Projek Memikat.. Mr 2B ?

By shavillaa

49.8K 1.3K 76

Mr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18

Bab 14

1.7K 45 3
By shavillaa

Lagu yang terpasang kuat membuatkan ku khayal dalam duniaku sendiri. Hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk aku tolak ketepi masalahku dan nikmati waktuku bersendirian. Irama dan melodi lagu ini seperti merasuk diriku menyebabkan kakiku mula melangkah ke kiri dan ke kanan. Badanku bergoyang ke kiri dan ke kanan. Tangan lincah ke setiap arah seperti seorang penari handal. Melompat di atas katil, turun dari katil, naik semula itu memang perkara harus dilakukan. Katilku yang bersepah seperti tongkang pecah sudah tidak aku hiraukan. Biarkan ! Let's enjoy my day !

"Minah !", jeritan abang tidak aku hiraukan. Sebenarnya, lebih kepada tidak dengar. Manakan tidak, aku pasang lagu pada volume paling tinggi. Bergegar dinding rumah. Tinggal tunggu nak roboh je rumah ni. Lagu yang menghilang tiba-tiba membuat langkahku terhenti. Rambut yang menutup wajahku membuat aku tidak dapat melihat siapa yang berdiri di hadapan komputer ribaku. Komputer ribaku disambungkan ke televisyen di dalam bilikku. Televisyen itu pula disambungkan ke speaker. Oleh itu, bunyi yang dihasilkan dua kali ganda kuatnya.

"Hoi ! Ryn ingat ni disco ke ?! Memekak pagi-pagi ! Abang terpaksa telan dua cawan teh mak sebab tercekik roti !", marah abang sambil bercekak pinggang. Meletus terus ketawaku. Aku sudah terbaring di atas katil sambil menekan perut. Baru tahu kenapa abang marah sangat. Terpaksa minum air teh mak rupanya. Air teh mak bukan tak sedap. Tapi tawar ! Kerana mak tak suka minum air teh yang manis walaupun sedikit. Orang lain letak 3 sudu gula, mak letak 1/2 sudu gula. Tak ke tawar gila ?

"Gelak apa Ryn ! Apa la nasib abang. Dah la tercekik roti, lepastu terpaksa..", ayat abang tergantung apabila disapa satu suara dari pintu bilikku. "Terpaksa apa ? Terpaksa minum air teh mak ? Macam tu?" tanya mak. Abang sudah menelan air liur. Situasi sekarang ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kalau jujur, mak terasa hati. Kalau menipu, dapat dosa free. Aku menutup mulutku untuk menutup ketawa yang masih bersisa. Kesian abang ! "Ryn pula kenapa ? Dah macam mak limah balik dari kubur. Rambut serabai. Ya Allah ! Ni bilik ke sarang tikus Ryn !!! ", kemarahan mak beralih kepada aku pula. Matilanak !

Aku hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. "Abang yang main dengan dia tadi. Tu bersepah macam ni. Rambut dia tu, abang main tarik-tarik tadi" jawab abang bagi pihakku. Aku kenyitkan mataku kepada abang. Terima kasih abang ! You are the best ! Abang memang begitu. Dia akan cuba selamatkan keadaan. Dia akan cuba membuat emak atau ayah tidak memarahiku terus. Bagi dia, marah adik, marah abang sekali kerana abang yang tidak berjaya mengawal atau menjaga adiknya. Ada masanya abang kejam juga. Jika aku terlalu degil, dia sendiri akan menjadi batu api antara ayah atau mak dengan aku. Kejam kan ? Heh ! Tetapi aku tetap sayangkan dia. Peratusan untuk keadaan kedua untuk berlaku tu hanya 10% sahaja.

"Hmm macam-macam. Ha ni jadi tak keluar ?" tanya mak kepada kami berdua. Keluar ? Aku memandang wajah abang untuk mencari jawapan. "Jadi mak. Ryn, abang tungga Ryn kat luar" lalu menunjukkan thumbs up  kepadaku. Ah ! Abang gedik ! Aku sepatutnya perlu agak benda ni akan jadi. Abang bukan tak tahu aku suka duduk di rumah sahaja pada waktu hujung minggu. Dia tetap nak mengajak aku pergi berjalan-jalan. Ryna malas la abang ! Ni pasti dijadikan balasan kerana dia sudah menolongku tadi. Benci !

______________________________________

"bang, Ryn dah tak larat ni. Jom la balik" kataku sambil menggoyangkan tangan abang. Sudah 3 jam kami berada di sini. Abang memang sengaja ingin membuliku. Bukannya dia tidak tahu bahawa aku paling tidak suka berjalan tanpa membeli apa-apa. Abang tersenyum manis. "Jom la abang belanja something dekat Sephora. Nak ?" tanya abang. Keningnya diangkat beberapa kali. Wah ! Abang memang pandai menarik minatku kembali.

"set !" lalu berjalan pergi meninggalkan abang. Sampai sahaja dia hadapan Sephora, aku melihat sekeliling untuk mencari keberadaan abangku. "bab shopping, lupa abang !" dengan tercungap-cungap, penat masih bersisa. Aku tersenyum menunjukkan sebaris gigiku. "Abang nak belanja Ryn apa ?" tanyaku. Aku harus tahu berapa jumlah duit yang abang simpan untukku. Aku tidak mahu keluarkan duitku sendiri walaupun satu sen. Kedekut !

"Ikut Rynlah. Abang ok je tetapi janganlah bazir terlalu banyak duit dekat sini. Pilih satu barang" kata abang sambil membetulkan baju t-shirt berkolarnya yang berwarna hitam jenama Polo. Bagi aku, abang aku mempunyai rupa yang sedap dipandang. Tinggi, kulit cerah tetapi tidak putih dan seorang yang menjaga penampilan tetapi pelik, masih tiada siapa yang berjaya menakluki hatinya. Bila ditanya, katanya dirinya tidak laku. Betul ke ?

"Emm ok. Abang tolong pilih satu lipstick yang sesuai dengan Ryn. Ryn rasa nak cuba pakai warna yang ikut citarasa abang" kataku sambil merangkul lengan abang. Abang mencuit hidungku lembut, "ok sayang" lalu berjalan bersama masuk ke dalam kedai itu.

Dari satu jenama ke satu jenama, masih tidak berjaya mencuri minat abang. Dari satu warna ke satu warna telah dicuba, masih tidak menepati citarasa abang. Menyesa pula menyuruh abang yang pilih. Cerewet kalah perempuan ! Tanganku yang bersih kini dipenuhi pelbagai warna. Semuanya tidak cantik baginya. Kalau aku, pilihan kedua tadi sudah aku ambil. Kalau abang, kini lipstick yang dicalit di tanganku adalah warna yang ke 20. "emm too heavy. Garang sangat warna dia. And rasanya berat. Reject" lalu menarik tanganku ke jenama seterusnya. Aku menepuk dahiku. Macam-macam !

"abanggg" merengekku dengan suara yang lembut. Abang menoleh memandang ke arahku. Kedua-dua tangannya diletakkan di pipiku lalu ditekan membuat mulutku muncung seperti itik, "ye sayang". Suara abang memang manja. Aku yakin suaranya berjaya mencairkan hati wanita bahkan makcik sayur juga tertarik. Kalau tidak, tak akan kakak yang sedang melihat mascara terus memandang ke arah abang.

"sayang ?" suara seseorang membuat kami berdua memandang ke arah kanan serentak. Serentak itu juga tangan abang jatuh ke bawah. Aku terdiam. Kenapa semua tempat dia ada ? Aku baru sahaja ingin menjauhkan masalah buat seketika. Haih !

"yes bro. May I help you ?" kata abang dengan nada tidak senang. "We've met before ?" tanyanya lalu tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku melihat dada abang turun naik dengan laju. Jangan cabar abang aku. Kemarahannya memang mudah naik. Aku mengusap lembut dadanya agar kembali tenang. Wajah Zaff kelihatan turut bengang melihat tindakanku. Dengan pantas, tanganku digenggamnya lalu ditarik ke sebelahnya. Aku terkesima dan terdiam kaku. Aku turut tergerak akibat tarikan yang kuat lalu berdiri di sebelahnya. Genggaman tangannya kemas membuat aku tidak berjaya melepaskan tanganku.

"Kalau ya pun nak show off kebahagiaan kau dekat aku, tak perlu jadi murah macam ni !" marahnya tetapi wajahnya tetap memandang wajah abang. Kemarahan abang makin bergelodak di dalam hati. 'kau berani tarik tangan adik aku depan aku, kau berani kata adik aku murah setan !', katanya dalam hati. Aku terus memandang wajahnya. Dia kata aku murah ?! What ?! Siapa yang nak menunjuk kebahagian aku dekat dia ? Ni abang aku la !

"Aku dah perati kau dari dulu. Sejak jumpa dekat parking kereta dulu. Kau ingat dia ni murah ? Macam perempuan yang kau bawa masuk kereta kau minggu lepas ? Jangan ingat permainan kau cantik and smooth ! Lelaki macam kau tak layak untuk dia. Hari ni dia, esok lusa perempuan mana entah kau ayat guna duit kau ! Kau dengan Aiman tu sama ! Sengaja nak gunakan dia ! Dasar lelaki tak guna !" katanya dengan nada marah. Nasib dia masih menjaga nada suaranya walaupun sedang marah. Kalau tidak, kecoh satu kedai. Mukanya yang cerah jelas menunjukkan warna merah menandakan dia sedang menahan marah. Abang terdiam tunduk memandang lantai. Tangannya dikepal untuk bersedia menghadiahkan tumbukan percuma di wajah Zaff. Aku bingung di situ. Perempuan ? Aku murah ? Aiman sama ? Apa semua ni !

"perempuan mana ni bang ?" tanyaku inginkan jawapan. Siapa perempuan tu ? Aku tidak sangka abang seperti ini. Abang mengangkat wajahnya memandangku. Wajahnya kelihatan kosong. Mungkin kemarahannya sudah reda dan bertukar dihimpit rasa kecewa melihat wajahku yang amat kecewa setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Zaff. "Kau tak perlu ber'abang' dengan dia. Lelaki macam ni tak layak dapat layanan baik kau." kata Zaff dengan nada sedikit rendah. Mungkin kemarahannya juga turut beransur berkurang.

"Kau boleh diam ?! Aku memang dari dulu menyampah dengan kau. Sejak kau langgar Eryna. Kalau aku kau kata jahat, kau tu bapa segala kejahatan sebab buat Ryn terseksa !" kata abangku lalu menarik tanganku beredar dari situ. Aku masih diam dan mengikuti sahaja langkah abangku. Sekarang aku tahu kenapa abang tidak suka dengan Zaff. Mungkin abang sengaja tidak mahu memberitahu Zaff tentang siapa dirinya. Sebab itu berlaku salah faham sebentar tadi. Aku tidak tahu ingin menyebelahi pihak mana. Aku buntu. Tetapi setidaknya, aku tahu Zaff masih sayangkan aku. Tetapi tahap sayang Zaff terhadap diriku masih tidak diketahui . Adakah seluas lautan ? Setinggj gunung ? Ataupun hanya sebesar zarah ?

Abang melepaskan genggaman tangannya lalu membiarkan aku berdiri di tepi kereta sendiri. "Dik, abang tahu adik kecewa tapi ini semua salah faham. Adik tak sepatutnya kecewa" katanya dengan nada kesal. Aku membuka pintu kereta di bahagian penumpang hadapan, "Get in the car now" lalu masuk ke dalam kereta. Abang turut sahaja arahanku.

"Now  tell me everything from A to Z" lalu menyilangkan tanganku. "hmm Zetty, dia paksa abang terima dia. Dia kata dia sanggup bunuh diri kalau abang tak terima dia. No option, abang tarik dia masuk kereta abang, hantar dia balik rumah. Abang explain semuanya dekat family dia dan semuanya selesai" jawab abang dengan tenang. Aku memandang wajah abang dengan rupa terkejut. "What ?", kata abang. "Tu je ? Eiy kalau buat drama, sah tak laku !" kataku lalu menghentakkan tanganku di atas peha.

"Ngek punya budak. Aku ingat apa la tadi. Menyampah ! Ha mamat tadi tu siapa ? Beria berani pegang tangan adik abang. Dah bosan dengan dunia gamaknya sampai tempah maut dengan abang. Dah langgar adik orang, nak berlagak protect Ryn. Dan macam mana dia kenal Aiman ?" kata abang. Aku terus gelakkan abang. Padan muka abang. Siapa suruh buat aku sedih tadi. Nasib terang dekat aku cepat-cepat. Kalau tak, memang dak fikir negatif dekat abang.

Tidak hairan kenapa abang tidak mengenali Zaffran. Ketika aku bertunang, abang tiada. Aku putus tunang juga abang tidak tahu. Aku pula malas menceritakan tentang hal lama. Biarlah abang kekal tidak mengenalinya. "Kawan Uni. Kan Aiman datang jumpa Ryn dekat sana dulu. Tu dia kenal sebab ala macam abang tak kenal Aiman. Nampak Ryn je jerit macam dah 10 tahun tak jumpa" jawabku. Abang mengangguk faham. Abang menghidupkan ejin keretanya lalu menggerakkan keretanya keluar dari kawasan meletakkan kereta.

"Dik, abang nak tanya sikit boleh ?" tanya abang, matanya masih memandang jalan raya. Kereta berhenti di lampu trafik. Aku mengalihkan pandanganku dari memandang telefon bimbitku. "ya. Kenapa ?" tanyaku semula. "Adik dengan Haqiem macam mana ?", soalan abang berjaya membuat mataku tidak berkelip. Aku terdiam kaku. Abang kenal Haqiem ? Macam mana ? Bila ? Kenapa aku tidak tahu mereka saling kenal ?

"Qiem tu kawan abang ?" tanyaku semula. "Bukan. Jawab dulu" kata abang. Aku diam seketika. Nak jawab apa ? Allah. Kenapa semua ni makin rumit. "Kami kawan la. Kenapa ?" jawabku jujur. Biarlah abang tahu. Nanti jika aku dilanda masalah, abang juga menjadi tempat mengadu. Aku mendengar abang menghembus nafas berat. "Kenapa bang ?" tanyaku lagi.

"Adik jangan main dengan perasaan" kata abang dengan nada serius. Sudah. Kenapa pula ni ! "Apa maksud abang ni ? Ryn tak faham" jawabku. Apa sudah jadi ? Kenapa abang terlalu serius. Abang memandangku sekilas lalu menggosok lembut atas kepalaku. "Abang saja nasihat. Abang kenal Haqiem sebab hari tu dia call abang", jawab abangku selamba. Aku ternganga.

"What ?! Dia cakap apa ?" tanyaku kalut. Haqiem ni ! Jadi sebab tula dia beria minta pinjam telefon aku. Eiy ! Tak guna ! "Dia minta izin nak bawa adik abang keluar. Abang saja uji dia. Dia jawab dengan tenang. Bila abang saja kata tak boleh, dia kata ok. Abang tanya dia ok ke ? Dia kata memang dia sedih sikit tapi dah abang tak bagi izin, takkan dia nak bawa anak dara orang keluar kan." jawab abang. Aku terdiam. Haqiem minta izin abang aku sebelum bawa aku keluar ?

"Eh tapi dia bawa juga adik keluar. Nampak sangat berlakon" kataku untuk menyedapkan hati. "Manada. Abang izinkan la" jawab abangku lalu ketawa. Aku tidak mampu menyedapkan hatiku lagi. Haqiem terlalu istimewa. Allah, apa patut aku buat sekarang ini ? "dik, abang harap adik buat keputusan dengan sebaiknya. Kalau dengan Haqiem, abang izinkan saja. Tapi kalau bukan dengan dia, abang tetap izinkan dengan syarat dia yang terbaik untuk adik" kata abangku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

Apa patut aku buat ? Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku terus mengangkat panggilan si dia. 'Baru sebut nama, dah muncul' kataku dalam hati. "Ya assalamualaikum Haqiem Irsyad. Ada apa ya telefon hamba ?" tanyaku. Aku terlihat abang senyum mengejek. Sibuk je abang. "Awak.. hospital Seri Puteri.. Saya tak tahu nak rasa apa..", itu sahaja yang jelas di pendengaranku. Haqiem menangis ? Hospital Seri Puteri ? Hatiku mula tidak tenang. "Qiem, awak ok tak ni ?" tanyaku dengan kalut. "Ryn, saya nak jumpa awak.. tut tut tut", aku melihat skrin telefonku. Dah mati ? Oh la ! Bateri telefonku habis ! Eiy telefon ni pun. Aku terus pegang tangan abangku, "bang ! Hospital Seri Puteri now !". Abang turut sahaja dengan menganggukkan kepala. Ya Allah, apa dah jadi dengan Haqiem ! Tolong selamatkan dia ya Allah. Walau di mana dia berada, aku harap dia dalam keadaan baik dan selamat.

Continue Reading

You'll Also Like

366K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
380K 8.9K 42
Dahulu, kau beriya-iya inginkan aku. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup kau redahi asalkan aku menjadi milikmu. Namun semua itu tiada ertinya s...
33K 2.2K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
101K 2K 17
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita y...