Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔C...

Oleh Choco_Lyn

2.2M 61.8K 1.3K

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tap... Lebih Banyak

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
Bab 39
Bab 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
EPILOG

Bab 10

32.8K 944 22
Oleh Choco_Lyn

Keluar sahaja dari perut kereta jenama Myvi yang aku pandu, terus mataku terpaku pada apa yang aku lihat. Bibirku menguntum senyum lebar apabila melihat dewan besar sudah ramai dengan para alumni yang satu badge dengan aku.

Farah dan aku saling bergandingan masuk ke dalam dewan besar. Makin senget senyumanku tatkala aku lihat ada beberapa mata menyinggah melihat sosok tubuhku. Pfft.. aku lupa nak ceritakan siapa aku sewaktu di universiti itu. Aku dahulu merupakan bekas ketua pasukan sorak universiti yang paling ramai diminati oleh lelaki.

Jadi, kerana itulah aku sering bertukar-tukar pasanganhampir setiap bulan. Bila bayangkan zaman kegemilangan masa itu, aku rasa bangga. Hmm.. tapi nampaknya kecantikan dahulu ku itu aku masih kekalkan sampai ke hari ini. Buktinya, masih ramai lagi mata memandang aku yang malam itu mengenakan dress merah kelabu paras lutut. Cantik? Of course!!

Makin memasuki dewan, lagu rancak yang membingitkan telinga makin menyapa halwa telingaku. Ya, itu yang aku mahukan. Rasanya sudah lama aku tak dengar lagu-lagu begitu selepas berlakunya penceraian antara aku dengan Zafriel.  Nak berehat daripada dunia setan untuk seketika.

Masuk sahaja ke dalam dewan, makin meleret senyumku. Aku lihat beberapa tetamu sedang menari sakan di tengah dewan. Ramai dan kebanyakannya aku sangat kenal. Beberapa gadis gediks yang lain menyapa aku dan kami sempat berborak gitu-gitu sebelum..

"Hye, babe.."sapaan suara dalam itu buatkan mataku beralih pada sesosok tubuh sasa seorang lelaki.

Farah yang berada di sebelahku sudah menjeling bila lihat wajah lelaki itu. Semak. Itu apa yang Farah rasakan ketika ini.

"Hmm, hye Eric." bila ada yang tegur, aku pun menggatal nak tegur. Aku takkan lupa siapa Eric sepanjang aku menjadi pelajar di universiti ini. Lelaki yang tak putus-putus mahu memikatku dan lelaki yang tak pernah berjaya tercalon sebagai ex-boyfriend aku.

"Can we talk for a while. I saja nak chill-chill with you. Lepaskan rindu." ayat pemanis itu Eric tuturkan. Huh, sama macam dulu. Masih nak memikat..

Aku berpandangan dengan Farah buat seketika. Jelas kelihatan riak wajah menyampah bermain pada wajah Farah bila Eric ada depan mata. Yurp, Farah memang anti dengan Eric kerana sikap playboy minta kakinya itu...

"Hmm.. aku nak pergi jumpa dengan Nadia and the gang. Nanti I will go to you." ujar Farah sebelum pergi. Sempat jelingan membunuh dia hadiahkan pada Eric namun lelaki itu balas dengan sengihan perli. So sexy..

Aku jalan bergandingan dengan Eric menuju ke salah sebuah meja tamu berbentuk bulat yang disediakan. Di atas meja sudah tersedia dua goblet yang terisi jus orange. Bibirku melirik sengih melihatkan itu. Aku tahu itu pasti kerja Eric.

"So, you memang dah prepare awal-awal semua ni untuk I ke, Eric? How sweet, you.."pujiku dalam perli sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Eric duduk mengambil tempat kosong di sebelahku.

"Of course, I know you akan datang. You kan suka tempat-tempat macam ni? Betul kan, babe?"

Aku hanya menyungging sengih. Walaupun Eric ni boleh tahan juga orangnya namun hatiku langsung tak terdetik untuk jadikan dia sebagai kekasih. Lelaki itu digilai ramai namun masih mengharap aku membalas cintanya.. Pfft..

"I dengar you dah bercerai dengan husband you so...erm, bolehlah lepas ni I kacau daun nak meminang you sebagai isteri I kan?"ujar Eric sambil menghidangkan goblet itu ke hadapanku. Sebingkis senyuman penuh makna Eric berikan.

Aku berlagak tenang. Ya, aku tahu kebanyakan di sini sudahpun dengar fasal penceraian aku dengan Zafriel itu. Di akhbar dan majalah juga, tajuk penceraian kami menjadi tajuk utama. Zafriel itu figura umum dan dia juga merupakan cucu kepada Engku Ziemah, ahli perniagaan paling tersohor di Malaysia jadi memang berita peribadi lelaki itu akan dijual akhbar kepada pembaca.

"Erm.. kalau betul you nakkan I jadi isteri you, you boleh sediakan cincin yang bertatahkan berlian mahal di dunia? Rumah yang paling besar? Dan juga kereta yang paling mahal? Boleh?" ujiku sudah tersengih sinis.

Kata-kataku itu disambut sinis oleh Eric. Jari telunjuknya mengelus bibir bawahnya sambil matanya redup memandng wajahku.

"Wou, apa yang you minta memang setimpal dengan apa yang I akan dapat. Patutlah I susah nak dapatkan you, nilai you sangat mahal, babe.." ujar Eric berura-ura mahu memelukku.

Namun pantas aku mengundur sambil tanganku menolak lembut dada Eric daripada menghampiri. Masih senyuman sinis terhias di bibirku.

"I bukan milik you so.. you jangan pernah terfikir dapat pegang I. Ingat tu, Eric."ujarku lembut namun dalam.

Ekor mataku melirik ke belakang Eric. Kelibat Farah yang mendekati kami buatkan senyumanku makin melebar. Yurp! Kau datang dalam masa yang tepat, Farah. I love it!

"Kau masih nak berlama kat sini ke? Tu... your babies cari you. Taknak jumpa dah ke?"perli Farah sambil berpeluk tubuh.

Eric mengetap bibir. Matanya terus dialihkan ke arah sekumpulan gadis yang bergelak sakan di meja berdekatan. Terus, Eric mengerling padaku semula.

"Babe, I'll see you later. Okey?" pinta lelaki itu sebelum meninggalkan aku dan Farah berdua.

Satu keluhan Farah lepaskan sebelum dia labuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahanku. Sempat matanya melirik ke arah Eric yang sedang bergelak sakan dengan kumpulan perempuan tersebut. Gatal!

"Kau ni, Qal.. orang macam si Eric itu kau masih nak layan. Huh! Tak faham betullah aku dengan kau ni.." tutur Farah tak puas hati.

Aku hanya mampu tersenyum pendek. "Bukan aku yang mula dulu, dia aje yang tergedik-gedik nak tegur aku. Kalau orang dah tegur, kita kena lah balas balikkan?"

"Haih.. memanglah tapi kalau dah ulat bulu yang menyapa, kau ignore aje. Menyampah aku tengok si Eric itu. Tak kesudah playboynya itu.."sempat Farah memerli Eric kerana kalau dah tak suka, yang buruk saja yang dia nampak. Baiknya tidak.

Satu anggukan kecil aku berikan. Mataku merenung kosong ke arah goblet yang diberikan Eric tadi. Air itu masih aku tak sentuh. Dalam kepala, aku masih ligat fikirkan seseorang.

Sesekali mataku melirik ke arah pintu utama dewan. Hmm.. mana dia ni? Mana Thaqif?!

"Kau ni Qal, dari tadi mata tu melilau. Kau cari siapa sebenarnya?" soal Farah yang sedar akan gerak geri mataku.

Akhirnya, satu keluhan keci terlepas dari mulutku. Kaki goblet itu aku sentuh. "Aku cari Thaqif. Aku yakin yang dia akan datang. Setiap tahun dia akan datang kalau ada majlis tahunan Universiti tapi.. takkanlah sekarang, dia tak datang pula.." keluhku sebak.

Rindu aku pada lelaki itu hanya Tuhan saja yang tahu. Setelah hampir berbulan aku tak jumpa dia, akhirnya ini saja masa untuk aku bertemu dengan lelaki itu. Aku sekarang bukan lagi isteri malah bukan lagi milik sesiapa kepada Engku Zafriel Syeikh. Peluang itu aku akan cuba untuk dapatkan Thaqif semula ke dalam pangkuanku..

Farah sudah naik menyampah bila aku sebut nama Thaqif. Tak habis-habis dengan lelaki itu..

"Aku rasa dia.." belum sempat Farah mahu menghabiskan kata-katanya. Bola mata gadis itu terus mencerlung ke arah pintu utama. I-Itu bukan ke...

"Thaqif?"

Bila Farah menyebut nama lelaki itu, terus aku memusingkan tubuhku ke belakang. Lebar senyumanku terukir sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipiku bila mata ini memandang wajah lelaki itu. Lelaki yang aku pernah cintai dahulu..

Tanpa pamitan, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke arah Thaqif. Farah yang melihat reaksi drastik ku itu sudah tercengang. Nampak ketidaksabarannya aku mahu berjumpa dengan Thaqif... sebab aku rindukan dia.

"Qaliesya?"buntang mata Thaqif tatkala bersemuka empat mata denganku.

Aku sudah meleret senyum. Wajah Thaqif yang sudah lama tidak aku jumpa aku pandang lama. Rindunya aku dengan Thaqif. Janggut halus yang tumbuh disekitar dagunya menampakkan sedikit kelainan pada lelaki itu.

"Biy, I miss you.."ujarku tanpa rasa segan.

Pada masa yang sama, Farah yang memerhati sekadar menggelengkan kepala. Haihlah, Qaliesya. Kau ni gelojoh sangat bila jumpa dengan lelaki yang kau cintakan sangat itu. Naik menyampah pula Farah tengok..

"Hye, my baby.." suara gatal itu menyapa halwa telinga Farah. Geli gelaman Farah dibuatnya.

Terus ekor mata Farah menjeling tajam ke arah Eric yang mengambil tempat berhadapan dengannya. Eric masih dengan senyuman menggoda nya.

"I bukan baby you lah. Tak cukup nak baby kan Qal, sekarang you nak try baby kan I pula?" soal Farah dalam nada geram.

"Chill lah babe. I know you pun sebenarnya nak I panggil you 'darling' kan? Hmm.. you pun not bad juga. Still sexy pada pandangan I." getus Eric.

Farah sudah mengacip gigi. Dia menjeling sekilas pada Eric sebelum matanya memandang Qaliesya dan Thaqif. "Mulut you jangan cabul sangat, Ric. Kalau you cakap benda merepek lagi, lidah you tu I akan sabit."ugut Farah dengan suara mendatar.

Ugutannya itu langsung tidak menaikkan rasa takut dalam diri Eric. Malah, dia ketawa mengekek mendengar ugutan 'nakal' Farah. Selesai sahaja dia ketawa, matanya turut sama melirik pada adegan yang sedang berlaku antara Qaliesya dengan Thaqif. Sengihannya kembali menyenget.

Pfftt..

"I kesian dengan Iesya, my babe. I yang minatkan dia, dia taknak.. si Thaqif yang dah jadi milik someone itu, dia tercari-cari."selambar ayat itu dihamburkan oleh mulut Eric.

Kata-kata Eric berjaya buatkan perhatian Farah beralih pada lelaki itu. "What do you mean by milik someone? Thaqif bercinta dengan orang lain ke?"

"Pfft.. I fikir you tahu? You kan radio bergerak Qaliesya."sempat perlian itu diberikan sebagai jawapan.

Sakit juga hati Farah bila dikatakan sebagai radio bergerak tapi marah itu disimpan dulu. Yang penting, dia nak dengar story fasal Thaqif.

"Just story, dude?!"

"Okey fine. Beberapa minggu lepas, I jumpa Thaqif. Waktu itu, dia keluar dengan seorang perempuan yang bertudung labuh. After I asking him who the girl beside her, he says that the girl is his fiance.."penjelasan Eric berjaya buatkan Farah kelu lidah.

Pang!!!!

"I tak sangka you sanggup buat I macam ni, Thaqif?! Setelah apa I cuba buat untuk you, ini yang you balas?!"gertakku sebelum melarikan diri meninggalkan majlis.

Terpana Farah bila lihat Qaliesya meninggalkan majlis. Di sebelah Thaqif, matanya terpaku pada seorang perempuan bertudung labuh yang sedang mengurut pipi Thaqif.

"Qaliesya.."baru sahaja Farah mahu berlari mendapatkan Qaliesya yang sudah jauh. Namanya diseru oleh Eric.

"What?!"gertak Farah geram. Matanya merenung maut pada Eric yang sudah meleret sengih sinis. Jantan tak guna!

"I lupa nak endingkan cerita I. Baru tiga hari lepas diorang berkahwin. A good story right?"ujar Eric dalam tenang.

Farah ketap bibir. Mahu saja dia menyepak bibir Eric dari terus tersenyum namun sekarang Qaliesya lebih penting.

"I'll setel you later, Eric!"getusnya sebelum berlari meninggalkan Eric sendirian.
...
...

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.8M 61.5K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
206K 16.3K 16
*ੈ✩‧₊˚ Dumb&Dumber Universe >> "𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗰𝗵𝗲𝗮𝗽, 𝗜'𝗺 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝘁𝗼 𝗮𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀," ❝Aku tak mudah dibuat jatuh cinta. Maka percayalah, kau san...
1.1M 42.3K 63
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah...
2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...