TUAN KINGβœ”οΈ [ C ]

By MissDheo

1.3M 50.1K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... More

PROLOGπŸ₯€
Bab 1πŸ₯€
Bab 2πŸ₯€
Bab 3πŸ₯€
Bab 4πŸ₯€
Bab 5πŸ₯€
Bab 6πŸ₯€
Bab 7πŸ₯€
Bab 8πŸ₯€
Bab 10πŸ₯€
TMO TK πŸ₯€
Bab 11πŸ₯€
Bab 12πŸ₯€
Bab 13πŸ₯€
Bab 14πŸ₯€
Bab 15πŸ₯€
Bab 16πŸ₯€
Bab 17πŸ₯€
Bab 18πŸ₯€
Bab 19πŸ₯€
Bab 20πŸ₯€
Bab 21πŸ₯€
Bab 22πŸ₯€
Bab 23πŸ₯€
Bab 24πŸ₯€
Bab 25πŸ₯€
Bab 26πŸ₯€
Bab 27πŸ₯€
Bab 28πŸ₯€
Bab 29πŸ₯€
Bab 30πŸ₯€
Bab 31πŸ₯€
EpilogπŸ₯€

Bab 9πŸ₯€

39.6K 1.4K 84
By MissDheo

"Alex, kau dah umpan dia sampai sini ke? Berapa lama lagi?"

"Ya la Bob, dalam 5 minit lagi dia lalu situ. Ingat, dia naik BMW ma. You sama Jo boleh get ready dah. Buat kerja betul-betul! Jangan sampai dia terlepas lagi ma. Chaww!"

Selepas talian dimatikan oleh lelaki cina itu, Bob menyuruh Jo menghidupkan enjin lori ais tersebut.

Kini, mereka sedang menanti masa untuk meneruskam misi.

"Aku dah nampak BMW tu Bob."

"Ha, cepat!"

Setelah mendengar arahan, Jo menekan pedal minyak sekuat hati. Lori itu bergerak laju lalu...

BUM!

*****

Didalam BMW Arfan

"Bak sini, kenapa bukak dashboard? Kau nii sajee laa..." Arfan terleka sesaat, tiba-tiba...

BUM!

Bampar BMW nya dilanggar dari arah sisi tempatnya duduk sekarang. Kereta itu berpusing 180 darjah sebelum melanggar pembahagi jalan.

Beruntung Humaira kerana hanya Arfan yang terkena hentakan kuat manakala dia dan Aqif hanya terhentak pada seat kereta. Huu ingat kawan-kawan, naik kereta pakai seatbelt tau!

Kepala Arfan yang terhentak pada stereng terasa berdengung. Dia memejamkan matanya dan mengurut sedikit kepalanya.

Telinganya berdengung...

Seperti ada suara yang memanggil dirinya...

"Awak." Humaira melepaskan seatbelt lalu menggoncang bahu Arfan.

Sebelum itu, dia sempat melihat keadaan adiknya. Aqif tidak cedera tapi mungkin dia pengsan akibat terhentak tadi.

"Awak, awak! Bangun!" Humaira mencuba lagi.

Arfan menepis tangan Humaira lalu keluar dari perut kereta.

"Tunggu sini." Arfan berpesan.

"Hah? Ya baik." Maira tidak tahu apa-apa tetapi dia hanya mengikut arahan.

Humaira melihat sebuah Honda Civic putih yang mengekori mereka tadi berhenti dihadapan kereta Arfan.

Kemudian, lori yang melanggar mereka tadi turut berhenti diekori oleh sebuah lagi Honda Accord hitam pekat.

Humaira berasa takut apabila dua orang lelaki dari lori ais tadi keluar dan ya dia kenal dua orang itu. Seorang lelaki gempal berkulit gelap dan lelaki keding yang menculik dan menembak ibunya sebulan lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Felix iaitu pemilik F Club bersama dua orang lelaki berjaket hitam yang tidak dikenalinya keluar dari Honda hitam. Lalu diekori oleh Alex yang keluar dari Honda Civic putih.

6 orang kesemuanya, macam mana Arfan nak melawan seorang diri?

*****

Felix keluar dari kereta lalu berjalan dan dia berhenti betul-betul dihadapan Arfan.

Dia memandang Arfan dari atas kebawah. Bagai memandang rendah si Arfan.

Lelaki berkemeja hitam. Curf linknya dilipat paras lengan. Ditangannya terdapat sepucuk pistol Glock 19 yang diambil dari Maira tadi.

"Kau nak apa?" Arfan menyoal sambil tangannya mengacu pistol kearah kepala Felix.

"Hahahahah, you tanya wa nak apa? wa nak ambil balik wa punya barang maa. You sudah curi sama wa. Ini girl, wa punya! Bapak dia manyak hutang sama waa!" Felix berkata kuat sehingga didengari oleh Maira.

Kini Maira 10 kali ganda takut dengan aksi Arfan serta kata-kata yang meluncur dari mulut Felix.

"Owh, dia ni barang kau? Kalau kau nak, kau boleh ambil." Arfan berkata selamba sambil tangannya menurunkan Glock 19 nya. Dia memandang Maira dan nampak sangat muka Maira yang berubah pucat itu.

Setelah mendengar hal itu, Felix memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mendapatkan Maira.

"Arfan! Sampai hati awak! Saya percayakan awak!" Maira menjerit geram apabila Bob dan Jo datang menghampirinya. Perasaan takut dan marah bercampur baur.

Dia membalas pandangan Arfan lalu setitik demi setitik air matanya gugur. Setelah pintu keretanya disebelahnya dibuka, Maira tidak dapat berbuat apa-apa kecuali bergelut dengan lelaki gempal yang bernama Bob itu.

Air matanya tak henti-henti jatuh. Dia diheret ke arah Felix. Ketika dia melintasi Arfan...

Arfan berkata tenang.

"Tapi kan, aku dah sentuh budak perempuan ni..."

Bob yang mengheret Humaira juga berhenti. Apa?

"Apa you cakap?" Felix tidak faham dengan kata-kata Arfan.

"Aku dah sentuh dia, barang yang aku dah sentuh takkan boleh disentuh orang lain kecuali aku!"

Setelah selesai berkata, Arfan melepaskan tembakan secara rawak lalu tangannya pantas menarik Humaira kebelakangnya apabila Bob menunduk.

"Jangan lari." Arfan berpesan. Kalau Maira lari, kerjanya akan berganda.

Mendengar hal itu, Maira sudah tidak dapat berfikir waras lalu menarik kemeja yang dipakai Arfan dan berlindung dibelakang badan sasa Arfan.

Seorang anak buah Felix tersungkur akibat terkena tembakan pada betisnya.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Audi lain datang menghalang Felix.

Kimi datang bersama Fahim, anak buah Arfan yang cekap dalam bab-bab kereta dan mesin.

"Korang datang berdua ja? Apahal bengap sangat?" Arfan terkejut dengan kedunguan Kimi yang tidak dapat dibendung. Hahahahhaha.

"Manalaa aku tau, ingatkan kereta kau rosak. Tu laa lain kali jawab time aku angkat call tadi." Kimi membela diri.

"Rosak kepala hotak kau, tadi tu aku hantar emergency call kot. Pikir laa."

"Woi! Hal wa sama girl tu tak habis lagi!" Felix yang pening dengan perbualan dua sahabat itu mula naik angin.

"Ha ye tak habis lagi. Sini aku habiskan." Kini Kimi dan Fahim berlari menerjah anak-anak buah Felix. Masing-masing saling bergelut.

Tetapi Felix tidak mahu bermain dengan anak naga, dia mahukan bapak naga. Jadi dia melangkah laju kearah Arfan yang sedang menendang Bob.

Kini, Bob dah tersungkur begitu juga Jo. Kacang jerrr.

Langkahnya dilajukan apabila Arfan turut melangkah ke arahnya.

Maira yang bersembunyi tadi kini berada disisi Arfan. Bukan senang nak lawan kalau ada orang tengah tarik baju kita dari belakang.

Masing-masing saling melangkah sambil mengacukan pistol sehingga terhenti apabila kedua-dua muncung pistol itu berada dikepala musuh.

Ya, Glock 19 Arfan sudah melekat di dahi Felix dan pistol Felix dituju ke dahi Arfan. Picu ditarik.

Keadaan kini sangat tegang.

Sesaat

Dua saat

Hanya hembusan nafas yang didengari.

Tiba-tiba Humaira bersuara perlahan.

"Arfan, janganla buat macan ni. Tak perlu nak membunuh. Berdosa tau. Takpa, biar saya ikut diorang ni. Ya?"

Walaupun Humaira berkata begitu, hatinya tidak merelakan. Sapa ja nak serah diri kepada sang buaya?

Tapi, demi menyelamatkan orang-orang disekelilingnya, dia pasrah.

Dia tak nak hal yang menimpa ibunya berulang. Gara-gara ibunya bergelut untukk menyelamatkannya, ibunya terbunuh. Tidak kali ini.

Mendengar saja kata-kata Humaira, Arfan melepaskan tembakan.

BANG!

Maira yang terkejut dengan tindakan Arfan terus rebah namun sempat disambut Arfan.

Felix kaku,  tapi dia tidak sakit?

Ya,tembakan itu kearah langit bukan ke kepalanya. Maira dah selamatkan dia

"Ke... kena..pa? Terketar-ketar Felix bertanya. Hairan dia dibuatnya.

"Berapa ayah budak ni hutang kau?" Arfan bertanya tenang sambil tangannya lincah mengangkat Maira di belakang serta pelipat kaki Maira.

"Hah?" Felix masih tak mengerti.

"Aku akan bayar harga untuk budak ni dan hutang bapak dia sekali."

*****

"Akak...akak"

Humaira terdengar suara Aqif, dia seperti sedang bermimpi. Matanya terbuka tapi dia tidak memberikan respond.

Humaira memejam celikkan matanya berulang kali sehingga pandangannya jelas.

Aqif berada dihadapannya. Hanya Aqif seorang. Kejadian semalam dimainkan semula oleh otaknya bagai video yang telah dirakam.

"Kita dekat mana ni?" Humaira bersuara lemah.

"Dekat dalam bilik akak la. Akak pengsan semalam, adik pon pengsan tapi adik dah sedar semalam. Cuma akak laa terlena lama sangat. Sekarang dah Subuh, tu yang adik kejut akak ni. Jom solat!" Aqif tersenyum kearah kakaknya yang masih blur.

'Apa yang berlaku sebenarnya? Masa aku pejam mata tu... Aku dengar bunyi tembakan? Ka aku salah dengar?' Humaira bermonolog sambil mengerutkan dahinya untuk mengingati dengan lebih mendalam.

"Hah! Mesti Felix tu dah mati! Oh my God!" Kini Humaira bersuara agak lantang.

"Akak! Cepatlaa siap. Pikir apa lagi bising-bising ni." Aqif terkejut dengan suara nyaring kakaknya. Aishhh luruh jantung aku.

*****

Selesai menunaikan solat subuh berjemaah, dua beradik ini turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Selalunya Maira alone, mulai sekarang adiknya akan sentiasa menemaninya.

"Aqif nak makan apa harini? Akak masakkan"

"Nak kek boleh? Masa birthday Aqif haritu akak takda..." Aqif membuat permintaan.

"Hahahaa, boleh sangat. Tapi kek tu mungkin kena buat tengah hari nanti. Akak rasa bahan nak buat kek tak cukup pon. Pagi ni kita breakfast nasi goreng favourite adik ya? On tak on?"

"On jaa kak! Hahahahah" Aqif menyatukan ibu jari serta jari telunjuknya lalu dilekapkan dimatanya tanda setuju. Bahagia dua beradik ni.

*****

Selepas lunch.

"Assalamualaikum Fahim. Boleh saya duduk tak?" Humaira bertanya sopan walaupun dia dengan ahli dalam rumah ni macam dah kenal 10 tahun.

"Eh, boleh boleh. Haa, duduk sini." Fahim menarik kerusi yang tersedia di meja tepi kolam itu.

"Err, pasal kemarin kan...err macam mana nak tanya hah?" Maira menyusun ayat didalam kepalanya. Macam manaa nak tanyaa yaaa.

"Pasal apa jadi dekat Felix ke?" Fahim meneka. Kalau bukan pasal Felix, apa ja yang berlaku kemarin.

"Yaa, dia dah kena tembak ya?" Humaira bertanya lagi.

"Tembak? Eh takde lah. Dia selamat lagi tanpa sebarang cela. Bos tu dah bayar untuk..."

"Fahim!" Khai datang dari dalam rumah.

"Hah? Ape?"

"Kau cerita apa ni? Bos bagitau kau ape semalam?!" Khai berbisik ke telinga Fahim.

"Alamak..." Fahim menekup mulutnya. Dia tak percaya yang dia dah terlepas cakap. Haa nak membawang lagiii.?

"Kenapa?" Maira pelik dengan dua orang ni.

"Eh, takde ape lahh Maira. Kitorang ada hal sikit dekat belakang. Bye!" Khai menyembunyikan rahsia itu, dia kemudian menarik Fahim pergi bersamanya. Hailaa si Fahim ni.

"Alaa tapi saya nak tau bos awak bayar apaa...Khaii!" Maira memuncungkan bibirnya. Baru nak korek rahsia. Senang tanya Fahim, walaupun dia ahli paling tua iaitu 27 tahun, tapi dia yang mudah terlepas cakap. Hahahahaha.

*****

"Aqif! Jom teman akak pergi beli barang buat kek nak? Lagipun kemarin kan tak sempat pergi beli pon. Akak dah tanya Arfan tadi." Maira berkata riang. Mudahnya Arfan bagi dia keluar harini. Mungkin sebab Aqif ada. Dan mungkin jugak sebab hal kemarin dah settle? But how?

"Serius? Senang pulak abang Arfan izinkan." Aqif turut curiga tapi,, lantaklah. Who care. Janji dia dapat meluangkan masa dengan kakaknya. Yeayyy.

"Aqif siap cepat. Dalam pukul 3 atau
3. 30 nanti kita pergi. Akak nak tempah grab sat. Malas nak menyusahkan diorang ni."
Maira menuruni lif menuju ke ruang tamu untuk menelefon grab.

Baru saja panggilan disambungkan tiba-tiba dia terdengar sesuatu.

PIN!

PIN!

PINNNN!!

Dia meletakkan semula gagang telefon.

"Eh, takkan baru call dah sampai grab ni." Maira berasa hairan lalu bergerak ke pintu utama.

Matanya terbuka luas apabila kelibat Arfan keluar dari Audi s8 biru gelap itu.

'Balik awal nak buat apa? Tertinggal barang? Tapi dia boleh suruh anak buah dia hantarkan. Whyy?' Maira hanya merenung muka Arfan yang dilitupi rayban hitam. Macam nak tembus dah. Lain kali kalau nak termenung jangan tengok muka orang. Nanti orang tu perasan kata dia hensem pulak. Hahahaha.

"Apesal tenung aku macam nak tembus? Kau tak puas hati ke? Cepat masuk!" Arfan kembali masuk kedalam perut kereta. Apabila melihat muka terpinga-pinga Humaira, dia Bingaman hon lagi

PIN!

PINNNNNNNN!

"Eh, sat. Beg saya." Maira hanya mengikut arahan. Apa yang jadi?

"Aqif! Cepat sikit. 'Grab' dah mai ni." Humaira memanggil adiknya yang berada di tingkat 3 itu. Dia sempat juga buat gurauan maut. Arfan dengar mampus hang Maira.

*****

Sepanjang perjalanan, kereta itu hanya sunyi sepi. Macam kemarin. Seram pulak.

"Awak nak bawak kami pergi beli barang Aqif ka?" Maira bertanya.

"Taklah, aku nak bawak kau pergi rumah mak mertua kau." Arfan bergurau selamba.

"Hah? Elok-elok la Arfan!" Muka Humaira sudah memerah akibat malu. Lawak tak kena timing.

Aqif yang hanya menjadi pendengar hanya menguntum senyum. Something wrong somewhere...

Selepas diusik, masing-masing hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba dihadapan pusat membeli-belah My Town

*****

"Akak, bangun! Dah sampai." Aqif mengejutkan kakaknya yang terlena. Boleh pulak terlena. Bukannya jauh pon. Setakat sejam perjalanan dari rumah Arfan yang tercorok tu. 😂

"Akak, cepatlahh abang Arfan dah tunggu dekat lif tu." Aqif bersuara lagi sambil menepuk perlahan pipi Humaira.

"Haa ya lahh. Akak keluar ni. Jom jom." Humaira membontoti langkah Aqif menuju ke lif untuk ke tingkat atas.

Setibanya mereka ketingkat pertama. Humaira sudah rambang mata. Wahhh bukan dia tak biasa datang ke tempat-tempat macam ni. Kan abahnya juga mempunyai syarikat sendiri.

Tapi selepas semua kesusahan yang dia hadapi, dia belajar untuk hidup bersederhana.

"Akak, cepat tengok kedai ni. Abang Arfan masuk sini. Macam baju lelaki ja." Aqif menarik lengan Humaira.

"Eh, sabarlaa akak pakai kain ni kan. Jatuh nanti adik dukung ehh." Humaira melawak dengan adiknya. Tak sabaq-sabaq.

Selepas beberapa ketika menghabiskan masa membeli barang dapur serta kelengkapan Aqif, mereka mula menjamu selera disebuah restoran ayam penyet didalam mall itu.

"Akak, adik nak pergi tandas sat. Nak buang air kecik lahh. Hehee." Aqif bercakap perlahan ke telinga kakaknya tapi masih boleh didengari Arfan.

"Haa ya lahh. Cepat sikit." Maira berpesan.

"Toilet arah situ." Arfan menunjukkan arah toilet yang terletak disebalik restoran tersebut.

"Oh, okey. Thanks." Aqif berlalu pergi sepantas mungkin. Tak tahan sangat agaknya. Hahahahah.

Maira hanya tergelak dengan gelagat adiknya. Dah besar gajah pon still perangai macam kanak-kanak ribena.

Selepas ketiadaan Aqif. Suasana antara Maira dan Arfan bertukar sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga diantara mereka. Seram Maira dibuatnya.

"Kenapa senyap? Tadi bukan main riuh kau berbual dengan adik kau. Sampai satu mall boleh dengar gelak kau lahh kiranya." Arfan cuba memulakan bicara. Takda topik sebenarnya, tu yang dia nak hentam Maira ni. Sajaaa.

"Eh mana ada saya gelak kuat-kuat. Takda takda. Aqif yang gelak kuat. Awak pon sama kata kat saya. Eleh."

"Bila masa aku gelak kuat? Aku senyum je eh. Baik sikit."

Hah dah mula perang mulut. Arfan ni kekadang annoying sangat.

"Hmm. Ya lahh. Anything for you Arfan. Asalkan awak bahagia."

Kini dua-dua kembali senyap. Dah takda benda nak sembang sangat.

"Err, btw terima kasih sangat layan saya dengan adik saya ni baik-baik. Dan,, pasal semalam tu..."

"Eh, apesal Aqif lambat sangat ni. Kau tak risau ke? Dah habis makan kan? Jom" Arfan berdalih dari pertanyaan Humaira lalu bergegas ke toilet untuk mencari Aqif.

"Laa, orang nak tanya niii. Kenapa semua orang takmau bagitau akuuuuu..." Maira hanya mampu bercakap sendiri sambil mukanya berkerut hairan. Macam mak nenek dah. Haihh.

*****

Aqif keluar dari tandas tergesa-gesa. Takut lambat kena tinggal pulak.

"Kenapalah ramai sangat orang hari ni. Mampus aku lambat." Aqif berlari anak sambil mengelap tapak tangannya yang basah.

Sedang leka dia megelap tiba-tiba...

"Adoi!" Aqif mengaduh sakit apabila dia terlanggar tubuh seseorang. Tangannya memegang dahinya yang berlanggar tadi.

Lain kali jalan tengok depan. Sebab tu Allah cipta mata dekat kepala bukan lutut.

"Sorry encik. Tak perasan tadi. Sorry..." Aqif memohon maaf dari lelaki yang dilanggarnya.

"Aqif!"

Aqif berpaling apabila terdengar namanya diseru.

"Kenapa lama sangat. Akak tinggal baru tauuu. Ni kenapa pegang dahi?"

"Sorry la kak, toilet ramai orang. Pastu Aqif takut kenaa tinggal Aqif berlari sikit tapi terlanggar encik ni pulak."

"Ah? Siapa? Sorry ya encikk..." Humaira terkedu dengan orang yang berdiri dihadapannya sekarang. Betul kah apa yang dia nampak sekarang?

"Maira! Aqif! Jom balik. Dah lewat..." Arfan juga terdiam tapi mukanya menunjukkan reaksi yang sangat tak menyenangkan. Muka berkerut bagai memberi amaran kepada orang yang berdiri dihadapannya kini.

Bent...






2404 words

Jeng jeng jeng. Feux dah settel. Bent pulak munculkan diri. Hah, hampa rasa apa yang akan berlaku? Tolong tunggu bab seterusnya yaa gaisss.

Tolong vote dan komen. Nak tengok berapa ramai support, berapa ramai yang tak suka. Dan hampa suka part mana? Hahahah okbye 😆

























Continue Reading

You'll Also Like

16.2K 384 5
[NEW VERSION] !!REMINDER!! β€’ THIS STORY IS THE RESULT OF MY OWN IDEAS! DO NOT COPY MY STORY!β€’ β€’I CREATE THIS STORY JUST FOR FUNβ€’ - FIRST STORY - Te...
194K 13.5K 79
Diomand Highschool dikawal oleh The Headprefect yang mempunyai rupa paras yang tampan serta tinggi lampai. Kedatangan tiga gadis yang nerd serta misk...
201K 6.7K 23
Adreane Shofeyaa seorang wanita kacukan Auckland yang mempunyai wajah yang rupawan seiring dengan personalitinya. Malangnya Ad sering dihina dan diej...
1.4M 61K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...