[DIBUKUKAN] The Eccedentesias...

By taemericano

77.5K 11.6K 2.7K

❝She needs you to recover her, Jungkook.❞ Aurora. Nama yang indah. Tetapi tidak dengan hidupnya. ___________... More

Chapter 1 : Can You Help Me?
Chapter 2 : She Looks At Me
Chapter 3 : I Wish I Could Forget
Chapter 4 : It's Not Your Fault
Chapter 5 : She's Come Back
Chapter 6 : I Met Him Again
Chapter 7 : The Old Memories
Chapter 8 : You Shouldn't Do That
Chapter 9 : You're Nothing To Me
Chapter 10 : He's Gone
Chapter 11 : She's Changed
Chapter 12 : His Untold Stories
Chapter 13 : You're Not Alone Anymore
Chapter 14 : His Secret Admirer
Chapter 15 : I Promise You
Chapter 16 : Want To Try Mine?
Chapter 17 : Remember My Words
Chapter 19 : Don't Hurt Her
Chapter 20 : Finally, You're Mine
PREORDER | NOVEL PREVIEW
E-BOOK

Chapter 18 : Let Me Help Her

2.6K 476 269
By taemericano

Aku memandang lama gelang silver yang tersangkut kemas di pergelangan tangan aku. Gelang itu aku genggam.

"Jimin."

"Panggil aku hyung. Hormat sikit."

"Peliklah kalau aku guna hyung."

"Kau perli aku eh? Kau nak cakap aku pendek?"

"Baguslah kalau dah tahu."

"Dwaeji kau, Jungkook."

Aku tersenyum kelat. Airmata aku mengalir.

Kenapa singkat sangat masa kita berkawan Jimin?

__________________

Aku melepaskan kemeja hitam yang aku pakai sebaik sahaja selesai dari majlis pemakaman Jimin. Gerakan aku lemah sahaja. Tak bertenaga.

Seboleh yang mungkin aku tunjukkan kekuatan yang tersisa di dalam diri sewaktu memberi penghormatan yang terakhir kepada jasad kaku sahabat aku sendiri. Aku cuba untuk tak menangis walaupun dalam hati aku hanya Tuhan saja yang tahu. Namun aku tetap bertahan kerana aku tahu Jimin tak suka sahabat-sahabatnya bersedih di atas pemergiannya.

Bila diingat semula, aku langsung tak melihat kelibat Aurora sepanjang majlis pemakaman tadi. Aku pasti Aurora tidak menghadirkan diri. Ingin saja aku bertanya pada ommanya namun otak aku tak terfikir langsung untuk berbuat sedemikian tadi.

Apa agaknya reaksi Aurora? Mesti dia yang paling terkesan sekali.

Deringan telefon membuatkan aku tersentak dari lamunan. Anak mata aku membaca nombor yang tak dikenali terpapar pada skrin telefon. Dahi aku berkerut seketika namun aku putuskan untuk menyambut panggilan itu.

"Y-Yeoboseyo?"

"Ini Jungkook ke?" Suara dingin seorang wanita menyapa pendengaran aku.

"Y-Ya. Kenap—"

"Kawan baik Jimin kan?" Soalnya lagi memotong percakapan aku. Nadanya masih kedengaran dingin.

"Ya."

"Bagus. Aurora meracau tak tentu pasal. Dah dua hari dia tak makan."

Otak aku cuba memproses segala ayat yang dituturnya bagi mengenalpasti siapa yang sedang bercakap dengan aku ketika ini.

Cara dia menjelaskan keadaan Aurora seperti dia langsung tak risaukan keadaan gadis itu. Tiada nada risau atau takut dan sebagainya.

"Saya harap awak dapat datang untuk pujuk dia. Ini permintaan omma saya. Saya malas dengar perempuan tu meracau cari orang yang dah tak ada."

_____________________

Aku menarik handbrake kereta dan memandang kawasan perkarangan rumah yang langsung tak pernah aku jejaki. Ini kali pertama.

Setelah memastikan aku berada di kawasan rumah yang betul dengan menggunakan lokasi yang sempat di hantar oleh wanita yang menelefon aku tadi, aku terus keluar dari perut kereta. Hujung baju t-shirt hitam yang aku pakai aku kemaskan. Langkah aku buka menuju ke pintu utama. Loceng aku tekan sehingga mengeluarkan bunyi.

Telinga aku menangkap bunyi derapan kaki yang pantas dari dalam rumah mendekati pintu dimana aku sedang berada. Samar-samar kedengaran suara seorang perempuan yang menahan empunya derapan kaki tadi.

Sedar-sedar saja pintu itu dibuka dengan pantas sehingga membuatkan bahu aku sedikit terhinjut kerana terperanjat. Wajah Aurora yang kelihatan teruja menyapa pandangan aku. Namun sebaik sahaja dia menyedari aku siapa, wajahnya mengendur.

"J-Jungkook?" Matanya membulat melihat aku. Aku hanya diam tanpa membalas. Senyuman kecil aku ukirkan kepadanya.

Dia nampak... Lain.

Dia melihat ke arah belakang aku. Mencari bayangan manusia lain selain diri aku. Wajahnya bertukar hampa.

"Mana Jimin?" Soalannya membuatkan hati aku direntap perasaan sayu. Mata Aurora berkaca seketika. Bibir aku terketar-ketar mahu menjawab namun satu suara membantutkan niat aku.

"Ah, Jungkook kan?" Seorang wanita muda yang umurnya mungkin tidak jauh dari umur aku menegur. Dia mengukir senyuman nipis untuk aku. Aku membalas dengan anggukan bersama segaris senyuman.

"Angela..." Tiba-tiba Aurora memusingkan tubuhnya menghadap gadis tadi. Oh, jadi ini Angela yang pernah Jimin ceritakan?

"Angela kata Jimin akan datang... Tapi mana?" Aurora menatap kakaknya itu dengan pandangan sayu. Angela membuang pandangannya ke arah lain. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia mengalihkan perhatian terhadap aku semula.

"Jemput masuk, Jungkook."

"Angela tipu! Kenapa semua suka tipu Aurora?!" Aku sedikit tersentak apabila Aurora meninggikan suaranya. Airmata juga sudah membasahi pipinya. Badannya dipusing kasar sebelum dia berlari menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu dihempas kuat.

Aku masih terkaku. Kaki aku masih tak bergerak dari tempat asal.

"Maaf. Aurora... Macam itulah. Sejak berita pasal mendiang Jimin keluar, perangai dia berubah drastik macam tu. Dia tak nak percaya yang Jimin dah meninggal." Kakak Aurora yang bernama Angela itu bersuara. Matanya pantas dilarikan ketika mata aku bertemu dengannya. Dia memusingkan tubuh lalu menuju ke ruang tamu.

"Masuk je. Nanti saya panggilkan omma. Omma tak berapa sihat sikit, dia dekat bilik."

"Oh... Baik." Aku menjawab bagi menghormatinya selaku tuan rumah. Agak tak sopan sekiranya aku diam saja tanpa menjawab ucapannya. Angela meminta diri untuk memanggil ommanya sebentar. Aku ditinggalkan duduk di sofa bersama minuman dan beberapa makanan dihidang di atas meja.

"Maaf sebab ahjumma, Jungkook terpaksa datang sini." Suara tua seorang ahjumma yang agak berumur menyapa telinga. Aku menoleh kearahnya lalu memberikan tunduk hormat. Kepala aku geleng kecil.

"Tak apa, ahjumma. Saya tak kisah pun. Aurora tu kawan saya juga." Ujar aku dengan senyuman nipis. Puan Park melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan dengan aku.

"Ahjumma tak tahu nak pujuk Aurora macam mana lagi. Jimin pun dah tak ada untuk bantu ahjumma macam sebelum ni." Suara Puan Park kedengaran cukup sayu.

"Dulu Jimin saja yang selalu faham Aurora. Sekarang dia dah tak ada, teruk terus keadaan Aurora jadinya."

"Ahjumma minta tolong Jungkook ni sebab... Jimin pernah pesan pada ahjumma. Dia kata kalau dia pergi Jerman nanti, ada seorang lelaki akan tolong gantikan tempat dia untuk jaga Aurora. Nama dia Jeon Jungkook." Puan Park tertawa kecil.

"Jimin kata dia yakin kamu boleh pujuk Aurora kalau Aurora sedih bila dia dah tak ada. Ahjumma rasa itu petanda yang dia bagi pada ahjumma. Tanda yang dia akan tinggalkan Aurora." Aku menahan rasa sebak yang merentap hati.

"Ahjumma nak minta tolong kamu cuba untuk pujuk Aurora kali ni. Dia tak nak makan sejak tahu Jimin tak ada. Dia tak nak percaya. Dia kata dia akan makan kalau Jimin berhenti bergurau dengan dia pasal berita kematian tu."

Aku membersihkan tekak aku yang terasa kelat. Mata aku bawa ke arah wajah tua Puan Park yang memberikan pandangan berharap kepada aku. Aku melemparkan senyuman.

"Biar saya tolong pujuk dia."

____________________

"Aurora." Aku mengetuk pintu bilik yang berkunci itu. Tiada sahutan dari dalam. Aku mengetuk sekali lagi. Dulang makanan yang aku angkat dengan sebelah tangan aku pegang dengan berhati-hati.

"Buka pintu kejap, Aurora. Ini Jungkook."

Klek.

Aku sedikit tersentak apabila Aurora dengan mudahnya memberikan respon positif. Pintu itu terbuka dengan perlahan. Aku melangkah masuk dengan teragak-agak. Mata aku menangkap Aurora yang melabuhkan punggungnya di birai katil semula. Dia mengambil sebuah novel lalu membacanya tanpa mempedulikan aku.

Agak pelik dan membingungkan sebenarnya kerana kadangkala aku lihat Aurora tidak kelihatan seperti orang yang mempunyai gangguan mental seperti kebiasaannya. Perilakunya yang tenang dan langsung tak mengamuk membuatkan aku seram sedikit.

Kata Puan Park, ada masanya Aurora akan meracau dan mengamuk dan selepas itu dia akan senyap dan kembali tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya. Seram bukan?

"S-Saya ada bawakan makanan. T-Tolong makan ya, Aurora?" Aku menyumpah diri aku di dalam hati. Boleh pula aku tergagap masa sekarang.

Aku lihat Aurora sepertinya tak membaca tulisan yang terukir pada novel itu. Dia hanya menatap kosong disitu seperti sedang mengelamun.

Aku beranikan diri untuk meletakkan dulang itu di atas meja di tepi katilnya. Tiba-tiba Aurora bersuara.

"Kenapa?"

Aku menoleh ke sisi melihat raut wajahnya yang masih tak mengalihkan pandangan dari muka surat yang dia buka pada novel itu.

"Hm?" Aku menjawab dengan deheman.

"Kenapa masuk kalau awak takut dengan saya, Jungkook?"

Jujur, aku masih belum terbiasa dengan sisi Aurora yang satu ini. Gaya dan intonasi percakapannya bukan seperti yang 'Aurora' sebelum ini selalu gunakan.

Dingin. 'Aurora' sebelum ini biasanya pemalu dan sering tergagap apabila bercakap dengannya.

Macam psiko pun ada.

"Bila masa saya takut dengan awak?" Aku berusaha untuk kelihatan tenang didepannya. Aku tak boleh takut. Akukan lelaki. Psh.

Aurora terkekeh kecil. Akhirnya dia memandang aku dengan pandangan yang redup. Novel yang dipegang tadi sudah dilepaskan. Sebelah tangannya menepuk ruang kosong disebelahnya.

"Duduklah sini." Aku menelan liur. Sumpah aku rasa macam ada di dalam filem sekarang.

Aku beralih mengambil tempat duduk disebelahnya. Peluh dingin mula terbit disekitar leher dan tangan aku. Mata aku cuba membaca raut wajah tenang Aurora.

Menyedari mata aku yang tak henti memandangnya, dia juga turut melakukan perkara yang sama dengan aku. Mata aku sedikit membulat dan terkebil-kebil. Cuba untuk kelihatan seperti polos di depan dia. Aurora mengukir senyuman kecil.

"Good boy."

Aik?

Aurora mematikan senyumannya. Mata aku dipandang lama sehingga menghadirkan degupan yang maha hebat di jantung aku.

"Mana Jimin?"

Lagi. Soalan itu.

Aku menelan liur. Sedaya upaya aku ukirkan senyuman. Mata aku larikan dari terus bertatapan dengannya. Aku beralih mengambil makanan yang aku bawa sebentar tadi. Dia hanya melihat gerak-geri aku.

"Makan dulu baru saya bawa awak jumpa Jimin."

Dia tersenyum lebar. Aku turut sama tersenyum apabila dia menjawab dengan anggukan kecil.

Yes, aku berjaya.

_______________________

"K-Kenapa kita berhenti sini, Kook?" Aku menghelakan nafas apabila mendengar soalan Aurora. Dia menatap aku bingung di kerusi penumpang bersebelahan pemandu.

"Awak nak jumpa Jimin, kan?" Aku mengukirnya senyuman nipis untuknya. Matanya berkaca. Dia menggeleng kecil.

"Tak mungkin..."

"Jom turun." Aku terus keluar tanpa menunggu bantahan yang ingin dia lontarkan. Aku tahu sekejap saja lagi mungkin dia akan mengamuk tapi aku perlu lakukan ini untuk sedarkan dia.

Sedarkan dia bahawa Jimin sudah tiada.

Aku sedikit terkejut kerana Aurora tetap membuka pintu kereta dan keluar walaupun dia tahu keberadaan kami sekarang.

Tanah perkuburan.

"Mari?" Aku hulurkan tangan kanan aku padanya. Matanya yang masih berkaca sekadar membalas pandangan aku dengan sendu. Bibir bawahnya digigit.

Aku beranikan diri mencapai tangannya lalu memimpin dia untuk mengikuti aku sehinggalah kami tiba di tempat yang kami tujui. Menakjubkan sekali kerana dia tidak merentap tangannya dari pegangan aku.

"Aurora."

"Tak..." Aurora merintih perlahan. Suaranya bergetar. Airmata yang ditahan kini tumpah.

Senyuman perit terukir di bibir aku.

"Ini Jimin." Kata aku. Pandangan aku juga sudah mulai kabur dengan airmata. Nama yang terpahat pada batu di atas makam itu aku pandang.

Park Jimin.

___________________

"Rehat kejap. Nanti kita sambung balik." Cikgu Seojun memberi arahan selesai latihan bola keranjang kami. Aku duduk di atas lantai simen dan melepaskan nafas berat. Penat.

Aku mencapai botol mineral di sisi lalu diteguk rakus. Aku dapat rasa bahu aku disentuh dari belakang. Dengan pantas aku berpaling. Mata aku membesar.

"J-Jimin?"

Jimin tersengih dan melompat ke depan aku sebelum duduk bersila. Dia menatap aku lama bersama senyuman dibibirnya. Aku pandang dia dengan terkebil-kebil kemudian aku pandang sekeliling. Aku tak sedar yang gelanggang ini sudah kosong. Cuma ada aku dan Jimin.

Jimin masih hidup?

Maknanya berita pesawat terhempas dan kematian Jimin tu cuma mimpi?

"Kook!" Jimin memetik jari pendeknya di depan muka aku.

"A-Apa?" Aku masih terkejut.

"Dah fikir belum?" Soal Jimin teruja dengan kening yang dinaikkan beberapa kali. Aku kerutkan dahi. Bibir aku kemam.

"Fikir apa?" Aku menyoal semula. Jimin merengus kecil lalu menumbuk bahu aku. Aku meringis.

"Mesti kau dah lupa kan?"

"Lupa apa?" Jimin masamkan muka dan kembungkan pipi dia.

"Kan aku minta kau lamar Aurora."

"Ish taknaklah! Aku tak nak kahwin!"

"Kau sayang aku, kan? Kahwinlah dengan dia pleaseee." Jimin rapatkan kedua-dua tapak tangan dia ke dada dan pandang aku dengan mata berbinar.

"Kau buang tebiat ke apa?"

"Hm, Kook."

"Ya, Jimin?"

"No Jimin Jimin. Panggil aku Jimin hyung." Jimin tersengih. Terdetik rasa pelik di hati aku.

"Tak nak."

"Cepat. Aku nak dengar."

"Tak nak."

"Alaaa." Jimin cebikkan bibir. Muka dia sudah memerah seperti mahu menangis. Ish budak ni.

"Iyalah, iyalah, Jimin hyung."

Jimin angkat muka dan pandang aku dengan senyuman lebar. Dia bangun dan melutut di depan aku sebelum mencubit pipi aku dengan kuat.

"Gomawo, Jungkook-ah."

"Sakitlah!" Aku mengadu. Tangannya yang masih mencubit pipi aku, aku tampar.

"Em, Kook."

"Apa lagi?"

"Janji dengan aku tau. Lamar Aurora. Kesian dia."

"Ei kau—"

Ayat aku tersekat bila melihat Jimin tersenyum kelat. Mata dia berair.

"Aku percaya kau boleh jaga dia."

"Weh, janganlah nangis. Macam budak-budaklah kau ni."

"Depan kau je." Serentak aku dan Jimin ketawa. Jimin tolehkan kepala dia ke belakang dan pandang aku semula.

"Aku nak pergi ni."

"Pergilah."

"Aku pergi tak balik sini lagi tau. Tak nak peluk aku?" Aku menjeling dia. Badannya yang kecil aku peluk dan dari situ aku dapat rasakan hati aku tak tenang. Jimin tepuk badan aku dari belakang.

"Bye."

"Bye, Jimin hyung."

____________________

Aku buka mata dengan nafas yang tidak teratur. Dahi aku berpeluh walaupun suhu di bilik ini sejuk. Aku tekapkan belakang tangan aku ke dahi.

Nasib baik tak demam.

Aku diam dalam keadaan begitu untuk beberapa saat.

Tadi.. aku mimpi?

Aku mengeluh.

Aku perlu kuatkan hati aku. Mesti Jimin sengaja bagi aku mimpi pasal dia.

Dia cuba untuk ingatkan aku pasal janji itu.

Bunyi telefon mengejutkan aku dari lamunan. Aku mencapai telefon aku yang terletak di tepi bantal. Mata aku mengecil memandang skrin telefon. Terdapat satu panggilan masuk.

Nombor Aurora?

Ikon hijau aku tekan dan tekapkan telefon ke telinga.

"He—"

"Jungkook?"

Suara Puan Park menyambut di hujung talian. Dahi aku berkerut.

"Ya, kenapa ahjumma?"

"Jungkook... Boleh tak datang sini? Aurora mengamuk. Ahjumma tak sengaja marahkan dia tadi sebab dia tak nak makan ubat yang doktor suruh." Puan Park bersuara cemas. Aku bangkit dari katil dan dekati almari baju aku.

"Tunggu kejap. Saya datang."

____________________

Aku usap rambut Aurora yang tak sedarkan diri di atas katil. Aku pandang dia dengan rasa kasihan.

Omma dia kata Aurora berkeras tak mahu makan ubat sehingga dia terpaksa desak dan paksa dia untuk makan. Aurora jadi sensitif, dia fikir omma dia marahkan dia. Emosi dia tak stabil dan dia terus campak semua barang yang ada di bilik dia.

Aku bergegas datang ke rumah dia dan pujuk dia untuk makan. Aku sengaja letakkan ubat penenang ke makanan dia supaya dia dapat rehatkan diri dan tenangkan emosi dia. Sekarang dia sudah tertidur.

"Terima kasih, Jungkook. Maaf sebab ahjumma ganggu kamu lewat malam macam ni."

Aku angkat muka lalu memandang Puan Park yang berdiri di kaki katil. Aku hadiahkan dia sebuah senyuman bersama anggukan kecil.

"Tak ada masalah, ahjumma. Saya ikhlas tolong kawan saya sendiri."

"Jungkook, boleh ahjumma tanya sesuatu?" Puan Park menyoal.

"Boleh, ahjumma."

"Kamu sukakan Aurora ke?" Aku sedikit tersentak dengan soalan yang dilontar oleh Puan Park. Aku sedikit teragak-agak mahu menjawab.

"Ahjumma tahu Aurora sukakan kamu. Jimin yang cerita. Sebab itu ahjumma nak tanya kamu."

Aku menggigit bibir.

"Sebenarnya... Saya tak pasti lagi, ahjumma... Cuma Jimin ada minta saya untuk lamar Aurora. Itu permintaan terakhir dia dekat saya." Aku menarik nafas sebelum dihela lembut. Bibir aku basahkan.

"Saya dah janji akan tunaikan permintaan dia. Saya akan belajar terima Aurora. Saya harap ahjumma izinkan." Aku tundukkan badan aku sedikit ke arah omma Aurora. Risau sekiranya dia marah atau membantah.

"Kamu serius? Ahjumma tak nak paksa kamu. Jangan paksa diri kamu atas dasar janji yang kamu buat dengan mendiang sebelum ni. Belum terlambat untuk kamu tolak Aurora. Ahjumma tak nak Aurora berharap dengan kamu nanti." Jelas omma Aurora panjang lebar. Dia menatap aku dengan rasa kasihan. Mungkin dia kasihan dengan diri aku yang terbeban dengan janji.

"Ahjumma kesian tengok dia. Ini pertama kali Aurora sukakan lelaki. Sekurang-kurangnya belum terlambat lagi untuk dia lupakan kamu kalau kamu tinggalkan dia." Aku menggigit bibir dan pandang sekilas wajah tenang Aurora.

Kalau aku abaikan permintaan Jimin, ramai yang akan tersakiti.

Jimin juga pasti sedih disana.

Aurora pasti tak akan sembuh. Macam-macam yang boleh berlaku sekiranya aku tinggalkan dia. Lihat saja sekarang, Puan Park dan Angela sendiri tak mampu untuk mengawal dia.

Kalau aku tinggalkan dia, jiwa keluarganya dalam bahaya. Aurora itu kadangkala boleh menjadi psiko seperti yang dia lakukan terhadap Hyomin sebelum ini. Aku risau sifat psiko itu akan menguasai dirinya lagi.

Lebih menggerunkan sekiranya Aurora bertindak mahu membunuh diri.

Tidak. Perkara itu tidak boleh berlaku.

Aku berdehem dan bangkit dari birai katil. Aku dekati omma Aurora dan berdiri dengan kepala tertunduk didepannya.

"Saya serius. Ahjumma, saya nak minta izin ahjumma. Bagi saya bantu untuk pulihkan dia."

Continue Reading

You'll Also Like

54.3K 4K 24
I see you , I want you, I stalk you, I meet you, I talk to you, I kidnapped you. **** Hi, saya Kim Taehyung." Teguran tu. Sejak teguran tu, hidup ak...
638 151 6
Bawa aku pulang bersama kau, sayang. amazing cover by @baeryflakes © JACKFOSTER- FEB 2O22 ✍︎
5.6K 1.3K 23
+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebu...
50.2K 7.1K 13
Terlihat suci tapi dia ternyata berbisa.