Projek Memikat.. Mr 2B ?

By shavillaa

49.8K 1.3K 76

Mr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18

Bab 10

2.2K 58 6
By shavillaa

Aku masukkan sudu ke dalam mulutku. Haqiem, Ena dan Reen menjadi teman untuk mengisi perut dengan makanan. "wey, korang tahu tak yang hujung minggu ni ada program dekat sini ?", tanya Haqiem. Aku memandang muka Haqiem. Ada program ? Kenapa aku tak tahu apa-apa. Kalau Haqiem tahu, ini bermaksud kami wajib hadir ketika program ini berlangsung. Alahai ! Malasnya. Baru ingat nak belajar masak kek dengan kak Mah. "Program apa ?", tanya Ena. "Program Star to apa entah tu ?", tanya Reen pula. Haqiem mengangguk. Aku teruskan aktivitiku yang terhenti kerana ditanya oleh Haqiem tadi.

"Nama program tu Star To Be Shine. Aku tak tahu siapa bagi nama tu. Teruk gila", lalu Haqiem menyedut air orennya.

"Oh, apa je yang best ? Aku malas nak pergi", kata Reen.

"Macam-macam dan kita wajib ada. Aku dengar cerita geng Zaffran masuk dalam bahagian persembahan. tak silap aku diorang menyanyi. Yela, Azmir tu kan pandai main gitar", tambah Haqiem.

Jap ! Zaff ambil bahagian ? Wah ni peluang baik ni !. Aku memandang Haqiem.

"Beb, kau ada handle pape ?", tanyaku. Haqiem memandangku lalu menggelengkan kepalanya. Baru sahaja aku membuka mulut untuk berkata sesuatu kepada Haqiem, Shasha datang menyapa kami.

"Hai ! Assalamualaikum. Ni Ryna, aku nak tanya, kau nak nyanyi tak sabtu ni ? Aku dah pening cari orang untuk ganti geng Afiq tu. Suka hati je tarik diri waktu akhir macam ni. Kerja aku bertambah sebab diorang." kata Shasha dengan suara yang menunjukkan dia sudah penat. "OK boleh" kataku. Serentak itu, Haqiem yang sedang menghirup air tersedak, Ena yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulut terhenti, Reen yang sedang menaip sesuatu di telefon turut diam kaku dan semuanya memandang ke arahku. "What ?!", bergema kawasan itu dengan gabungan suara mereka bertiga. "serius ni ?" tanya Shasha dengan suara teruja. Aku angguk. Masa untuk aku mulakan langkah kedua sudah bermula.

Shasha berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih. "BEB ! Kau ni gila ke apa ?", tanya Reen. Aku ingin membalas tetapi terhalang dek bunyi batuk Haqiem yang dari tadi tak berhenti. Aku membantu mengusap belakang badannya. Nasiblah berlapik. Kalau tak, kerusi ni aku guna untuk hempuk belakang dia. "Awak ok tak ni?", aku memandang wajah Haqiem. Haqiem sudah masak dengan perangai aku. Kalau guna saya awak tu bermaksud aku sedang memerli dirinya. Aku melihat wajah Haqiem. Haqiem memusingkan wajahnya untuk melihat wajahku. Kami berdua terdiam ketika terlihat mata masing-masing.

"Hoi !", kata Ena sambil menepuk meja. Lamunan kami berdua terhenti. Cantik juga mata Haqiem ni. EH ! Ryna !!! Kau dah kenapa ? Kenapa jantung aku berdegup lain macam. Haqiem terus tertunduk memandang lantai. "Ak.. Ak..u.. Aku nak pergi tandas sekejap", lalu berjalan laju meninggalkan kami. Aku melihat dia pergi. Haqiem pun rasa benda sama ke ?

"Dia tu dah kenapa ? Ok biarkan. Kau ni kenapa ? Gila ke ? Ke mabuk ? Kita bertiga bernyanyi ? tak pernah terlintas pun la wey !", kata Ena dengan muka menyampah. Aku buat dek sahaja. Maaflah terpaksa tarik korang dalam rancangan gila aku. Tapi apa guna kawan kalau tak boleh membantu. Friend in need is a friend indeed !  "aku ok je sebab..", ayat Reen terhenti apabila Ena mencelah.

"ha kau pun naik sama gila. Apa kene korang ni ?!", marah Ena.

Aku menggelengkan kepalaku apabila melihat reaksi Ena. Marah sangat dia ni. Aku pandang wajah Reen, "ha sebab apa ?". Reen tersengih seperti kerang busuk. "Is nak datang tengok !" katanya dengan riang. Aku yang sedang menongkat dagu terus terjatuh tangan ke bawah. Ena yang sedang marah terus memandang tepat wajah Reen. "What ?!" serentak suara aku dan Ena bergabung. Reen mengangguk sebagai tanda apa yang dia baru sahaja beritahu adalah benar. Aku terus menyedut airku. Alahai, dapat pula kawan yang macam ni. Teman lelaki dah macam suami. Nasiblah status mereka sekarang adalah tunang. Aku doakan perkahwinan mereka dicepatkan. Aku tak perlu tengok drama melayu tak terbayar dah lepas ni.

Aku ambil begku lalu bangun. Ena dan Reen lihatku. "Petang ni practice dekat rumah aku. pukul 5:00. tepat." lalu berjalan pergi. Aku terlihat Haqiem di pintu cafe. Aku baru sahaja ingin mengangkat tangan kepadanya, Haqiem terus pusing lalu berjalan keluar cafe. Dia kenapa ?

___________________________________________________

Aku melihat Haqiem berjalan pergi ke arah kawasan yang menjual makanan. Aku perasan yang Haqiem seperti ingin menjauhkan dirinya dariku. Aku ada buat salah ke ? Kali ni aku tidak boleh biarkan. Aku harus paksa Haqiem untuk berterus terang. Sebelum ini aku sudah cuba bertanya melalui telefon tetapi Haqiem menjawab "Aku ok la". Aku berdiri menunggunya pusing kerana aku tahu dia sebenarnya ingin pergi ke dewan tetapi sengaja berubah arah kerana terlihat aku di jalan untuk ke dewan.

Aku berdiri di satu bucu agar dia tidak nampak aku di situ. Dan ya ! Dia lalu. Aku terus menariknya ke dinding lalu menahannya dengan aku berdiri di hadapannya. Haqiem baru shaja ingin menaikkan tangannya untuk menampar aku. Pergerakannya terhenti apabila melihat aku yang berdiri di hadapannya. Aku turunkan tanganku dari memegang lengannya. Nasib pakai baju lengan panjang. "Sorry", kataku lembut sambil memandang bawah.

"takpe. Awak nak apa ni ?", tanyanya lembut. Awak ? Dia panggil aku awak ? Sah ada yang tak kena ! "Awak sihat ke tak ni ?", tanyaku. Eh ! Aku sekali terikut guna awak ! Haqiem tersenyum manis. Wey manisnya senyuman dia ! Alahai ! Eh hati jangan mudah cair !!!

"Sihat sayang", katanya lembut. Wey ! Hati aku tiba-tiba terasa berbunga. Aku sudah lama tidak dengar panggilan tu. Eryna kau ni kenapa ! "Pipi merah macam epal ni kenapa ? Malu ke ? Tadi awak tarik saya macam harimau tarik mangsa tak de pula rasa malu ?" tambahnya sambil tergelak kecil. Ya Allah, aku rindu gelak tu ! Baru tak jumpa tiga hari, aku dah rasa rindu akan semua perkara tentang dia. Kenapa aku rasa macam ni ?

"Sa..say..saya eh ! aku mana ada malu" lalu mengosok perlahan tanganku. Ingin membuang rasa kekok dan janggal, tergagap terus. Wajah Haqiem berubah apabila terdengar aku menggunakan perkataan 'aku'. Aku rasa bersalah pula membuat Haqiem berasa janggal dan malu begini. "Wak ! emm saya nak makan pizza. Lepas habis persembahan saya, awak teman saya boleh ?" kataku riang. Semua ini aku lakukan untuk menyokong kawanku agar dia sentiasa berasa senang apabila bersama denganku. Wajahnya yang tiada riak berubah gembira apabila mendengar ajakkanku. "Boleh. Jumpa saya dekat tepi dewan ok. Saya nak kena pergi, ada kerja. Bye" lalu menggosok perlahan kepalaku.

Kejap, tu tandanya apa ? Kalau dalam cerita Goblin, si hero menggosok perlahan kepala si heroin kerana rasa sayang. Haqiem pula lakukannya kerana rasa apa ? Eh tak boleh jadi ! Aku kena siasat dan tanya. Aku tak mahu hati sesiapa terluka kerana salah faham.

Setelah sampai di belakang dewan, kumpulan Zaff sedang melakukan persembahan. Kumpul mereka menyanyikan lagu Faizal Tahir yang bertajuk Suriram. Sedap juga suara dia. Dengan gabungan Dany dan Azmir bermain gitar manakala Akmal bermain drum, kumpulan mereka nampak happening !

"Oh mak kau jatuh !" melatahku apabila belakang badanku ditepuk tiba-tiba. Ena dan Reen menahan gelak. Kurang asam jawa betul manusia yang dah malukan aku ni ! Aku pusing dengan laju kerana niat ingin menampar si dia dalam keadaan tanpa sengaja.Tanganku berhenti di udara apabila terlihat manusia yang berdiri di hadapanku sekarang. "Kalau ya pun rindu kita, takkan nak hadiahkan penampar sebagai tanda rindu ?" katanya sambil membuka topi Adidas berwarna hitam di kepalanya. Ena dan Reen terkejut apabila melihat jejaka yang berdiri di hadapanku sekarang.

"Aiman !!!!", jeritku. Orang sekeliling memandangku. Aku buat peace kepada mereka. Malu ! Ya Allah, tak sangka sepupuku sedang berada di hadapanku. "Wey, serius rindu ! Bila sampai sini ? Macam mana tahu Ryn dekat sini ? Tidur dekat mana ? Dah makan ? Maklang dengan paklang tahu man dekat sini ? " tanyaku tanpa memberi ruang untuknya menjawab. Aiman terus memegang kedua-dua pipiku. "Sabar baby. Satu-satu boleh ? You know that I can't answer all the question in one time. I know you really missing me like hell but please be patient darling. I'm standing infront of you is the first answer for all of your question. Gefällt es dir ? (do you like it ?)" katanya dengan suara yang lembut. Istimewa tentangnya adalah dia memiliki suara yang sangat sangat sangat sedap untuk didengari dan perempuan mampu cair hanya dengan suaranya. Tahu la baru balik dari German, terus cakap German dengan kita.

"Ich hasse dich", balasku. Ena dan Reen yang berdiri sebelahku membuat muka tidak faham. Biarlah mereka faham ke tak, sebab aku pun tak yakin apa yang aku cakap. Kali terakhir aku belajar bahasa German ketika aku berada di sekolah berasrama penuh. Aiman tergelak. "I don't think so dear. so what are you doing here and what you want to do after this ?" tanyanya. Alah ! Baru duduk luar negara empat tahun, dah tak tahu cakap bahasa Melayu. Aku tolak perlahan mukanya ke tepi, "sedar sikit diri tu dekat Malaysia. Cakap la bahasa Melayu. Ni la orang Melayu, langsung tak nak sokong bahasa sendiri. Pastu bila negara lain pandang rendah dekat negara kita, tahu marah, melenting, padahal..". Aiman terus tutup mulutku guna tangannya. "Stop bebel mokcik. Pergi nyanyi sana !" lalu tolakku ke depan. Aku menjeling Aiman. Sepupu yang agak kurang diajar betul !

Aku menghembus nafas sebelum tirai dibuka. Aku pandang Reen dan Ena, mereka senyum kepadaku sebagai tanda mereka sudah bersedia. "Ok kita sudah sampai ke persembahan terakhir untuk hari ini. Kesudian mereka untuk menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti ini amat mengejutkan. Pihak kami amat berterima kasih kepada mereka kerana sudi memudahkan kerja kami pada hari ini. Dipersilakan kumpulan no names yang akan menyanyikan lagu Don't Let Me Down by Chainsmoker". Aku tergelak apabila mendengar Shasha menyebut nama kumpulan kami. Ini semua idea Ena. Aiman tepuk tangan paling kuat di bahagian belakang pentas. Buat malu jela dia ni !

Tirai mula terbuka. Aku pandang belakang pentas pada mulanya yang membuat orang ramai mula bertanya siapa aku. Ena mula menggerakkan jarinya di launchpad miliknya. Semua seperti kagum apabila melihat seorang perempuan bermain dengan alat itu. Reen mula menekan keyboardnya. Punya susah mengajar si Reen ni. Sampai aku, Ena dan emak tidak larat untuk mengajarnya. Nasib baik usaha abang berjaya membuat Reen mengingati dan mudah bermain dengan alat itu. Fuh ! Kalau tak, jawabnya hari ni Reen ketuk kulit kelapa guna chopstick le.

Aku mula bernyanyi dan memusingkan diri. Semua terkejut apabila melihat Ena dan Reen membuka topeng mereka dan melihat aku yang menyanyi pada hari itu. Aku terlihat tangan Zaff yang sedang menyuapkan kentang goreng ke mulutnya terhenti di tengah jalan. Heh ! Ingat aku tak de bakat ke ?

Langkah 2 adalah menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada pada diri !


Zaffran seperti terkesima apabila melihat aku di atas pentas. Dari mula aku bernyanyi sehingga habis, kentangnya yang satu tu tidak masuk ke mulut. Terkejut sangat tu beb ! Aku berjalan pergi dari pentas apabila persembahanku sudah habis. Aiman mencubit pipiku apabila aku berada di hadapanya. "Kenapa ni ! Sakit la", kataku. "Ni bukan hantu yang menyerupai Eryna kan ", kata Aiman. Pulak dah ! Kes hantu tak habis lagi ke ?

"Haish ni Ryn la !" kataku dengan tegas. Aiman sahaja yang mengada memanggilku Ryn. Katanya lebih manja. yelatu !

Haqiem menyapa kami lalu kami berlima keluar dari dewan bersama. Aku terlihat Zaff berdiri di tepi dinding, bersandar sambil tangannya di dalam poket seluar. Dia tungga siapa ? Apabila dia mengangkat muka, mukanya seperti lega apabila melihat aku. Riaknya berubah apabila terlihat aku bersama Aiman dan Haqiem. Zaff terus berjalan pergi dari situ. Cemburu ke ?

_______________________________________________

Emm apa lagi yang bakal Eryna buat ? Wait for the next chapter !

Thanks for the comment. Kepada @IrsyAQ idea awak buat saya dapat idea untuk chapter ni. Thanks !. Thanks for votes and comment.







Continue Reading

You'll Also Like

803K 22.3K 50
Qayra Haufia x Nazreen Fawwaz "Tapi saya dah nak kahwin dengan Dayana 3 bulan dari sekarang." - Nazreen Fawwaz "Takpa. Saya janji saya takkan jadi pe...
5.5K 1.3K 16
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
881K 39.6K 42
PUTRI ALYSSA-Adalah seorang gadis kacukan melayu-Amerika. Alyssa dan keluarga nya menetap di New Zealand. Pada suatu hari, Alyssa dipindah untuk bers...
4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...