Encik Playboy

Da Kimchimansae

248K 6.8K 943

Hanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima... Altro

◆Chapter 1◆
◆Chapter 2◆
◆Chapter 3◆
◆Chapter 4◆
◆Chapter 5◆
◆Chapter 6◆
◆Chapter 7◆
◆Chapter 8◆
◆Chapter 9◆
◆Chapter 10◆
◆Chapter 11◆
◆Chapter 12◆
◆Chapter 13◆
◆Chapter 14◆
◆Chapter 15◆
◆Chapter 16◆
◆Chapter 17◆
◆Chapter 18◆
◆Chapter 19◆
◆Chapter 20◆
◆Chapter 21◆
◆Chapter 22◆
◆Chapter 23◆
◆Chapter 24◆
◆Chapter 25◆
Chapter 25 (Watpadd Buat Hal)
◆Chapter 26◆
◆Chapter 27◆
◆Chapter 28◆
◆Chapter 29 (Full)◆
◆Chapter 29(Full)◆
◆Chapter 30◆
◆Chapter 31◆
◆Chapter 32◆
◆Chapter 33◆
◆Chapter 34◆
◆Chapter 35◆
◆Chapter 36◆
◆Chapter 37◆
◆Chapter 39◆

◆Chapter 38◆

5.1K 130 11
Da Kimchimansae

Tubuh kecil Fayyan dipeluk erat selepas kunci kereta diletakkan di atas meja yang berdekatan.Puan Aisyah yang berada di sebelah seperti tidak wujud sahaja.Hatinya terasa sebak apabila kesalahan-kesalahan lalu mula memasuki kembali ruang fikiran .Kesalahan dia menghina Isya,kesalahan dia tidak menjaga Isya dengan baik dan kesalahan dia tidak boleh menjadi suami dan ayah yang baik.

"Alhamdulillah.Ibu happy tengok Sya dapat terima Firash semula."Kata Puan Aisyah selepas dia menghenyakkan punggungnya disebelah anak perempuannya.Mata Isya dikerling memandang ke arah suaminya yang tidak lepas memeluk Fayyan.

"Sya kesiankan dia.Sampai bila Sya nak hukum dia.Lagipun Fayyan perlukan kasih seorang ayah.Tengok tuu.Tak nak turun Fayyan dapat dukung dengan papa dia."Balas Isya sambil tersenyum sedikit.

"Lepasni Sya kena ingat,walau apa pun jadi Sya kena bawak berbincang dengan Firash.Kesiankan Fayyan tuu."Pesan Puan Aisyah.

"Yea bu."

"Sayang,Abang bawak Fayyan naik atas dulu keyh?Macam nak tidur je."Sampuk Firash daripada belakang Isya dan juga Puan Aisyah.Tubuh kecil Fayyan digosok perlahan sambil kepalanya dilentokkan di bahu Firash.
"Okeyh.Nanti Sya naik bawak susu dia."Balas Isya sedikit.

Firash hanya mengangguk sahaja sambil mulutnya tidak berhenti-henti berzikir di telinga kecil Fayyan.

Pintu bilik yang dibuka sedikit itu ditolak perlahan oleh Isya apabila matanya menangkap mata Fayyan yang sudah layu terbaring diatas katilnya sendiri.

"Meh sini.Biar abang susukan dia."Kata Firash sedikit perlahan sambil menghulurkan tangannya meminta botol susu biru laut itu daripada tangan isterinya.

"Tak apa.Biar Sya buatkan.Abang pergilah mandi."

"Bagilah abang buat.Sebelum ni abang tak ada peluang nak buat semua ni."Balas Firash sayu.Isya memandang tepat kedalam mata suaminya,jelas Firash kecewa dengan masa lalunya.Isya nampak itu!

"Siapa suruh buat hal."Bebel Isya sendiri.Mata isterinya dipandang tajam apabila telinganya dapat menangkap jelas apa yang dikatakan Isya itu.

"Sya,betul-betul tak boleh lupa kee apa yang dah jadi sebelum ni?Abang nak kita mulakan hidup baru dengan Fayyan,bukan dengan kesilapan-kesilapan Abang dulu."Balas Firash sedikit perlahan sambil tangannya mengambil botol susu anaknya itu ditangan Isya.

Mata Isya lansung tidak pandangnya.Sedikit pun dia tidak berani.Bila hal lama dibangkitkan dia tidak berani untuk bertentang mata dengan isterinya.Segala kelakuannya sebelum ini bagaikan jelas terpancar didalam mata Isya sendiri.

"Sya mandi dulu."Kata Isya menukar topik.Jujur dia tiada niat untuk mengguris hati suaminya sendiri.

"Abang!"Panggil Isya sebelum kakinya menyentuh jubin lantai bilik airnya.Firash buat-buat tidak dengar sahaja.Memang hatinya meronta-ronta untuk menoleh ke arah isterinya tetapi ada baiknya dia jual mahal sekejap.

"I love you."Sambung Isya.

Firash sudahpun tersenyum sendiri tetapi dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan senyuman itu.

"Abang!Dengar tak?I LOVE YOU tau?"Sambung Isya lagi.Kali ini hanya kepalanya sahaja yang nampak di belakang pintu.

"Sejak bila Auffa Aliesya pandai goda bekas playboy ni?Siapa ajar ni?"Firash memberi respon setelah senyuman yang tadinya cuba untuk disembunyikan keluar sendiri.

"Abang Izz."Jawab Isya selamba.Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya sebelum pintu bilik air itu tertutup rapat. Baru saja Firash mahu mengejar,Isya sudahpun menutup rapat pintu bilik air itu.

Firash menarik nafas sedalam-dalamnya apabila mendengar suara kecil Isya yang ketawa dapat mengenakan suaminya itu.

Tiba-tiba sahaja nama Izz bermain di benak fikiran Firash.Cemburu dengan lelaki yang bernama Izz?Ya!Sangat Cemburu.Tetapi Dalam diam bersyukur Izz menjaga Isya dan Fayyan untuknya selama 2 tahun ini.Daripada anaknya kecil lagi.Jika tiada Izz siapa lagi mahu membantu?

**
"Sayangg!Cepatlahh.Abang dah lambat niee."Laung Firash daripada bawah tingkat rumahnya.Masuk kali ini sudah berapa kali dia melihat jam di dinding dan jam tangannya secara bergilir.

Hari ini dia ada meeting dengan klien daripada Jepun,Hari ini jugalah Isya mahu menumpangnya.Perempuan memang kalau bersiap boleh habis satu perlawanan bola.Bebelnya sendiri.

"Ishh sekejaplah.Habis comot bibir Sya nie."Ujar Isya selepas Firash menjerit memanggilnya buat kali ke berapa.Lipstick merah jambu ditangan diletakkan didalam handbag nya dan tisu dikeluarkan untuk mengelap kesan Lipstick di tepi bibirnya.

"Wife abang ni kalau tak makeup lagi cantik."Balas Firash sambil tangannya mengelap kesan lipstick di tepi bibir isterinya.Dia tersenyum lantas menarik tangan isterinya keluar kerana Dia betul-betul sudah lewat.Nasiblah Cafe Firsyad yang diusahakan oleh Isha dekat sahaja dengan syarikat Firash.

Isya mengeluh buat kali ketiga apabila matanya tidak dapat menangkap bayang-bayang Firash dihadapan Cafe nya.Sudah petang begini tetapi Firash tidak muncul-muncul.Inilah dipanggil JANJI MELAYUU!

"Janji nak ambik sebelum pukul 5 tapi sekarang ni dah nak dekat pukul 6 dahh.Baik akuu naik teksi je daripada tadi."Bebel Isya sendiri.Kalau bukan sebab keretanya rosak,sudah lama dia naik keretanya sendiri.

Matanya masih lagi dililaukan di jalan raya untuk mencari sekali lagi bayang-bayang keret suaminya sebelum dia mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja.

"Sakitlah!Lepaslahh!!I dah cakap kan I tak ada duit!"

Serentak Isya memandang ke arah suara perempuan yang menjerit-jerit tidak jauh daripada tempat dia sekarang.Suara ituu..Suara yang menginggatkan dia dengan masa silamnya dan juga Firash!

"I tak kiraa!Malam ni you kena layan jantan-jantan dekat luar sana and bagi I duit tu!Jangan sampai I sepahkan gambar you and viralkan!Jangan cabar I!Kata Lelaki itu dengan nada mengugut sambil tangannya seronok menarik rambut ikal mayang perempuan itu.

Baru sahaja Isya hendak mendekati pasangan itu,tangannya ditarik daripada belakang.Kerana terkejut,Isya terus memukul gerangan yang menarik tangannya menggunakan handbag nya.

"Syaa,ni abanglahh."Kata Firash memberhentikan Isya daripada terus memukulnya.

"Opsss.Sorry abang."Balas Isya sambil kedua-dua belah telapak tangannya dirapatkan dan matanya pula dikelip-kelip beberapa kali cuba untuk menggoda suaminya sendiri.

Kalau bukan dia diluar sudah lama dia menerkam 'mangsa' comel dihadapannya ini.

"Sakit.."Adu Firash dengan nada suara yang manja sambil menggosok lembut belakang bahunya sendiri.

Isya tidak menghiraukan kata-kata suaminya malah matanya sibuk mencari bayang-bayang pasangan yang bertengkar sebentar tadi tetapi malangnya gagal.

"Abang,tadi..."Firash mengangkat sebelah keningnya apabila Isya menggantungkan kata-katanya.

"Takk!Aku tak boleh bagitahu dia.Aku tak nak benda lama jadi balik!"Bebel Isya seorang diri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apalah.Jom."Sambung Isya lagi sambil senyuman dilemparkan kepada Firash.

**
Firash melepaskan pegangan tangannya bersama dengan Isya apabila iphone didalam poket seluarnya berbunyi minta diangkat.Nama "Muaz💦"tertera di skrin kaca iphone nya.Keluhan berat dilepaskan bila matanya menangkap nama Muaz.Pasti ada hal kerja!

"Sya,pergilah masuk dalam kereta dulu.Panas ni.Kesian anak abang."Arah Firash sebelum dia mengangkat panggilan daripada kawan baiknya yang tak pernah mengecewakannya itu.Muaz lah satu-satunya sahabatnya dunia akhirat.Tiada yang lain!

Isya hanya mengangguk sahaja.Belum sampai dia ke tempat parking kereta suaminya,tubuhnya dirempuh oleh satu susuk tubuh dihadapannya.Perempuan yang tidak cukup kain dan mukanya ditutup separuh menggunakan selendang merah.

"Sorry cik sorry."Ujar Perempuan itu meminta maaf kepada Isya.

Suaraa diaa....

"Yani?"Teka Isya sambil matanya cuba menelosori wajah perempuan yang menutup separuh mukanya itu.Hatinya tersentuh apabila matanya menangkap lebam-lebam di tepi mata perempuan dihadapannya itu.

Laju perempuan itu menggeleng apabila nama Yani disebut.Tak!Isya yakin Perempuan dihadapannya ini ialah perempuan yang sama merampas suaminya.Yess!Yani.

"Woi perempuan!"Sergah satu suara daripada sudut yang berbeza.Serentak Isya dan perempuan itu memandang ke arah suara itu.

Perempuan itu sudahpun berdiri dibelakang Isya untuk berlindung daripada lelaki yang sedang men ju kearahnya.

Yaa!Perempuan ni Yani!
Bisik hati Isya apabila melihat empunya suara itu adalah Irfan.

"Kau berani dekat,aku menjerit!"Kata Isya memberi amaran kepada Irfan yang berpeluh-peluh mungkin mengejar isterinya,Yani.

"Menjeritlah!Kau ingat aku takut?"Balas Irfan sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Masalah kau dengan Firash macam mana?Dah settle ke?"Sambung Irfan lagi sambil kakinya mendekati Isya dan juga Yani.Fayyan didalam dukungan Isya sudahpun menangis apabila melihat orang yang tidak dikenalinya.

"Kalau dah kenapa?Kau nak upah perempuan mana lagi untuk hancurkan rumah tangga aku?"Sampuk seseorang daripada tepi.Suara garau itu membuatkan air liur Yani rasa pahit untuk ditelan.Sudah 2 tahun dia menyembunyikan diri daripada lelaki itu.

Tangan Isya ditarik supaya dekatnya dan Yani pula dibiarkan tanpa ada rasa belas kasihan.Cukuplah sekali Yani hancurkan rumah tangganya.Selepas kejadian 2 tahun yang lepas,rasa kesian pada gadis itu lansung tidak ada didalam dirinya.Setitik pun tiada!

"Huh.Ada lagi rupanya.Ingatkan dah duduk dalam kubur."Balas Irfan sedikit perlahan tetapi boleh didengari oleh telinga tajam Firash.

"Kau sepatutnya gali kubur dulu!Mabuk tak habis-habis!"

"And kau perempuan!Jangan muncul depan muka aku,depan keluarga aku termasuk wife aku!Kalau kau nak belas kasihan,bukan dari aku or my wife!"Sambung Firash dengan suara yang lantang.Amarahnya naik secara tiba-tiba apabila melihat wajah Yani.Sampai dia mati dia akan ingat apa yang perempuan itu buat padanya sehinggakan Isya yang tidak salah menjadi mangsa.

"Sya boleh tak jangan kacau rumah tangga diorang?Hal diorang berdua biar diorang selesaikan sendiri!"Kata Firash dengan tegas setelah pintu keretanya ditutup.Isya terkejut bila Firash meninggikan suara kepadanya.Salah ke dia mahu membela Yani yang teruk dipukul Irfan?Ya dia tetap ingat,pasal Yani lah keluarganya berpecah belah.Tapi dia manusia biasa yang mempunyai rasa belas kasihan.

Isya hanya senyap dan memberikan Fayyan kepada Firash disebelah.Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap melihat kereta-kereta yang lalu lalang disitu.

"Sayang,Abang minta maaf.Bukan maksud Abang nak tinggikan suara dengan Sayang."Pujuk Firash sambil tangannya memegang tangan Isya.

"Sayangg.Abang just tak nak dia hancurkan keluarga kita lagi.Tu je.Cukuplah sekali Abang hilang Sayang.Cukuplah sekali Abang abaikan Sayang.Abang tak nak ulang semua benda Tu dah.Sayang faham kan?"Kata Firash memujuk isterinya yang tetap diam.Isya faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

"Ermm."

"Sayang maafkan Abang kan?"

"Ice-cream first!"

"No!Nanti Fayyan merengek nak jugakk.Fayyan ni pun macam mama dia.Pantang nampak Ice-cream."

"Okeyh.Suka hati abanglah."Mogok Isya.Matanya sekali lagi memandang keluar tingkap sambil mulutnya membebel mengumpat suaminya disebelah.

"Okehh-okehh.Ice-cream apa?"

"Favourite Abang."Balas Isya dengan senyuman manis dihadiahkan kepada Firash.Berterabur iman Firash melihat isterinya tersenyum begini.

**
Assalamualaikum😃Ingat saya lagi tak?😂Longg time No see yaa😭Memang lama cerita ni tak diupdate.Dah berhabuk watak-watak dalam ni.Sampai saya sendiri tak ingat siapa watak dalam ni and kena bacee dari mulaa untuk mulakan tulis balik😅.Inshaallah lepas-lepas ni saya akan selalu update and saye nak wat story baru😆.Papee roger my wall keyh. 😍

Don't forget to votes,comment and follow me 💕

02102017

Continua a leggere

Ti piacerà anche

50.2K 5.4K 33
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
63.7K 7.9K 15
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
138K 5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
801K 82.9K 66
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...