Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

By Choco_Lyn

2.2M 61.7K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59

EPILOG

76.7K 1.6K 113
By Choco_Lyn

p/s》

Sebelum saya menamatkan cerita ni, saya harap anda semua dapat terima suatu kenyataan. Tak semua kisah cinta berakhir bahagia. Tak semua kisah cinta berakhir dengan rasa gembira. Kadang, kita perlu mendongak realiti yang mungkin pahit. Tidak untuk melepaskan-Mu, mungkin sama seperti cerita yang lain. Cliche..

Cerita cinta dua hati yang tak nak mengaku perasaan sendiri. Bila benih cinta tersemai,  mereka cuba untuk memiliki. Namun, siapa mereka untuk tidak mengikut ketentuan yang telah pun ditetapkan oleh Ilahi?
...
Lima tahun kemudian,

Para wartawan sudahpun mulai memenuhi ruang kosong yang terdapat dalam bilik kecil itu. Sesi penyerahan syarikat itu sangat didahagakan oleh mereka yang mahukan cerita trending dan terkini. Berita di mana Engku Ziemah akan menyerahkan Syarikat Ziemah Holdings pada Engku Zafriel Syeikh.

"Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat Syarikat terkemuka di Malaysia yang tidak begitu asing dalam medan perniagaan pada masa kini. Nama Syarikat Ziemah Holdings yang diterajui oleh Engku Ziemah Dhia binti Engku Arfar Khur ini sangat banyak mencipta kejayaan bukan saja di dalam Malaysia malah juga di luar negara.

Tanpa kita membuang masa,  kita menjemput Engku Ziemah untuk naik ke pentas bersama-sama cucu tunggalnya,  Engku Zafriel Syeikh." tutur MC yang bertugas pada ketika itu.

Langkah kemas disusunnya memanjat pentas. Para wartawan yangberada di bawah tak putus-putus menangkap gambarnya. Sebingkis senyuman nipis Zafriel hadiahkan pada para tetamu yang hadir. Engku Ziemah yang turut jalan bergandingan dengannya juga turut menghambur kan segaris senyuman.

"Terima kasih atas kesudian anda semua untuk hadir ke majlis kami ini. Saya rasa terharu kerana anda sudi meluangkan masa bersama dalam majlis penyerahan syarikat yang sudah hampir 20 tahun saya bangunkan dengan arwah suami. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih." ujar Engku Ziemah dengan tenang dan lancar.

Ucapan ringkasnya itu disambut dengan tepukan gemuruh para tetamu. Sebuah anggukan kecil dia berikan tanda terima kasih.

"Hari ini, saya Engku Ziemah Dhia binti Engku Arfar Khur akan menyerahkan syarikat yang telah saya terajui hampir beberapa dekad kepada cucu tunggal saya, satu-satunya cucu yang saya miliki.. Engku Zafriel Syeikh. Bagi saya, beliau layak untuk mentadbir syarikat ini berdasarkan pemerhatian yang telahpun saya buat selama ini."tambah Engku Ziemah sambil melirik memandang wajah tenang Zafriel di sebelahnya.

"Keputusan ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada beberapa rakan kongsi kami. Bagi kami, Zafriel sudahpun cukup matang untuk mengendalikan syarikat tersohor yang telah kami bangunkan bersama. Tanpa saya membuang masa, saya lantik Engku Zafriel Syeikh sebagai pengurus sekaligus pengarah  baru kepada Syarikat Ziemah Holdings." ujarnya lalu menghulurkan salam kepada Zafriel.

Zafriel mengangguk kecil. Huluran salam nendanya itu disambut lalu bibirnya mengucapkan terima kasih kepada nendanya dalam nada berbisik. Tidak cukup itu, tubuh wanita itu dipeluknya lembut. Engku Ziemah tergamam dengan tindakan Zafriel tersebut namun perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum nipis.

"Thanks nenda, sebab berikan kepercayaan ni pada Zaf." ujar Zafriel dalam nada terharu.

Engku Ziemah melirik senyum bangga. Bahu Zafriel ditepuknya perlahan. "Nenda tahu kamu sudah cukup matang untuk semua perkara. Dan, nenda yakin yang kamu takkan hampakan harapan nenda."balas Engku Ziemah.

Zafriel menarik nafas dalam. Wajahnya dihadapkan ke hadapan semula. Dengan penuh yakin, senyumannya terlukis di birai bibir. Halwa telinganya sempat menangkap beberapa suara yang mengucapkan tahniah padanya.

"Tahniah Engku Zafriel kerana berjaya mengambil alih syarikat hebat yang telah berbelas tahun diterajui oleh nenda Engku Zafriel. Adakah nanti Engku Zafriel akan membuat sebarang perubahan?"soal salah seorang wartawan yang berada di barisan hadapan.

Ekor matanya melirik pada wajah nendanya yang cukup tenang ketika itu sebelum dia kembali memandang wartawan tersebut. "Saya takkan buat sebarang perubahan. Saya tahu apa yang nenda saya buat dalam syarikat ini tak mampu untuk saya tandingi namun saya akan cuba untuk perbaharukan konsep dan juga cara yang sudah sedia ada."

"Owh, begitu. Erm.. ada juga khabar angin yang mengatakan Engku akan mengubah nama syarikat. Betul ke?" soal wartawan yang lain pula.

Zafriel menganggukkan kepala. "Khabar angin itu betul. Saya akan ubah namanya dan hal ini mendapat pandangan dan juga sokongan yang baik dari semua orang."

"Jadi, apa nama yang Engku akan letak?"

"Syarikat ZafSya Holdings."sebut Zafriel dengan yakin.

Semua wartawan sudah mulai sibuk menulis ringkas apa yang disebut Zafriel. "Pandangan Engku Ziemah pula pada perkara ni?"

Engku Ziemah menghulur senyum nampak gigi. Dia mendekati Zafriel lalu bahu cucunya itu dipegang.

"Saya pun suka nama itu. Nampak relevan."

...

Kereta jenama Audi diparkirnya tepat di hadapan gazebo yang dikelilingi bunga-bunga kecil berwarna unggu. Selesai sahaja mematikan enjin kereta, Zafriel terus melangkahkan kaki keluar dari kereta. Bibirnya menguntum senyum tipis tatkala matanya terpandangkan sosok tubuh yang sedang duduk di gazebo itu untuk menikmati minum petangnya.

Kerana tidak mahu  kehadirannya disedari, Zafriel menjengketkan kaki menghampiri sosok tersebut. Bibirnya sudah menguntum senyum mengusik. Tak semena-mena mata gerangan itu ditutupnya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Hmm?"dehemnya tidak mahu memberi petanda.

"Dari bau minyak wangi, Mia tahu ini papa!"ujar kanak-kanak kecil itu lalu menggenggam kedua-dua belah tangan milik Zafriel.

Zafriel sudah tersengih. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan kanak-kanak itu. Sebingkis senyuman pendek dia berikan pada Mia. Anak kecil itu turut melirikkan senyuman padanya.

Engku Mia ZafSya binti Engku Zafriel Syeikh merupakan anak kandung yang dia miliki  bersama-sama dengan Qaliesya, gadis yang amat dia cintai. Akibat kemalangan itu, anak perempuannya itu terkena tempiasnya. Selepas dilahirkan, doktor sahkan bahawa anaknya itu tidak dapat berjalan untuk seumur hidup. Walaupun sebak hati untuk menerima hakikat namun, Zafriel terpaku menerima itu.

Sekarang, Mia sudahpun berumur 4 tahun lebih. Anak kecil itu benar-benar tabah menghadapi cabaran hidup. Zafriel turut sama terharu dengan semangat kental yang anak perempuannya itu tunjukkan.

"Kenapa papa termenung?"soal Mia menggenggam tangan Zafriel lembut.

Zafriel terus tersedar dari lamunannya. Wajah imut milik Mia dipandangnya lembut. Terus pipi anak itu dibelainya. Mia sekadar membiarkan. "Tak adalah. Mana ada papa termenung."

"Tipu. Mia nampak papa termenung. Papa tak boleh tipu Mia, papa dah janji kan?" Mia sudah bergurau mahu mengugutnya.

Tak semena-mena Zafriel tersengih. "Fine. Papa tipu. Hmm.. papa lapar." rengek Zafriel dalam nada mengada.

Mia sekadar menggelengkan kepala. Dia yang kecil ini pun tahu papanya itu mengada. Belum sempat Mia mahu menghamburkan bicara, tak semena-mena dia diam. Terus bibirnya meleret sengih panjang.

"Lapar ke,sayang?" suara lembut itu menyapa halwa telinga Zafriel.

Zafriel menarik sengih. Dari nada suara itu dia dapat baca siapakah si empunya badan yang kini sudah berdiri di belakangnya. Perlahan-lahan Zafriel menolehkan kepala ke belakang. Sosok tubuh yang amat dirindukannya itu dipandang dengan rasa kasih sayang.

"Mama!!" sorak Mia dalam nada teruja.

Aku terus mendapatkan Mia. Tubuhnya aku dukung lalu mataku melirik pada Zafriel. Tersenyum aku tatkala melihat Zafriel sudah menyengih memandang ku. Mungkin dia perasan pada gaya baru aku.

"Ni koleksi tudung terbaru ke, sayang?" soal Zafriel apabila melihat kepalaku yang kemas dililit selendang bercorak bunga.

Aku menganggukkan kepala. "Haah. Cantik tak bang tudung ni? Saya minta pandangan nenda tadi, dia cakap okey kalau saya jadikannya sebagai salah satu koleksi butik tudung saya." luahku sempat merapikan tudung yang aku pakai itu.

Mia turut sama membetulkan tudung aku. Tersenyum aku bila anak aku itu sudah pandai mencantikkan aku yang sudah sedia cantik ni. "Mama Mia pakai apapun nampak cantik. Kan, pa?"soal Mia pada Zafriel. Leherku dipeluknya erat.

Zafriel meleret sengih. Wajah bersih aku dipandangnya dengan rasa teruja. Perlahan-lahan dia dekati aku. Aku tidak berganjak malah aku sekadar biarkan dia merapatiku. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya berjaya buatkan aku rasa makin gembira.

"Chop,chop!! Pa, Mia ada dengan mama ni.  No, no.." celoteh Mia yang buatkan aku dan Zafriel naik segan.

Terus aku alihkan mataku ke tempat lain manakala Zafriel sudah menggaru-garu kepala. Sempat deheman kecil aku berikan. Haih, susah betul dapat anak cepat tangkap ni. Ahaha..

"Erm.. abang kata abang lapar kan? Saya ada masakkan lauk kegemaran abang. Jom, kita makan sama."jemputku cuba menghilangkan rasa segan yang bersarang dalam hati.

Zafriel sekadar menganggukkan kepala. Tangan kanannya merangkul kemas pinggangku. Aku sekadar membiarkan. Mia yang berada dalam dukunganku bertukar ke dukungan Zafriel. Sempat Zafriel mengerdipkan mata padaku tanpa Mia sedar. Aku tersengih.

"Sayang abang.." bisikku perlahan.

"Love you, too."balas Zafriel sempat menutup telinga Mia.

Melihatkan itu, aku tertawa kecil. Mia sudah merengek geram namun pantas Zafriel picit hidung mancungnya itu. Aku juga turut sama memicit hidung anak perempuan aku itu. Suka. Aku suka bila ada di samping Zafriel, Mia dan juga Engku Ziemah.. mereka, kebahagian aku.

Aku, Que Sarah Qaliesya dan aku adalah isteri kepada dia.. Engku Zafriel Syeikh. Pada awalnya, perkahwinan kami bukannya kerana cinta namun hanya kerana wasiat daripada ayahnya sahaja. Penceraian bukannya penanda hubungan cinta itu berakhir buat selama-lamanya tetapi sebagai tempoh untuk dua hati mengakui mana silap dan juga salah pada diri masing-masing. Zafriel, saya sayang awak dan terima kasih kerana awak ajar saya bagaimana mencintai awak dengan setulus hati.

Terima kasih, abang..

-THE END-

         -TIDAK UNTUK LEPASKAN MU-

     -CHOCO_LYN 2018-

...

p/s>>

Hye guys,

Hmm.. Finally, I'm done untuk story keempat saya  ni. Wah, ini lagi mencabar dari yang sebelum ni. Susah betul nak buat orang bercerai bersama semula. But, tak salah untuk buat cerita yang baru dan lain daripada yang lain kan?  Maybe,cliche itu mesti ada.. I know right. Kalau tak ada cliche, tak hiduplah cerita itu kan.

Haha.. sorry tak sengaja tambah gimik yang acah-acah watak heroin mati. Sorrylah kalau part tu tak menjadi. By the way, thanks because read, support and comment my story. I'm appreciate it. Thanks juga sebab sudi luangkan masa baca story ni sampai habis-habis. Tak sangka yang bacaan dia dah sampai 5k. Wou, amazing!!

So.. mungkin dalam bulan April ni saya akan continue my new story 'Misi Memburu Suami'. Still romantic genre and maybe cliche. But, it's different (maybe). Stay tuned to my new story. Amigos!!


Continue Reading

You'll Also Like

2M 97.3K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
95.4K 4.4K 51
(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihal...
1.6M 59.8K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...