Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

De Choco_Lyn

2.2M 61.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... Mais

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

BAB 26

34.1K 953 22
De Choco_Lyn

Satu persatu majalah RASA dibuka nya. Inilah kerja yang hampir seharian Zafriel akan lakukan bila berada di rumah.

Dia takkan pernah cukup untuk bandingkan satu resepi dengan resepi yang lain. Selepas selesai  membandingkan kesemua resepi, dia akan cipta satu resepi yang ada ciri-ciri pada setiap kelebihan resipi yang dia bandingkan tadi. Dan.. kebanyakan resepi yang dia cipta mencapai selera yang diinginkan pelanggan.

Engku Ziemah yang baru sahaja keluar dari bilik istirehatnya terus merapati Zafriel di ruang tamu. Sebuah gelengan kecil dia berikan bila lihat majalah bersepah di atas meja. 

"Resepi apa pula kali ni, Zafriel?" soal Engku Ziemah lalu melabuhkan punggung bersebelahan Zafriel. Salah satu majalah yang terhidang di depan mata dicapainya lalu dibelek untuk seketika.

Zafriel menguntum senyum nipis sambil melirik mata ke arah Engku Ziemah. Selepas itu, dia kembali menyambung kerjanya semula.

"Zafriel terfikir nak gabungkan perisa berry dengan mocha. Berry is something sour but mocha a little bit bitter so why not kita compile kan sebagai satu perisa. So, thats why Zafriel nak cuba buat resepi cupcake dengan perisa itu." jelas Zafriel. Terselit rasa terujanya bila memperkenalkan idea barunya itu.

Engku Ziemah mengangguk faham. Kemahiran memasak Zafriel memang tak boleh dia nafikan. Walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat Zafriel yang ingin menyambung bidang kulineri namun sekarang lelaki itu membuktikan bahawa impiannya itu boleh menjadi kenyataan.

Buktinya, cafe yang Zafriel usaha kan itu membuahkan hasil yang lumayan. Cafe yang Zafriel bangunkan hasil simpanannya itu memang sangat mendapat sambutan yang hangat oleh para pelanggan.

"Nenda doakan apa yang kamu buat ni berhasil. Nenda yakin yang cucu nenda dapat hasilkan benda yang berbeza. I know you can do it." ucap Engku Ziemah sambil mengurut lengan Zafriel perlahan.

Zafriel membalas Aamiin. Dia juga turut berdoa agar apa yang dibuatnya ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

"Nanti, kamu buatlah perisa itu sempena kek hari perkahwinan kamu. Mesti Tini rasa gembira kalau dapat makan kek yang kamu buat itu."cadang Engku Ziemah dengan senyuman lebar.

Senyuman yang tadi panjang terus berubah kelat. "Nanti Zafriel fikirkan." mendatar sahaja Zafriel membalas. Kenapa setiap kali sebut nama Kartini, dia rasa hilang selera pula?

Huh?! Kalau dah sebut nama pun, buatkan Zafriel hilang selera, inikan lagi kalau mereka sudah bergelar suami isteri.. macam manalah Zafriel mahu menghadap muka Kartini setiap hari?

"Nenda perasankan sesuatu. Kenapa setiap kali nenda cakap fasal perkahwinan kamu, kamu nampak tak gembira. Kenapa Zafriel? Beritahu nenda." soal Engku Ziemah tanpa berselindung.

Zafriel terdiam bila dengar soalan yang dihamburkan wanita itu. Wajah wanita itu dipandangnya dengan rasa serba-serbi. Dia mahu jujur tentang perasaannya. Dia mahu jujur tentang siapa Kartini dan juga Qaliesya dalam hidupnya. Tapi.. mungkin ke Engku Ziemah akan terima jawapannya nanti?

"Nenda yakin nak Zaf teruskan perkahwinan ni?"soalan berbalas soalan. Seperti apa yang Zafriel tebak, jawapannya itu mendapat reaksi hairan daripada nendanya itu.

"Jadi, kamu taknak teruskan?"

Zafriel ketap bibir. Ya. Memang Zafriel taknak teruskan perkahwinan ni nenda sebab Zafriel taknak kahwin dengan perempuan yang Zafriel tak cinta untuk kali kedua. Cukuplah Qaliesya, Zafriel taknak kahwin dengan Kartini pula.

Mahu sahaja dia hamburkan itu namun.. Zafriel masih tiada keberanian.

Apa yang dihamburkan tadi hanya mampu dipendam dalam hati. Ya. Dia kerdil dan nendanya pula ibarat singa gagah.

Takkan mungkin orang yang kerdil sepertinya mampu melawan hasrat nendanya yang berkuasa itu. Mungkin kalau dia teruskan juga luahan hatinya itu, entah apalah nenda akan lakukan pada Qaliesya dan keluarganya.

Untuk seketika Zafriel terdiam. "Just forget it, nenda. Zafriel penat sangat kot sampai cakap pun melalut macam ni." bohongnya cuba menyengih perli. Yurp, buat masa sekarang lebih baik dia pendam.

Engku Ziemah sekadar mengangguk kan kepala. Wajahnya sedikit serius. "Satu benda yang nenda nak ingat kan pada Zafriel. Jangan telan ludah yang kita dah buang. Faham? Apa yang nenda buat ni demi kebaikan Zafriel. Ingat tu." pesan Engku Ziemah sebelum berlalu pergi meninggalkan Zafriel sendirian di ruang tamu.

Argh!! Zafriel mahu saja menjerit sekuat hati. Kenapa dia perlu tersepit antara sayang dan cinta? Dia sayangkan nendanya.. tapi, huh!! Dia tak mahu kehilangan Qaliesya dalam hidupnya.

Patut ke dia berserah dan ikut sahaja telunjuk nendanya?

Telefon pintarnya yang berdering membuatkan Zafriel mengeluh perlahan. Telefon pintar dicapainya lalu dibelek nama pemanggil. Tertera nama Adam pada skrin telefon pintarnya.

Serta-merta Zafriel menolak panggilan daripada kawan baiknya itu. Kerana, Zafriel yakin yang Adam pasti mahu membahaskan hal petang tadi dengannya..
...
Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuklah." arahku yang ketika itu sedang sibuk mengemas pakaianku. Al-maklumlah, aku baru sahaja pulang dari rumah Farah.

Esok, aku perlu tolong ibu untuk siap kan sebahagian majlis resepsi perkahwinan Fatihah dan Am. Tak sabar betul nak tengok adik aku yang seorang itu kahwin.

Terpacul kelibat seorang gadis yang amat aku kenali di muka pintu. Terus senyumanku melebar sampai ke telinga. Baru aje nak mengata, bakal si pengantinnya sudahpun ada depan mata.

"Busy ke kak?"soal Fatihah merapatiku yang ketika itu sedang duduk bersila di atas lantai berhadapan dengan almari pakaian ku.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Dah tak busy sangat pun. Erm.. kenapa tiba-tiba datang bilik akak ni?" soalku. Peliklah juga sebenar nya. Jarang betul adik aku yang seorang itu nak menyinggah ke bilik aku waktu malam begini.

"Ada benda yang Fati nak tanya sebenarnya tapi.. sebelum itu, Fati nak akak janji sesuatu. Boleh?" Fatihah sudah buat muka comel minta kakinya.

"Apa dia?"

"Kalau adik tanya soalan ni, akak janji jangan marah-marah adik. Boleh tak?"soal Fatihah sudah pun mengangkat jari kelingkingnya mahu mengikat janji.

Aku mengeluh kecil. "Fati, kita ni bukannya budak kecil tau sampai nak mengikat janji macam ni. Fati kena sedar yang Fati tak lama lagi nak jadi isteri orang kan?" ujarku cuba menasihatinya.

"Nope. Fati nak akak janji juga."dia masih berdegil mahu mengikat janji.

Aku menarik nafas dalam. Nak tak nak, aku terpaksa layankan juga karenahnya yang beragam itu. Nasib baiklah si Fatihah itu adik, kalau bukan.. mau aku tampar mulut bebek angsanya itu. Serious, tak jadi bebek angsanya itu. Tak comel.

Fatihah sudah berkira-kira. Tadi, semangat sangat nak berjanji. Aku dah buat janji tapi sekarang.. berkira pula nak tanya.

"Cepatlah, Fati. Apa yang Fati nak tanyakan itu?"soalku sedikit mengeluh.

"Akak tak terfikir ke untuk getback semula dengan abang Zaf? Akak tak sayangkan abang Zaf ke?" soalan Fatihah itu buatkan aku terpempam. Dahiku berkerut.

"Apa jenis soalan yang Fati tanya ni? Kenapa tanya soalan ni pada akak?" nada suaraku sedikit meninggi.

Fatihah ketap bibir. "Akak janji kan tadi yang akak taknak marah? Dah janji kena tunaikan."sempat dia mengugut aku dengan janji budak-budaknya itu.

Aku memandangnya tajam sebelum satu keluhan kecil aku lepaskan. "Lebih baik adik tidur. Akak taknak dengar soalan merepek macam itu."tegasku dengan nada mendatar. Aku kembali mengerjakan tugas melipat kain yang tertunda sebentar tadi.

Merepek. Mana mungkin aku akan bersatu semula dengan Zafriel. Dia sudah ada kehidupannya dan.. aku juga ada kehidupan aku sendiri. Yurp, kehidupan aku bersama dengan bakal anak aku nanti.

"Jawablah kak. Tolong, Fati nk dengar jawapan akak."Fatihah tak semena-mena mendesakku. Telapak tanganku digenggamnya.

"Nope. Dia dah nak kahwin dengan Tini, akak takkan rampas dia dari perempuan lain. Dia masa lalu akak jadi akak harap Fati jangan buka cerita fasal Zafriel lagi."keluhku cuba menyiapkan lipatan terakhirku.

"Kalau Fati cakap kat akak yang abang Zaf masih sayangkan akak, macam mana? Akak masih akan teruskan ego akak itu?" soalan Fatihah buatkan aku terkesima.

Aku yang tadi baru sahaja berura-ura untuk bangun terus tersengih sinis. Wajah Fatihah aku pandang.

"Dia bukannya lelaki bodoh untuk sayangkan perempuan macam akak." ujarku sebelum berlalu ke katil.

Lampu bilik aku padam lalu aku melabuhkan tubuhku diatas katil. Aku biarkan Fatihah terpinga-pinga di tempatnya.

Aku dengar keluhan meniti keluar dari mulut adik aku itu.

"Akak terlalu agungkan ego akak itu sampai akak buta tentang perasaan orang di sekeliling akak. Fati cuma nak tolong akak. Fati taknak akak hilang satu-satunya orang yang terbaik untuk akak."ujarnya sebelum berlalu meninggalkan bilik aku.

Suasana sepi membelengu ruang bilikku. Aku ketap bibir. Sedikit sebanyak kata-kata Fatihah ada betulnya tapi..

Aku taknak kacau kebahagian Zafriel. Dia ada Kartini sekarang dan aku pula.. hanya luka lama yang sudah pun berkudis dalam hati lelaki itu.
...


Continue lendo

Você também vai gostar

109K 5.4K 9
☆.。.:* Hello You Universe >> Old Version ☆.。.:* ❝Yang membaca aksara cintamu itu mataku, namun nyatanya hati ini yang bergetar kerananya,❞ ↶*ೃ...
1.8M 51K 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
2M 97.3K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
322K 11.2K 51
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminl...