mengambil tempat di atas katil.

"Hmmm. Awakk..." Panggil Humaira meleret. Macam budak nak mintak gula-gula bunyinya.

"Nak apa?" Ujar Arfan sambil menutup matanya. Dia kemudian melapik kepalanya dengan kedua tangannya. Nak tidur ni.

"Datang la sini sat..." Panggil Humaira lagi.

"Apaa?" Arfan bangun juga dari baringnya lalu bergerak ke hadapan pintu bilik air.

"Nak apa?" Tanya Arfan lagi.

"Baju saya hilang... " Perlahan saja suara Humaira berkata. Takut kena marah.

"Hah? Hilang? Kau ni biar betul. Habis tu nak buat apa ni? " Arfan mengerutkan dahi.

"Saya tak tau..." Hanya itu yang mampu dijawab Humaira sekarang. Dia taktau nak buat apa.

"Macam mana boleh hilang? Kau masukkan dalam beg lain tah?"

"Saya tak tau... tapi... mana saya ada beg lain dah. Ada satu ni ja." Humaira berkata lagi disebalik pintu bilik air.
Dah terketar-ketar badan serta bibirnya kerana menahan sejuk.

"Habis tu sekarang ni, nak buat apa? Takkan nak suruh aku pergi beli baju baru? Dah tengah malam, mesti mall semua dah tutup. "

Kali ni, Humaira tak menjawab. Dia hanya diam memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Humaira mendapat idea.

"Awak ada baju lain tak? "

"Ada tu ada lah. Tapi kalau kau pakai malam ni, esok aku pulak yang takde baju."

"Alaaa, macam tu pulak. Habistu macam mana ni...." Humaira dah nak menangis dalam bilik air tersebut. Terdengar suaranya yang dah bertukar nada. Hmm kesian pulak si Arfan diluar ni.

"Macam ni lah... emm kau pakai baju aku ni lah." Arfan memberikan pendapatnya.

Humaira membuka sedikit pintu bilik air lalu menjengukkan separuh mukanya di sebalik pintu. Dapatlahh Arfan tengok sikit mukanya yang merah bagaikan nak menangis.

"Pakai baju ni."

"Nanti awak nak pakai baju apa?!" Humaira terkejut melihat Arfan yang sudah membuka butang baju kemejanya.

"Tak pakai baju lah. Apesal? Tergoda ke? " Arfan tersengih ke arah Humaira. Terangkat-angkat keningnya kerana nak mengusik gadis itu.

Dan sekaliii lagi, muka Humaira membahang! Arghhh ini semua gila. Tergodakah dia?

"Janganlah usik saya macam ni." Tiba-tiba Humaira rasa nak menangis semula. Aduh apasal pulak Humaira ni? Mungkin sebab dia datang bulan ni. Hormon tak stabil.

"Eh, janganlah nangis. Apesal kau ni." Arfan bergerak lebih dekat ke arah Humaira dan hal itu membuatkan  menangis lagi teruk.

"Kau takut aku buat kau ke hah?" Arfan menggaru kepalanya yang tak gatal. Bingung dengan reaksi isterinya.

Oleh kerana Humaira berundur beberapa langkah ke belakang, pintu bilik air itu akhirnya terbuka luas dan membolehkan Arfan untuk masuk memujuk Humaira.

"Aku tak buat kau lah. Aku pun penat malam ni. Dahlaa, tak payah nak nangis bagai. Aku tak mintak benda tu malam ni. Percayalah." Arfan memegang kedua pergelangan tangan Humaira sambil memujuk lembut.

Humaira yang mendengar pujukan Arfan terus saja mengangguk. Tangannya naik mengelap kesan air mata yang masih tersisa. Takut sangat dengan usikan Arfan tu. Hahahah.

"Dah, takyah nangis nangis. Pakai baju ni pastu tidur. Okey?" Arfan menghulurkan kemejanya kepada Humaira lalu terus keluar dari bilik air itu. Nak beri ruang kepada Humaira untuk tukar baju.

Humaira mengangguk lagi tanda faham. Setelah Arfan hilang dari bilik air, terus dia menutup rapat daun pintu dan menyarungkan kemeja itu. Tapi.... seluar?

"Arfan... seluar mana?" Terdengar lagi suara Humaira dari dalam bilik air.

"Aih, takkan aku nak bagi kau pakai seluar aku. Nanti aku nak pakai seluar apa? Dahla, tidur je lah. Aku tak buat apa-apa pun." Arfan berkata sambil menyelubungkan badannya ke dalam selimut tebal itu. Hanya kepalanya yang berada diluar.  Dahla sejuk malam-malam ni, baju pulak takda. Hmm sedih.

Humaira tak nak berkata banyak sebab dia pun dah penat sangat malam ni.

Sebelum dia melangkah keluar, dia mengelap rambutnya yang basah sehingga kering. Kemudian dia melihat kemeja Arfan yang tersarung ditubuhnya. Nasib baik badan Arfan besar dan tinggi sehingga bajunya mampu menutup sehingga paras atas lutut Humaira. Fuh nasib baik.

Setelah yakin dengan dirinya, Humaira menapak keluar perlahan-lahan. Keadaan bilik yang gelap membuatkan dia lega. Mesti Arfan tutup sebab taknak bagi Humaira rasa tak selesa. Terima kasih Arfan!

Humaira bergerak ke meja solek lalu menyikat rambutnya yang panjang separas punggung.

Setelah itu, dia menapak pulak ke sisi katil dan naik perlahan-lahan. Takut mengganggu lena suaminya. Selimut tebal itu ditarik sehingga menutupi lehernya. Sejuk sangat!

*****

Pagi itu, Arfan menelefon Daniel dan Aqif untuk menghantar baju Humaira ke hotel.

Mereka berdua tergelak hebat apabila mendengar berita yang baju Humaira hilang. HAHHAHAHAH.

"Okey, kami datang kejap lagi." Daniel menekan butang merah di skrin lalu melihat Aqif.

"Pfttt, bodoh. Hahahhahahah." Kedua mereka tergelak kuat. Eh?

Flashback

Pagi sebelum akad nikah.

Kelihatan Humiara yang sedang memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta Arfan. Setelah itu,  dia terus bergegas ke dalam rumah semula. Dia tidak menutup bonet tersebut kerana Arfan masih belum meletakkan beg pakaiannya.

Tingkahnya diperhatikan oleh dua pasang mata dari jarak jauh. Hm?

"Jom, jom. Line clear!" Daniel memberikan isyarat kepada Aqif lalu mereka berdua bergegas ke bonet kereta.

Aqif menyelongkar beg pakaian kakaknya lalu mengambil dua helai baju serta dua helai seluar milik kakaknya. Setelah itu, mereka berdua terus berlari dari situ apabila kelibat Arfan datang.

"HAHAHAHHAHAH. YES! Habislah kakak malam ni..." Aqif berkata sambil menepuk tangan dengan Daniel.

End flashback.

"Kau adik tak guna. Hahahah." Daniel menepuk kuat bahu Aqif setelah menjalankan rancangan yang kurang bijak itu. Main banyak!

"Hahahhaha. Kau pon sama!" Aqif turut menepuk peha Daniel yang berada disebelahnya. Kemudian mereka naik ke atas untuk mengambil pakaian Humaira dan bergerak ke hotel.

*****

Arfan melihat Humaira yang masih tidur disebelahnya. Lena sungguh dia sampai matahari dah terang pun tak bangun lagi. 'Dia tak bangun solat ke?' Detik hati kecil Arfan. Arfan pun tak solat. Herrr.

"Pandai-pandai dia lah." Kata Arfan sambil menarik selimut tebal itu dan terus masuk ke bilik air.

Seusai mandi, dia keluar dengan memakai bathrobe. Ketika itu, kelihatan Humaira yang sedang menggeliat diatas katil. Tangan Humaira menerawang ke atas dan kakinya menyepak-nyepak selimut yang membaluti tubuhnya. Nak buat regangan kunun. 😂

Dia tidak menyedari yang kakinya yang tidak berkain itu sudah terdedah  di bahagian pehanya. Lama dia memerhatikan syiling putih bilik itu. Hm? Lain daripada suasana biliknya. Tapi fikirnya, semua ini hanya perasaannya saja. Kemudian dia terdengar seseorang berdehem.

"Ehemmm"

Terus mata Humaira terbuka luas dan tubuhnya bangun mendadak bagai terkena renjatan elektrik! Terkejut betul!

"Awak buat apa kat sini?!" Humaira bingung. Seketika kemudian, dia melihat keadaan bilik tersebut.

"Owhh, bilik hotel. Lupa pulak." Humaira mengurut dadanya yang berdegup kencang dek terlalu terkejut.

"Kau ni gila. Cakap sorang-sorang. Hmm btw, tu... aku nampak tu." Arfan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mukanya sudah memerah kerana dia juga berasa segan dengan situasi itu. Ya lah, dia pun tak pernah nak dekat dengan perempuan kannn.

"Hah? Nampak apa?!" Humaira melihat sekeliling dirinya. Terkejut beruk dia apabila melihat kakinya yang memang terdedah habis. Dari ibu jari kaki sehingga ke peha. Terus saja dia rentap selimut lalu membalut sehingga ke pinggangnya.

Setelah yakin Humaira telah menutup kakinya, Arfan melihat lagi. Aduhh mata!

"Aku nampak lagi!" Kali ini Arfan tidak mengalihkan pandangannya. Mukanya dibiarkan membahang. Biarlah, dia isteri yang sah!

"Apa lagi...?" Humaira melihat sekeliling lagi. Tak nampak apa-apa yang terdedah pun?

"Tu, aku nampak,... badan kau." Arfan berkata sambil menunjukkan ke arah batang tubuh Humaira.

Humaira laju saja melihat tubuhnya. Kemeja putih Arfan yang disuluh cahaya matahari menampakkan bentuk tubuh Humaira! Arghhh!

"Dahtu, pandang la sanaa!" Humaira yang malu teruk bertindak memarahi Arfan pula. Nak cover malu lah tu.

"Suka hati aku lah. Aku ada hak." Arfan berkata selamba sambil memakai kemeja berwarna biru cerah.

"Ishh, tak suka lah macam ni!" Humaira mula melangkah ke bilik air sambil mengheret selimut berat itu. Macam permaisuri dengan baju labuhnya. 😂

*****

Dah dekat satu jam Humaira menunggu pakaiannya didalam bilik air. Tak sampai-sampai pun. Rumah Tuan Darwish dengan hotel ni bukannya jauh pun. Lagipun Arfan dah telefon awal pagi tadi lagi suruh hantar baju. Nak mengusik tak habis-habis lagi dua ketul mangkuk ayun tu.

Tok

Tok

Tok

Bunyi pintu bilik diketuk menandakan yang pakaiannya sudah sampai. Macam pos laju pulak. 😂

"Apesal lambat sangat korang ni. Humaira dah kecut satu badan dalam bilik air tu. Ish." Arfan mengambil kasar beg kertas yang mengandungi pakaian Humaira dari tangan Aqif.

Setelah Humaira memakai pakaiannya, terus dia keluar dari bilik air dan melilit shawlnya. Nampaknya biliknya sekarang takda orang. Hm keluar kot.

"Dah siap?" Tetiba muncul kelibat Arfan dari arah balkoni bilik.

"Dah. Jom pergi." Humaira mengemaskan beg pakaian mereka lalu Arfan datang mengangkat kedua beg tersebut keluar.

"Akak!" Aqif yang berada diluar bilik datang menyapa kakaknya. Buat-buat caring kunun!

"Ya Aqif...." Humaira turut menyapa adiknyadengan senyuman manis. Dia tak tau lagi yang adiknya dah membuat rancangan maut dibelakangnya kelmarin. Hahahah.

"Semalam macam mana kak?" Tersengih-sengih Aqif menanyakan hal yang satu itu. Kecik-kecik dah pandai ya!

"Tak dak apa pun yang jadi. Kenapa Aqif jadi macam ni sekarang. Hal rumah tangga ni rahsia tau!" Humaira mengerutkan dahinya tanda tak suka dengan soalan adiknya. Apabila memikirkan kenapa adiknya teruja sangat dengan hal yang berlaku semalam, terus dia berkata.

"Aqif, kelmarin Aqif buat apa? Hah?!" Humaira menanyakan si adik.

"Takda apa lah."

Ternyata tekaannya tepat! Aqif sudah berpeluh dan anak matanya bergerak-gerak tanda dia sedang menipu.

"Aqifff! Adik yang keluarkan baju akak kan? Hahh. Nakk kena niii." Terus saja Humaira memegang kedua belah telinga adiknya lalu mencubit kuat. Haa! Kan dah kena!

"Aduhh kakk! Daniel pun buat jugak! Marah la dia sekali." Aqif yang tak tahan dicubit mula membuka rahsia mereka. Hahahaah.

Arfan yang terdengar perbualan adik beradik itu terus mengalihkan pandangannya ke arah Daniel. Tapi Daniel dah larii jauhh dari mereka apabila Aqif ditarik telinga. Tau takut!

*****

Setibanya di rumah Tuan Darwsih, Humaira menyalam tangan mertuanya lalu masuk ke bilik mereka untuk meletakkan beg tangannya.

Kemudian, matanya tertancap pada setimbun kotak hadiah untuk mereka.  Mestilah kebanyakkannya dari rakan Arfan. Tapi dia nak tengok jugak!

Ketika dia bergerak lebih dekat, pandangannya tertarik pada sebuah kotak hadiah merah putih dengan tompokan merah gelap yang sederhana besar.

Tiada langsung tulisan di atasnya.

Akibat perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Humaira terus membuka kotak hadiah tersebut.

Tiada apa didalamnya kecuali sehelai kertas putih yang ditulis dengan dakwat merah pekat.

Tertulis di atasnya....

'GOT YOU!'

Apakah?!

2819 words!

Sorry lambat update. Hmm harini dua orang kawan saya tu busy apa tah lahh. Dua-dua hilang dari radar. So takdak sapa yang nak cek typo kat sini. Terpaksalah saya cek sendiri. Hmmm hujan-hujan muka sedih. Idea pun kalau tak mantap ka tak best ka tu lantaklah. Dah buat sorang-sorang macam ni lah jadinya.

Kalau ada jugak typo tu sorry la noh. Tak larat nak baca banyak kali. Hope hampa semua enjoy! Ok bye.

Please votes and comments!









Seguir leyendo

También te gustarán

5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
1.3M 41.3K 38
[#Wattys2016] "Pulp!" Seseorang menutup mulut Raisha sehingga dia pengsan "Kau nak apa ha?" Soal Raisha yang masih diikat pada kerusi "Aku nak kau ka...
432K 18.2K 55
She's Mine©️ 2022 Also Known As Pemilik Hati Dia Status: Completed Mempersembahkan kisah, Muhammad Muaz & Kirana Adawiyah Hidup Kirana tak seindah di...
201K 6.7K 23
Adreane Shofeyaa seorang wanita kacukan Auckland yang mempunyai wajah yang rupawan seiring dengan personalitinya. Malangnya Ad sering dihina dan diej...