Mengapa Aku?

By lindaazhar2010

46.4K 1.8K 35

Mengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding... More

1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50 (finale)
Bonus: A Happy Ending

9

725 30 0
By lindaazhar2010

"Dilla akan duduk di rumah tamu ," beritahu DAtin Jamilah ketika melihat Razlan masuk ke ruang tamu petang itu. Langkah Razlan terhenti. Dia memandang ibunya seperti tidak percaya.

"Mama, kami ni tak kawin lagi, nanti orang kata kami bersekedudukan pula. Lagipun takkan nak bagi dia buat macam rumah sendiri?" sindir Razlan.

"Mama yang plan semua itu. Mama akan beri sepenuh kebebasan kepada Dilla untuk keluar masuk kawasan rumah ini.  Dia tidak perlu berada di sini jika dia tidak mahu.  Mama dah buatkan pagar kecil di tepi rumah sekiranya dia tidak mahu menjejakkan kakinya di rumah ini," terang Puan Jamilah matanya masih menatap buku di hadapannya.

"Oh, dahlah tak bayar sewa, bil elektrik dan air free, boleh keluar masuk ikut suka hati.  Untunglah dapat mama jadi bakal mertua," balas Razlan berdiri di hadapan ibunya.

"Mama bagi warning pertama dan terakhir. Jangan sakiti hati Dilla. Bukan dia yang hendakkan kamu, mama yang pilih dia,"kata Puan Jamilah memandang tepat kepada Razlan.

"Kenapa tak mama je kawin dengan dia?"

"Razlan, kenapa biadap begini? Nak balas dendam sebab mama tolak semua pilihan Razlan?"

"Kenapa mama tolak semua yang Razlan suka? Nak dibandingkan dengan si debab tu, jauh panggang dari api," nada Razlan sudah meninggi.

"Semua yang Lan bawa, semua tidak ikhlas dengan Lan. Mungkin Lan susah nak percaya tapi sekilas ikan di air, mama sudah tahu jantan betinanya."

"Orang kata zaman dah berubah tapi rasanya tidak. Perkahwinan yang diatur dah lapuklah mama!"

"Lapuk bagi kamu. She will be an intern starting next week. Pakcik Said dan Makcik Ida akan ke sini sebelum terbang ke UK. Mereka hendak melawat abang kedua Dilla di sana. Tolong jaga airmuka mama dan ayah."

"Jaga airmuka mama dan ayah, habis tu hati Lan macamana? Lan tak berkenan dengan Dilla tu mama. Tak sesuai dan tak sepadan," balas Razlan lagi. "Apa yang mama tengok dengan si Dilla tu?" Puan Jamilah menutup buku yang dibacanya dan berdiri. 

"Ingat pesan mama, jangan malukan mama. Lan tu lelaki, imam dan khalifah dalam keluarga tolong jaga kesabaran itu.  Kalau Dilla yang buat perangai itu biasa sebab perempuan memang emosi. Tetapi apabila Lan berperangai macam tu, orang hanya akan tengok betapa cetek budi bahasa dan ilmu yang Lan ada. Faham?" Datin Jamilah berlalu terus ke biliknya meninggalkan Razlan keseorangan di situ. Razlan terkejut dengan peringatan Datin Jamilah. Kali ini, ibubapanya memang melakukan apa yang mereka mahu tanpa mengambil kira perasaannya.

Dilla tidak keluar dari biliknya seharian kerana terasa hati dan merajuk dengan ibubapanya. Dia hanya mahu bersendiri untuk berfikir. Ke mana dan kepada siapa harus diluahkan gundah di dada? 'Sampai hati ayah, mak buat Dilla macam ni,' katanya dalam hati berulang-ulang.

"Dilla, keluarlah, pagi tadi tak makan tengahari tak makan. Dah pukul 3 ni, nanti masuk angin tekanan darah turun macamana? Dilla tu boleh jadi anemik," kedengaran suara Puan Wahida di balik pintu.  "Dilla tak mahu keluar tak apa, mak letak makanan depan pintu ni, Dilla makan tau. Kalau marahkan mama dan ayah sekali pun marahlah dengan perut yang kenyang. Makan ya? Mama masak sedap ni gulai lemak cili padi ketam favourite Dilla ni, kan? Tiada respon dari Dilla yang hanya memerhatikan ke luar tingkap.  Hatinya kebas, perasaannya sukar diungkapkan. Dia merasa sekiranya orang menoreh tangan, tiada darah yang akan keluar kerana segalanya seakan terhenti dengan masa. Ibunya mengetuk pintu lagi.  Ayah Dilla yang baru sahaja tiba dari kebun menghentikan perbuatan isterinya.  

"Habis rajuknya, dia keluarlah tu. Bila perut lapar, kan?" kata ayahnya sedikit menjerit.  Sakit hati Dilla bertambah parah.

'Kenapa? Teruk sangat ke jadi plus size ni? Ingat orang xxxl macam aku ni tak ada jatidiri? Takpe ayah, jika ayah dan mak rasa Dilla ni menyusahkan Dilla pergi dari sini,' desis hatinya.  Dia lagi membatukan diri.

Jam menunjukkan 8.40 malam, Puan Wahida sudah keresahan kerana sudah dekat sehari, Dilla tidak menjamah apapun makanan. Mereka berada di dapur ketika itu.  Perut Dila sudah memulas kelaparan. Perutnya meragam minta diisi. Sunyi rumah ketika itu. Dia membuka pintunya perlahan-lahan dan mengintip sekiranya ayah dan emaknya ada di situ. Dia berjingkit-jingkit ke dapur.

"Abang, dah sehari Dilla tak makan. Saya takut dia pengsan dalam bilik. Pergilah tengok," kata Puan Wahida menceduk nasi.

"Awak tak payah risaulah, sehari tak makan tak matinya," jawab ayahnya pendek.

"Abang, dia tu ada darah rendah tau? Tak ingat ke Dilla pernah pengsan banyak kali di sekolah sebab darah rendah."

"Itu dulu, bila dia aktif bersukan, sekarang ni kerja dia makan aje. Tengok badan dah macam ahli gusti SUMO abang tengok," balasnya bergurau. Dilla yang menyorok di tepi dinding mendengar semua perbualan itu. Airmatanya deras mengalir. Kini ayahnya pula mempersendakan saiz badannya.  Dia bergerak ke biliknya pantas dan senyap.  Dia membuka almari dan terus mengemas beg pakaiannya.

"Baik, nampak sangat tak sayang anak. Biar aku pergi.  Aku akan fikirkan jalan untuk membuat latihan praktikal dengan cara aku. Bukan seperti yang mak ayah aku hendakkan. Aku mungkin nampak lemah dan tidak berguna, aku akan buktikan yang  aku boleh harungi semua ini," dia bercakap sendiri sambil tangan mencapai pakaian  dan barang-barang yang mahu dibawa pergi. Dilla memeriksa baki akaun bank dan baki di tangan. ' Ada lebih kurang RM1000.  Memang tak cukup hendak survive,' katanya dalam hati. Dia mencapai telefon bimbit dan menulis mesej kepada Ara.

'Ara, kau kat mana?'

'Kat rumahlah kenapa?'

'Aku nak pinjam duit.'

'Kau kan mewah duit. Tiap bulan abang-abang kau akan bank in. Aku yang selalu pinjam. Kenapa ni?'

'Adalah projek aku ni. I need money urgent.'

'Ok, berapa?'

'I need RM 4 ribu lebih kurang.'

'Kau gila. Nak buat apa duit banyak tu?'

'Kau pinjamkan dulu nanti aku explain.'

'Ok boleh tapi aku ada RM2000 sahaja dalam bank baki PTPTN. Aku transfer sekarang.'

'Thank you beb.'

'No hal. Kau kat mana ni?'

'Rumah.'

'Ok bagi aku 15 minit.'

'Baik, by tonight tau?'

'Bereh,boh!' mesej Ara terhenti di situ.  Ara merasa hairan kerana setahu dia tiada apa-apa rancangan yang memerlukan duit sebanyak itu.  Tapi dia akan percaya apa sahaja yang mahu Dilla lakukan.

Dilla memadamkan lampu bilik supaya ibu dan ayahnya beranggapan dia sudah tidur.  Jam menunjukkan jam 2 pagi. Berjam dia bergelap di dalam bilik. Dia sudah siap dengan beg laptop, beg pakaian dan segala yang dia perlukan untuk meninggalkan rumah.  Dia memeriksa ruang tamu, dan sekeliling dan mendengar dengkuran ayahnya. 'So far so good!' Dia keluar dari rumah itu dengan jayanya. 

'Janganlah aku jumpa hantu,' bisik hatinya ketika melangkah. Dia membaca surah-surah lazim sebagai pendinding.  Selepas melompat pagar keluar kerana pintunya berkunci dia memandang rumah besar di tengah sawah dan menghela nafas panjang.

"Mak ayah, Dilla pergi sebab Dilla rasa Dilla sudah teraniaya. Jangan cari Dilla. Dilla akan buktikan kepada mak dan ayah yang Dilla bukan budak kecil lagi. Dia menapak ke stesen bas di tengah bandar. Nasiblah rumahnya berdekatan dengan pekan. Dia mengambil tiket ke Kuala Lumpur dan menaiki bas jam 4 pagi. Tiada berpaling lagi.  Aku sudah berumur 23 tahun. Orang lain dah kawin dan mempunyai anak.  Aku boleh harungi ini. Mesti boleh! Dia mahu ke kampus kerana mahu membuat pertukaran tempat praktikal. Dia sempat membeli simkad baru dan menyimpan simkad lama. Kalau aku buat ni, aku akan buat betul-betul. Dia keraskan hatinya. Perutnya berbunyi kelaparan. Dia mengeluarkan bekal yang dibeli tadi dan makan di dalam bas yang deras menuju ke Kuala Lumpur.

Pagi esoknya, Puan Wahida mengetuk bilik anaknya. Masih tiada jawapan. Dia memusing tombol dan ia tidak berkunci. Bilik Dilla kosong. 

"Abang!!!!!" Puan Wahida menjerit. Encik Said yang baru hendak bersiap untuk ke masjid bergegas ke luar.

"Kenapa ni?" tanya Encik Said, membetulkan kopiah. Puan Wahida menunjukkan bilik Dilla yang kosong. Dia menangis teresak-esak. Merajuk betul anaknya kali ini. Selalunya sekejap sahaja. Bila dipujuk dengan makanan kegemaran hatinya lembut. 

"Dilla pergi mana bang?"jerit Puan Wahida.Encik Said mencapai telefon dan terus mendail nombor Dilla. Tapi hanyalah suara operator yang mengatakan nombor tidak dapat dihubungi.  Encik Said menelefon semua anaknya dan juga Ara dan Ikmal.  Puan Wahida tidak berhenti menangis kerana dia risaukan keselamatan Dilla yang tentunya lemah sebab seharian tidak menjamah makanan.

Dr Helmi muncul di rumah itu secepat mungkin masih berpakaian kerja. "Mak, mana Dilla?"

Puan Wahida menggelengkan kepalanya.  "Tak ada pesan, tak ada nota, telefon pun tak dapat. Ara pun tak tahu ke mana dia pergi dan Ikmal pun tak tahu Dilla berada di mana."

"Kita tunggu 24 jam. Kalau tak jumpa kita laporkan kepada pihak polis," kata Encik Said.

"Puas hati abang?"

"Awak tanya apa ni?"

"Puas hati abang?!! Anak kita dah lari. Semua salah abang. Saya dah cakap Dilla mesti tak mahukan pertunangan ini, abang degil. Semalam dia merajuk ada abang nak pujuk?" jerit Puan Wahida menangis. Dr Helmi menyabarkan ibunya.

"Dia tak apa-apa. Dah habis duit baliklah tu. Dia mana pernah susah," jawab Encik Said cuba menjadi berani.

"Kalau ada apa-apa yang buruk terjadi kepada anak saya tu, saya takkan maafkan abang," balas Puan Wahida melepaskan tangan Dr Helmi. Puan Wahida mengesat airmatanya dan menepuk bahu Dr Helmi. Dia bergerak ke biliknya.

"Berat ni, ke mana Dilla pergi?" kata Dr Helmi terduduk. "Ayah, saya balik ke hospital dulu. Nanti tengahari saya balik," kata Dr Helmi terus keluar dari rumah itu.  Dia terus pergi ke ATM dan memasukkan RM500 ke dalam akaun Dilla. 'Dilla tolong jaga diri. Baliklah ke rumah bila dah habis merajuk,' dia memberi mesej kepada Dilla.

Continue Reading

You'll Also Like

223K 7.5K 43
#2019/2020 Coverby:nurshaziera Auna Danisha berasal dari keluarga yang berada namun dia tidak sombong. Papanya,Dato Aleef telah meminang seorang lela...
512K 20K 30
DARA MANISA Dia ikut cakap mak je! THAQIF QAUSAR Dia sudah punya 'mata air'. Jadi tolong jangan terhegeh boleh? Menjadi calon isteri yang tak diingin...
63.6K 2.7K 41
Ellaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila...
389K 12K 61
Mahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suami...