Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

By Choco_Lyn

2.3M 62.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

BAB 54

37.9K 977 17
By Choco_Lyn

Pudin menghampiri katil tempat di mana jasad Kartini di tempatkan. Wajah pucat Kartini dipandangnya dengan wajah serba-serbi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa risau nya dia kalau kehilangan gadis itu depan matanya.

Kartini adalah perempuan yang paling lama dia cinta. Sejak pertama kali jumpa gadis itu, perasaan cinta itu hangat menyapa hatinya. Dan, sejak itulah Pudin tak pernah berputus asa mendapatkan gadis bernama Kartini itu.

"Kau pergi mana tadi?" soal Zafriel apabila melihat Pudin berjaya turun dari tembok yang memagar sekitar sekolah tahfiznya itu.

Pudin ketap bibir. Tak semena-mena bunga ros putih itu disembunyikan di belakang badan. Namun, mata tajam Adam berjaya menangkap perilaku anehnya itu.

"Kau petik bunga itu untuk siapa?" soal Adam dengan dahi berkerut.

Pelik juga dia bila tengok Pudin bawa bunga. Takkanlah lelaki tulen macam Pudin nak jadi mat bunga pula kan? Pfft.. Pudin jadi mat bunga? Tak mengaku kawan, dek non oit..

"Entah. Bunga ros putih pula itu?" sambung Zafriel pula. Dia juga turut tidak terkecuali menangkap tindakan pelik Pudin itu.

Sejak mula kelas tadi mereka berdua mencari kelibat Pudin. Nasib baiklah, diorang bertiga berkawan sehidup semati. Nak tak nak, Zafriel dan Adam terpaksa back up Pudin yang tidak hadir ke kelas Tajwid.

Sehari suntuk mereka mencari temannya yang seorang itu tapi nampaknya Pudin keluar sembunyi-sembunyi dari sekolah tanpa beritahu mereka terlebih dahulu. Kata member? Takkan nak ponteng pun tak ajak kan?!

"Korang berdua jangan nak sibuklah. Ke tepi." bentak Pudin cuba untuk menerobos laluan antara Zafriel dengan Adam.

Namun, kekuatan dua orang lelaki memang tak mampu untuk dia tandingi. Walaupun hakikatnya, tubuh Pudin lebih sado daripada tubuh Zafriel dan tubuh Adam. Tak semena-mena, Pudin tertolak ke belakang.

"Apa masalah korang berdua ni? Blah lah! Aku nak masuk bilik." jerlah Pudin tak puas hati. Bunga ros putih itu masih disembunyikan di belakang badannya.

"Apa masalah kitorang? Weiyh, Pudin. Aku yang sepatutnya tanya. Apa masalah kau ni. Ponteng taknak ajak kami sekali?" balas Adam sudah berpeluk tubuh.

"Sekali sekala, aku ponteng sorang apa salahnya kan?" soal Pudin cuba untuk membela diri.

Zafriel ketap bibir. Dia tak berapa kisah sangat fasal Pudin tak ajak ponteng sekali. Cuma.. dia asyik terfikir apa kaitan Pudin dengan bunga ros putih itu.

"Apsal kau bawa balik ros itu? Kau nak bagi siapa?" soal Zafriel mengalihkan pandangannya pada Pudin.

Pudin terus alihkan matanya pada Zafriel. Soalan cipumas Zafriel itu berjaya mengugut rasa tenang dalam dadanya.

Adam ataupun Zafriel, kedua-duanya tak tahu yang Pudin ada hati pada Kartini. Tanpa sesiapa sedar, dia keluar ke pekan seorang diri semata-mata mahu membeli bunga roa putih itu untuk Kartini. Dengar kata, Kartini minat pada bunga jenis itu.

Kalau dah cinta, semua benda Pudin akan lakukan asalkan dia dapat menarik minat gadis itu untuk mengenalinya. Walaupun pekan itu jauh, tapi Pudin tak kisah. Biarlah jauh asalkan dia dapat tengok Kartini senyum bila nampak hadiahnya yang tak seberapa itu.

"Untuk cikgu ros."spontan dia menghamburkan jawapan.

Seperti apa yang dia tebak. Kedua-dua lelaki itu sudah berkerut dahi lalu berpandangan sesama sendiri. "Untuk cikgu ros?" serentak Zafriel dan Adam bersuara.

"Bukan cikgu ros suka bunga melur ke? Lagipun, hari guru lama lagi kan?" bertubi soalan menerjah Adam. Pelik.

"Kau apa tahu. Cikgu ros memang suka bunga ros putih."bela Pudin dengan lagak tenang.

"Apsal kau nak bagi dia bunga bagai, hah? Owh.. aku tahu. Kau mesti nak dapat markah tinggi kan? Sebab itu, kau nak rasuah cikgu dengan bunga kan?" duga Adam yang sudah berfikir di luar kotak.

Zafriel juga turut menganggukkan kepala. Setuju pada apa yang Adam katakan tadi.

"Hmm.. memang pun. Sudahlah. Ke tepi. Aku nak lalu!" jerkah Pudin lalu menolak kasar tubuh mereka berdua.

Selesai sahaja dia berikan bunga itu pada Kartini, dia sangat gembira. Namun dua jam lepas itu, dia nampak bunga ros yang dibelinya sudah pun selamat mendarat dalam bakul sampah. Sedih memanglah sedih.

Namun, Pudin tak pernah putus asa. Selagi Kartini tak bergelar bini orang, dia akan cuba untuk tambat hati gadis itu.

"Hmm.. Hmm.."rengekan halus itu berjaya mematikan lamunan Pudin.

Matanya teralih pada Kartini yang sudah meronta perlahan. Matanya terpejam rapat. Cemas Pudin dibuatnya. Loceng kecemasan ditekannya berkali.

"Tini, tolong jangan banyak bergerak." bisik Pudin perlahan.

Namun,gadis itu langsung tak peduli kan apa yang dia kata.

"Zaf.. Zafriel.." nama itu diseru gadis itu tanpa dia sedar.

Pudin terpaku. Hmm.. masih ada peluang ke dia nak tambat hati gadis itu?
...
Selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, aku terus menadah tangan memanjat doa.

"Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkan lah dosa ku. Dosa hambamu yang telah banyak melakukan silap dan salah. Hambamu yng terlalu alpha pada kenikmatan dunia tanpa dia sedar semua itu hanya pinjaman semata-mata. Kau ampunkanlah dosa ahli keluargaku dan kau ampunkanlah dosa suamiku.

Ya Allah Ya tuhanku, lembutkanlah hati Engku Ziemah untuk menerima ku. Jauhkanlah rasa bencinya padaku dan tanamkan lah rasa kasihnya padaku. Berkatilah hubungan aku dan suamiku, Zafriel. Aku tak mahu kehilangannya. Aku tak mahu jauh darinya. Aamin.."
aku sudahkan dengan Al-Fatehah.

Selesai sahaja aku memanjat doa, aku menarik nafas lemah. Semenjak meningkat usia kandunganku, aku semakin diterpa rasa sakit-sakit badan. Sakit itu sampai buat ibuku bawa aku ke tempat urut.

Memang reda tapi hanya untuk sementara. Selepas itu, aku akan sakit balik. Hmm.. ini rupanya 'sakit' yang dikirim oleh Allah untuk seorang ibu. Sekarang, baru aku faham betapa peritnya menjadi seorang ibu namun..

Namun yang pasti pengorbanannya itu akan menjungkit senyum syahdu bila dapat lihat wajah anaknya di sisi. Membayangkan itu, aku rasa mahu tersenyum panjang.

Perut aku yang sudah membuncit aku belai lembut. Seperti biasa, bila disentuh anak aku pasti akan bergerak. Dan setiap kali itulah, aku akan tersenyum. Comel aje anak aku itu.

Ketukan pintu yang bertalu-talu dari luar buatkan bibirku mengukir sengih panjang. Dengan masih bertelekung, aku berlari anak ke pintu utama rumah. Fikirku, ianya Zafriel. Haihlah, Qaliesya. Terujanya kau sampai Zafriel balik pun kau tak sedar.

Tombol pintu aku pulas. Pintu tak semena-mena terbuka.

"A.. bang.."kata-kataku mati bila melihat gerangan di depan rumahku.

Bukannya Zafriel tetapi Engku Ziemah. Senyumku yang tadinya melebar terus pudar. Wajah bengis wanita itu menambahkan lagi rasa takut dalam dadaku.

"Nen..nenda?"tergagap aku menyeru dia.

Wanita itu tidak menyahut seruanku. Atas bawahku dibeleknya dengan penuh jengkel. Lidahku terasa kelu.

"Owh, bila Zaf dah nak kahwin.. reti pula kau mengandung? Kau ni memang tak pernah puas nak hancurkan hidup Zafriel. Tak puas hati ke?!" cela wanita itu dengan sinis.

Aku ketap bibir. Celaannya itu aku tak balas. Aku sedar siapa aku dan siapa Engku Ziemah. Dia orang kuat namun aku hanya tikus kerdil yang tak mampu untuk selamatkan diri sendiri.

"Hmm.. tak payah cakap pun kau tahu apa niat aku datang sini kan? Aku bagi peringatan pada kau. Lepas kan Zafriel dan keluar dari rumah ni." gertaknya dalam nada berbisik.

Aku tergamam. Wajahnya aku pandang. "Nenda, saya.."

"Aku taknak dengar kau bercakap. Aku bagi kau masa selama dua hari. Kalau Zafriel tak ceraikan kau, aku akan lingkupkan business keluarga kau malah aku juga takkan teragak-agak untuk buat Zafriel sekali. Jangan cakap aku tak bagi peringatan."ugutnya memandang tajam wajahku.

Tergamam aku dibuatnya. "Nenda, kenapa nenda buat macam ni? Kenapa nenda masih.."

"Aku tak suka perempuan macam kau ada dalam hidup keluarga aku. Zafriel layak untuk dapatkan lebih baik daripada kau."balas wanita itu tanpa bersalah.

Aku kelu lidah. Wajah nekadnya aku pandang serba-serbi. Kenapa?

Aku memang tak layak untuk bahagia ke?
...
p/s:

Salam, semua. First of all, terima kasih atas bacaan korang yang seramai 3000++ itu. Aku sangat hargai. Terima kasih juga pada siapa yang sudi voter cerita ni and ada certain yang comment untuk aku update.. Thanks!

Sorry kalau aku lama dah tak update. Al-maklumlah, aku ada test tiga minggu ni so masa dengan wattpads itu jadi sikit. Memandangkan malam ini aku free so aku continue story ni. Cukup kan publish tiga bab untuk cover hari sebelum ni?

Wou, bravo Choco_Lyn. Tiga bab dalam satu malam. haha!! Barai teruks..

So, still tuned. Jangan risau, aku akan tamatkan buku ni sebelum pengakhiran bulan 3..so, aku akan terus update sampailah habis.

Annyeong!

Continue Reading

You'll Also Like

711K 25K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
787K 25.9K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
12.4K 2.6K 19
Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula dan kali ini dengan cerita yang berbeza. Palette (n.) a thin board or slab on which an artist lays...
342K 12.2K 36
MY FIRST SHORT STORY: MRS. RAYYAN 🌹 (STATUS: COMPLETE) [YOU'RE COMPLETE MY EVERY IMPERFECTION] Kerana kisah cintanya yang tak kesampaian, Ahmad Ar...