Mengapa Aku?

By lindaazhar2010

46.4K 1.8K 35

Mengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
50 (finale)
Bonus: A Happy Ending

49

1.1K 37 1
By lindaazhar2010

Mereka sampai di Tokyo Haneda International Airport  tepat jam 4.30 petang waktu Malaysia. Hari yang sedikit mendung.

"Alhamdulillah, kita sudahpun tiba di sini dengan selamat,"kata Ara ceria. "Jom! Selfie satu."

Mereka masing-masing mengirimkan gambar itu melalui Whatsapp kepada keluarga masing-masing.

"First thing first kita ambil beg dulu,"kata Dilla. Setelah hampir setengah jam, mereka mengambil bagasi dan terus keluar untuk teksi.

"Kau dah ada alamat apartmen tu?"tanya Ara. Dilla membuka mesej Datin Jamilah dan menunjukkannya kepada Ara.

"Teksi!"mereka berdua memanggil.

"Sumimasen, Kono adoresu ni itte kudasai (Tolong pergi ke alamat ini)," pinta Dilla sambil menunjukkan alamat yang diberikan. Pemandu itu memasukkan alamat ke dalam GPS nya dan terus memandu ke situ.

"Nihon de hajimete? (Pertama kali datang ke Jepun)," tanya pemandu itu.

"Hai, so desu (Ya, betul)," jawab Dilla.

" Ja, Nihon e yōkoso. (Selamat datang ke Jepun)," ucap pemandu itu mesra.

"Domo arigato gozaimasu (terima kasih banyak-banyak),"jawab mereka berdua serentak sambil menunduk sedikit.

"Anata no nihongo wa totemo yoidesu (Bahasa Jepun anda sungguh baik)," puji pemandu itu.

"Watashitachi ha besuto wo tsukusu. (Kami cuba yang terbaik)," balas Dilla.

"Sumimasen. Mareshia jin desuka? (orang Malaysia)?" Tanya pemandu itu lagi.

"Hai (Ya)," balas Dilla.

"Ojisan, e-to(pakcik tahu)?"tanya Ara pula.

Pemandu teksi itu ketawa.

"Selamat datang ke Tokyo," kata pemandu teksi itu. Dilla dan Ara pula ketawa.

"Terima kasih!"kata Dilla dan Ara serentak.

"Saya kenal orang Mareshia,"kata pemandu itu. Dilla dan Ara berbesar hati mendengar keramahan pemandu teksi itu. Mereka sampai ke bangunan apartmen yang mempunyai pengawal.

"Dilla Riana san to Zahara san...Watashi ni shitagatte kudasai(sila ikut saya),"kata salah seorang pengawal beruniform. Dia membawanya ke satu bilik kecil iaitu pengurus apartmen itu.

"Yōkoso, watashi Kaneshiro desu. Kore wa watashi no tenwabangōdesu (selamat datang,saya Kaneshiro.Ini nombor telefon saya)," lelaki 30an itu memperkenalkan diri.

"Watashi wa Dilla desu. Kono wa watashi no tomodachi Ara san. Housemate,"balas Dilla.

"Hai, wakarimashita. Kono wa house key. Anata no ie wa ni-kai ni arimasu(rumah anda di tingkat dua),"kata Kaneshiro. "Ja,Watashi ni shitagatte kudasai(please follow me)."

Kaneshiro membawa mereka ke apartmen itu. Cat berwarna putih, koridornya bersih tiada sebarang sampah. Dia membuka kunci rumah itu dan menjemput mereka masuk.

"Yosoko (selamat datang),"ucap Kaneshiro. "Anata wa ie ga sukidesu ka?(suka tak rumah ini?"

"Totemo,"jawab Ara gembira.

"Anata ga watashi ni kuru koto ga dekiru mondai (kalau ada masalah sila hubungi saya)," kata Kaneshiro tersenyum.

"Hai. Domo arigato gozaimasu," jawab mereka berdua.

"A...Anata no rinjin mo marēshia hitodesu(jiran anda juga orang Malaysia),"beritahu Kaneshiro.

"Hontoni?"tanya Ara. Kaneshiro mengangguk.  "Yokatta. Manager san. Domo arigato," ucap Ara ceria.

"Is our neighbour at home? We want to say hello,"tegur Dilla selepas melihat semua ruang di dalam apartmen itu.

"Kyo wa arimasen. Maybe next week he told me,"jawab Kaneshiro.

"Family?"tanya Ara.

"Iiee, he lives alone. Just shifted here," jawab Kaneshiro dengan bahasa Inggeris yang boleh tahan fasihnya.

"Ok manager san. If anything we will ask you for help,"kata Dilla mesra.

"This is a map of this area. Supermarket, clinic, bank everything," Kaneshiro menghulurkan peta itu kepada Dilla. "Be careful!" Kata Kaneshiro sebelum meninggalkan mereka berdua.

Apartmen dua bilik dengan ruang tamu dan dapur yang boleh sederhana besar sangat cantik dengan wallpaper hijau susu. Semua perabut lengkap dan tersusun.

"Wah...alhamdulillah kita dapat rumah macam ni,"kata Ara sambil membaringkan dirinya ke sofa untuk tiga orang itu.

"Alhamdulillah. Aku pilih bilik itu dan aku nak mandi dan solat,"kata Dilla sambil mengheret bagasinya.

"Kita nak makan apa malam ni cik kak?"tanya Ara.

"Kita makan makanan paling sedap dalam dunia. Maggi asam laksa. Esok kita tak kerja lagi jadi kita bolehlah cari barang dapur."

"Aku setuju sangat. Aku tak pandai masak aku cuma tolong tengok je," jawab Ara ketawa.

Segalanya berjalan lancar. Seminggu di tempat kerja bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun Ara dan Dilla tahu berbahasa Jepun mereka masih belajar membiasakan diri bekerja mengikut acuan orang di situ.

Setiap hari mereka akan pergi kerja dan balik bersama.

"Arghh penatnya...Ara kopi onegaishimasu...Ara fotostatto hayaku kudasai...Ara soko ni ikku...aduh penat tau," Ara mengadu sambil berjalan memegang lengan Dilla.

"Kau dan aku sama. We are in different department tapi suffering tetap sama."

"Manager san bagitahu jiran kita ada. Apakata kita jemput dia makan malam. We malaysians should stick together."

"Aku setuju. Aku ingat nak masak nasi lemak ayam berempah hari ni. Ok tak?"tanya Dilla.

"Aku suka aku suka. Kau ni ibarat macam chef personal aku. Apa je kau masak sedap di tekak aku,"jawab Ara ketawa. "Sebab tu mak aku tak risau aku kat sini."

"Kalau dah setiap kali upload gambar makanan yang aku masak kat instagram...aku rasa keluarga kita tak risau kot kita kat sini."

"Banyak benda lagi kita tak explore kan?"

"Nak explore macamana kita hujung minggu macam ada magnet kat rumah tak mahu keluar pergi mana-mana," tambah Dilla.

"Bukan apa takut dho...kalau ada boyfriend ka ada group jalan-jalan aku ok je,"balas Dilla.

"Banyaklah takut kau. Hari tu backpack pergi Paris sorang-sorang boleh pulak."

"Ei hello, ada tourguide tunggu kat sana."

"Dah sampai dah jom. Aku mandi solat dulu. Kau pi ketuk jemput jiran tu makan malam. Nanti lambat takut dia dah makan."

"Masak macam mak-mak, membebel pun macam mak-mak,"usik Ara. Dilla ketawa. Sampai di rumah Dilla terus masuk dan Ara mengetuk pintu sebelah.

Pintu terkuak dan Ara terpegun melihat jirannya. Lidahnya kelu,matanya terbeliak besar dan mulutnya ternganga.

"Kenapa? Tak percaya?" Sapa Razlan tersenyum. Ara menolak Razlan ke dalam rumah.

"Abang ke er Encik Razlan ke jiran kami?tanya Ara terkejut.

" Sejak bila berencik-encik ni?"tanya Razlan ketawa.

"Sejak kena marah dengan Dilla."

"Dilla marah?"tanya Razlan tak percaya.

Ara menggoyangkan kepalanya masih lagi cuba meresap realiti yang Razlan berada di situ.

"Dilla tak tahu...auntie Jamilah tau?"

"Dia kan mak saya,mestilah dia tahu."

Ara terpempan. Janganlah jadi perang sekejap lagi.

"Ara ni kenapa? Pucat semacam ni?"

"Abang dah dekat sebulan tak contact langsung dengan Dilla kan?"

"Hai mengira hari ke?"

"Ara sedang mengira risiko untuk Dilla mengamuk kalau dia tahu abang jiran kami ni."

Razlan terdiam. "Yang ketuk rumah I ni kenapa?"

"Dilla jemput jiran makan malam. Malam ni dia masak nasi lemak."

"Baguslah I tak makan lagi ni."

"Tapi Dilla tak tahu yang jiran tu aaa...bang,"tergagap-gagap Ara menjelaskan.

"Itu jangan khuatir. I tau apa nak buat. Cakap dengan Dilla abang datang dengan kawan.ok?"

Ara hanya menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu Ara pi dulu ya," kata Ara meminta diri. Dia terus masuk ke rumah.

"Ara!"tegur Dilla. Terlompat Ara mendengar suara itu. "Yang kau ni apasal?"

"Tak ada apa-apa. Jiran cakap dia datang dengan kawan dia. Aku masuk mandi sat." Ara berlalu tanpa menoleh.

"Apasal minah ni?"kata Dilla sendiri. Dia terus ke dapur menyediakan makan malam mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

3K 292 31
"Buli" is everywhere. Bukan setakat budak sekolah. Its spreading anywhere, anytime. Bila-bila masa. Bak bom jangka.
618K 21.8K 67
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tida...
619K 13.6K 63
#2019 Coverby:@nurshaziera Ain Syifa dikejutkan dengan berita perkahwinannya dengan crush sekolahnya dahulu iaitu,Hazeeq Zharfan. Sepanjang perkahwi...
467K 13.7K 44
Aku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan...