[OG] Stay With Me + Taehyung

By Nadhylee07

269K 26.2K 5.9K

❛No matter what, I want you to stay with me..forever ❜ FANFIC 13+ Highest ranking #5 in fanfiction ... More

#SWM
◾ PART 1 ◾
◾ Part 2 ◾
◾ Part 3 ◾
◾ Part 4 ◾
◾ Part 5 ◾
◾ Part 6 ◾
◾ Part 7 ◾
◾ Part 8 ◾
◾ Part 9 ◾
◾ Part 10 ◾
◾ Part 11 ◾
◾ Part 12 ◾
◾ Part 13 ◾
◾ PART 14 ◾
◾ PART 15 ◾
◾ PART 16 ◾
◾ PART 17 ◾
◾ PART 18 ◾
◾ PART 19 ◾
◾ PART 20 ◾
◾ PART 21 ◾
◾ PART 22 ◾
◾ PART 23 ◾
◾ PART 24 ◾
◾ PART 25 ◾
◾ PART 26 ◾
◾ PART 27 ◾
◾ PART 28 ◾
◾ PART 29 ◾
◾ PART 30 ◾
❀ New Book ❀
◾ PART 32 ◾
◾ PART 33 ◾
◾ PART 34 ◾
◾ PART 35 ◾
◾ PART 36 ◾
◾ PART 37 ◾
◾PART 38◾
◾ PART 39 ◾
◾ PART 40 ◾
◾ PART 41 ◾
◾ PART 42 ◾
◾ PART 43 ◾
◾ PART 44 ◾
◾ PART 45 ◾
◾ PART 46 ◾
◾ PART 47 ◾
◾ PART 48 ◾

◾ PART 31 ◾

5.3K 507 97
By Nadhylee07

AKU menolak pintu pagar kecil di luar rumah untuk membuang sampah. Ingat nak ke pasaraya hari ni untuk beli barang dapur tapi Taehyung tak benarkan aku pergi sorang-ii. Katanya, tunggu dia pulang dari kerja baru dia bawak aku ke sana. Serius, aku bosan duduk rumah sorang-ii.

Aku melepaskan keluhan berat.

Sedang aku membuang sampah, lengan kecilku tiba-ii ditarik dari belakang. Secara automatik tubuhku berpaling dan plastik sampah yang aku pegang tadi terus terlepas dari tanganku. Aku tergamam sebaik sahaja melihat wajah lelaki yang cukup aku kenali. Dia merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Wajahnya tampak pucat. Matanya sedikit merah dan sayu. Aku tak pernah sangka yang dia akan datang mencari aku kat sini.

"Ara.."

Cepat-ii aku menepis tangannya. Namun, belum sempat aku mengundur, tanganku direntapnya perlahan, buatkan langkahku serta merta terhenti. Aku cuba menarik semula tanganku tetapi gagal. Genggamannya makin kejap dan aku hanya mampu merintih kesakitan.

"Jimin..auch! Awak nak apa lagi?!"

"Aku perlukan kau, Ara. Please, I need you so much" Dia mula menggenggam kedua dua belah tangannku.

Aku meronta.

"Lepaskan saya..saya merayu sangat"

"Dengar dulu apa aku nak cakap. Please.." rayunya

"Tolonglah pergi. Jangan ganggu saya lagi!"

"Kenapa kau ni degil sangat ha? Kan aku dah cakap, aku takkan sesekali lepaskan kau. Aku dah bersusah payah cari kau, tak mungkin aku akan lepaskan kau macam tu aje"

Jimin merangkul pinggang kecilku dan menarik tubuhku rapat dengannya. Dia cuba mencium bibirku namun aku dengan pantas menolak tubuhnya.

"Awak dah gila ke?!"

"Ara..Tak boleh ke kau cuba terima aku? Aku betul-ii sayangkan kau dan kau tak tau betapa sakitnya aku bila asyik teringatkan kau setiap masa. I can't live without you, sayang"

Dia mencapai tanganku semula..

"Jimin, stop! Please..Nanti orang nampak!" aku pandang sekeliling. Takut nanti ada jiran memerhati dan mereka mungkin akan salah faham bila melihat keadaan kami yang terlalu rapat macam ni.

"Aku tak kisah kalau orang nampak pon. Biar mereka tau yang kau cuma milik aku seorang"

"Awak sedar tak yang saya ni isteri orang?"

"I don't care! Tolonglah..Ara. Tolong jangan buat aku macam ni. Tak boleh ke kau tinggalkan Taehyung dan terima aku dalam hidup kau? Aku akan buat kau bahagia, Ara. Aku boleh bagi apa je yang kau nak. Duit? Kereta? Rumah? Semua aku boleh bagi"

Aku tergamam. Dasar lelaki gila!

"Saya tak ingin pon semua tu! Taehyung tu suami saya. Kenapa saya perlu tinggalkan dia? Lagipon, kitorang bahagia hidup bersama. Saya cintakan dia. Saya cintakan lelaki bernama Kim Taehyung dan cuma dia seorang je yang boleh buat saya bahagia!"

"Aku akan buat kau cintakan aku, Ara. Kalau kau tak tinggalkan jantan tu, tahulah apa nasib dia nanti dan aku takkan teragak agak nak bunuh dia. Kau jangan menyesal suatu hari nanti" dia ketawa sinis.

"Awak memang dah gila!"

Aku cepat-ii meninggalkan lelaki itu. Namun, belum sempat aku masuk ke dalam, tangan kananku direntapnya kasar

"Kau tak boleh ke mana-ii, Ara!"

Aku menoleh ke arah lelaki itu. Tangannya aku gigit dengan kuat sebelum aku berlari masuk ke dalam semula.

Jimin menjerit kesakitan. "ARA!"

Terketar ketar tanganku ketika aku cuba mengunci pintu pagar kecil semula. Sebaik sahaja dikunci, aku mengundur setapak ke belakang sambil memegang dada kiriku.

Aku takut.

"Ara! Ara!"

Dia memanggilku sambil memukul mukul pintu pagar.

"Yah! Bukak pintu pagar ni!"

Aku pejam mata rapat-ii.

Kepala kugeleng dengan perlahan sebelum aku berlari masuk ke dalam rumah.

----------

"SAYANG.." aku membuka mata perlahan pahan apabila terdengar satu suara memanggilku

Terus aku bangun dari sofa. Pandang dihala ke arah Taehyung yang sedang menghampiriku. Dia meletakkan briefcafe di tepi sofa sebelum melabuhkan punggung di sebelahku.

"Mian. Saya tak sedar pon awak dah balik"

Taehyung merenung wajahku untuk beberapa saat sebelum tapak tangan kanannya mendarat di pipiku. Sebelah lagi mencapai tanganku.

"Gwenchana?"

Aku cuma kerut dahi. Pelik bila dia tanya soalan macam tu. Apa muka aku ni nampak macam orang sakit ke?

"Tae—"

"Awak menangis ke tadi?" potongnya.

Aku terdiam lalu menunduk.

Mungkin mata aku masih kelihatan merah dan sembab. Entah kenapa aku rasa sedih bila memikirkan kata-ii Jimin tentang suamiku tadi. Aku tak mahu memikirkan hal itu lagi. Aku nak lupakan semuanya. Mungkin sahaja lelaki itu cuma nak menakutkan aku.

"Hey.."

Taehyung mencapai daguku lalu mengangkat wajahku semula. Aku menggigit bibir apabila anak matanya berlari ke serata wajahku.

"Tell me what's wrong. Ada sesuatu yang mengganggu awak ke?" soalnya sambil mengusap lembut belakang tanganku.

Aku cepat-ii menggeleng.

"Takde pape. Saya kan baru bangun. That's why mata saya nampak letih" bohongku. Aku tersenyum kecil.

"Sayang.."

"Dahlah. Awak nak makan tak? Saya masak kejap"

Baru sahaja aku nak bangun, Taehyung menarik aku duduk semula. Aku melihat wajah suamiku berubah serius "Tell me the truth"

"Apa awak ni? Saya okay jelah. Takde apa pon"

"Ara. Saya kenal awak macam mana. Awak tak pandai berbohong" kening Taehyung naik sebelah.

"Kenapa dengan awak ni?"

"Saya tahu ada benda tak kena"

"Taehyung—

"Awak ada sorok sesuatu dari saya kan?"

"Saya cakap takde pape. Saya okay"

"Just tell me the truth, Ara. Susah sangat ke nak bagitau apa masalah awak?" Taehyung tiba-ii meninggikan suaranya

Aku terdiam

Kami sama-ii mendiamkan diri. Wajah Taehyung aku pandang untuk beberapa saat sebelum aku berpaling ke tempat lain. Mataku mula terasa panas dan berair. Entah kenapa aku ni mudah sangat menangis. Hati tisu betul lah aku ni!

"Kan saya dah cakap yang saya tak pape. Saya okey je. Tak payahlah nak marah-ii. Saya memang takde masalah apa pon. Awak je yang melebih lebih. " aku tahan nangis. Suara tergelam timbul macam budak kecil menangis tak dapat jajan.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Perlahan lahan dia membawa aku ke dalam pelukan.

"Saya minta maaf" ucapnya.

Aku melekapkan tangan ke dada Taehyung. Lalu, tubuhnya aku tolak dengan perlahan. Aku sedikit terasa dengan percakapan suamiku tadi. "Jangan sentuh saya"

"Sayang..Look, I'm so sorry okay? Saya tak bermaksud pon nak marahkan awak. Of course lah saya risaukan awak sebab awak isteri saya. Saya cuma tak nak awak pendam masalah awak tu seorang-ii" ucapnya. Bibirnya mencium dahiku lama.

Aku mengesat air mata sambil mencebik. Risau pon tak payahlah sampai nak marah-ii

"Awak cakap nak pergi pasaraya beli barang kan? Dah, pergi siap cepat" Taehyung cuba memujuk.

Aku hampir terlupa pasal ni. Nak beli barang pon dah takde mood.

"Lain kali jelah. Saya takde rasa nak keluar rumah hari ni. Saya masak je apa yang ada kat dapur nanti"

"Sayang nak masak apa?"

"Nasi goreng boleh? Awak tak kisah kan?" soalku. Aku mula mengangkat punggung dari sofa.

"Nasi goreng?" Taehyung berfikir sejenak sambil tangannya mengusap dagu. Kemudian, dia tersenyum sambil mengangguk. "Boleh, sayang. Saya makan je apa yang awak masak"

Aku mengangguk perlahan. Taehyung turut bangun dan membontoti aku dari belakang apabila aku mula berjalan ke arah dapur. Sesekali dia mencuit pinggang kecilku. Aku cuma menjeling tajam ke arahnya. Bila aku menampar lengannya, dia cuma tersengih macam kupang busuk.

Aku tahu dia cuba nak pujuk aku balik dan buat aku tersenyum tapi aku cuma buat tak tau. Malas nak melayan. Aku biarkan aje dia buat apa yang dia nak. Sapa suruh sakitkan hati aku! Padan muka. Buatlah macam mana sekalipon untuk pujuk aku balik. Ingat senang ke nak buat aku senyum semula?

Huh!

----------

AKU melangkah keluar dari bilik air sebaik sahaja selesai mandi. Rambut yang masih basah aku kesat dengan tuala kecil sambil membawa diri ke arah almari pakaian. Hampir telompat aku dibuatnya apabila melihat Taehyung sedang tertidur di atas kerusi meja kerjanya.

Mungkin penat sebab tolong aku masak kat dapur tadi. Yelah, balik-ii je terus buat kerja. Mana tak penat.

Dengan pantas aku mengambil pakaianku dari dalam almari. Sekejap-ii aku menoleh ke arah Taehyung apabila aku mula menyarung baju tidurku. Dia masih tidur dan aku menarik nafas lega. Takut jugak tiba-ii dia terjaga nanti. Tak pasal-ii aku menjerit macam orang gila karang.

Usai memakai baju, aku terus keluar dari bilik dan turun ke dapur untuk membuat kopi. Taehyung ada mintak aku buatkan kopi tadi sebelum aku mandi. Tapi tak sangka pulak dia boleh tertidur sambil menunggu aku habis mandi.

Lantas aku mencapai cawan dan mula membancuh. Sebaik sahaja selesai, aku membawa air kopi itu ke bilik. Perlahan lahan aku menolak daun pintu bilikku. Kelihatan Taehyung masih tertidur di atas kerusi itu. Aku terus mendekati suamiku lalu cawan itu aku letakkan di atas meja. Aku cuba kejut dia tapi sikit pon dia tak bergerak.

"Tae..kopi dah siap bancuh dah ni" aku menepuk perlahan bahunya. Dan dia masih lagi tak bergerak

"Tae..bangunlah"

Diam.

"Tae.."

Aku mencebik.

Wajahnya kemudian aku tenung dengan lama. Bibirku secara automatik tersenyum ketika aku sedang asyik melihat wajah tampan suamiku. Aku menunduk sedikit untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Wajahnya begitu kacak sekali walaupun sedang tidur. Tak hairanlah kalau ramai gadis mahu mendekatinya terutama di pejabat.

Tanpa sedar, aku menyentuh kulit wajah suamiku. Dari keningnya, matanya dan kemudian turun pada hidung mancungnya pula. Akhirnya, jariku mendarat di bibir merahnya.

Aku menelan liur.

Lama aku tenung bibirnya itu. Entah kenapa seperti ada magnet yang menarik wajahku rapat ke wajahnya. Aku pejam mata rapat-ii bila terasa bibir kami hampir bersatu.

Degupan jantungku menjadi laju.

Semakin dekat dan dekat dan dekat dan..—

Did you see my bag?
Did you see my bag?
Teuropideullo baegi gadeukhae

How you think bout that?
How you think bout that?
Haterdeureun beolsseo hageul tte

Mataku terus tercelik kerana terkejut. Aku pandang handphone Taehyung yang sedang berbunyi di atas meja. Bila aku toleh ke depan semula, mataku terbuntang luas.

Aku tergamam.

Wajah kami masih rapat dan Taehyung sedang merenung aku sambil tersenyum nakal.

Wajahku membahang. Cepat-ii aku menjarakkan kepala. Aku mengundur setapak ke belakang namun, belum sempat aku melarikan diri, Taehyung menarik pinggangku dan secara automatik aku jatuh terduduk di atas ribanya.

TBC

----------

// Why so cute >< //

.
.
.
.
Thanks for reading gais and tak lupa jugak bagi yang masih setia dengan ff ni walaupun dah lama tak hapdet. Mian buat korang tertunggu tunggu. Kalo ada yang still menunggu lah 😀 Huehue. Hope korang enjoy baca citer ni and jangan lupa tinggalkan komen sekali tau 😘💕

K bye ❤💕

Continue Reading

You'll Also Like

82K 8.8K 57
Aku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dulu telah dibuang akibat kemalangan. -Han...
61.5K 305 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
119K 3.6K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
4.3K 619 51
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...