Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔

By HanNihilist

63.3K 6.9K 2K

[ PRIVATE ] Min Yoohee merupakan salah seorang pesakit mental di bawah jagaan doktor peribadinya yang mesra d... More

Chapter 01
Chapter 02
Chapter 03
Chapter 05
Chapter 06
Chapter 07
Chapter 08
Chapter 09
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Flashback 01
Flashback 02
Flashback 03
Flashback 04
Flashback 05
Flashback 06
Flashback 07
Flashback 08
Flashback 09
Flashback 10
Flashback 11
Flashback 12
Flashback 13
Flashback 14
Flashback 15
Flashback 16
Flashback 17
Flashback 18
Chapter 37
Chapter 38
Q&A

Chapter 04

1.3K 170 13
By HanNihilist

---

9.10 p.m.

"Awak tahu tak penyebab Yoohee jadi macam ni?"

Yunhyeong memandang sayu gadis berwajah cengkung yang sedang terbaring kaku di atas katilnya. Kedua-dua belah mata Yoohee langsung tidak berkedip. Malah , tiada satu pun anggota badannya yang dilihat bergerak ㅡ sama sahaja seperti mayat.

Urat di tangan kanan Yoohee juga telah disambungkan dengan jarum drip yang membekalkan air untuk keperluan tubuhnya itu.

"Seingat saya , awal bulan Februari tu Yoohee ada kenalkan teman lelaki dia pada saya. Kalau tak silap , nama teman lelaki dia Jung Chanwoo. Masa tu , mereka berdua baru tamat graduasi. Kira-kira dua bulan selepas mereka jadi pasangan kekasih , Chanwoo dah berhenti luangkan masa bersama dia sejak mereka mula bertengkar. Yoohee jadi tertekan dan kerap berkurung di dalam bilik. Dah bermacam-macam cara kami cuba pujuk dia. Masa tu pula , mama dan papa perlu kembali ke England untuk uruskan syarikat. Jadi , hanya tinggal kami berdua dan pembantu-pembantu rumah sahaja di sini. Beberapa hari selepas tu , kami dapat berita mengejutkan tentang Chanwoo. Dia ditemui mati lemas dalam kolam renang di rumahnya sendiri. Pihak polis putuskan yang Chanwoo bunuh diri. Rakaman CCTV , saksi kejadian , semua tak membantu penyiasatan tu. Yoohee tak dapat terima kenyataan sebab dia betul-betul sayangkan Chanwoo. Yoohee asyik salahkan diri dia sendiri. Dan lepas tu , dia jadi macam ni.."

Yunhyeong mengangkat lembut sebelah tangan Yoohee. Kadar nadinya diperiksa. Perlahan dan tidak stabil. Detak jantungnya juga begitu. Yoohee dalam keadaan lemah pada waktu ini. Mungkin kerana kekurangan zat dalam badan.

"Ada buat medical check up?"

Yoojung mengangguk.

"Kira-kira dua kali seminggu."

Yunhyeong melepaskan keluhan halus dari bibirnya. Kelengkapan perubatannya kembali disimpan ke dalam beg.

"Tolong sembuhkan adik saya , doktor.."

Yoojung memegang erat tangan Yunhyeong ㅡ merayu agar lelaki itu punya rasa simpati terhadap adik perempuannya. Namun , tindakan Yoojung itu secara tidak langsung membuatkan Yunhyeong berasa tidak selesa. Dia hanya mampu tersenyum sebagai tanda sokongan.

"Baiklah. Saya akan datang ke sini semula pada hari esok. Jangan risau , ya? Saya janji akan usahakan yang terbaik untuk sembuhkan Yoohee."

Yoojung tersenyum gembira.

---

Untuk jadikan cerita ni makin interesting , Nani akan bold beberapa perkataan dari setiap chapter untuk beri petunjuk. Tapi tak semua chapter akan ada.

Just make sure korang peka dengan perkataan bold yang Nani letak on beberapa chapter. Then , korang fikirlah apa kaitan perkataan-perkataan tu.

At the end of this story , Nani akan cerita apa yang sebenarnya berlaku dari awal sehingga pengakhiran cerita. Fanfic ni banyak plot twist. So , seboleh-bolehnya korang janganlah miss apa-apa yang penting.

Continue Reading

You'll Also Like

HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

19.8K 1.9K 28
#1 𝗖ð—Ē𝗗𝗘 𝟭ðŸīðŸģ ð˜žð™šð™Ąð™šð™–ð™Ļ𝙝𝙖 ð˜ŋð™Ū𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
411K 17.3K 51
karya pertama yyourtulips__ðŸĶ‹ Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sah...
12K 2.1K 34
Ghost Bride, satu amalan yang tidak asing di Kota Hayan. Amalan dimana keluarga dari golongan saudagar kaya dan bangsawan mengahwinkan anak laki-laki...
2K 161 22
Seperti yang kita tahu, di Hogwarts terdapat empat buah rumah yang mewakili setiap ciri pelajar mereka. Iaitu, Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan...