TUAN KINGโœ”๏ธ [ C ]

By MissDheo

1.3M 50.3K 2.3K

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titi... More

PROLOG๐Ÿฅ€
Bab 1๐Ÿฅ€
Bab 2๐Ÿฅ€
Bab 3๐Ÿฅ€
Bab 4๐Ÿฅ€
Bab 5๐Ÿฅ€
Bab 6๐Ÿฅ€
Bab 7๐Ÿฅ€
Bab 9๐Ÿฅ€
Bab 10๐Ÿฅ€
TMO TK ๐Ÿฅ€
Bab 11๐Ÿฅ€
Bab 12๐Ÿฅ€
Bab 13๐Ÿฅ€
Bab 14๐Ÿฅ€
Bab 15๐Ÿฅ€
Bab 16๐Ÿฅ€
Bab 17๐Ÿฅ€
Bab 18๐Ÿฅ€
Bab 19๐Ÿฅ€
Bab 20๐Ÿฅ€
Bab 21๐Ÿฅ€
Bab 22๐Ÿฅ€
Bab 23๐Ÿฅ€
Bab 24๐Ÿฅ€
Bab 25๐Ÿฅ€
Bab 26๐Ÿฅ€
Bab 27๐Ÿฅ€
Bab 28๐Ÿฅ€
Bab 29๐Ÿฅ€
Bab 30๐Ÿฅ€
Bab 31๐Ÿฅ€
Epilog๐Ÿฅ€

Bab 8๐Ÿฅ€

42.8K 1.5K 26
By MissDheo

Arfan's POV

"Aku nak bawak Maira jumpak adik dia."

"Weyh, kau seriusla Fan?" Kimi yang sedang berendam bagai badak air dalam kolam renang dihalaman rumah mereka sudah terpancing dengan topik perbualan Arfan.

Arfan hanya mengangguk tanda mengiakan

"Nanti kalau dia lari dari kita macam mana? Pastu orang kampung dia semua tau macam mana? Takpasal-pasal diorang kata kita culik dia." Kimi membangkang sebelum naik ke tebing kolam dan duduk disebelah Arfan.

"Habistu kau nak suruh aku buat apa? Aku dahla tak habis lagi rasa bersalah dekat dia pasal hal semalam. Sekarang dia rindu pulak dengan famili dia. Argh semak aku!" Arfan menyerabutkan rambutnya tanda tidak puas hati dengan pendapatnya sendiri.

Kimi yang melihat Arfan juga jadi serabut. Hmm. Seketika kemudian,dia terpandangkan dua orang anak buah Arfan yang lain. Mereka nampaknya sedang lawan berenang. Macam macam gaya ada. Kuak lentang, kuak kupu kupu semuaa adaa. Perangai macam apa lagi 😑

"Woi Aniq, Sam. Sini kejap" Kimi menggamit mereka berdua.

"Laaa, apasal? Ishh aku nak menang dah tadii" Aniq berkerut dahi manakala Sam hanya buat taktahu, dia menghabiskan satu pusingan renang tersebut.

"Sinii laa, ehhh banyak mulut kau ni Aniq kan. Sam tuuu datang laa sini. Pekak ke?" Kimi mula bercekak pinggang gaya mak mak panggil anak yang ketegar taknak ikut cakap.

"Ish, semak laa kau ni Kimi. Suara nyaring macam tercekik mic" Sam berkata meluat tapi langkahnya tetap ditala ke arah sisi kolam yang sedang diduduki bosnya dan Kimi. Aniq hanya berenang dari belakang.

"Ape?" Sam dan Aniq bertanya serentak apabila tiba dihadapan Arfan dan Kimi.

"Pasal Maira. Dia nak jumpa adik dia sekarang. Well aku pernah cerita kat korang kan pasal apa jadi dekat dia dengan family dia? Walaupun kita taktau kisah penuh dia." Kimi berkata.

Arfan hanya mendengar.

Selepas Arfan cerita kat Kimi pasal Maira masa dekat pejabat haritu, terus kimi mulut kepochi ni bergosip dekat satu isi rumah agam diorang. Tak hairanlaa semua orang tau pasal siapa Maira sekarang. Takpalah, lagi senang nak buat kerja.

"Apa kena mengena dengan kitorang?" Aniq bertanya.

"Aku nak bawak Maira jumpa adik dia." Arfan yang dari tadi mengelamun pula menjawab.

"Nak bawak jumpa je? Kalau dia taknak balik sini dah? Bos nak biarkan je ke? Habis nanti kalau kumpulan Feux dari F Club cari dia balik." Aniq bertanya panjang lebar.

"Ha ah kan Fan. So sekarang ni bila pikir balik...aku ada satu plan ni! Tapi korang berdua kena ikut aku. On?" Bagai ada mentol kecil sedang menyala diatas kepala Kimi, dia dengan senangnya mendapat idea!

"Ape?" Tiga manusia lain bertanya tentang idea Kimi itu. Kadang kadang idea Kimi boleh pakai ,kadang kadang hmmmm.

"Okey macam ni......"

*****

10. 30 p.m, Pulau Pinang.

Di sebuah kedai makan yang sudah tiba ke waktu kemuncak perniagaan, seorang remaja sedang menyelesaikan tugasnya membuang sampah di belakang kedai.

"Aqif, kitorang balik dulu ya? Balik cepat sikit, nak hujan ni." Seorang lagi pekerja dari kedai makan itu menyapa Aqif yang sedang bergegas ke dapur untuk membuang beg sampah terakhir pada malam itu.

"Okey, bawak moto elok elok" Aqif berpesan dari belakang dapur.

Apabila dia selesai membuang sampah, dia mengambil hoodienya dari loker pekerja di belakang dan bergegas untuk pulang.

Dalam perjalanan ke arah pintu, tiba tiba hujan turun dengan lebatnya.

"Alamak, habislaa aku malam ni. Hujan pulakkkk." Aqif berdiri dihadapan pintu sambil tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berfikir untuk tunggu sebentar sehingga hujan reda.

Seketika kemudian, bosnya datang dari arah dapur untuk menutup lampu kedai.

"Aqif, nak tumpang saya balik tak? Hujan lebat ni." Sebelum menutup lampu, bosnyaa sempat bertanya.

"Eh, takpalah Bos, rumah bos kan bertentangan dengan rumah saya. Nanti jauh pulak kesian bos. Sat lagi reda la hujan ni".

Aqif baru berkira kira untuk keluar kedai tapi dihalang bosnya.

"Kalau macam tu, apa kata Aqif tidur dekat bilik rehat belakang tu. Ada sofa kan? Esok sabtu tak sekolah kan?" Bosnyaa cuba berbincang lagi. Baik sungguh bosnya kerana menjaga kebajikan pekerjanya. Untung Aqif cari kerja dekat sini even masih bawah umur tapi bosnya masih memberikan kerja kerana kasihan.

"Hmm, takpaa bos? Nanti kalau hilang barang habis saya."

"Saya percayakan kamu. Nah amek kunci ni. Kunci pintu depan ni lepas saya keluar. Jangan musnahkan kepercayaan saya sudahla Aqif." Bosnya menyerahkan kunci kepada Aqif sebelum keluar menuju ke keretanya yang terletak di sebelah bangunan kedai itu.

"Terima kasih bos!" Dalam keadaan hujan tersebut, Aqif keluar dari kedai untuk mengucapkan terima kasih kepada bosnya.

Setelah itu, dia mengunci pintu dan berlalu ke bilik rehat pekerja untuk menunaikan solat isyak yang tertangguh dari tadi.

Selepas menunaikan solat. Aqif tiba tiba terasa lapar. Perutnya berbunyi. Dia tidak mengisi perut kerana terlalu sibuk sebentar tadi.

"Seven-E 24 jam ada dekat hujung blok ni kan. Hah bagus sangat."

Aqif terus menyarung hoodie kelabunya dan mecapai beg sandangnya.

Dia melintasi 3 blok kedai yang sudah gelap. Mungkin dah tutup. Dah pukol 11 lebih pon.

Dalam samar-samar cahaya dari lampu jalan. Dia merasa seram sejuk. Seperti ada mata-mata yang melihatnya. Aqif mula melajukan langkahnya.

Kemudian dia mula berlari apabila terdengar derap kaki dibelakangnya. Dalam dia berlari, dia sempat menoleh kebelakang dan tekaannya betul, memang ada lelaki yang mengekorinya. Siapa?

Aqif makin gelabah, dan apabila dia menoleh kehadapan semula, ada orang yang merempuhnya dari sisi.

Kedua mereka jatuh ke jalan tar yang basah.

Oleh kerana Aqif yang jatuh terhempap dengan lelaki berbadan sasa tersebut, seluruh badan dan kepalanya berasa sakit. Ketika Aqif cuba untuk bangun, kedua-dua lelaki tadi sudah memegang kedua tangannya dan memaksa dia untuk bangun.

Sesaat kemudian, sebuah Audi A4 berhenti betul-betul dihadapan mereka.

Aqif jadi tak keruan.

"Hampa ka yang culik kakak aku? Pulangkann diaa balik sebelum aku report polis! Bagi kakak aku balikkk!" Dalam menahan sakit, Aqif masih mampu untuk melawan. Kerana hujan yang masih turun, suaranya tenggelam walaupun dia menjerit.

"Senyap kalau kau taknak ikut jejak kakak kau budak." Lelaki yang mengekorinya tadi berbisik ke telinga Aqif lalu mengacukan pisau rambo di leher Aqif. Ah sudah. Matilah nakk.

Aqif baru berkira untuk membuka mulut tapi badannya sudah disumbatkan kedalam perut Audi tersebut. Dia cuba nak meronta tapi dek kerana pisau yang amat menyesakkan lehernyaa dia kembali berjaga-jaga.

*****

Kereta Audi A4 tersebut berhenti di kawasan RnR untuk mengisi minyak dan melepaskan lelah.

"Finally! boleh berehat. Penat aku dengan budak ni. Haihhh." Kimi menggeliat senang selepas berjaya mencari kotak parkir yang kosong. Penuh betul RnR ni. Maklum laa esok cuti.

"Budak tu macam mana Aniq?" Arfan bertanya sambil matanya melirik ke seat belakang.

"Dah tidur. Penat agaknya kena rempuh dengan badan gajah Sam ni." Aniq menyindir.

"Eh, ni Kimi punya plan okey. Whyy kau salahkan aku." Sam membela dirinya.

"Pehal aku pulak, aku suruh tahan dia, bukannyaa rempuh macam orang gila." Kimi juga mempertahankan diri.

"Ish, sekarang ni kerja dah jadi senang kan? Takpayah kalot-kalot nak suntik ubat pelali bagai. Tah nanti dia mengamuk satu dunia macam mana? Eii, aku geram la dengan kau ni Kimi." Sam berdecit geram. Tangannya laju saja meluku kepala Kimi. Padan muka. Ni bukan salah dia. Huh.

"Woi sakitlaa jebon. Sini kau!" Kimi yang perangai kalah budak tahun 5 mengaktifkan mod melawan balik.

"Pulak dah dua ekor ni. Korang ingat kereta ni cukup besar ke nak tampung pergaduhan gajah dua ekor ni hah? Dah. Keluar keluar keluar! Berambus!" Arfan naik menyampah. Rimas dengan ruang kereta yang tak besar mana tapi nak dijadikan gelanggang gusti. Aduhhhh.

"Ala Fan, kau ni." Kimi mencebik tapi tetap akur dengan arahan Arfan.

"Sekarang waktu kerja. Panggil aku bos!" Arfan berkata sambil meninjau kawasan RnR tersebut.

Kemudian pandangannya jatuh ke tubuh Aniq dan Sam. Basah kuyup!

"Korang berdua pergila cari baju baru. Basah tu nanti sejuk. Demam pulak susah aku nanti. Malam ni, my treats. Lepas dah beli baju. Datang ke food court depan ni." Arfan memberikan arahan.

"Kimi, kejutkan budak ni."

"Baik bos!"

Kimi berlalu ke pintu kereta bersebelahan Arfan lalu bertindak untuk mengejutkan Aqif.

Selepas beberapa ketika Aqif sudah terjaga. Badannya berasa lenguh tapi dia gagahkan jua untuk keluar dari perut kereta itu. Dia melihat keadaan sekeliling lalu mengeluarkan iphone 6 nya.

*1.40 A.M*

Kimi dan Arfan masih menanti reaksi Aqif. Taknak melawan ke budak ni?

"Jom budak, kita makan dulu. Kau mesti lapar kan?" Kimi memecahkan kesunyian antara mereka bertiga.

"Kenapa hampa culik aku? Apa salah aku? Apa salah kakak aku? Family aku? Kau dah buat apa dekat kakak akuuu?!" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Aqif.

Macam-macam sangkaan berlegar dalam pemikirannya sekarang. Macam mana keadaan kakaknya? Sihat ka sakit ka? Masih bernyawakah dia? Dengan hanya memikirkan hal itu, Aqif jadi tak keruan.

"She's fine. Btw, bukan kami yang mula-mula culik dia dulu. Tapi kami takboleh nak nafikan yang kami tengah sembunyikan dia sekarang." Arfan menghentikan lamunan Aqif yang entah kemana itu.

"Serius? Alhamdulillah!"

Mendengar hal itu, Aqif sudah mampu menarik nafas lega. Tapi dia masih tertanya-tanya kenapa kakaknya disembunyikan? Wait what?

"Tapi..."

"Sebarang pertanyaan tidak akan dilayan sehingga kita sampai ke tempat kakak kau disembunyikan. Aku dah lapar ni. Jomlaa makan bos. Pastu saya nak qada tidur okey? Penat la drive seharian. Nak cari budak ni pon penat." Kimi mematikan pertanyaan Aqif dan mula merengek ke Arfan. Gedik!

Arfan membuat muka menyampah lalu mengatur langkah ke food court.

Terpinga-pinga Aqif dibuatnya. Muka macam gangster tapi perangai Allahu.

*****

Humaira's POV

Humaira ke hulu ke hilir di dalam biliknya sambil memerhatikan jam didinding.

*6.10 a.m*

Dia sedang memikirkan sesuatu. Hmm.

'Mana Arfan dengan Kimi ni? Dua orang mamat yang selalu mengusik aku tu pon hilang jugak. Dah sehari lebih depa takda dekat rumah ni. Outstation kot? Tapi aku takpernah tengok Aniq pergi kerja dekat syarikat Arfan pon? Bodyguard maybe? Tapi,... yaka? Diorang kerja apa sebenarnya. Kenapa banyak sangat pengawal dalam rumah ni? Lengkap bersenjata pulak tu. Seram aku.' Humaira bermonolog sendiri. Kalau bercakap nanti apa pulak orang pikir ada hantu tengah meluahkan perasaan pepagi buta ni naya ja.

"Ah, baik aku solat pastu siapkan breakfast."

*****

Selepas selesai membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya, Humaira bergegas ke dapur. Menu yang dia pikir harini ialah nasi lemak ayam berempah. (Wahh baru pagi tadi saya makan 🤣)

Dalam dia sibuk memasak. Ada saja anak buah Arfan yang datang menyibuk. Sekurang-kurangnya dia tak bosan.

"Weyh, bos dah balik. Cepat kemas meja ni."

"Cepat cepat."

Humaira mendengar perbualan anak-anak buah Arfan yang sedang bermain game di ruang tamu. Takut sangat dengan bos diorang.

"Ni ke budak tu?"

"Wah, muka diorang lebih kurang je."

"Plan aku hebat kan? Senang kerja. HAHAHAHAHAH."

Humaira tergelak kecil mendengar keangkuhan Kimi. Terasa lawak pula. Tapi dia juga tertanya-tanya, siapa budak yang disebutkan diorang?

Humaira berjalan perlahan-lahan menuju ke arah ruang tamu. Kepala dijengulkan bagi melihat gerangan budak yang dibualkan diorang.

Walaupun dia menjengket, tapi dia masih tak dapat melihat budak itu. Haish, pendek juga Maira ni.

"Nama saya Aqif dan saya 16 tahun."

Mendengar suara dan nama yang sering menghuni mimpinya, Humaira terkelu. Adakah ini satu lagi mimpi dia berjumpa adiknya?

"Mesti aku tengah bermimpi. Ah, kenapa sekarang? Aku rindu sangat dekat Aqif. Arfan ni suka bagi harapan palsu. Haritu sembang nak bawak jumpa Aqif. Penipu!" Humaira berkata sambil tangannya menampar lembut mukanya sendiri. Dia yakin yang dia sedang bermimpi.

"Akak?!"

"Eh? Dengar macam real pulak." Humaira mencubit telinganya pula.

"Aduh!" Kemudian dia mengaduh sakit. Hailaa Maira.

"Akak! Ni Aqif laaaa, akak ni kenapaaa? Sampai hati tak ingat adikkk..." Aqif berlari mendapatkan kakaknya. Tumpah jua air mata jantannya.

Rindu ya ampun setelah lebih sebulan tak berjumpaa. Wahhhh.

"Seriuslaaa, betul kaa ni Aqif? Adik akak? Macam mana adik sampai sini? Ya Allah adikk aku, rinduunyaa..." Humaira membalas pelukan Aqif dengan seeratnya. Dia juga tidak mampu menahan air matanya daripada tumpah menimpa lantai.

"Abang Arfan culik adik taudak...huaa rindunyaa akak..." Aqif masih tidak puas melepas rindu.

"Culik? Hah, tak kisahlah janji akak dah jumpa adik. Terima kasih awak!"

Selepas beberapa minit berpelukan, mereka mengesat air mata satu sama lain. Melihat telatah dua beradik ini, anak-anak buah Arfan semua tergelak bahagia. Cuma Arfan yang menyimpan senyum. Tapi dalam hati dah macam taman rama-rama bila dia dapat menunaikan janjinya terhadap Humaira. Ego.

"Jom makan. Ayam dah siap goreng!" Humaira berkata riang. Tak pernah dia seriang ini dirumah besar tersebut. Terima kasih pada Arfan dan bagilah sikit pujian pada idea bijak Kimi. Sedih kawan.

"JOM!" Semua anak buah Arfan turut menjadi riang! Hahahahhaha.

*****

Keesokannya, 11. 30 A.M.

" Adik ada bagitau tak dekat Kamal yang adik dah jumpa akak? Nanti dia risau pulak." Maira bertanya kepada Aqif.

"Dah bagitau masa dalam perjalanan kesini lagi. Baik betul abang Arfan tu sampai tolong tumpangkan akak kat sini. Ada apa-apa ka?" Aqif mengusik kakaknya. Habis merah padam muka Humaira. Hahahahha

"Eii, mulut tu jaga sikit eh. Mana adaa."

"Aceeceyyy, ada laa tuuu. Hahahahah."

Tok

Tok

Tok

Dalam mereka sibuk bergurau senda, terdengar pintu diketuk dan dibuka.

"Eh abang Arfan. Nak sembang dengan akak ka?"

"Eh adik. Behave sikit." Maira menghalang adiknya daripada terus mengusiknya.

"Taklah, abang nak ajak korang keluar jalan-jalan. Abang tengok Aqif takda baju lain kan? Lagipun barang dapur tu dah nak habis."

"Kenapa tak suruh Kimi atau Aniq yang bawakan? Awakkan sibuk." Maira cuba berdalih. Buang tabiat ka apa mamat ni.

'Eh tapi masa first time jumpa pon, Arfan yang belikan aku baju semua' Maira berfikir sendiri.

"Lantak aku lah. Kau tak nak ikut sudah. Terperuk la dalam rumah ni. Aqif, jom." Arfan malas melayan. Dia menggamit Aqif dan Aqif hanya mengikut. Padan muka Maira.

Maira berkira-kira hendak ikut atau tak. Tapi dia pon teringin nak keluar berjalan jugak. Hmm terpaksa ikut.

"Tunggulaa saya ambil beg."

Takpayah nak pakai tudung sebab dia memang dah bertudung elok. Hahahah senang!

*****

"Bos, kitorang dah dapat location rumah Darren Arfan. Nak kami teruskan plan?"

"Good job. Teruskan plan."

"Beres."

Kereta dipandu sejurus kelibat kereta BMW Arfan keluar dari simpang rumah agamnya.

*****

Dalam kereta Arfan.

Suasana sunyi memenuhi ruang BMW tersebut. Masing-masing tidak bersuara malah mereka tidak membuka radio langsung. Sunyi sangat ni.

"Err....Arfan?

"Ye"

"Mm,... kenapa awak baik sangat dengan saya? Siap carikan adik saya lagi. Saya ingatkan... awak nak bagi saya jumpa dia sekejap ja. Tapi, terima kasih sangat laa yaa. Saya akan kerja elok-elok dekat rumah tu."

"Eleh, ye ke? Kau tu asyik buat masalah je. Btw, kau tak bersyukur ke jumpa orang sebaik aku. Kalau orang lain yang langgar kau, mesti kau dah arwah ni. Kesiannn...." Arfan mengejek sambil matanya melirik cermin sisi dan cermin pandang belakang.

"Ala awak ni, saya berterima kasih kan??. Saya bersyukur la nii. Saya cuma curious. Ada lagi orang baik macam awak dalam dunia ni. Even saya taktau awak kerja apa."

Selepas Humaira menghabiskan ayatnya, kereta kembali sunyi. Arfan langsung tak membalas.

Humaira mencebik Arfan. Mulutnya memuncung tanda tak puas hati. Kemudian matanya melirik pada muka Arfan. Uish, tegang semacam. Aku salah cakap ka? Mampoih!

"Saya tersalah cakap ka? Kenapa awak macam tengah marah ja? Sor.."

"Shut. Diam. Duduk je dekat situ diam-diam. Pakai seatbelt elok-elok Aqif." Arfan berkata sambil tangannya mendail nomber seseorang di skrin keretanya.

"Abang, ada orang ikut kita kan? Aqif tengok Honda belakang ni asyik ikut kita ja. Kan abang kan?"

"Diekori? Seriuslaa, macam dalam drama korea pulakk! Aqif pegang kuat-kuat!" Dalam keadaan gelabah, Humaira mencari tempat untuk berpaut.

Tangannya menggeletar sana sini sehingga dia terbuka laci dashboard. Dan apa yang menjamu matanya sangat tidak menyenangkan.

"Awak, kenapa ada pistol dalam niii?!" Humaira bertanya.

"Bak sini, kenapa bukak dashboard?! Ish kau nii saje laa." Arfan cuba merampas pistol dari tangan Maira.

Ketika dia terleka, tiba-tiba...

BUM!





2568 words

Haaaaa, apa yang jadi? Siapa yang jumpa Arfan tu? Kalau nak tau tunggu bab seterusnya, tolong vote dan komen yaaa.

Sebenarnya saya nak publishkan bab ni semalam tapi ada penambahan idea sikit. Bincang punya bincang sampai terlajak masa, data saya ni luput pukul 12 pagi tadi. So, takboleh nak update. Sedihhhhh 🤣

















Continue Reading

You'll Also Like

549K 27.2K 70
Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang kera...
146K 10.5K 44
๐™ป๐š˜๐š›๐šŽ๐š—๐šฃ๐š˜ ๐™บ๐š’๐š– : ๐š…๐š˜๐š•๐šž๐š–๐šŽ 1๐Ÿฆ‹ Siapa sangka sebuah mimpi itu bukanlah hanya mimpi semata-mata? Dan siapa sangka pertemuan pertama mereka ak...
3M 163K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
1.5M 81K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] โ๐™ƒ๐™š'๐™จ ๐™ข๐™ฎ ๐™†๐™ž๐™ฃ๐™œ.โž Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...