Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

Galing kay Choco_Lyn

2.2M 61.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... Higit pa

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

BAB 25

34.2K 975 8
Galing kay Choco_Lyn

Satu persatu paket makanan aku belek. Kalau makanan itu kena di hati, aku ambil. Kalau tak kena, terpaksalah letak semula ke tempat asal. Hmm.. macam mana aku boleh tersesat kat AEON ni? hmm.. macam ni ceritanya.

Disebabkan mood rajin aku sedang bercambah sekarang ni jadi aku pun pakat nak kemas rumah Farah ni. Jarang aku jadi rajin. Kalau dah datang mood mengemas aku ni, bersinar dan berkilau rumah Farah ni aku kerjakan tapi kalau mood malas dah datang, hmm.. macam selalulah kalau tak terbongkang kat bilik, mesti terbongkang kat ruang tamu.

Selesai mencuci dan mengemas, aku menuju ke dapur pula. Buka sahaja pintu peti sejuk, aku sudah geleng kepala. Apa jenis perempuan lah si Farah ni. Tahulah dia itu busy woman tapi janganlah sampai biarkan peti sejuk berhabuk. Satu benda pun tak ada. Haih lah..

Paket milo 3 in 1 itu aku belek sejenak. Nasib baiklah, mood nak belanja itu datang. Sebenarnya peti sejuk itu  berhabuk pun sebab aku juga. Aku lah suspek yang melantak semua jenis makanan yang ada dalam itu. Hehehe.. Kerana itulah kot, Farah dah malas nak penuhkan stok dalam peti sejuk.

Setelah memasukkan paket milo ke dalam troli, aku bergegas ke bahagian lain pula. Setiap rak aku belek sehinggalah langkahku tiba di bahagian kanak-kanak. Tergamam aku untuk seketika.

Di situ, aku lihat kebanyakan pelanggan yang membawa anak-anak mereka berbelanja baju. Melihatkan itu, bibirku menguntum senyum. Tak semena-mena perutku aku belai.

Hmm.. tiba-tiba pula aku rasa tak sabar nak tunggu anak ni keluar. Kalau boleh aku nak dukung dia tiap hari selepas itu cium dia. Ala buchuk, buchuk.. hmm, macam itu pun aku nak buat.

Aku mendekati bahagian pakaian baby. Baju-baju kecil yang tergantung itu benar-benar buatkan aku tercuit hati. Aku capai gaun warna biru dan juga gaun kecil warna merah lalu aku belek satu persatu.

"Anak mama ni, baby boy ke baby girl?" bisikku sambil mengurut perut ku perlahan.

"Baby girl, mama.."jawabku bagi pihak anakku.

Tersengih pula bila lihat gelagat kebudak-budakan aku itu. Memang itu pun harapan aku. Aku nak baby aku perempuan. Nanti, bolehlah aku dandankan dia tiap hari. Mesti dia cantik macam aku kan? Ahahakss!

"Baby girl mama ni, nak warna merah ke biru?"soalku dalam nada berbisik. Haih, susah betullah nak beli baju baby ni.

Semuanya comel belaka. Aku rasa macam nak borong semua aje. Biar banyak sikit stok pakaian anak aku nanti. Tiap hari boleh aku dandan dia bak supermodel gitu.

"Cik Qaliesha..?" teguran seorang perempuan dari arah belakang membuatkan aku terus berhenti membelek baju budak-budak itu. Segera aku alihkan perhatianku ke belakang.

Perempuan bertudung labuh itu aku pandang dengan dahi berkerut. Wajahnya aku tatap. Pakaian bayi itu aku gantung semula ke tempatnya. Perlahan-lahan aku pusingkan badanku menghadapnya.

"Ya, awak ni siapa?"soalku masih tak berkalih memandangnya. Rasanya, aku pernah jumpa gadis itu.

Dia memberikan senyuman kepadaku. Tangannya dihulur. "Saya Zulaikha, isteri abang Thaqif." ucap nya dengan nada suara lembut.

Buntang mata aku bila terdengar salam perkenalannya itu. Perasaan marahku tak semena-mena muncul. Aku sudah berpeluk tubuh memandangnya sambil dahiku sudah berkerut geram.

"Owh, kaulah perampas abang Thaqif aku tu kan? Kau buat apa datang sini? Kau nak rampas apa lagi daripada aku?!"gertakku kasar. Peduli apa aku pada pandangan serong orang pada kami berdua.

Zulaikha ketap bibir. "Sa-saya nak minta maaf tentang itu. Saya harap Qaliesya boleh maafkan saya." ujar gadis itu dengan nada lembut.

Aku ketap bibir. Bodoh ke apa perempuan ni? Mana mungkin aku akan maafkan dia?! Perempuan macam dia tak layak dapat maaf daripada aku!

"No way. I takkan maafkan you. Jangan harap, perampas!"jerkahku lalu terus aku menyondol bahunya kasar.

Panas hati aku ni masih tak surut lagi. Tak semena-mena kejadian di mana pertemuan aku dan Thaqif itu bermain dalam fikiran. Sakit hati aku bila dapat tahu dia duakan aku dan yang paling menghunus hati aku adalah apabila dia beritahu aku yang dia sudahpun berkahwin dengan orang lain.

Beritahu aku, perempuan mana yang tak sakit hati bila tengok lelaki yang dia cinta bersama dengan orang lain? Pfttt.. penipu besarlah kalau tak sakit hati.
...
Zafriel dan Adam bergandingan memasuki restoran Secret Recipe. Kata Adam, dia mahu memperkenal kan bakal isterinya kepada Zafriel. Yurp, tak lama lagi kawan baiknya itu akan berkahwin dengan gadis pilihan hati.

Ada sebab lain juga Zafriel terpaksa datang berjumpa dengab tunang Adam itu. Hari ni, mereka mahu membincangkan dekorasi dan juga perisa kek untuk resepsi perkahwinan Adam yang bakal berkunjung tiga minggu lagi.

Sudah lama juga Zafriel menanti untuk bersua muka dengan bakal isteri Adam itu. Al-maklumlah, sejak kawannya itu bertunang pun Zafriel tak dapat hadir kerana ada urusan ke luar negara. Yang Zafriel tahu namanya Nurul.

"Kau jangan terkejut tau kalau nampak bakal isteri aku nanti." sengaja Adam mahu menyakat Zafriel. Sambil-sambil itu matanya melilau mencaei gerangan gadis pujaan hatinya itu.

Dahi Zafriel sudah berkerut seribu. "Apsal kau cakap macam itu pula? Aku kenal ke?"soal Zafriel sudah mulai diterpa rasa hairan.

Adam mengalihkan pandangannya pada Zafriel. Sebingkis sengihan minta penumbuk dia berikan pada kawannya itu. Bahu Zafriel dipeluknya lalu ditepuk kecil.

"Boleh dikatakan macam itulah. Erm.. by the way aku dah jumpa sweetheart aku, jom."ajak Adam mengatur langkah dahulu diikuti dengan Zafriel yang membuntutinya dari arah belakang.

Mereka tiba di hadapan sebuah meja dimana kelibat seorang gadis duduk. Hampir tergamam Zafriel dibuatnya apabila melihat sesosok orang yang amat dikenalinya. Gadis itu menguntum senyum pendek.

"Abang Zafriel.." panggil gadis itu masih tersenyum memandangnya. Teruja pun ada juga.

"Fa-Fatihah?!" tergagap Zafriel menyebut nama gadis di hadapan nya itu.

Terus Zafriel mengalihkan pandangannya pada Adam yang sudah tersenyum-senyum melihat gelagatnya.

"Bro, maksud kau.. tu-tunang kau tu, Fatihah? Adik Qaliesya?!" soal Zafriel mahu mendapatkan penjelasan.

Adam menganggukkan kepala. Tempat duduk di sebelah Fatihah didudukinya. Zafriel masih tak berganjak. Dia masih terkesima dengan apa yang terjadi ketika ini.

"Yurp, dia tunang aku. Adik Qaliesya. Hmm..  dia kata nak jumpa kau. Dia nak bincang fasal Qaliesya dengan kau."beritahu Adam. Sempat lagi wajah Fatihah dikerlingnya. Comel dan ayu sentiasa.

"Bolehkan, bang? Kita bincang fasal kak Qaliesya?"celah Fatihah dalam nada memujuk.

Zafriel mengeluh perlahan. Wajah Fatihah dan Adam dipandangnya silih berganti. Sebenarnya, ada sebab munasabah Zafriel tak mahu bincang fasal Qaliesya sekarang. Satu kerana, dia akan berkahwin dengan Kartini tak lama lagi dan yang kedua.. kerana hati gadis itu bukan untuknya. Jadi, Zafriel malas meletakkan harapan terlalu tinggi kalau itu melibatkan soal hati dan perasaan.

"Abang taknak campuradukkan masalah peribadi dan kerja. Fatihah customer abang, so kita just bincang fasal business not others." tegas Zafriel.

"Please, abang. Fati tahu abang masih sayangkan kak Iesya. Fati yakin yang kak Iesya masih perlu kan abang." Fatihah sudah merayu.

Zafriel ketap bibir.

"Bro, kau jangan degil. Kalau sayang, kata sayang. Aku tahu kau masih fikir fasal Qaliesya kan? Bukan kau pernah cerita pada aku yang kau masih ada hati pada dia?"celah Adam bagi pihak Fatihah. Fatihah turut sama menganggukkan kepala. Setuju pada pendapat tunangnya.

Zafriel mengeluh kecil. "Kalau tak ada benda nak bincang, aku rasa aku boleh balik kot. Fati, fasal kek wedding itu.. nanti abang akan kirim beberapa gambar dekorasi kek itu pada Fati. Abang pergi dulu." pinta Zafriel lalu meninggalkan Fatihah dan Adam terpinga-pinga.

Fatihah ketap bibir. Air matanya sudah bergugur jatuh. "Fati terlalu memaksa abang Zafriel ke, Abang Am?"soal Fatihah dalam sendu.

Tak semena-mena Adam memeluk bahu Zafriel. Dia cuba memujuk gadis itu. Sakit juga hati bila tengok tunangnya menangis kerana Zafriel.

"Sabarlah Fati. Zafriel itu memang. Kadang dia itu keras kepala. Ego melangit.." perli Adam cuba untuk memujuk Fatihah untuk berhenti menangis.

"Hmm.. salah Fati sebab Fati nak tengok sangat abang Zaf dengan Kak Iesya bersatu semula."ujar Fatihah perlahan. Air matanya mengalir sedih.

Salah ke kalau dia mahu melihat kakaknya itu gembira? Kerana Fatihah yakin Zafriel memang tercipta untuk Qaliesya..
...


Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1M 46.4K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
330K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...
2.2M 98.4K 80
"Senyum! Senyum! Senyum! Tu ja kau tahu?! Hey perempuan , sekali lagi kau senyum depan aku, siap kau." -Afkar Irsyad "Awak buatlah apa yang awak nak...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...