My Parfait Love ✔

By LaylaInhara

1.2M 14.3K 622

Dua orang sepupu terperangkap dalam satu kisah cinta. Ain humaira anak yatim yang membesar dengan neneknya da... More

BAB 1 | Benci
BAB 2 | Sedondon
BAB 3 | Celaru
BAB 4 | Fail
BAB 5 | Sah
BAB 7 | Jumpa
BAB 8 | Lepas
BAB 9 | Maid
BAB 10 | Halus
BAB 11 | Confirm
BAB 12 | Pindah
BAB 13 | Cemburu
BAB 14 | Subuh
BAB 15 | Penthouse
BAB 16 | Sukarela
BAB 17 | Kereta
BAB 18 | Pegang
BAB 19 | Perang
BAB 20 | Dating
Good News!
Ebook Sale
Selling fast!
NEW PROMO
🌹LATEST PROMO🌹

BAB 6 | Kepulangan

20.2K 723 22
By LaylaInhara

Sebulan berlalu..

Hari ini, nenek, ibu saudara dan bapa saudaranya pulang dari tanah suci. Hanya Fedzriq yang pergi menjemput mereka. Dia dan Reen hanya menunggu di rumah.

Sejak peristiwa pahit itu, Fedzriq langsung tidak menjejak kaki ke rumah agam milik keluarganya. Ain bersyukur kerana dia tidak bersua dengan lelaki itu lagi.

Ketahuilah di dalam setiap kesabaran pada hal yang kau benci, terdapat banyak kebaikan.

Diam, tenang, dan dewasa.

Hanya sebahagian dari kita sahaja yang boleh melakukam hal ini. Menjadi dewasa tidaklah mudah, namun siapa sangka ketika keadaan membawa paksa kita untuk menjadi dewasa.

Diam dan tenang ketika masalah menimpa juga tidaklah mudah, tapi hanya orang yang bersabar yang boleh melakukan hal yang sebaik-baiknya.

"Nenek!!!" Ain terpekik gembira apabila melihat neneknya berada di muka pintu. Ain terus meluru laju memeluk neneknya dengan erat. "Rindu nenek! Nenek sihat?" Air mata tanpa segan silu mengalir di pipi mulus Ain.

"Hesy.. apa menangis pulak ni? Nenek sihat.. Jangan risau." Nenek cuba untuk menenangkan cucu kesayangannya yang manja. Ain tersenyum kemudian memeluk lagi tanpa rasa ingin melepaskan.

Seketika kemudian barulah Ain menyedari kehadiran ibu bapa saudaranya yang telah melabuhkan punggung di ruang tamu. Rupanya lama jugak dia berpelukkan dengan neneknya.

"Mak Ngah dan Pak Ngah sihat? Ain tunduk tertib bersalaman dengan kedua ibu bapa saudaranya itu.

"Sihat, Alhamdulillah. Ain dan Reen okey tak selama kami tak ada ni?" Dato' Faizuddin bertanya pada Ain.

"Okey je Pak Ngah. Seronok tinggal dengan Reen. Kami ada kesempatan untuk study sama-sama." Ain menjawab lembut.

"Baguslah macam tu. Lega Mak Ngah dengar." Mak Ngahnya turut tersenyum pada Ain. "Hah Along! Dah letak beg nenek?" Tegur Datin Harlina apabila ternampak Fedzriq menuruni anak tangga.

Kelihatan Fedzriq hanya mengganggukkan kepalanya. Ain serta merta dilanda debaran kuat di hatinya. Tadi semasa mereka sampai, Ain memang tak sempat melihat kelibat Fedzriq kerana terlalu asyik dan gembira berpelukkan dengan neneknya.

"Duduklah minum air dulu Fedzriq." Datin Sri Sofea pula bersuara memanggil Fedzriq untuk turut serta dengan mereka.

Mereka semua rancak berbual. Hari ini Fedzriq tidak banyak bicaranya. Lebih banyak mendiamkan diri. Kelihatan sesekali menganggukkan kepala dan tersenyum kepada kedua orang tuanya dan neneknya. Dia langsung tidak memandang Ain.

"Makan malam kat sini aje lah Lina, Din." Datin Sri Sofea mempelawa.

"Tak boleh, ibu. Kena balik ni. Reen kat rumah tu dah merengek-rengel tanya bila nak sampai rumah." Jawab Datin Harlina sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Laa... Kenapa kamu tak bawak dia sekali tadi Fedzriq?" Datin Sri Sofea bertanya kehairanan.

"Along dari Seremban tadi ada meeting. Terus shoot ke KLIA. Malas nak patah balik ambik dia."

"Hujung minggu ni la kami datang lagi Ibu. Boleh bawak Angah sekali."

***

8 bulan berlalu..

Peristiwa hitam itu kelal rahsia tanpa ada yang dapat menghidunya. Ain telah pun menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada hujung november dan kini keputusan sudah pun keluar. Melihat slip keputusannya, dia sangat bersyukur dan terharu. Sungguh bukti kekuasaan Allah itu sangat jelas. Allah maha kaya. Allah maha sayang. Allah maha memberi. Allah maha mengasihani.

Yakinlah semakin kamu besarkan sabarmu, maka semakin Allah siapkan kebahagiaan yang lebih besar untukmu.
Sabar itu indah walaupun kesabaran itu penuh dengan derita.

Kejadian yang menimpanya tidak memberi kesan negatif terhadap peperiksaan yang telah didudukinya. Dia memperoleh keputusan yang amat cemerlang.

Fedzriq sudah jarang ke rumah neneknya. Itu sangat melegakan Ain. Biarlah mereka begini sehingga tiba saat, Fedzriq akan melepaskannya. Dia akan menantikan saat itu dengan sabar.

Jika ditanya soal hati, Ain sudah lama tidak punya hati. Hatinya telah lama hancur berkecai saat menjadi isteri Fedzriq. Menerima cacian dan tuduhan Fedzriq amat melukakan hatinya.

Kenapa lelaki seperti Fedzriq, yang lahir dari keluarga yang baik-baik, berpendidikan tinggi, menjaga solat, hormat orang tua tetapi.. sangat tega bertutur kasar dengannya?

Betullah.. iman tak dapat diwarisi.
Iman juga tak ada di jual di tepian pantai.

'Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.'

Terkadang, hati dan lisan kita tidak beriringan. Lisan kita meminta yang terbaik, sedang hati kita meminta apa yang kita inginkan.

Jadi, bersabarlah. Tidak mengapa, Ain mempunyai perancangan tersendiri. Dia akan menuntut kebebasan dari Fedzriq suatu hari nanti. Sedaya upaya dia berusaha melupakan wajah, nama dan ikatan yang melibatkan Fedzriq dalam hidupnya. Dia tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang Fedzriq.

Biarlah begini. Sampai masa kalau kau nak lepaskan aku, aku amat berbesar hati. Untuk apa disimpan diriku ini jika tidak ada satu pun yang terselit bahagia padanya?

"Ain, kamu dah fikir betul-betul ke keputusan kamu nak melanjutkan pelajaran ke New Zealand tu. Berat hati nenek nak lepaskan kamu pergi. Dari kecil kamu tinggal dengan nenek, sekarang nak berjauhan pula." Rungut nenek dalam nada manja.

"Alah nek ni.. Ain pergi belajar la. Jangan la sedih-sedih. Bukankah belajar tu satu jihad dalam agama kita. Nanti nenek rindu, nenek pergi la melawat Ain. Nenek kan banyak duit." Seloroh Ain sambil memeluk neneknya.

"Kamu benar-benar dah matang Ain. Kalau arwah mama, papa dan kakak kamu ada mesti mereka bangga dengan kamu. Jangan hampakan nenek, arwah dan keluarga kita. Belajar rajin-rajin ye sayang. Kamu pasti beroleh kejayaan. Doa nenek selalu mengiringi kamu sentiasa."

"Baik nek. Nenek jangan lupa datang melawat Ain tau."

***

Empat tahun berlalu..

Tahun ini adalah tahun keempat Ain berada di bumi New Zealand melanjutkan pelajarannya. Minggu depan dia bakal menduduki peperiksaan akhir bagi semester terakhir ini. Bulan depan dia akan ke Canada bersama rakan-rakan kolejnya untuk bersiar-siar. Ini adalah trip terkahir mereka sebelum mereka pulang ke tanah air.

Apa khabar orang di Malaysia? Ain mengeluh. Selama empat tahun di berada di bumi New Zealand hanya empat kali dia pulang ke Malaysia. Itu pun untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama neneknya.

Ain sebolehnya mengelak untuk pulang kerana risau terserempak dengan Fedzriq. Selebihnya neneknya yang selalu melawat Ain di sini.

Dia masih ingat pesan Fedzriq, iaitu jangan pernah muncul di hadapan lelaki itu. Selama itu juga, setiap kali berskyp dengan sepupunya, Reen yang selalu mahu bercerita tentang Fedzriq. Namun cepat-cepat Ain mengubah topik. Dia tidak mahu mendengar apa-apa tentang Fedzriq.

Namun satu hal yang dia musykilkan, selama dia belajar di New Zealand setiap bulan wang akan masuk ke akaunnya. Mulanya dia berasa curiga dan tertanya-tanya.

Setelah disemak dengan pihak bank, ternyata wang itu dari akaun Fedzriq. Tetapi Ain masih berkeras hati. Langsung tak terusik wang dalam akaun tersebut. Dia tak mahu terhutang budi atau wang atau apa apa saja dengan lelaki itu. Dia hanya menggunakan wang pemberian nenek dan wang gaji hasil kerja part timenya semasa cuti semester bersama rakan-rakan yang lain.

Dan ada satu hal yang membuatkan dia tertanya-tanya. Tentang status perkahwinan mereka.

Adakah masih sah perkahwinan ini? Dah lebih empat tahun.

Dia terfikir sendirian. Dia perlu mendapatkan maklumat lanjut tentang status pernikahannya. Adakah masih kekal suami isteri atau sebaliknya.

Jika sebaliknya, malah dia sangat bersyukur. Dan gembira itu sudah pasti.

Dia perlu mempersiapkan dirinya agar tidak terlalu lemah untuk pulang ke Malaysia. Dia harus kuat demi maruahnya yang telah lama tercalar.

Selepas tamat peperiksaan, mereka meraikannya dengan makan malam di tepi tasik. Suasana malam itu amat damai dan tenang. Menyaksikan kilauan bintang di samping cahaya bulan yang menerangi.

Sedang Ain menikmati pemandangan, dia dihampiri oleh teman kolejnya, Danish.

Teman yang boleh dikatakan akrab dengannya. Dia tahu, Danish melayannya dengan perasaan yang istimewa. Namun, Ain berasa tidak selesa.

"Ain, saya ada hal nak cakap dengan awak?" Tanya Danish.

"Ya. Ada apa Danish?" Tanya Ain cuba berlagak formal.

"Sebenarnya, memandangkan kita akan pulang ke tanah air tak lama lagi, jadi saya nak berterus terang. Saya dah lama sukakan awak. Dah lama saya nak cakap, tapi saya tau awak ni jenis yang fokus dalam pelajaran. Jadi saya tangguhkan. Dan sekarang saya rasa ini masa yang sesuai dan saya memang nak awak tahu perasaan saya. Sikap ambil berat awak buat saya rasa disayangi. Saya nak.."

"Danish, Danish. Ya, saya faham perasaan awak terhadap saya.. Tapi saya tak boleh. Maafkan saya. Nenek saya dah aturkan pertunangan saya dengan orang lain sebaik sahaja saya habis belajar. Maafkan saya." Ain segera beredar.

'Maafkan aku Danish. Aku tak nak beri harapan pada kau. Aku belum pasti lagi tentang status aku sekarang ini. Jika kita masih berjodoh, kita akan jumpa lagi mengikut aturan Allah nanti. Aku percaya dengan aturan Allah. Aku percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan ke atas diri ku.'

***

Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan, wajah pertama yang Ain nampak adalah wajah neneknya. Melambai ke arahnya. Diikuti dengan Reen di sebelah neneknya dan seorang lelaki?

Wait. Siapa ni? Angah? Berbeza sangat.

"Nenekkk!! Assalamualaikum." Ain terus memeluk neneknya.

"Waalaikumsalam. Kamu sihat?"

"Sihat nek. Reen! Rindunya kat kau."

"Rindu kau jugak. Yeayyy aku dah ada kawan untuk teman aku shopping." Reen memeluk sahabat yang juga sepupunya dengan erat.

"Angah! Wow! Nampak lain la sekarang. " Ain perlahan mendekati  Faridz.

"Hah? Apasal? Apa yang lainnya?" Faridz mengangkat keningnya dan segera menyimpul senyumnya.

"Tak ada lah. Cuma nampak berbeza. Mana rambut afro? One more thing, angah dah kurus." Ain tergelak perlahan. Faridz juga tidak dapat menahan senyumannya.

"Dah, mari kita balik. Nenek dah suruh Mak Kiah masak special untuk Ain."





Terima kasih pada nana_liana dan Dhia_zara yang sudi promote cerita saya ni. Terima kasih sangat2.

Continue Reading

You'll Also Like

161K 5.2K 8
Physical book very soon. Available as ebook. Book 2 of heartbreaker trilogy. ❝𝐒𝐄𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃...
3.1K 600 31
[Theme song of The Revival of Love is Angkara - Siti Nordiana] (Jalan cerita novel ini diinspirasikan daripada setiap baris lirik dan rangkap menerus...
668 60 38
Tipikal best friend buat perjanjian. By ____ if kau tak kahwin lagi, aku pun tak kahwin lagi, kita kahwin dua. Perjanjian yang dibuat main-main itu...
48.1K 2.1K 8
Nama dia Manja dan dia seorang lelaki. Gagah dan perkasa. Baik dan kacak pula. COMPLETE