Book 1:The Faith's [C]✓

بواسطة minbrown_

464K 20.5K 668

General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important i... المزيد

The Faith's prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
EPILOG🌸
Special Epilog

42

6.5K 296 7
بواسطة minbrown_

"Eh-Ehh.."

Tanpa sempat menahan keseimbangan badan,Risya terjatuh apabila tergelincir sebaik anak tangga terakhir dipijak.

" Ya Allah sayang!"

Kepala terdongak ke atas memandang Kasyaf yang bagai tak cukup tanah berlari mendapatkannya. Wajahnya terpancar kerisauan lalu tangan lelaki itu hinggap dikakinya. Risau! Terkejut tiba-tiba dengar suara Risya menjerit. Tahu-tahu dah terduduk kat tangga.

"Kenapa ni? Macam mana boleh jatuh?"

Risya tersengih kecil. Kelakar tengok wajah Kasyaf yang kelam kabut. Tangan lelaki itu dipegang."Entah. Risya baru nak pijak lantai sekali entah macam mana terpeleot." Haih apalah yang dia fikirkan. Tak pernah-pernah macam ni.

" Tu lah. Terbang lagi kat awan. Menerawang ke dunia kayangan." Bebel Kasyaf seraya memaut bahu Risya dan dibantunya gadis itu bangun. Risya tersenyum kecil lalu sebelah tangan memaut pinggang lelaki itu manakala sebelah tangan lagi memegang pemegang tangga.

" Auchh!" Risya terjatuh sekali lagi apabila terasa bagai ada kejutan kesakitan pada pergelangan kakinya. Sakit! Ngilu! Haih padah.

Kasyaf menggeleng kecil lalu tubuh kecil itu terus dicempung dan dibawa ke sofa. Diletakkan Risya disofa lalu punggung dilabuhkan bertentangan gadis itu. Minyak urut yang tersimpan didalam laci meja diambil.

" Haih berangan je kerjanya. " Perlahan tangan Kasyaf mengurut pergelangan kaki Risya. Sesekali gadis itu meringis kesakitan.

"Sayang.." Wajah Risya dipandang sekilas. Gadis itu menjongketkan kedua-dua belah kening seraya punggung dingesot menghampiri dirinya. Tubuhnya dipeluk dari tepi.

" Sayang dah seminggu habis pantang kan?"

Risya mengangguk. Nasib baik hari ni hari Ahad. Dapatlah juga dia luangkan masa dengan encik suami yang busy mengalahkan Syed Saddiq! Enam hari melepek dekat pejabat satu hari melepak dekat rumah. Tu pun satu hari tu macam satu jam! Sekejap sangat!

" Kenapa?" Baguslah dah habis pantang. Sebulan tu rasa macam setahun! Kena telan jamu yang entah apa-apa entah! Lepas tu makanan semua selera orang sakit. Kalah makanan hospital! Lepas tu kena mandi empat kali sehari! Siang,tengah hari,petang,malam. Memang dah terlampau fresh!

Kasyaf tersenyum. Tangannya yang sudah dibersihkan dengan tisu basah dipandang sekilas lalu tangannya diletakkan dibelakang kepala gadis itu.

" Dah ready ke?"

Risya mendongak. Berkerut dahinya."Apa ready?"

Kasyaf tersenyum nakal lalu sepantas kilat pipi Risya diciumnya."Nak baby lagi?"

Risya menyembamkan wajahnya diketiak Kasyaf. Malu. Lagi-lagi bila Kasyaf tergelak kecil.

" Kenapa malu-malu ni? Dah ready lah tu." Usik Kasyaf lalu cuba menarik wajah gadis itu. Merah! Tiba-tiba Kasyaf tergelak besar. Kelakar!

" Tak payahlah gelak abang.." Merengek Risya. "Ready tak ready letak tepi dulu. Ni Risya nak tanya abang." Pelukan dieratkan. Kepalanya disandarkan di dada lelaki itu sambil mata menonton televisyen.

" Apa dia?"

Dahi Risya berkerut." Abang ada musuh dengan siapa-siapa ke?"

Spontan kepala Kasyaf menunduk mencari wajahnya. Lelaki itu berkerut seribu seraya terkebil-kebil memandangnya." Kenapa soal macam tu?"

Risya diam. Anak mata lelaki itu ditenung dalam." Tak ada. Err..Perasaan je kot." Risya melarikan pandangan. Takkan dia nak susahkan hati lelaki itu? Dahlah tertekan dengan kerja. Ni nak fikir hal apa-apa yang tidak tahu sahih ke tak.

Kasyaf terkebil-kebil memandang isterinya yang seakan mahu menyembunyikan sesuatu. Perlahan dagu Risya dipegang dan ditarik ke atas." Tell me the truth sayang.."

Risya gigit bibir. Perlu ke? Tiba-tiba fikirannya teringat akan satu kertas kecil yang dijumpainya di garaj dua hari lepas. Tulisan yang sama ketika dia menjumpai sekeping kertas didalam biliknya.

I will fight for her.

Waktu tu,dia terkedu. Fight? Untuk siapa? Dia? Eh tak mungkin. Barangkali Lisya. Tapi siapa dia? Stalker? Spy? Creepy person? Apa dia nak? Nak dua kali dia dapat kertas daripada orang yang sama dan tulisan yang sama. Apa yang dia rasakan seakan amaran ini...Untuk dirinya.

Nik Risya.

Risya?

Ya dia. Tapi siapa?

" Sayang?" Kasyaf memancing semula perhatian gadis itu yang tiba-tiba mengelamun. Kasyaf mula tak sedap hati."Kenapa ni sayang? You look some curious."

Risya senyum nipis. Pandangan lelaki itu seakan mahu mengetahui perkara sebenar. Tapi kenapa dia rasa keluarganya seakan diancam. Atau lebih tepat..Dia yang diancam?

" Tak..Lately ni kan..Sejak abang busy..Risya rasa macam.." Risya berjeda. Takkan dia nak kata yang dia rasa ada orang curi-curi pandang dia? Keep stalking on her?

" Macam?"

" Macam...Tak sedap hati."

Semakin berkerut dahi Kasyaf jadinya. Pelik. Semakin pelik melihat air muka isterinya yang berubah." Oh hell no. Jangan buat abang risau sayang. Kenapa ni? Jujur dengan abang? Ada something bad happen dekat sayang bila abang tak ada? Bila abang pergi kerja?"

Ada! Dua kali. Pertama kali sewaktu dia mengemas bilik tidur mereka. Waktu tu pintu kaca beranda dibuka luas membiarkan angin pagi masuk dan waktu tu seakan ada kelibat seorang lelaki berhoodie hitam yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar kecilnya. Disebabkan lelaki itu berpakaian serba hitam dan dipadankan dengan kaca mata diwajahnya membuatkan dirinya tidak dapat mengenal pasti lelaki itu.

Kedua,semasa ada penghantaran dobi dirumahnya. Ketika dirinya masih berpantang dua minggu dan Kasyaf menyuruh orang dobi menghantar baju-baju yang dihantar Kasyaf. Waktu itu juga lelaki berhoodie itu berdiri sedikit jauh dari pagar rumahnya. Sempat lelaki itu tersenyum ke arahnya.

Seriau!

" Sayang! Hey termenung pula." Pipi Risya ditarik menyedarkan dari lamunan panjang. Dia mengeluh perlahan.

" Tak..Tak ada. Risya..Risya rasa something je."

"Something?"

Risya gigit bibir." Err..Tak ada apa-apa?"

Dahi Kasyaf berkerut.

***

Keluhan dilepaskan sebaik anak matanya menangkap sejambak bunga rose diatas meja. Buku catatan diletakkan lalu sejambak bunga rose itu diambil. Didekatkan hidungnya untuk menghidu namun pantas dia menjauhkan mukanya.

" Eee busuk!" Kad yang terselit diambil lalu dibaca.

Smile...

Saffia tersenyum. Ni tak lain tak bukan mesti suami dia. Kad tersebut diambil dan diletakkan di atas meja. Kad ni dia ambil buat kenangan. Sejambak bunga ros itu diletakkan di atas meja lalu dia menapak keluar menuju ke pejabat Tengku Farhan. Memandangkan sekarang hampir tiba waktu lunch,ramai staff sudah keluar awal.

Pintu dibuka tanpa diketuk. Tengku Farhan yang sedang bergayut dengan handphone dipandang. Dia berdeham kecil untuk menarik tumpuan lelaki itu.

" Eh sweety.." Tengku Farhan bangkit menghampiri Saffia lalu bersandar pada meja kerjanya menghadap gadis berkaca mata itu. Serius muka Saffia sambil berpeluk tubuh dengan kening terjongket.

" Why so serious? Miss me?" Tengku Farhan menayang wajah simpati. Kedengaran bunyi keluhan dilepaskan.

Saffia mencebik. Dia ni tak tahu ke pura-pura tak tahu." Tengku tahukan saya tak suka bunga. Lagi-lagi rose. Apa tu?"

Tengku Farhan tergelak. Pantas tubuh Saffia ditarik lalu pinggang gadis itu dipeluk. Saffia meronta-ronta minta lepas namun terhenti apabila hidungnya disentuh dengan bibir Tengku Farhan. Lelaki itu tersenyum kemenangan.

" Jangan nak mulakan drama tak berbayar awak kat tempat kerja ye Tengku Nufail." Bisik Saffia keras lalu cuba melepaskan tubuhnya namun lelaki itu menguatkan pelukan.

" Staff tak ada. Tinggal kita berdua je. Nak lari mana? Saya pun boleh buat lebih tau selain daripada lunch kissing tu." Sengaja dikenyitkan mata kirinya membuatkan Saffia mula berasa tak selesa. Agak-agaklah kat tempat kerja ni! Tak menyabar betul!

Tengku Farhan tergelak kecil melihat wajah isterinya yang memerah. Sama ada malu atau geram dia tak pasti. "Awak tahu kenapa saya bagi bunga tu kat awak?"

" Sebab awak sengaja nak mainkan saya. Awak dah tahukan saya tak suka bunga. Even saya perempuan tapi tak semua perempuan suka bunga. Tak sweetlah awak ni. Bagilah coklat ke cheesekut ke kek ke. Ini bunga? Dah lah busuk baunya. Saya rasa nak je campak dalam tong sampah. Nasib baik awak yang bagi kalau tak memang dah masuk dah dalam tu. Tak pun bagi je cleaner yang suka main mata dengan awak tu. Nak kemas,kemas je lah. Pandang-pandang suami orang pula. Macam tak tahu bini dia ada kat bilik sebelah tu."

Bebel Saffia panjang. Sejak dia jadi isteri Tengku Farhan ni kan.Macam-macam dia nampak. Mak cik cleaner yang sengaja kemas bilik Tengku Farhan. Lepastu sengaja lap-lap cermin. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tembak mak cik tu. Bagi ingat sikit jangan gatal dengan suami orang.

Tengku Farhan tergelak lalu tangannya yang melingkar dipinggang gadis itu diperkemaskan." Dengan mak cik cleaner pun awak nak cemburu ke?"

Saffia menjeling." Saya bukan cemburu. Saya bagi tahu je." Ye lah tu tak cemburu. Siap pasang angan-angan nak bawa senapang tu apa benda?

Tengku Farhan menggeleng lalu sengaja bibirnya singgah didahi Saffia. Biar hilang rasa cemburu dan sakit hatinya tu. Baru boleh diam!

" Okay back to topic. Saya bukan nak mainkan awak. Saya tahu awak tak suka bunga. Jadi awak jangan perasan. Saya letak bunga tu dalam office awak sebab saya nak suruh awak bagikan dekat mak cik cleaner tu. "

Membuntang mata Saffia mendengarnya. Berasap telinga dia menahan rasa dalam hati. Suami dia dengan mak cik cleaner tu dua kali lima je! Kalau tahu memang dia pinangkan mak cik tu buat Tengku Farhan. Gatal!

" Lepaslah!" Marah Saffia seraya cuba meleraikan tangan Tengku Farhan dipinggangnya. Tak betah duduk lama-lama dalam bilik ni. Panas!

" Okay..Okay sorry. Saya mintak maaf okay?"

" Dah lah malas nak layan. Dah kahwin pun gatal dengan orang tua. Sanalah!"

" Saffia.."

" Lepas!"

" Saffia.." Tengku Farhan mengeratkan lagi pelukan. Biar tak boleh gerak. Nak merajuk sangat kan?

" Apa awak ni? Lepas saya cakap! Saya-" Satu kucupan singgah di pipinya membuatkan dia tergemap. Tengku Farhan tersenyum seraya menarik Saffia lebih rapat ke tubuhnya. Wajah diangkat memandang seraut wajah yang kemerahan itu.

" Feeling better?"

Saffia melarikan pandangan. Malu yang teramat sekarang ni. Tengku Farhan ni memang suka buat dia malu sendiri!

" Bunga tu..Saya sengaja bagi awak. Sebab saya tahu awak akan datang ke bilik saya. Lepas tu membebel. Bila awak membebel. Dengan rela hati saya dermakan pahala dekat awak. " Sekali lagi dikenyitkan sebelah matanya. Saffia pula cuba mengatur nafasnya yang tersangkut-sangkut. Tengku Farhan ni racun membunuh tahu!

" Jom pergi makan?"

Saffia menggeleng." Malaslah nak turun. Awak je lah pergi makan."

Tengku Farhan senyum nipis." Tak nak teman? Saya ajak mak cik cleaner lah teman saya makan."

" Nufail!" Cemberut wajah Saffia seraya menampar bahu lelaki itu. Geram! Dah pasang niat nak madukan dia ke?

Tengku Farhan tergelak. Pipi Saffia diusap perlahan." Pagi tadi elok je saya tengok. Kenapa sekarang ni lain macam. Awak nampak stress."

"Awaklah buat saya stress!"

" Saya? Tak apa. Malam nanti saya hilangkan stress awak. Nanti sampai besok awak tersenyum."

" Pervert!" Marah Saffia. Tengku Farhan ni dia punya miang tu lain macam!

" Yelah..Yelah..Sorry okay? Ada problem ke dengan meeting tadi? Boleh handle kan?"

Saffia memuncung bibir." Tadi saya kena bambu dengan Tuan Kasyaf..Dia cakap saya tak fokus masa meeting tadi."

"Kesiannya isteri saya..Kan saya dah pesan. Tuan Kasyaf tu kan jenis yang strict. Dia pantang kalau staff tak serius masa kerja."

Dia bukannya tak fokus masa meeting sebab fikir pasal benda lain. Tapi dia tak fokus sebab ini kali pertama dia handle meeting dengan pengurus besar! Pernah terfikir tak macam mana dia punya nervous tu! Kalau ada encik suami tu hilanglah sikit nervousnya. Ni tak!

" Saya tak nak handle lagi apa-apa meeting lepas ni." Wajahnya disembamkan didada lelaki itu. Tubuh Tengku Farhan dipeluk erat. Melepaskan keluhannya yang berbakul-bakul dipendam. Rasa nak menangis pun ada!

Tengku Farhan mengusap perlahan kepala Saffia." Janganlah macam ni Saffia. This your new beginning. Apa-apa pun awak kena hadap. Practise make perfect right? Lagi pun tak ada apa-apalah."

" Awak..Jom makan?"

Tengku Farhan menunduk memandang Saffia yang masih menyembamkan muka didadanya. Spontan dia tersenyum nipis.

" Tadi kata malas nak turun?"

" Tu tadi. Ni sekarang. Awak ni pun bukan boleh percaya. Silap-silap nanti memang betul awak keluar lunch dengan mak cik cleaner. Entah-entah dah pasang niat nak kahwin dua."

" Insyaallah.." Sambung Tengku Farhan membuatkan Saffia kembali menyirap."Menyakitkan hati betullah awak ni!! Grrr-" Dada Tengku Farhan digigit. Menjerit lelaki itu lalu cepat-cepat mengusap dadanya. Perit auww ! Sakit dada shuben awak ni sayang !

Tengku Farhan tergelak." Dalam hati saya ni ada isteri saya sorang je. Awal-awal lagi isteri saya dah curi hati saya. Mana boleh saya berpaling pada orang lain... Awak tak ada saya mati tau."

" Saya bukan tuhan."

" Tapi awak kiriman tuhan."

"Haish.." Saffia diam. Cakap dengan Tengku Farhan memang takkan pernah habis. Awal-awal dia dah pacak bendera putih. Nanti makin melalut pula si suami yang terlebih sweet ni.

" Dahlah jom." Tangan Tengku Farhan dipegang dan ditarik.

" Bagilah upah dulu. Ingat dekat ke nak bawa pergi lunch?"

Saffia berkerut."Kedekutnya awak ni. Dengan isteri pun berkira. Saya gigit kang."

" Saya tak minta upah dengan duit. Tapi saya minta upah dengan kasih sayang." Tengku Farhan menunjukkan pipinya. Saffia pula menahan rasa dalam hati.

" Ngada-ngada."

Saffia mendekatkan bibirnya ke pipi Tengku Farhan namun sepantas kilat bibirnya tersentuh bibir.Tengku Farhan senyum kemenangan.

"Saya suruh pipi je,jauh eh awak melencong.

Saffia menyirap. Hidungnya kembang kempis menahan geram. Kalau ada effect kartun dah terhembus-hembus asap keluar dari lubang hidung dan telinga.

" Nufail!"

***


واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

124K 6.3K 54
Book 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna...
1.9K 159 18
Nafa Arleanne, gadis kota yang lincah serta periang melarikan diri setelah menjadi saksi satu pembunuhan. Pembunuhan itu melibatkan kekasihnya, Tengk...
105K 3.7K 61
BEST ROMANCE OF BESTIES 2019 ✨ DANIA AQIRA, prinsipnya hanya satu. Just do what makes me happy! Oleh itu, dia langsung tidak peduli sama ada Danial m...
1.2M 10K 11
MY FIRST BABY! START : 19 Disember 2018 END : 15 Mei 2020 STATUS : COMPLETE GENRE : ROMANCE AZRA SARI IRIS X ADAM HADRIAN "Boleh saya duduk dekat si...