Penembak Hatiku.

By blurbblabla

73.2K 3.8K 196

Hidup aku aman. Tapi tak berapa lama selepas kemunculan lelaki misteri. Adakah dikira misteri kalau hampir s... More

A/N
Bab 1
Bab 2
.....................?
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Characters!!
Bab 14
Bab 15

Bab 10

3.1K 231 8
By blurbblabla

Enjoy!

Aku tengok Damian tercengang dengan pernyataan tadi. Kalau tak fikirkan sekarang ni aku tengah berhadapan dengan jin bertopengkan manusia ni, aku rasa Damian comel sangat sekarang ni. Lagi-lagi bila mata dia terkebil-kebil macam tu. Oops! Fokus.

"What? Cat got your tongue? Speak, young man!"

Damian memandang aku, memohon penjelasan. Aku melepaskan keluhan. "Pa, he is just a friend. Tak payah pretend papa prihatin pasal Ulfa padahal kita berdua tahu hal yang sebenarnya." Aku tersenyum sinis melihat dia terkesan dengan percakapanku.

Aku menghampiri Damian kemudian memaut lengannya. Tindakanku jelas di luar dugaannya. Hehe... aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku rasa lagi selamat dekat dengan dia.

"Papa... Ulfa datang sini bukan nak buat drama sinetron tau. So.. ada apa papa nak jumpa ni?"  Walaupun mata aku fokus kepada bapa angkatku, tapi aku dapat rasakan pandangan Damian yang macam nak tembus sekarang ni. Seriously, perlu ke dia buat aku nervous wei?

Jap, aku lupa something. Apa nama bapa angkat aku eh? Ah..  lantaklah.

"Ulfa, tak lama lagi nak final exam kan? Papa tak nak kamu sibuk merayap dengan budak entah apa-apa. Fokus pada pelajaran. You know  yang papa boleh buat lebih teruk daripada sebelum-sebelum ni kan?" Dia tersenyum sinis ke arahku. Memang... memang dia berjaya buat aku hilang sabar sekarang ni.

Pautan aku pada lengan Damian diperketatkan. Sabar Ulfa.  Aku tahu Damian akan tanya aku pasal ni tapi aku tak boleh fikir apa-apa sekarang. Otak aku sedang bekerja macam mana nak singkirkan monster ni daripada hidup aku.

"Fine! Papa tak payah lah kot nasihatkan Ulfa. Hah.. izinkan Ulfa cakap sesuatu eh. Tahun ni umur papa berapa eh?" Suara aku lembutkan ke tahap paling maksima. Oh tak lupa dengan 'senyuman satu juta' aku.

"52. Kenapa tanya?"

Aku toleh ke arah Damian kemudian berikan senyuman manis apabila melihat dia memandang ke arahku tidak berkelip. "Kau tengok eh. This is the real me." Aku berbisik perlahan.

"Oh nothing. Just as your daughter, Ulfa just nak ingatkan yang baru-baru ni ada seorang budak ni baru berumur 12 tahun dah meninggal. Ni kan lagi yang DAH TUA BANGKA. Rasanya dah kuat dah kubur tu memanggil. Ulfa harap papa tak marah lah eh. Ulfa just nak ingatkan aje."

Aku sengaja buat muka innocent. Hehe... dia takkan berani punya. Aku pandang Damian yang sedari tadi sibuk main tarik baju aku.

"Ulfa. Kau kene explain semua ni kejap lagi. Aku tak kira."

Aku tarik hidungnya. "Aku tahulah pak cik. Kau duduk diam boleh tak?"

"Ulfa..."

Pandangan aku beralih pada orang tua tadi. Keningnya yang berkerut menampakkan lagi raut wajah tuanya. Tapi tu pun tak sedar lagi.

"Yes pa? Anything else ?"

"Nothing else. You may go. NOW."

Tak perlu cakap dua kali. Aku dah pun heret Damian keluar dari bilik puaka tadi. Waa... nasib aku hidup lagi.

Aku berhenti melangkah tatkala Damian mencengkam kedua-dua belah bahuku. Pandangan matanya aku balas.

"Aku nak penjelasan. Sekarang." Ok..ni menyeramkan. Kenapa tetiba dia ni serius. Aku pulak yang takut. You see... hilang sifat DYD aku.

Aku cuba lepaskan tetapi makin kuat pulak dia cengkam. Melihatkan aku terus meronta, dia kunci pula pergerakan aku dengan memautkan tangannya di pinggang aku. Bukan pautan biasa..  tapi serius ketat gila wei.

Orang yang lalu-lalang di situ memerhati kami semacam. Ok aku faham kenapa. Mesti diorang fikir aku dengan Damian tengah berpelukan. Mommy...malunya.

"Damian.. lepaslah. Kalau kau nak penjelasan, okey aku bagi. Tapi tak payah lah sampai macam ni sekali an." Aku pandang sekeliling. Bukan apa, just aku akan rasa rentak jantung aku laju semacam bila bertentang mata dengan dia. Relaks Ulfa, biasa lah tu. First time serapat ni dengan lelAki kan?

Damian tersenyum. Aku rasa... thats hot!

"Ulfa.. aku buat ni bukan pasal penjelasan tu." Lagi sekali, senyuman membunuh tu.

"Habis tu apa?" Aku cuba untuk bersuara tegas tetapi gagal.

"Aku just suka rapat dengan kau. Aku sakit hati bila tengok kau rapat dengan Eddy tu. Rasa macam nak toreh-toreh je muka dia dengan kulit durian. So.. no more him ok?"

Aku terus mengangguk. Entah kenapa aku patuh sangat dengan dia. Maybe cara dia bercakap yang sangat lembut kot.

Damian lepaskan pelukannya. Akibat rasa malu, aku terus berlari ke arah motorku. Damian di belakang aku buat tak endah.

"Jumpa aku kat tempat pertama kali kita jumpa. Kalau kau ingat, maybe kau akan dapat penjelasan tu. Chiao!" Dan aku terus berlalu pergi. Haha.. 

~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Perasaan yang sama setiap kali aku pergi ke sini. Aku rasa macam aku seorang je kat sini. Tapi...

"Hai babe. "

Yup, tu sebelum mamat ni tiba-tiba muncul depan aku dengan sengihan nakal dia tu. Aku just mampu menggeleng kepala je.

"So kau nak aku jelaskan pasal apa ?" Aku terus menyoal. Malas....

"Siapa lelaki tadi. Kalau dia papa kau, kenapa hubungan kauorang macam tu?"

Haih.... dia ni. Soalan first lagi dah susah. Perlu ke aku bagi tahu dia? Tapi ni antara rahsia terbesar aku. Macam mana kalau satu hari nanti, aku bergaduh dengan dia and then dia ceritakan semuanya pada masyarakat. Macam mana kalau dia bencikan aku... ma-

Belum sempat aku habis berfikir, Damian sudah menggenggam erat kedua-dua belah tangan aku.

"Ulfa, jangan risau. Aku tak akan bagi tahu sesiapa. Im not a backstabber ok. Trust me."

Pandangan matanya buatkan aku  tewas. Ye.. mata tu nampak sangat ikhlas. Aku tak pernah nampak keikhlasan tu pada sesiapa. Baiklah...

"Ok then, if you insist. Just dengar baik-baik. Aku tak akan ulang." Aku ambil nafas panjang. Lepas aku luahkan semua ni... keadaan antara aku dengan Damian akan jadi lain. Dia kan jadi lebih istimewa berbanding orang Lain sebab dia seorang je yang aku pernah cerita pSal hal ni.

"Lelaki tadi tu bapa angkat aku. Dia ambil aku masa umur aku 4 tahun. Waktu tu, aku tengah kendong adik aku yang baru sebulan. Parents asal aku tak dapat dikesan. Diorang tinggalkn aku kat rumah anak yatim."

Damian ingin bertanya tapi aku meletakkan jari di bibirnya. "Dia just ambil aku tapi adik aku terus ditinggalkan kat sana. Ye, aku sedih sangat waktu tu. Kau bayangkan bayi sekecil tu keseorangan dalam dunia sebesar ni. Waktu tu first time aku memberontak. Aku nak dia ambil adik aku jugak. Tapi dia tak nak, dia kata adik aku takkan berguna untuk dia."

Dan, setitis air mata aku jatuh. Aku biarkan, aku dah tak tahan berpura-pura jadi tabah. Wajah adik aku terbayang-bayang.

"Dia ugut aku dia kan cederakan adik aku kalau aku buat hal. Dan perkara tu berterusan sampai sekarang. Kalau aku tak ikut cakap dia, dia akan bahayakan nyawa adik aku. Dia tu raksasa, Damian. Aku benci dia. Setiap hari aku akan berfikir macam mana nak lepaskan diri daripada dia. Tapi, aku tahu... tu hanya angan-angan kosong."

Aku pandang laut yang membiru. Hati aku jadi tenang sikit walaupun air mata aku tak henti-henti mengalir. Luka lama kembali berdarah.

Aku terkejut apabila Damian menarik aku ke sisinya. Aku meletakkan kepalaku di dadanya.  Mata aku pejamkan.

"Tahun lepas... waktu tu, dia suruh aku berhenti menembak. Tapi aku taknak dan aku memberontak. Kau tahu tak apa dia buat? D-dia upah orang langgar adik aku sampai koma, Damian. Apa yang kau lihat pada diri aku sekarang ni, semuanya sebab dia. Dia buatkan aku jadi keras hati."

Habis basah lencun baju Damian dengan air mata aku. Tapi dia macam tak kesah malahan boleh lap air mata aku guna jari lagi.

"Sabar Ulfa. Aku tahu kau tak suka simpati. Tapi kau sangat kuat. Aku tahu tu. "

Aku pandang anak matanya. Keikhlasan jelas terpancar.

Kau buat aku rasa disayangi, Damian.




Hai guys... maybe just.. maybe kauorang sudi vote and comment. Lagi banyak lgi bagus. Baru sye semangat nak update. 😊

💌 ifawani

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 93.9K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
762K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.5M 78.2K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...