Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

By Choco_Lyn

2.2M 61.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

BAB 24

34K 976 14
By Choco_Lyn

Tiba sahaja di hadapan restoran Thai's Lover, Farah terus berjalan masuk ke dalam cafe tersebut.

Ekor matanya meliar mencari kelibat lelaki yang ingin ditemuinya sehinggalah matanya menangkap kelibat Zafriel yang sedang duduk termenung di atas meja bersebelahan tingkap. Bibirnya menguntum senyum nipis lalu dia terus mengatur langkah kemas ke arah meja tersebut.

Salamnya dihulur lalu dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki itu. Satu senyuman pendek Zafriel berikan Farah. Farah balas senyumannya itu.

"Maaf sebab lambat. Jalan jame tadi." ujar Farah sambil meletakkan beg tangannya ke tempat duduk sebelah.

Zafriel sekadar menggelengkan kepala. "It's okay. Abang pun baru aje sampai."

"Erm.. abang kata tadi, abang nak bincangkan sesuatu? Apa dia, abang zaf?"soal Farah tidak mahu berlengah.

Sejak dapat panggilan daripada Zafriel itu, Farah asyik kepikiran saja. Jarang sebenarnya, dia dapat panggilan daripada Zafriel. Kalau Zafriel call itu, maknanya adalah tu benda penting yang dia nak bawa berbincang. Selalunya topik hangat yang akan dikatakan  oleh lelaki itu takkan jauh daripada nama Qaliesya, kawan keras kepalanya itu.

Air muka Zafriel berubah. Dia sudah mengetap bibir sambil pandangan nya dialihkan ke bawah. Lelaki itu seakan-akan berkira mahu mulakan bicaranya.

Akhirnya, satu keluhan Zafriel lepaskan. Ekor matanya dialihkan pada Farah semula.

"Kalau abang tanya ni, abang nak Farah jawab jujur."ujar Zafriel sudah mulai berwajah serius.

Dahi Farah sudah berkerut. "Apa dia, abang Zaf?"

"Qaliesya sedang mengandungkan sekarang ni? Abang cuma nak tanya satu, anak itu.. anak siapa?"soal Zafriel tanpa sangkut satu pun.

Tergamam Farah dibuatnya. Jelas riak wajah terkejut bermain pada wajahnya. Cepat-cepat dia cover namun Zafriel lebih pantas membaca perubahan air mukanya itu.

"Qa-Qaliesya mengandung? Er.. Fa-Farah pun baru tahu. Betul ke, bang?" tergagap Farah menyusun kata.

Dia kalau bab nak memperbodohkan orang itu memang gagal seratus peratus. Namun, dia kena juga sebab dia sudah janji pada Qaliesya untuk tidak membuka cerita kehamilan itu pada sesiap lagi-lagi pada Zafriel.

Zafriel menyengih pendek. "Jangan cuba bodohkan abang. Qaliesya rapat dengan Farah kan? Mesti.. dia ada cerita fasal hal itu."duga Zafriel.

Farah berdiam diri. Tak semena-mena Farah melarikan pandangan nya ke tempat lain. Tak berani dia menghadap wajah Zafriel yang sudah mulai menghidu pembohongannya.

Telinganya menangkap keluhan lemah dari bibir lelaki itu. Farah masih mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Perasaannya sudah diterpa rasa serba-serbi.

"Farah, untuk kali ini.. Farah tolong jujur dengan abang. Betul ke, anak itu anak abang? Betul ke anak yang ada dalam rahim Qaliesya itu anak abang?!" Zafriel masih mencuba lagi. Nadanya penuh mengharap.

Farah masih tidak membalas. Dia masih berdiam diri.

"Jadi, anak itu bukan anak abanglah? Betul kan? Huh, kalau betullah, itu bukan anak abang jadi.. Qaliesya tu sama aje macam pe.."belum sempat Zafriel menghabiskan ayatnya, Farah sudah mencelah.

"Abang jangan sesekali panggil Qaliesya macam itu. Saya kawan dia dan saya kenal siapa Qaliesya. Dia takkan berani untuk buat benda-benda bodoh yang merosakkan diri macam itu." balas Farah. Berdesing telinga Farah bila Zafriel katakan begitu.

Farah mengetap bibir. Akhirnya wajah Zafriel dipandangnya dengan wajah ragu-ragu. Satu keluhan kecil dilepaskannya.

"Anak tu.. hmm, memang anak abang Zaf. Qaliesya sendiri yang beritahu saya, abang adalah ayah kepada anak yang ada dalam rahimnya. Saya dah berkali-kali cuba untuk pujuk Qaliesya beritahu abang tentang ni tapi dia taknak."beritahu Farah tanpa secalit pun tertinggal.

Zafriel mengangguk kecil. "Abang dah agak yang anak itu anak abang.." ujar Zafriel perlahan. Tak lama lepas itu, bibirnya menguntum senyum nipis.

Lega sedikit perasaannya bila Farah beritahu perkara yang sebenar. Terus hilang rasa ragu-ragu yang tadi menghimpit perasaannya. Terbit rasa gembiranya bila mendengarkan kenyataan Farah itu. Yurp, siapa tak gembira bila dapat tahu dia bakal menjadi seorang bapa?

Farah yang mendiamkan diri menarik nafas dalam. "Abang, satu saja yang saya nak minta pada abang. Boleh tak, abang tolong jaga Qaliesya itu? Dia selalu kata yang dia okey tapi saya tahu yang dia tak okey. Dari luar, memang dia nampak baik aje tapi saya tahu belakang semua, dia sedih. Berat beban yang dia perlu pikul. Saya harapa abang boleh jaga dan rawat dia." ujar Farah dalam nada penuh mengharap.

Sebak dadanya bila lihat Qaliesya yang kadang tersenyum, kadang menangis. Bukan dia tak tahu, bila Qaliesya berkurung dalam bilik.. gadis itu akan menghabiskan masa nya dengan menangis dan menangis. Sebagai kawan, Farah sesih melihat keadaan Qaliesya begitu.

"Tapi, tak lama lagi, abang akan kahwin dengan Tini. Abang.. tak boleh nak menolak."ujar Zafriel perlahan. Yurp, itulah masalahnya sekarang.

Kemahuan nendanya mesti dituruti. Kalau A kata nendanya, A jugalah Zafriel kena buat. Kalau ikutkan hati nya, dia mahu bersama dengan Qaliesya berbanding Kartini namun nenda adalah penghalang terbesar nya buat masa sekarang ni.

Farah mengetap bibir. "Kalau macam itu, abang tengok-tengoklah Qaliesya. Hmm.. saya yakin kalau abang ada kat sebelah dia, mungkin beban dia akan jadi lebih ringan."ujar Farah masih dalam nada memujuk.

Zafriel menarik nafas dalam lalu menghembuskannya keluar. "Abang akan fikirkan."
...
Bunyi gugusan kunci dari luar buatkan aku memusingkan kepalaku ke belakang. Tahu saja aku siapa gerangan orang yang akan masuk ke rumah sebentar nanti. Farah memasuki rumah dengan wajah yang lelah aku pandang dengan senyuman.

Bukan main gamak terkejut Farah bila lihat aku di ruang tamu. Aku pula sudah ketawakan reaksi terkejutnya. Gaya macam nampak hantu aje terkejutnya itu.

"Bila kau balik ni? Bukan kau kata kau nak duduk rumah mak ayah kau sebulan ke? Ni, apahal balik rumah aku pula ni?"bertubi soalan meluncur laju keluar dari mulut Farah. Dia melangkah ke arahku lalu ambil tempat disebelahku. Bantal mini yang terletak kemas di atas sofa dipeluknya.

Aku tersenyum. Drama sendu petang itu langsung tidak memancing fokusku.

"Aku nak duduk sekejap aje kat rumah kau ni. Yalah, mak dan ayah aku sibuk siapkan rehearsal untuk majlis adik aku. Erm.. aku pun, kebosananlah kat rumah."jelasku sambil buat memek muka bosan.

Farah sekadar menyungging senyum bila dengar ceritaku. Nampak jelas kejanggalan pada senyumannya itu.

"Kau pula dari mana?"soalku bila hening menyambut kami berdua.

Jarang Farah diam macam ni. Selalunya banyak cerita yang dia potpet kan sampai aku pula yang rasa nak tutup telinga. Tetapi hari ni dia nampak lain. Seperti sembunyi kan sesuatu daripada aku.

Farah sudah melarikan pandangan nya ke tv. Lagaknya seperti mahu mengelak daripada memandang aku.
"Aku keluar kejap. Jumpa kawan." balasnya dalam nada mendatar.

"Owh."jawabku mengiakan kata-kata nya itu.

Terus aku kembali menonton drama sendu petang itu. Aku dan Farah sama-sama diam menikmati drama 'Ketika Hujan Berlagu' lakonan Remy Ishak dan Izara Aisyah. Sedih jugalah.

"Weiyh,  aku nak tanya sesuatu kat kau, boleh tak?"soalan Farah memancing perhatianku. Serta-merta aku alihkan pandanganku pada kawan baikku itu.

Berkerut juga dahi aku. Kalau nak tanya, tanya ajelah. Tak perlulah nak meminta izin bagai. Pfft.. Farah sudah berubah jadi orang sopan ke?

"Apa dia?"

"Kau yakin ke tak nak beritahu Abang Zaf tentang anak kau ni? Maksud aku, erm.. dia berhak tahu sebab darah yang mengalir dalam badan baby kau tu, darah daging dia juga kan?"Farah sudah mulai membuka bicara.

Aku tergamam. Satu keluhan aku lepaskan. "Kenapa kau nak bincang fasal hal ni? Huh.. aku taknak susah kan dia."ujarku perlahan.

"Habis itu kau, kau macam mana? Kau nak diamkan aje benda ni? Tolonglah, Qal. Jangan degil, please. Beritahu Zafriel fasal hal ni." luahan Farah itu buatkan sengihan sinis ku meleret.

Wajah gadis itu aku pandang dengan perasaan geram dan marah namun kelihatan sinis.

"Okey fine, aku akan beritahu tapi cuba kau fikir. Apa yang aku akan dapat kalau aku beritahu dia semua ni? Dia akan gembira ke? Huh.. nope. Dia takkan gembira sebab anak aku ni akan menyusahkan dia dengan Kartini!"gertakku kasar lalu terus pergi meninggalkan ruang tamu.

Panas betul hati aku. Yurp, aku marah kerana Farah masuk campur dalam hal aku. No way, aku akan beritahu Zafriel.. Rasanya, dia tak perlu tahu kot.
...

Continue Reading

You'll Also Like

6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

184K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
2M 97.3K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
1M 46.4K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara