Kerana Dia Jodoh Aku

qvreena_

430K 12.6K 605

→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang ca... Еще

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
Epilog
NOTE

BAB 11

9.9K 300 7
qvreena_


• " Kerana Dia Jodoh Aku " •


_____✿_____


" Saff, buat apa ni? "

Datin khatijah yang baru turun ke dapur menegur Saffiyah yang sedang tercegat di kabinet dapur.

"MAK AKU TERBANG! " Saffiyah melatah terkejut apabila Datin Khatijah datang menyergah nya dari belakang begitu.

Tiba-tiba dapur itu bergema dengan gelak besar seseorang. Tapi bukan suara milik Datin Khatijah.

Saffiyah memandang ke pintu dapur, kelihatan Natasha yang sedang ketawa sakan sambil memegang perutnya melihat Saffiyah melatah.

Saffiyah menahan malu apabila tawa milik Datin Khatijah turut kedengaran.

'Adoi kau ni Saff, malunya pergi melatah depan mak mertua dan kakak ipar pula tu. Mesti mereka ingat aku ni hantu latah.'

Saffiyah menyambung kerjanya yang tergendala tadi bagi menghilangkan rasa malunya.

Datin khatijah datang menghampiri Saffiyah.

" Bukan Saff seorang je latah macam tu kalau terkejut. Mama and kak Tasha pun habis keluar segala mak nenek kalau terkejut. " Datin Khatijah memujuk seperti dapat membaca fikirannya.

" Saff jangan bimbang tau, sayang. "

Saffiyah hanya tersenyum dan mengangguk faham. Baru dia tahu kenapa Izz lembik mulut sangat panggil dia 'sayang' .

Rupanya dia ikut mama dia yang tidak lekang panggilan 'sayang' dari mulutnya.

" Saff masak apa ni? " Natasha yang sudah kehabisan tenaga kerana gelakkan Saffiyah tadi, mula bertanya apa yang dilakukan oleh Saffiyah.

" Saff nak masak nasi goreng tomyam. Semalam, Irfan minta dengan Saff nak makan nasi goreng tomyam. Yang lain Saff dah masak. Ada atas meja tu. " Saffiyah memuncungkan mulutnya ke arah meja di dapur tersebut.

" Ya Allah! Saff banyak gila! Bila masa Saff masak semua ni? " Natasha bertanya dan memandang Saffiyah dengan tidak percaya.

Saffiyah tersengih.

" Lepas subuh, Saff terus masuk dapur. " Kata Saffiyah sambil tangannya lincah memotong bawang.

Natasha hanya mengangguk. Dia memandang makanan-makanan yang di atas meja itu. Huish bau pun dah buat dia kecur air liur.

Tiba-tiba matanya terhenti pada satu hidangan yang begitu menarik perhatiannya.

" Mama, ni pau kan? " Natasha mencuit lengan mamanya.

Datin Khatijah memandang pau itu dengan pelik.

" Saff. " Datin Khatijah memanggil Saffiyah yang sedang berperang dengan minyak panas merecik apabila dia meletakkan kesemua bahan untuk ditumis.

" Ya? " Balas Saffiyah sambil tangannya sibuk menggaul bahan tumisan tersebut. Takut bahan tumis nya itu menjadi hangit.

" Ini pau kan? " Natasha mengambil alih untuk bersoal jawab dengan Saffiyah.

Saffiyah yang sudah masukkan nasi ke dalam kuali itu memandang kak Natasha dan Datin Khatijah yang masih sibuk meneliti pau itu.

" Haah. Kenapa? " Saffiyah bertanya dengan lurus. Dia tidak dapat tangkap apa yang kakak ipar dan mak mertuanya tidak faham akan roti pau itu.

'Hisy lurus juga adik ipar aku ni.'

Desis hati Natasha. Dia memandang Saffiyah yang sedang menggaul nasi di dalam kuali.

" Kenapa pau warna macam ni? Biasanya pau warna putih kan? " Natasha menerangkan apa yang membuatkan dia dan mamanya terasa pelik apabila memandang pau tersebut.

" Oh. Saff saja nak buat pau ni nampak menarik, sebab tu buat warna-warni. Ha, ada lagi. "

Saffiyah menutup api dan berjalan ke arah periuk besar di tepi sinki.

Dia mengeluarkan isi-isi di dalam periuk tersebut.

Hampir jatuh rahang milik Datin Khatijah dan kak Izzaty apabila saffiyah mengeluarkan pau yang berwarna-warni dari dalam periuk itu. Ada warna pink, hijau, merah, unggu dan yang paling mengejutkan ialah terdapat juga warna hitam!

" Tadaaa! " Jerit Saffiyah dengan gembira sambil menunjukkan pinggan yang berisi dengan pau berwarna-warni itu.

" Allah. " Datin Khatijah ketawa kecil melihat perangai Saffiyah itu. Rupanya banyak yang dia tidak tahu tentang anak menantunya ini.

'Ceria, baik, penyayang, hormat orang tua, sopan santun, lurus, dan pelik.'

Datin Khatijah bermonolog di dalam hati. Dia memandang Natasha.

Natasha hanya mengangkat bahunya.

" Saff sayang. Izz dan Irfan tak bangun lagi kan? Pergi kejutkan diaorang. Dah pukul 8 pagi ni. Biar mama dan kak Tasha yang selesaikan apa yang patut. " Datin Khatijah mengusap rambut ikal mayang milik Saffiyah.

Saffiyah tersenyum lalu mengangguk. Kakinya berjalan keluar dari dapur tersebut.

" Mama, Tasha rasa si Saff ni fikiran dia kreatif lah. Comel sangat pau ni! Tak pernah jumpa tau! Pandai adik ipar Tasha kan mama? " Natasha tersenyum sambil bawa keluar pinggan pau itu ke ruang makan.

Datin Khatijah hanya menggeleng kepalanya.

'Adik ipar kau, anak menantu aku juga.'

Bisik Datin Khatijah dengan bangga memiliki Saffiyah sebagai anak menantunya.


_____✿_____


" Irfan? "

Saffiyah menolak pintu bilik Irfan. Terlopong dia apabila melihat bilik Irfan yang kemas teratur itu.

Hampir kesemua warna bilik itu berwarna cream dan putih.

Perasaan malu mula terbit apabila melihat bilik Irfan yang kemas itu. Kalau nak dibandingkan dengan biliknya yang bersepah macam kapal pecah itu, memang jauh berbeza.

Bunyi pancuran air dari bilik air menyedarkan Saffiyah yang mengelamun sebentar tadi.

'Okey Irfan dah bangun. Sekarang, Izz pula. '

Saffiyah menghampiri katil Irfan. Dia mengemaskan sedikit cadar dan selimut di katil anaknya itu.

Selepas selesai mengemas, dia keluar dan berlalu ke arah bilik Izz.

Dia menolak pintu bilik itu.

Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa. Kakinya menghampiri ke arah sofa tersebut.

" Izz. Bangun dah pagi ni. " Saffiyah menggoncang badan suaminya. Tetapi tiada respon.

" Izz! " Sekali lagi Saffiyah cuba untuk kejutkan lelaki itu. Nada suaranya juga sudah naik seoktaf.

Tetapi tetap tiada respon juga.

' Tidur mati ke mamat ni? '

Saffiyah mengetap bibir nya sambil memandang geram lelaki itu yang lena tertidur.

Otaknya ligat memikirkan cara supaya suaminya bangun dari tidurnya itu. Dia memandang telinga Izz. Idea nakal Saffiyah mula muncul.

Dia mengeluarkan telefon nya. Lama dia menaip dan mencari sesuatu di dalam telefon nya itu.

Dia memandang Izz sambil tersengih kerana terlalu teruja. Telefonnya didekatkan ke telinga Izz.

" SELAMAT PAGI SAYANG GIGI KAU KUNING-KUNING, MUNGKIN KAU LUPA GOSOK GIGI- "

Saffiyah memasang lagu SELAMAT PAGI SAYANG versi remix, dengan volume yang paling maximum.

Izz terpinga-pinga bangun kerana terkejut akan lagu kuat yang jiran sebelah pun dapat dengar.

Ketawa Saffiyah pecah apabila melihat muka Izz sebentar tadi.

" Apa ni sayang? Memekak pagi-pagi macam ni. " Izz memarahi Saffiyah.

Ketawa Saffiyah mati. Dia membuat muka selambanya.

" Siapa suruh tak bangun? Saya macam orang gila terjerit-jerit panggil nama awak. "

Izz memandang Saffiyah dengan pandangan tajam.

" Siapa suruh sayang jerit macam orang gila? " Izz bertanya sambil bangun dari duduknya.

Saffiyah tidak puas hati mendengar kata-kata Izz itu.

" Dah awak tu tidur mati. " Saffiyah menjawab selamba.

Izz memandang dengan mata yang menjengil.

" Menjawab! Menjawab. " Izz berjalab ke arah tandas.

" Dah awak tanya soalan saya jawab lah. Semua soalan pasti ada jawapannya. " Saffiyah menjawab dengan nada perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Izz.

" Dan ada sesetengah soalan, pasti tiada jawapannya. " Balas Izz lalu tutup pintu bilik air.

Malas mendengar jawapan Saffiyah yang asyik dia je nak menang.

Saffiyah mencebik lalu keluar dari bilik Izz dan berlalu ke arah bilik Irfan.

Saffiyah tersenyum apabila melihat Irfan yang sedang menyisir rambutnya di hadapan cermin.

" Morning my baby boo, Irfan. " Saffiyah mencium pipi Irfan dengan geram. Irfan tersengih sehingga menampakkan bunny tooth nya.

Saffiyah mencubit pipi Irfan dengan geram.

Haish comelnya. Anak siapa lah ini.

" Jom breakfast. Mummy buat nasi goreng tomyam yang Irfan minta semalam. " Saffiyah memimpin tangan Irfan keluar dari bilik itu.

" Yeay! Tak sabar nak rasa masakan mummy. " Irfan melonjak kegembiraan.

" Morning mak long! " Irfan berlari ke arah Natasha yang sedang menyusun pinggan di atas meja.

" Hey! Mak long tengah susun pinggan ni sayang oi! Nanti pecah, marah nenek kebayan di dapur tu. " Natasha memperlahankan suaranya apabila menyebut 'nenek kebayan '.

Irfan hanya menayangkan bunny tooth nya. Haih budak ni saja nak goda dengan bunny tooth nya itu.

" Mama dengar Tasha! " Jerit Datin Khatijah yang berada di dapur.

Natasha mengetap bibirnya memandang Irfan yang menertawakannya apabila dimarahi oleh Datin Khatijah.

Saffiyah turut ketawa terkekeh-kekeh.

" Amboi, gelak sampai tingkat atas boleh dengar. "

Saffiyah hampir melatah apabila tangan Izz melingkari pinggangnya. Namun sempat ditutup mulutnya dengan tangan.

Saffiyah memandang Natasha dan Datin Khatijah yang baru keluar dari dapur.

Senyumannya dibuat-buat manis bagi menjayakan lakonan seorang lelaki bernama Izz Nadzrin itu.

" Izz. Lepaslah. " Saffiyah membisik dengan nada perlahan. Bibirnya masih mengukir senyuman kepada Datin Khatijah dan Natasha yang tersenyum-senyum penuh makna itu.

" Mana boleh. " Izz membalas. Dia mengheret Saffiyah ke meja makan sambil tangannya masih melingkari di pinggang Saffiyah.

" Morning ma, kakak. " Izz menghadiahkan sebuah senyum manis kepada mereka berdua.

Saffiyah hanya menunduk malu.

" Kemasnya pelukan dia dekat bini dia tu kan, ma? Bini kau takkan lari lah Izz. " Natasha memperli Izz.

Izz menjeling tajam ke arah Natasha.

" Biarlah. Ni bini Izz juga. Bukan sesiapa pun. " Izz membalas.

Natasha hanya menggeleng kepala. Mereka sekeluarga mula sarapan pagi bersama-sama.

" Kamu rancang nak pergi mana hari ini? " Datin Khatijah bertanya apabila suasana di ruang makan itu hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan.

" Nanti nak keluarlah sekejap. Bawa Saff dengan Irfan keluar. " Kata Izz tanpa menghiraukan Saffiyah yang memandang nya.

Amboi tak bincang apa-apa pun dengan aku. Sesuka hati dia je nak heret aku pergi mana. '

Saffiyah mendengus didalam hati.

" Kamu dah rancang nak berbulan madu dekat mana, Izz? " Soalan Datin Khatijah itu membuatkan Saffiyah tersedak nasi yang belum sempat di telan olehnya.

'Semalam umi tanya hari ini mama pula? Memang wajib ke pergi honeymoon tu? '

Izz menghulurkan air kepada Saffiyah.

" Lain kali makan tu jangan gelojoh sangat. Tahulah abang handsome sangat hari ini. " Izz mengurut belakang Saffiyah.

Saffiyah yang dengar gurauan Izz itu menjeling tajam. Menyempat mamat ni.

Datin Khatijah dan Natasha hanya tersenyum melihat telatah dua pasangan pengantin baru itu.

" Izz- "

" Saff nak berbulan madu di kampung abah Saff dekat Kelantan. Boleh kan, mama? " Saffiyah memotong ayat Izz.

" Irfan pun ikut, tokma. Tok umi cakap dekat sana ada angsa, ayam, itik dan lembu! " Irfan bercerita dengan gembira.

Datin khatijah tersenyum lalu menggosok lembut rambut milik Irfan.

" Pergilah, sayang. Dekat mana-mana pun boleh dijadikan tempat honeymoon, asalkan ada dua pasangan pengantin baru. " Balas Datin Khatijah dengan lembut.

Saffiyah tersenyum gembira. Makin bertambah sayang, dia kepada Datin Khatijah apabila wanita itu selalu menyokong keputusannya.

" Assalammualaikum! " Semua mata menoleh ke arah ruang tamu apabila terdengar suara garau memberi salam.

Muncul lah lelaki berbaju formal, datang ke arah dapur.

" Ya Allah! Airiel! Bila balik malaysia ni? " Datin Khatijah bangun dari kerusinya dan memeluk badan tegap milik lelaki itu.

" Semalam mak long. " Airiel mencium tangan wanita tua itu.

Matanya beralih memandang Izz dan perempuan di sebelahnya. Dia berjalan ke arah lelaki itu.

" Weh bro! Tahniah! Dah jadi laki orang dah sepupu aku ni. Sorry aku tak dapat datang majlis kahwin kau. " Airiel menepuk bahu Izz. Dia memandang seorang perempuan cantik di sebelah sepupunya itu.

" Isteri kau ke tu? " Tanya Airiel dengan nada berbisik sambil memandang Saffiyah dari atas hingga bawah. Cantik duh!

" Banyak juga isteri yang aku ada, kan? " Soalan dibalas soalan membuatkan Airiel dan Natasha ketawa.

Saffiyah di situ hanya menayangkan muka kosongnya. Hati dia sedikit terusik apabila Izz bercakap begitu.

' Baru je kahwin 2 hari lepas, dah rasa nak pasang satu lagi ke? '

Dia menjeling sekilas lelaki itu di sebelahnya.

Eh? Kenapa dia nak cemburu pula? Kalau dia nak kawin satu lagi biar dia lah. Itu dia punya hal. '

Saffiyah menggeleng kepalanya. Dia sambung menyuap nasi ke dalam mulutnya.


_____✿_____

" Kau kenapa balik tak cakap sepatah dekat aku? Kalau tak, aku boleh jemput kau dekat airport. " Izz bertanya soalan kepada Airiel apabila mereka duduk di sofa ruang tamu.

" Saja. Tak naklah menyusahkan pengantin baru ni. " Airiel tersenyum nakal.

" Kau dengan isteri kau tu dah 'eherm' ke belum? "

Pertanyaan Airiel itu dibalas dengan balingan bantal dari Izz. Airiel ketawa sakan dapat mengenakan sepupunya itu

" Mama. Airiel dan Izz tu sepupu ke adik beradik? " Saffiyah bertanya dengan muka yang menunjukkan bahawa dia tersangatlah keliru apabila melihat kemesraan antara suaminya dan Airiel itu.

Dia memandang Datin Khatijah yang sedang membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki.

" Sepupu lah. Izz dan Airiel tu memang rapat sejak kecil lagi. Lagipun diorang tinggal sebumbung, sebab itulah hubungan diorang nampak rapat macam adik beradik. " Datin Khatijah memandang Saffiyah.

" Airiel tak ada rumah ke mama? " Saffiyah bertanya dengan wajah yang polos.

Datin Khatijah ketawa kecil mendengar soalan Saffiyah itu.

Saffiyah terkebil-kebil memandang Datin Khatijah.

Lawak sangat ke soalan dia tadi?

" Ada. Rumah mak ayah dia dekat-dekat sini juga. Tapi Airiel suka duduk dekat sini. Mama tak kisah pun, sebab bila si Airiel ada dekat rumah ini, Izz tak lah asyik terperap dalam bilik dia tu. " Datin Khatijah mengelap tangannya pada kain apabila selesai membasuh kesemua pinggan mangkuk.

" Bila nak pergi kampung Saff tu? " Datin Khatijah bertanya apabila Saffiyah hanya diam membisu.

" Hurm. Ikutkan Saff nak pergi esok. Tapi Izz, tak tahulah bila nak pergi. " Datin Khatijah mengangguk kepalanya.

" Mama naik bilik dululah. " Saffiyah mengangguk kepalanya. Dia menghantar kelibat mak mertuanya berlalu pergi meninggalkan dirinya.

Dia berjalan ke arah ruang tamu.

" Hai Saffiyah! " Airiel yang melihat Saffiyah menghampiri ke arahnya dan Izz, menegur Saffiyah.

Saffiyah hanya membalas dengan senyuman lalu duduk di sebelah Izz.

" Awak saya macam pernah tengoklah muka Airiel ni. " Saffiyah membisik di telinga Izz.

" Hah! Mengumpat aku lah tu! " Airiel yang melihat pasangan itu membisik sesama sendiri, menyergah mereka.

" Mana ada lah. Ni isteri aku kata pernah tengok muka kau. Aku rasa dia tak ingat kau lah. " Izz menerangkan kepada Airiel.

Saffiyah yang mendengar ayat terakhir Izz itu, mengerutkan dahinya.

" Apa maksud awak yang saya tak ingat dia? Saya pernah jumpa dia ke? " Saffiyah memandang Izz dan Airiel bersilih ganti.

" Sayang tak ingat ke Airiel ni? Masa sekolah menengah dulu, kita ada perkhemahan di Pulau Redang, Terengganu. " 

Saffiyah terdiam apabila mendengar kata-kata Izz itu. Dia cuba mengingati kembali memori di Pulau Redang.


_____✿_____


" Okey. Berkumpul semua. Sekarang cikgu akan membahagikan kumpulan untuk kamu semua dapat tugasan." Cikgu Ariff selaku guru pengiring mula memberi apabila mereka semua selamat sampai di Pulau Redang itu.

" Saffiyah, Summayah, Izz dan Lutfi, satu kumpulan. Kumpulan kamu perlu cari kayu untuk buat unggun api. " 

Lutfi memberi isyarat tangan 'thumb up' kepada Cikgu Ariff, bahawa dia menerima arahan tersebut.

" Okay. Shayla, Dinie, Syamil dan Izwan satu kumpulan. Kumpulan kamu pula perlu sediakan bahan-bahan untuk memasak makan malam kita pada malam ni. "

" Syurah, Hikmah, Farish dan Syahmie. Kumpulan kamu perlu tangkap ikan. Nanti kamu akan dibawa ke tengah pulau untuk menangkap ikan. "

" Nama yang tidak disebut, kamu semua perlu mendirikan khemah di sini. Okay kumpulan-kumpulan yang disebut tadi, boleh bergerak sekarang. " Cikgu ariff menamatkan sesi pembahagian tugas kepada pelajarnya.

Semua kumpulan mula bergerak bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberi.

" Saff, nasib kita tak satu kumpulan dengan Farish kan? Aku takut tengok mata dia tadi. Asyik padang kau je. Aku yang duduk sebelah kau pun tak selesa. "

Summayah mula menceritakan rasa ketidakselesaan dia sebentar tadi apabila mereka semua mula melangkah masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu api.

" Kalau aku tengok kau macam tu, kau takut tak? " Lutfi yang mendengar perbualan 2 gadis di hadapannya mencelah.

Summayah tertunduk malu apabila Lutfi berkata begitu.

Saffiyah memandang jijik apabila melihat wajah shy shyton kawan baiknya itu.

Lutfi menarik tangan Summayah supaya mereka berjalan beriringan.

" Izz, aku dan Summayah cari di sebelah ni. Kau dan Saffiyah cari di sebelah sana. Kau jaga Saffiyah elok-elok. Kalau balik nanti aku tengok ada luka dekat badan dia siap aku kerjakan kau. " Lutfi memberi amaran keras kepada Izz.

Saffiyah mendengar idea Lutfi untuk berpecah itu, tercengang. Sempat dia melihat Summayah yang tadi gembira, sekarang memandangnya dengan pandangan tajam.

'Tahulah crush kau caring pasal aku tapi dia lebih caring hal kau tau. Itu pun nak cemburu lagi dengan aku. '

" Jom? Takkan nak berdiri dekat sini je. " Izz mula bersuara apabila melihat Saffiyah seperti termenung jauh.

" Saff jalan dulu. Bahaya kalau perempuan jalan di belakang. " Izz menolak badan Saffiyah ke hadapan.

" Tak nak. Nanti kalau ada ular dekat depan macam mana? " Mulut celupar Saffiyah membantah.

" Hisy! Mulut tu. " Izz memarahi Saffiyah.

Saffiyah menutup mulutnya apabila sedar dia sudah terlepas cakap.

"Okay, kita jalan sama-sama. Deal? " Izz membuat keputusan akhir.

Kalau dibiarkan dia bergaduh mulut dengan Saffiyah, sampai ke senja lah jawabnya mereka sampai di tempat perkhemahan.

" Dekat sini banyak kayu. Kita kutip dekat sini jelah. " Izz mula mengutip kayu.

Saffiyah yang melihat Izz mula mengutip kayu juga mulakan kerjanya.

" Izz. kayu macam ni okey tak? "

Izz memandang Saffiyah yang terkebil-kebil menunjukkan kayu besar di tangannya.

Saffiyah yang tidak dapat tahan mengangkat kayu berat itu mula hilang keseimbangan. Dia hampir jatuh, tetapi dia merasakan satu tangan melingkari di pinggangnya.

" Kayu macam ni tak boleh. Besar sangat. Nanti tak sampai dekat tempat perkhemahan sebab heret bawa kayu besar macam ni." Izz membisik di telinga Saffiyah dengan lembut.

Saffiyah tersedar yang jarak mereka terlalu dekat lalu menolak badan Izz menjauhi dirinya.

Bahaya kalau dibiarkan. Lagi-lagi mereka berdua-duaan di dalam hutan macam ini.

Saffiyah mula buat-buat sibuk mencari kayu.

Izz ketawa kecil lalu menggeleng kepalanya melihat gelagat Saffiyah itu. Dia juga sambung mencari kayu.

" Jom balik, dah banyak ni. " Izz mengajak Saffiyah balik. Dia mengambil kayu yang berada di tangan Saffiyah.

Saffiyah hanya membiarkan sahaja. 

Dah orang nak tolong angkat kan, takkanlah dia nak halang kan?

Mereka berjalan beriringan.

" Wah! Ada anak sungai lah! " Saffiyah menjerit kegembiraan. Dia berlari ke arah anak sungai itu.

Izz hanya tersenyum melihat telatah Saffiyah yang seperti kanak-kanak kecil.

" Izz, kita berehat dulu dekat sini. Boleh tak? " Saffiyah memandang Izz dengan harapan lelaki itu setuju dengan idea nya itu.

Izz mengangguk dan meletakkan kayu-kayu di atas tanah.

Saffiyah berlari masuk ke dalam anak sungai itu. Sungai itu sangat cetek. Hanya paras buku lali dia je.

Apalah kau ni Saff, nama pun anak sungai, memang cetek lah air dia. '

" Izz! " 

Izz yang sedang duduk santai di atas tanah bangun dan mendapatkan Saffiyah yang sedang menangis di tepi anak sungai itu.

" Kenapa? " Izz memandang Saffiyah dengan risau.

" Tu! ada ulat lembik gigit aku! " Saffiyah mula menangis ketakutan.

Izz memandang betis Saffiyah yang terdedah. Hampir tergugat iman nya apabila melihat betis putih melepak milik gadis itu. Tetapi cepat-cepat dia beristighfar di dalam hatinya.

Dia memandang lagi betis milik Saffiyah. Terdapat sesuatu berwarna hitam yang sedang bertenggek di betis gadis itu.

" Laa. Lintah je pun. " Izz hampir gelak tetapi ditahan apabila melihat muka Saffiyah yang sedang memerah kerana menangis.

" Tak kisahlah lintah ke apa ke. Buanglah cepat!" Saffiyah meninggikan suaranya.

Dia terasa sangat menyesal bermain air di anak sungai ini.

" Done. " Izz membaling lintah yang gemuk akibat kekenyangan menghisap darah milik gadis itu tadi, ke dalam anak sungai kembali.

Dia menarik tangan Saffiyah berjalan ke arah bawah pokok yang dia berehat sebentar tadi.

" Terima kasih. " Kata Saffiyah dengan sendu yang masih tersisa. Dia mengelap air matanya. 

Hari ini sudah 2 kali Izz menyelamatkannya dan 2 kali jugalah dia menahan malu.

" Sama-sama. Jom balik. Nak petang dah ni. " Saffiyah hanya mengangguk.

Mereka keluar dari hutan itu.

" Izz kau pergi mana? " Seorang lelaki menegur Izz apabila mereka selamat keluar dari hutan itu.

Saffiyah memandang lelaki itu. Tak pernah nampak pun dia ni.

" Aku pergi kutip kayu. Saff. Ni sepupu aku Airiel. Dia ni sekolah lain tapi dia tumpang perkhemahan sekolah kita. " Izz menerangkan apabila melihat dahi Saffiyah yang berkerut-kerut memandang Airiel.

" Oh. Hai Airiel! " Saffiyah menegur lelaki itu.

Airiel hanya tersenyum manis.

" Err- Izz. Saff pergi dulu ye? " Pamit Saffiyah apabila lihat Airiel seperti ingin memberi tahu sesuatu yang penting kepada sepupunya itu.

" Okay. Jangan lupa mandi dulu. Basuh kaki Saff tu. Letak ubat gamat tau. " Izz memberi pesanan prihatin kepada Saffiyah.

Saffiyah mengangguk dan tersenyum. Dia berlalu pergi.

" Jannah, khemah aku dengan geng aku yang mana? " Saffiyah bertanya apabila sampai di tapak perkhemahan.

" Oh. Kau dah sampai. Khemah kau yang warna biru tu. Su, Shay dan Dinie dah ada di dalam khemah tu. Kenapa lambat sangat korang balik ni? " Jannah bercakap panjang lebar.

Saffiyah tersenyum.

"Aku cari dekaf tempat jauh sikit kayu api tu ." Saffiyah menjawab.

Memang betul kan dia cari kayu tu jauh kan? Cuma tak cerita lebih spesifik lah, kenapa boleh lewat sampai macam ni.

Jannah mengangguk faham.

Saffiyah berlalu apabila meminta kebenaran untuk masuk ke dalam khemah.


_____✿_____

" Oh! Dah ingat! "

Izz dan Airiel mengucap panjang apabila Saffiyah yang tadinya hanya diam mula menjerit.

" Ingat apa ni sayang? Terkejut abang tau. " Izz bertanya kepada Saffiyah yang menunjuk muka teruja.

" Airiel ni. Dia tegur awak semasa kita keluar dari hutan tu kan? Betul tak? " Saffiyah bertanya sambil memandang Airiel. Sama dengan muka Airiel 9 tahun yang lalu. Patutlah dia rasa seperti pernah lihat lelaki ini.

Airiel hanya tersenyum.

" Ya, betul lah tu. Sayang senyap sebab ingat kisah itu je ke? " 

Saffiyah mengangguk bagi pertanyaan Izz itu.

Dia bangun dari duduknya.

" Saya nak tengok Irfan dekat luar sekejap. Awak sambung lah berbual dengan Airiel. " Saffiyah berlalu apabila Izz mengangguk kepalanya.

Izz memandang Saffiyah keluar dari rumah lalu dia mengeluh.

" Apa cerita bro? Kau bercakap dengan dia ber'abang ber'sayang bila sampai dekat Saffiyah ber'awak ber'saya pula. Kau kahwin dengan dia bukan atas dasar cinta ke? " Pertanyaan Airiel dijawab dengan keluhan berat Izz.

Dia tidak ceritakan kepada Airiel, apa yang sebenarnya terjadi kepada perkahwinan dia dengan Saffiyah itu.

" Kau jangan nak berahsia dengan aku Izz. Antara aku dengan kau tak ada rahsia. Ingat tu. " Sekali lagi Airiel memaksa Izz untuk bercerita.

Izz ketawa hambar.

" Okay aku cerita. "

Izz menceritakan dari A sampai Z kepada Airiel.

" Oh macam tu. " Ariel mengangguk faham.

" Kau boleh pula tahan nafsu kau bila kau tidur sebilik dengan perempuan comel tu. Kalau aku jadi kau dah lama aku 'ngap'." Bahu Airiel ditumbuk oleh Izz.

" Bini aku tu woi! " Gelak Izz dengan otak kuning milik sepupunya itu.

" Just joking bro. " Airiel ketawa.

" Tapi kan Izz, kau rasa dia serius ke dengan keputusan dia nak kau ceraikan dia selepas kahwin 1 tahun nanti? " Airiel bertanya apabila suasana sunyi.

Izz memandang Airiel di sebelahnya.

" Entah. Dari muka dia nampak serius. Tapi aku tak ambil serius pun. Aku akan buat dia cintakan aku. " Izz memasang angan-angan.

Airiel memandang Izz dengan pandangan simpati. Kesian sepupunya itu.

Aku nak kau tersenyum bila kau disamping orang tersayang. Dan aku nampak senyuman bahagia kau bila kau duduk dengan Saffiyah. Aku akan tolong kau dapatkan Saffiyah, Izz. '


_____✿_____


" Sayang betul ke nak pergi kampung sayang tu esok? " Izz bertanya apabila mereka berdua berada di dalam bilik.

Dia yang duduk di birai katil, memandang Saffiyah yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai, sibuk memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasinya.

" Nampak muka saya ni main-main ke? " Jawab Saffiyah dengan selamba.

Dia tidak menghiraukan Izz yang sedang menahan rasa geram terhadapnya.

Kau sombong dengan aku eh? Okey just wait and see. '

Izz turun dari katil dan duduk bercangkung di sebelah Saffiyah.

" Saff. " Izz memanggil Saffiyah yang sibuk melipat bajunya itu.

Saffiyah menoleh ke sebelah kanannya, memandang Izz yang berada beberapa inci di dengannya. Belum sempat Saffiyah ingin menolak Izz, Izz menarik dagu Saffiyah dan mendekatkan bibirnya ke bibir kecil milik Saffiyah.

" Bodoh! Apa kau buat ni?! " Saffiyah mula baran. Habis hilang panggilan saya-awak kepada Izz.

Dia bangun dari duduknya sambil mengelap kasar bibirnya yang sudah dinodai oleh Izz itu.

" Kenapa? Tak boleh ke abang cium Saff? Saff tu hak abang. Isteri abang. Ikut sesuka hati abanglah nak buat apa. Kalau abang nak buat lebih daripada tu pun boleh. " Izz baring diatas katil dengan selamba, memandang muka Saffiyah yang kemerahan menahan rasa amarahnya.

" Masalahnya aku tak suka!! Aku jijik dengan lelaki macam kau! " Saffiyah berlari masuk ke dalam bilik air.

Hati Izz terasa apabila Saffiyah menghambur kan kata-kata begitu kasar di telinganya.

' Sampai macam tu kau jijik dengan aku ye, Saff. '

Izz tersenyum tawar.

Seketika di dalam tandas, Saffiyah memberus giginya dan bibirnya digosok kasar dengan air.

" Huh! " Dia mencampakkan berus gigi itu dengan geram ke sinki.

Dia mengeluarkan telefonnya dari poket.


____________________________

Abang Farish :

Abang. Saff dah tak tahan dengan Izz. Saff rasa nak minta cerai dengan dia hari ni juga. Saff benci dia, abang. Saff tak sanggup nak teruskan lagi.

____________________________


Mesej itu dihantar kepada Farish.

Selepas Saffiyah berkahwin dengan Izz, dia banyak mengadu nasibnya kepada Farish yang telah dia anggap seperti abang kepadanya. Bagi dia, hanya Farish yang memahami hati dan perasaannya.

Pasal rancangan untuk bercerai selepas 1 tahun berkahwin dengan Izz, itu ialah idea Farish.

Tetapi Saffiyah terasa hairan, apabila Farish mendiamkan dirinya, sejak dia menceritakan bahawa dia perlu berkahwin dengan Izz. Semasa majlis perkahwinan dia dengan Izz pun dia tidak datang.

Beberapa minit menunggu, Farish membalas mesejnya itu.


____________________________

Abang Farish :

Jangan Saff. Saff perlu layan Izz dengan baik. Dia tu kan suami Saff yang sah.

____________________________


Saffiyah membaca mesej itu dengan dahi yang berkerut.

Dulu Farish, suruh dia kahwin selepas itu, minta cerai dengan Izz selepas 1 tahun berlalu. Tetapi sekarang ini apa? Dia perlu layan Izz dengan baik pula?

Rancangan apakah yang Farish lakukan ni?


____________________________

Abang Farish :

Biarpun Saff benci dia?

Layan je. Dia tu suami Saff. Saff kan budak baik. Janji dengan abang yang Saff akan layan dia dengan baik.

____________________________


Saffiyah ingin menangis apabila membaca mesej itu.

Abang, Saff sayang abang. Kenapa abang buat Saff macam ni? '

Ayat itu dipendam di dalam hatinya.


____________________________

Abang Farish :

Saff janji akan layan dia dengan baik. 

Dan Saff janji akan bercerai dengan dia selepas 1 tahun macam yang kita dah rancangkan. 

Tetapi abang ada di mana sekarang ni? Kenapa abang tak datang majlis kahwin Saff?

____________________________


Dia pelik ke mana Farish menghilangkan diri nya yang secara tiba-tiba. Mesej dan panggilan telefonnya juga jarang dibalas olehnya.


____________________________

Abang Farish :

Abang janji akan kembali selepas Saff cerai dengan Izz. Sorry sebab tak datang majlis kawin Saff dan Izz. 

Btw, selamat pengantin baru, Saff.

____________________________



Air mata Saffiyah menitis satu persatu apabila membaca mesej itu. Dari ayat 'abang janji akan kembali selepas Saff cerai dengan Izz' itu, dia dapat tahu bahawa abangnya tiada di Malaysia.


____________________________

Abang Farish :

Abang, Saff janji Saff akan cerai dengan Izz. 

I miss you abang.

____________________________


Itulah mesej terakhir antara dia dengan Farish. Tiada lagi balasan dari lelaki itu.

Saffiyah menyimpan telefonnya kembali ke dalam poket seluarnya. Dia memandang dirinya dari pantulan cermin.

Dia akan melayan Izz dengan baik. Itu janji dia dengan Farish.


Bersambung.....

Продолжить чтение

Вам также понравится

[C] Dulu Kawan Sekarang Sayang sweetpeachy_

Любовные романы

144K 3.4K 77
[COMPLETED STORY] [EDITING IN PROGRESS] Siapa yang tak kenal dengan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal, iaitu Adrian Daniel. Kerjayanya ber...
88.9K 8.2K 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang d...
KESEMPATAN KEDUA 𝓶

Любовные романы

78.3K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
Mrs Farrid Affiq nabh

Любовные романы

433K 12.3K 45
[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat...