Musuh Jadi Partner In Crime...

Door Reyyy_d

399K 21.1K 3K

Setiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol se... Meer

Cast
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab78
The Old Epilogue
Special Parts: IRYAN EQSAN × AIDA SARI ❤
Special Parts : ZAFRAN FHAZIL × SYAFIQAH AQILAH ❤
Special Parts : ARYAN × UMMI❤
Special Parts :AE vs EN&NE❤
Special Parts ❤
Strychnine and Violence❤
Gallery❤
Book 2 !

Epilog

4.7K 192 208
Door Reyyy_d

" Papa, jomlah kita mandi. Arie nak mandi. Please papa, papa sayang Arie kan? " Elvin mengerdipkan matanya berkali-kali. Matanya galak memerhati kawasan Lostworld itu sejak kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan itu. Tempat mandi kanak kanak dan permainan yang berada di situ menarik hatinya.

" Evin, kan mama kata- "

" Let's go! " Efzan menarik tangan Elvin masuk ke dalam kolam kanak-kanak. Nasiblah mereka sudah memakai pakaian yang bersesuaian untuk bermandi-manda di situ.

Aria mengeluh. Dia mengambil tempat duduk yang berada berdekatan dengan kolam kanak kanak dan memerhati Efzan dan Elvin yang sedang bersuka ria. Hatinya terjentik rasa bahagia namun dibuangnya jauh-jauh. Seketika kemudian, Elvin datang dengan bajunya yang basah. Dia mendekati Aria yang sedang elok beristirehat disitu.

" Mama non vuoi unirti a una volta? [Mama tak nak join sekali ke?] "

" Nah, mama okey je dekat sini. Why ma boy? " Tanya Aria.

" Papa ajak. Mama join eh? Nantikan mama dengan papa nak main kahwin-kahwin. " ujarnya sambil tersengih.

Main kahwin-kahwin? Ha memang pernah main pun. Haritu kahwin lepastu cerai sebab perempuan miskin kain. Then nak kahwin balik nak buat benda sama ke?

" Mama- "

" Aria please? Kau kata nak kasi aku chance. Sekarang masanya. " Rayu Efzan. Elvin memeluk kaki Aria tanda memujuk.

" Fine. Tapi jangan masuk Petting Zoo! " Aria memberi amaran. Ular? Biawak? Tarantula? Big no!

" Okey okey. "

Mereka mula bergerak ke arah permainan Viking. Aria meneguk air liurnya kasar. Permainan ini. Dia pernah lihat Jaehwan yang menjerit bagai nak gila dan juga BTS bermain permainan ini. Adakah dia juga akan jadi gila?

Kapal Viking itu mula bergerak perlahan lahan. Semakin lama semakin tinggi. Aria memegang kuat besi penghadang itu. Jantungnya mula berdegup dengan laju. Rasa macam nak terkeluar je jantung ni!

" Ahhh! Huwa! Tak mau naik dah benda alah ni lagi! " Aria menjerit kuat apabila kapal Viking itu semakin tinggi. Dia mencengkam kuat bicep Efzan.

Efzan berkerut menahan sakit manakala Elvin seronok menikmati permainan itu. Aria menstabilkan dirinya apabila sudah turun daripada kapal Viking itu. Dia mengurut perlahan pelipisnya. Baru dia sedar dia takutkan ketinggian. Sebelum ini biasa biasa saja.

" Are you okay, mama? Do you need water? " Soal Elvin prihatin . Dia risau apabila melihat wajah mamanya yang berubah pucat.

" Mama.....mama... ma okey. You tak payah risau okey? " ujarnya perlahan. Efzan menahan tawanya daripada terlepas. Bukan senang mahu lihat Aria seperti ini.

Aria mengambil nafasnya sebelum memghembuskannya dengan kuat. Kali ini dia bersedia! Dia mengambil langkah dengan laju tanpa mengetahui hala tujunya.

" Aria! Kau nak pergi mana? Situ arah Petting Zoo cedoi. Sini arah tempat gelongsor tu. " Efzan menjerit dengan kuat supaya suaranya didengari oleh Aria.

Minah itu bukannya boleh. Telinga macam tak pernah korek!

" Tunggu! "

........

Selepas bermain gelongsor dan juga menaiki Roller Coaster kini mereka menuju ke arah rumah hantu yang terdapat di LostWorld. Ini semua kerana Efzan kalah pada cabaran Aria supaya tidak menjerit semasa menaiki Roller Coaster sebentar tadi.

" Aria. Main benda lain la. Jangan la masuk rumah hantu. " Efzan cuba memujuk.

" No. Tadi aku dah dengar cakap kau nak naik Viking tu and kau dah kalah dare aku tadi. Sekarang kau dengar cakap aku kalau nak aku kahwin dengan kau. Ke kau takut nak masuk? " Aria mengugut. Dendamnya harus dibalas.

" Eh sorry naik lori okey. Aku tak takutlah benda benda macam ni. Aku cuma risaukan macam mana Arie. Takkan dia nak masuk sekali? " Dalih Efzan segera.

" No need to worry about me, papa. Arie can wait here. Don't forget to scream okay, papa? " Elvin mengusik.

Efzan melepaskan keluhan yang berat. Selepas membayar RM 10, mereka mula memasuki rumah hantu tersebut. Aria berada di hadapan manakala Efzan berada di belakang. Selesai saja mendengar peraturan semasa berada di dalam rumah hantu tersebut, maka perjalanan mereka bermula.

Pada stesen pertama, ada kelibat nenek kebayan yang menjadi 'tour guide' mereka sepanjang perjalanan mereka berdua. Nenek kebayan itu mengusik mereka berdua. Aria selamba manakala Efzan sudah menutup matanya dengan erat.

Dasar penakut punya bekas suami.

" Argh! "

" Jangan dekat taguna! "

" Dasar anjir punya hantu! "

" Apa ikan kekek ha? Aku terajang kau nanti! "

Efzan segera berlari keluar dengan laju meninggalkan Aria yang sedang berpeluk tubuh. Dia menjeling Efzan yang sedang duduk bersama Elvin di luar rumah hantu itu. Efzan masih lagu tercunggap-cunggap mengambil nafas. Suaranya juga berubah serak setelah puas menjerit tadi.

" Seriously. Macam ni ke orang yang ada sixth sense? "

" Ada beza kut. Mata aku tak nampak wajah diaorang sebab kabur. Tapi dalam ni, diaorang buat memang scary habis. Tolong ingatkan aku kenapa aku datang sini. " ujar Efzan.

" Papa takut ke? " Sampuk Elvin tiba-tiba.

" Tak. Papa cuma terkejut je. Jom lah pergi makan. Malam nanti kita masuk Luminous Forest then mandi dekat Hotspring. " Kaki Efzan melangkah dengan laju.

Aria menggeleng sebelum bersuara.

" Macam ni nak jadi suami aku? Baik aku kahwin dengan Shah Rukh Khan. At least boleh buat concert Kuch Kuch Hotahei. "

..........

Kini , mereka berada di tempat bermain Flying Fox. Para pekerja disitu sudah selesai memasang peralatan keselamatan pada Aria. Elvin dan Efzan masih lagi bersiap siap untuk memakai peralatan itu.

" Cik nak turun dulu or tunggu family cik ? " Soal salah seorang pekerja di situ.

" Saya- "

" Turun je dulu. Nanti aku datang dengan Arie. " Sampuk Efzan. Aria mengangguk sebelum bersedia untuk turun ke bawah dengan Flying Fox.

Dia mengambil nafas sebelum mengangguk ke arah pekerja itu. Pekerja itu menolak Aria dengan lembut supaya Aria dapat turun dengan kelajuan yang sederhana.

Aria memegang dengan erat. Dia memerhati seluruh kawasan LostWorld of Tambun itu . Dia dapat lihat di mana tempat permainan, Hotspring dan juga macam-macam lagi. Tanpa Aria sedar, dia sudah sampai di destinasinya.

" Terima kasih. " Ucap Aria apabila pekerja itu membuka semula peralatan keselamatan di badannya. Dia menunggu ketibaan Elvin dan Efzan.

Aria mengecilkam matanya apabila memandang Elvin yang seperti memegang sesuatu di tangannya. Aria menekup wajahnya apabila melihat bunga ros di gengaman Elvin. Wajahnya mula memerah dan matanya berair.

" For you, mama. " Aria menyambut huluran Elvin. Dia mencium pipi Elvin sebagai tanda terima kasih. Kali ini, dia menantikan kedatangan Efzan.

Namun, dari jauh lagi dia dapat lihat di tangan Efzan seperti kosong. Hatinya sedikit kecewa. Entah mengapa dia mengharapkan sesuatu daripada Efzan. Dia mengharapkan sesuatu yang tidak dapat diberi oleh sesiapa kecuali jejaka itu.

" Tak takut ke? " Soal Aria janggal.

" Aria.... " Efzan mendekati Aria. Perlahan-lahan dia melutut dan menghulurkan sesuatu.

" Aku tahu hari ini baru sehari dalam tempoh seminggu kau. Aku tahu semuanya terlalu cepat untuk kau terima aku semula. Tapi Aria, aku tak sanggup nak tunggu lebih lama lagi sebab aku tak mahu kau disambar oleh yang lain. Aku cuba hidup tanpa kau disisi tapi yang aku dapat cuma rasa kekosongan. Aku tahu terlalu lambat untuk meminta maaf tapi aku akan cuba meminta dan meminta untuk kau maafkan aku. Semuanya kerana aku masih cintakan kau. Marry me? " Di tangannya ada sebuah kotak cincin pernikahan mereka dahulu.

" Kau....kau bodoh sebab tinggalkan aku. Kau .... kau biul sebab aku tak tahu nak cakap apa. Dan... kau satu satunya lelaki yang masih berada di hati aku. " Aria menunduk sambil menangis.

Para pekerja itu mula bersorak supaya Aria menerima Efzan. Elvin juga turut sama bersorak. Aria mengelap air matanya daripada mengalir.

" Aku.... aku takkan terima kau sekali kita tak masuk rumah hantu lagi. " ujarnya sambil ketawa.

" Demi kau, aku sanggup. Tapi aku tunggu luar je eh? "

........

3 tahun berlalu dengan pantas. Aria membelek album gambar yang berada di dalam almari. Terdapat beberapa gambar yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Contohnya gambar mereka di kem, di bilik pengawas , di hadapan pintu masuk sekolah , ketika mereka memberikan ole ole dari Korea, first show dirinya dan suaminya dan gambar mereka sekeluarga.

" Sayang..... Noah berak ni. Tolong tukarkan pampers dia. Abang nak tengok Arie main dekat luar ni. "

" Ye ye kejap! Sayang on the way! " Aria segera bergegas ke bawah dan membawa anak bongsunya pergi menukarkan pampers.

Bau jangan bawa main ya. Sekali kau bau, confirm muntah berkali kali.

" Sayang mama. Sayang mama tukar pampers ya? Alalala comelnya anak mama buat muka. Ewin sayang mama kan? " Soal Aria pada di bayi yang baru saja masuk setahun semalam.

Bayi itu tersengih seperti faham apa yang dikatakan oleh Aria. Aria menggomol bayi itu berkali kali. Bunyi tawa dari bayi itu menyenangkan hatinya.

" Sayang, cuba awak tengok Arie tu. Dia tolak abang masuk dalam kolam. " Adu Efzan sambil menunjuk anak sulung terunanya yang sedang berenang di dalam kolam.

" Dah tahu basah pergilah tukar baju. Sayang tengah main dengan Ewin ni. " Arah Aria. Dia masih lagi melayan bayi itu. Sesekali dia melihat wajah suaminya yang monyok.

" Noah la sayang. Bukan Ewin. Suka sangat huruf E tu kenapa? Nama sendiri pun tak panggil guna Effa. Kan E juga tu. " balas Efzan.

Nak juga dipanggil anak dengan nama yang pelik-pelik.

" Sebab sayang suka huruf E la. Kalau si Syafiq tu nama Eyafiq, dah lama sayang dekat dia. Nasiblah nama abang huruf E. Dapat juga abang pikat hati sayang. By the way abang. Bukan Noah tapi Elwin. Okey? " pesanya lembut.

" Noah ke Elwin ke sama je. Dah nama pun Noah Elwin. Kan Noah kan? Noah sayang papa tak? " Efzan cuba menggomol Noah tetapi di tahan oleh Aria.

" Tukar baju bang. Sayang baru aje siapkan Ewin ni. Jangan nak mengada okey. Pergi tukar baju. " Tangan Aria di halakan ke arah bilik mereka. Kena guna suara yang tegas baru suaminya nak dengar kata. Kalau tidak, makin dilayan makin mengada ngada.

" Mama, what about me? Mama boleh ambilkan Evin towel? "

" No young boy. Pergi ambil sendiri. Kena apa? " Aria menjongketkan sebelah keningnya. Ala ala Ziana Zain gitu.

" Kena berdikari. " ujar Elvin lemah. Minta tolong pun berkira. Nasiblah sayang.

Selepas menidurkan Elvin dan Noah, Aria menghirup udara segar di balkoni. Rambutnya beralun dengan lembut apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh dirinya. Tangan yang melingkari pinggangnya membuatkan Aria tersentak.

" Abang.... tak tidur lagi? "

" Macam mana abang nak tidur kalau bantal kesayangan abang takda dekat katil. Sayang buat apa dekat luar ni. Sejuk nanti. " Efzan melabuhkan dagunya di bahu Aria.

" Saja nak ambil angin. Abang.... kalau sayang tanya ni, abang jawab dengan jujur boleh? " Soal Aria tiba-tiba

" Tanyalah. Abang akan jawab dengan jujur. Janji. " Suara garaunya sedikit membuai.

" Apa jadi abang dengan Sora? " Suara Aria seperti tidak keluar. Halus tetapi didengari oleh Efzan.

" Hm... senang ceritalah kan. Semua ni dirancang oleh someone yang tak suka kita bersama. " balas Efzan tenang.

Aria melepaskan pelukkan Efzan dan memandang matanya dengan tepat. Cuba mencaru kejujuran yang ada.

" Maksud abang? "

" CEO syarikat abang. Dalam Violence, peminat abang lebih ramai dari members yang lain. Sebabkan hal ini, CEO arahkan Sora untuk pikat abang supaya tinggalkan sayang. Jujur abang kata, abang sendiri tak tahu macam mana abang boleh terpikat dengan Sora. CEO tu buat macam ni sebab tak mahu ada sasaeng fans yang tiba-tiba saja meroyan then populariti Violence hilang mendadak. Sebab tu abang keluar dari Violence dan buat contract dengan Bighit. Masa tulah sayang nampak abang dekat concert BTS dekat Malaysia. " Terang Efzan panjang lebar.

" Pasal DNA Test atas meja abang tu? " soal Aria lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan hal yang satu itu.

" Oh yang itu. Abang buat semua tu untuk umi percayakan abang dan maafkan abang. Abang nak tunjuk dekat umi abang masih boleh memiliki sayang. Abang nak tunjuk dekat umi suatu hari nanti abang boleh jadi papa dekat anak kandung abang sendiri. Lagipun, sayang rahsiakan kewujudan Arie dekat umi dengan abi kan? " soal Efzan.

Aria mengangguk. Kepalanya di sandarkan di bahu Efzan. Dia mengambil tangan Efzan untuk memeluk dirinya semula. Terasa bagai dilindungi. Dia sukakan perasaan ini.

" I love you, abang. "

"I love you more, mi amore. "

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

KAIROS Door Aisyahros

Historische fictie

67.7K 11.1K 67
"Lebih luas pohonnya, makin berat isinya. Andai tumbang suatu hari nanti, pasti menghancurkan apa yang ditimpanya. Kai tak rasa Kai mampu untuk menja...
63.9K 2.9K 12
Bila dah lama membisu akhirnya aku berani bawa mata ke arah muka dia. "Wei." "Hmm." Walaupun nama dia bukan 'wei' dia masih merespon panggilan aku...
104K 6.4K 39
Tengku Adena Binti Tengku Syamir, Pindah ke sekolah baharu, iaitu Le Rosey School yang merupakan sekolah paling elit dan mempunyai ramai pelajar kaya...
565K 2.7K 37
Ini kisah TZ dan Ally, dua manusia yang bertemu kerana satu kebetulan dan diakhiri dengan... perkahwinan. T dekat nama TZ tu bermakna Tengku, tapi in...