Cinta Satu Dekad

By enie_zue

77 43 6

Cinta Satu Dekad, adalah sebuah kisah antara Talita Izany dengan Razif Hakimi. Mereka mula menyulam cinta sew... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9

Bab 1

16 7 3
By enie_zue

"Apa? Kau nak pindah? Tapi dimana? Mengapa nak pindah?" soal Mimie bertubi-tubi.
"Wow! Have a lot of question. Nak aku jawab yang mana satu ni," gurau Talita sambil tersengih-sengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih dan teratur.
"Eee... Kau bergurau pula," rakannya yang dua orang itu hanya menjegilkan mata.
"Oh! Okay,okay. Chill lah. I explain to you girls," Talita cuba menenangkan keadaan.
"Actually my dad ada satu banglo dekat sana. Dulu my dad tinggal dekat situ waktu dia bujang lagi. Memang banglo tu dah lama, tapi
kadang-kadang papa ada juga singgah dekat situ," sambung Talita.
"Tapi macam mana kau dekat sana nanti. Ada kawan ke? Tambahan pula kita nak ambil SPM. Tak ke nanti terjejas dekat keputusan kau," soal Zara risau.
"Pasal kawan.. no hal lah. Senang je nak dapat kawan. Macam kita
mula-mula kenal dulu. Ingat tak?" Mereka tergelak mengenangkan masa mula-mula mereka kenal dahulu.

♥♥♥♥
HARI KEDUA PERSEKOLAHAN SEWAKTU TINGKATAN EMPAT....

Kriinnngggg...
Loceng menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang lapar.

Walaupun sudah dua hari persekolahan, Talita masih tidak mempunyai seorang kawan pun kerana dia seorang yang pemalu ketika itu.

Sewaktu Talita menuju ke kantin, lengannya ditarik kasar oleh seorang yang tinggi lampai dan berbadan sasa. Talita ketakutan. Dia tidak dapat mengeluarkan walau sekelumit suara pun. Suaranya seperti ditahan-tahan. Dia ditarik ke belakang bangunan sekolah. Kejadian itu sempat diperhatikan oleh tiga orang murid perempuan.

Talita dikerumuni oleh sekumpulan lelaki atau lebih dikenali sebagai sekumpulan pembuli lelaki. Talita diugut memberi semua wang yang dia ada. Tetapi Talita tetap berdegil untuk tidak memberikannya. Namun seorang lelaki daripada kumpulan pembuli itu mula hilang sabar dan mengugutnya dengan cara yang lebih kasar.
"Kalau kau degil juga, tak nak bagi duit. Dekat sini juga aku cium dan raba kau,"
'Member-member' lelaki itu
menepuk-nepuk belakang badannya itu tanda menyokong perbuatan ketuanya. Talita mula resah dan ketakutan. Dia kaku. Lelaki tersebut mula mendekatkan mukanya ke wajah Talita. Talita ketakutan dan hanya mampu menutup matanya. Namun pada masa yang sama dia gagahi juga untuk menjerit.
"TOLO..NG!!!" jerit Talita dengan suara tersekat-sekat. Suaranya seperti tersekat di celah kerongkong. Suara halus seperti itu mustahil untuk didengari sesiapa tambahan pula tiada sesiapa pun disitu. Semua masih senang menikmati waktu rehat mereka.
"HAHAHA...Tak akan ada orang dengar pun suara lunak kau tu,"
"Tulah pasal HAHAHA!! Deyy!" sahut seorang antara pembuli-pembuli itu sambil membuat gaya 'deyy' yang viral itu.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Setitis demi setitis air mata Talita mengalir. Kemudian dikesatnya sebelum pembuli-pembuli itu tersedar akan perbuatannya. Secara tidak langsung suara tegas seseorang menyebabkan keadaan menjadi tegang...

"Siapa kata tak ada orang dengar...Haaa!" laung seorang perempuan. Kemudian muncul lagi dua orang murid perempuan. Mereka bertiga berdiri tegak sambil kedua-dua lengan disilangkan ke dalam.
Talita dan pembuli-pembuli itu berpaling ke arah suara itu.
"Hoii! Kau orang siapa haaa? Tak payah menyibuk urusan kita orang lah.., "

Menggeletar lutut pembuli-pembuli itu apabila terlihat sesusuk tubuh yang amat dikenali mereka. Cikgu Rohaya memunculkan dirinya saat itu. Wajah penuh amarah itu membuatkan pembuli-pembuli itu ketakutan. Inilah padahnya apabila melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 'Huh...Takut pula.. Bila buli orang tak de pula kau nak takut. Sepatutnya buat perkara tidak sepatutnya yang harus kau takutkan kerana Allah Maha melihat
segalanya,' Bebel Cikgu Rohaya dalam hati. Cikgu Rohaya sememangnya terkenal dengan sikap tegasnya terhadap hal-hal displin. Oleh itu ramai murid yang naik cuak apabila hendak melanggar peraturan sekolah. Melihatkan perubahan wajah-wajah pembuli itu membuatkan suara-suara sumbang tiga orang murid perempuan itu kedengaran. Mereka ketawa senang hati apabila dapat menumpaskan pembuli-pembuli itu. Haha haha... Bangga pula rasanya dapat menyelamatkan orang daripada dibuli. Pembuli-pembuli itu masih lagi tidak berganjak daripada situ. Mereka seakan-akan kaku melihat bayang-bayang yang menyeramkan. Perasaan selamat mula berputik dalam hati Talita apabila datang beberapa orang menyelamatkannya. Tubuhnya mula berasa lemah. Dia merasakan bumi seakan-akan berputar. Dia cuba berpaut pada sesuatu yang berdekatan. Pautannya melekap pada lengan pembuli lelaki yang cuba mencabulnya. Kemudian pautannya tersasar lalu jatuh rebah di atas lantai simen. Kedengaran suara memanggil-manggilnya saat dia rebah mencium lantai. Mata mula terkatup rapat.

Talita tersedar daripada lenanya. Cahaya terang menyebabkan kepalanya sakit. Sakit kepalanya mula menguasai diri. Terasa berdenyut kepalanya. Terasa urat-urat sendinya menegang. Belakang badannya mula terasa sengal kerana terbaring di atas sofa. Dia mencuba untuk duduk namun ditahan oleh beberapa orang. Dia mencuba untuk membuka mata. Terasa berpinar-pinar kepalanya. Dia mencuba lagi. Akhirnya matanya terbuka dan cuba untuk mentafsir apa yang telah terjadi. 'Di mana aku berada sekarang ni? Apa yang terjadi? Kenapa aku harus berada disini? Siapa tiga orang dihadapan aku ni?' Pelbagai soalan mula menjengah pemikirannnya. Siapa dia orang ni? Gerangan dihadapannya membuatkan dia tertanya-tanya.
"Oh! Kami MOS... Selamat
berkenalan." salah seorang daripada mereka mula memecahkan kesunyian dan secara tidak langsung menjawab persoalan di fikiran Talita. Tapi MOS tu apa?
"Tadi kau pengsan, tu yang kita orang angkat kau bawa sini," terang Mimie lagi apabila menyedari kebingungan di wajah Talita. Akhirnya persoalan di benaknya dapat dirungkaikan.
"Ouh.. Terima kasih," ucap Talita apabila ketenangannya dapat diperolehi. Dia mengukirkan senyuman manis buat mereka.
"Huh?" Kebingungan jelas terpancar di wajah mereka.
"Ouh no hal lah," jawab Sara dengan muka yang kemerah-merahan menahan malu. Dalam masa yang sama terasa bangga terhadap diri sendiri. Zara dan Mimie turut terasa bangga kerana sifat 'MOS'nya masih kekal dalam diri masing-masing.
"... Well that's our pleasure...that is how MOS doing, " balas Sara.
"Huh? MOS? What the f..f..f...fish is that?" Talita hampir melatah perkara yang tidak sepatutnya. Hampir sahaja perkataan 'fuck' keluar daripada bibir mungilnya. Kemudian dia beristifar di dalam hati. Dia berasa bersalah. Sara, Zara dan Mimie hampir sahaja terguris dengan kata-katanya itu. Namun mereka tidak ambil hati tentang isu itu kerana sudah lali mendengar rakan-rakan sekelilingnya mempergunakan perkataan itu kecuali antara mereka bertiga. Mereka mempunyai prinsip mereka sendiri bahawa mereka tidak akan mempergunakan perkataan sedemikian. Talita dapat merasakan keadaan yang janggal itu terus memohon maaf atas kesalahan bahasanya itu. Mereka memaafkannya. Apabila keadaan kembali normal, Zara yang hanya diam dari tadi terus menjawab soalan Talita yang tergendala sebentar tadi.
'MOS' ialah singkatan kepada Masketeers of School. Mereka digelarkan sebegitu kerana sifat mereka yang selalu menjadi heroin di sekolah dan sifat ringan tulang mereka. Talita mengangguk faham. Kemudian dia mengajukan lagi beberapa soalan...
"Macam mana kau tahu aku diseret ke belakang bangunan?"
"Naluri heroin," jawab Zara sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Huh?!Naluri heroin?"soal Talita terkejut.
"Hahahahah kau bab bahan orang nombor satu kan," ujar Mimie. Mereka bertiga ketawa
terbahak-bahak mengenangkan sikap biul Talita dan sikap suka menyakat Zara. Talita menyedari yang dirinya dipermainkan terus menarik muncung dan menjeling tajam ke arah mereka bertiga. 'Kurang ajar betul..Kau main-mainkan aku..,' maki Talita dalam hati. Kedengaran tawa mereka mula perlahan. Mungkin masing-masing sudah terasa bersalah. Zara, Sara dan Mimie terus sahaja memohon maaf kepada Talita. Talita memaafkan mereka kembali kerana dia pun tadi buat silap juga. Mereka saling berkenalan...

"Aku Sara Zariny Bt Ahmad Ehsan,"
"Aku Zara Suraya Bt Mokhtar,"
"Aku Mimie Syatila Bt Muzafar okay bukan 🎶 mimimimimimimi🎶 lagu tu,"
Pecah tawa mereka apabila diajukan lawak tak seberapa Mimie. Ramai yang mempermainkan namanya. Oleh itulah Mimie mengingatkannya.

♥♥♥♥
"Hahaha siapalah agaknya kan MOS tu kan? "
Mereka ketawa senang hati. Puas ketawa, wajah Zara, Sara dan Mimie terus berubah kelat. Talita lah orang yang paling keliru kerana tiba-tiba sahaja wajah-wajah dihadapannya berubah kelat.
"Kau orang ni kenapa... Pelik aku tengok...," soal Talita gusar.
"Hmm part tu jelah kita orang rasa lawak tapi bila melibatkan maruah kau hampir tercemar, itu yang buat kita orang susah tu nak lepaskan kau pindah.... Macam mana kalau pisang berbuah dua kali...Kita orang tak nak tau perkara tu jadi lagi... Lagipun MOS tak ada kat situ kalau perkara tu jadi lagi..., " nasihat Zara tetapi masih terselit perkara yang melucukan.
"Yelahh aku tau my MOS ni tak akan ada kalau perkara yang sama tu terjadi lagi... Insya Allah perkara tu tak akan jadi lagi.. Aku boleh jaga diri sendirilah..., " jawab Talita sambil menjeling manja.
"Eheemmm... Someone tu lupa nak jawab soalan aku," jeling Mimie tajam.
"Huh? Soalan apa? Ada ehh?"
"Adalah sayang oii...Kau pindah dekat mana?"soal Mimie lagi sambil mengeluh kecil. 'Geram aku...boleh pula dia soal aku tanya apa?' luah hatinya geram.
"Ouhh okay okay...Smk Sierramas dekat dengan Hospital Sungai Buloh,"

"Hmm mesti ada yang lupa kita kan geng," sinis Sara.
Pernyataan Sara itu membuatkan tangkai hatinya tersentak. 'Deep nya, aduhh kau orang ni..,' bisik hatinya.
"Ishh ada pula macam tu.. Aku tak akan lupa kau orang lah.. Kau orang ni sahabat aku dunia akhirat tau...Sahabat terbaik aku!!," bentak Talita perlahan.
"Relaks lah babe...Sentap ke? Kita orang faham.. It's okay. But you have to promise us one thing..." pujuk Zara pula tapi masih lagi memerli Talita. 'Hahahahah jahatnya aku...sempat lagi perli orang,' ketawa Zara dalam hati. Talita menjeling tajam apabila diperli sebegitu. Tergelak kecil mereka. Puas kerana dapat memerli Talita. Tulah sanggup nak tinggalkan kita orang lagi kan...
"Hmm what is it?"
"Promise us that you would never forget us...If not...," jeda. Sengaja dia tidak menghabiskan ayatnya. Dia ingin menarik perhatian Talita atas perkara yang ingin dismpaikan. Talita menelan liur. Gugup.
"If no..not?" soal Talita gugup.
Mereka bertiga menahan ketawa melihat perubahan wajah Talita. Nampak sangat cuak... Hahahahah...
Tawa mereka pecah kerana tidak dapat menahannya.
"Cuaknya muka kau, aku tengok....Hahahaha... Tak ada apa-apa lah... Kita orang cuma nak kau janji tu je," Sambung Zara. Talita mempamerkan jelingan mautnya kepada mereka bertiga. 'Suka benar kau orang ye,' bisik Talita geram.
"Okay I'm promise," ujarnya lagi sambil mengangkat tangan kanannya tanda berjanji.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 65.8K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
58.4K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
123K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
28.2K 2.5K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...