Make It Halal - Completed

nurnathalieya által

334K 16.4K 476

Harith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya m... Több

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Terima Kasih
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Tolong Sis!
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Author's note
Bab 39
Bab 41 - Klimaks
Bab 42
Maaf
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
baca ni
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 - Epilog
Korang !!!

Bab 40

4.8K 246 3
nurnathalieya által

"Assalammualaikum! Umi, ayah, Aisyah?" Harith dan Heliza sudah berada di hadapan pintu rumah. Sudah tidak sabar rasanya hendak bertemu mereka walaupun berpisah hanya beberapa hari.

"Waalaikummussalam! Dah balik?" Puan Khadijah memeluk Heliza lalu mencium kedua belah pipinya. Harith menyalam Puan Khadijah.

"Risau umi pasal bom dekat Sabah tu...nasib baik kamu semua tak apa-apa. Risau umi" Puan Khadijah mengusap pipi Heliza.

"Alhamdulillah, umi. Ada seorang askar ni yang selamatkan kami, Zul namanya" Puan Khadijah tersentak. Zul? Tak..salah orang agaknya. Heliza terdiam. Dia menunduk seketika apabila wajah uminya berubah.

"Ayah mana, mi?" Soal Harith sambil membawa bagasinya. Heliza terus bergerak ke dapur. Hendak membuat air katanya.

"Ayah kat masjid lagi.. Ada program katanya" balas Puan Khadijah lalu menyambung melipat kain yang masih berbaki.

"Laa, Harith pun kena pergilah ni? Harith kan orang masjid jugak" kata Harith.

"Kamu tu kan baru balik.. Tak nak rehat ke, Harith oii. Umi tengok muka kamu tu cengkung je..pergilah rehat" kata Puan Khadijah. Harith tersengih.

"Air, awak. Umi..air" Heliza meletakkan dulang air di ataa meja. Harith hanya tersenyum lalu menghirup air buatan isterinya.

"Aisyah mana?" Soal Heliza.

"Dalam bilik, tidur... Penat semalam tolong umi dekat kebun" Heliza mengangguk kecil. Sudah lama tidak bermain dengan adik kecilnya itu.

******

"Heliza, saya nak cakap sikit" Harith duduk di sisi isterinya yang masih lagi bertudung walaupun hanya mereka berdua di dalam bilik itu.

"Cakap apa?" Soal Heliza sambil menatap wajah suaminya.

"Saya ajak Zul datang makan dekat rumah, nak balas budi baik dia.. Umi pun dah setuju" kata Harith. Heliza membuntang. Terkejut dengan kata-kata suaminya.

"Awak tak kisah kan?" Satu soalan singgah di telinganya. Heliza terdiam.

"Kenapa? Awak tak suka?" Soal Harith lagi. Heliza memandang Harith.

"Ehh, ttaak..takk.. Saya okey. Ajaklah, dia kan dah tolong kita" balas Heliza dengan suara yang tersekat-sekat.

"Baguslah, malam ni dia datang. Saya dah cakap dengan umi, masak yang simple-simple je" kata Harith lalu tersenyum. Heliza tidak sedap hati. Umi setuju Zul nak kemari? Umi tak tahu ke Zul tu bekas kekasih Heliza?

"Nak pergi mana?" Soal Harith apabila melihat Heliza ingin keluar dari bilik. Heliza menoleh.
"Er, nak tolong umi masak. Kesian umi masak sorang-sorang" kata Heliza lalu tersenyum kelat. Dia tidak mahu lelakinya mengesyaki apa-apa. Biarlah rahsia itu menjadi tetap rahsia.

"Hmm, okey" Harith hanya memandang Heliza yang berlalu keluar dari bilik. Dia hanya tersenyum.

"Umi, Ija potongkan bawang" Heliza menghampiri uminya lalu segera mengambil pisau. Puan Khadijah memandang Heliza.

"Ija..."

"Ya, mi?"

"Zul datang.."

Heliza melepaskan keluhannya. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran uminya. Tentu uminya terkejut.

"Ija tahu.." Kata Heliza tanpa menoleh ke arah uminya.

"Harith tahu?" Heliza berhenti mengusap kulit bawang. Dia menoleh ke arah uminya.

"Ija tak nak dia tahu, mi. Umi tolong jangan bagitahu dia.." Rintih Heliza. Puan Khadijah menatap wajah anaknya.

"Yalah, umi tak bagitahu..umi faham" balas Puan Khadijah. Heliza mengangguk kecil.

******

Malam tiba. Berpeluh dahi Heliza akibat gementar. Dia hanya duduk di dalam dapur saja. Tangannya sejuk.

"Ai, kenapa duduk sini? Kejap lagi Zul datang. Saya nak cari sos, ada?" Harith datang mengejutkannya. Heliza segera mencarikan sos yamg diminta Harith.

"Ni sosnya. Awak pergilah dulu, saya nak kemas dapur ni" kata Heliza. Mengelak sebernanya. Harith mengangkat kening. Matanya memerhatikan dapur.

"Kemas je saya tengok dapur ni" Alamak! Kantoi. Heliza mengetap bibirnya.

"Dah, jom. Dia dah sampai kutt" Harith mengajaknya. Heliza terpaksa mengalah. Dengan cara apa lagi untuk dia mengelak? Dia membuntuti langkah suaminya.

Suasana di meja makan itu agak tegang. Haji Muhammad dan Puan Khadijah saling berpandangan. Haji Muhammad mungkin agak terkejut dengan kehadiran lelaki yang sebelum ini dia menghalaunya keluar.

"Umi, ayah. Inilah Zul. Dia yang selamatkan Harith dengan Heliza masa dekat Sabah" kata Harith. Heliza terdiam di sisi suaminya. Dia hanya menunduk. Makanan di dalam pingganya tidak dikuak. Zul hanya tersenyum. Dia menoleh ke arah Heliza. Gadis itu seperti biasa menunduk. Susah benar hendak bertentang mata dengan Heliza.

"Makan lagi, Zul" Haji Muhammad bersuara. Zul mengangguk. Matanya merenung ke anak mata Haji Muhammad. Bibirnya terukir senyuman kelat.

"Heliza nak lagi?" Soal Harith secara tiba-tiba. Layanan Harith terhadap Heliza semakin mesra. Entah kenapa mimpi Harith melayannya dengan mesra. Lauk diambilkan, air dituangkan. Jika mulutnya comot, dibersihkan Harith. Tergamam Heliza dibuatnya. Dan yang paling Heliza terkejut, semua layanan Harith dibuat depan Zul! Pipi Heliza berona merah. Panas mukanya menahan malu. Ditergah Heliza apabila Harith melayannya begitu. Namun, Harith tetap dengan pendiriannya.

Haji Muhammad dan Puan Khadijah saling berpandangan. Mereka juga hairan dengan sikap Harith. Sebelum ini tidak macam ini. Sesekali mata Heliza singgah pada mata Zul. Lelaki itu kelihatan tidak selesa. Pada riak wajahnya, Heliza agak bahawa Zul tidak sanggup untuk melihat mereka berdua. Heliza menepis tangan Harith.

"Awak.." Perlahan Heliza menegur suaminya. Dia juga tidak selesa dengan layanan Harith. Di hadapan Zul pula tu.

Zul terdiam pada akhirnya.

Olvasás folytatása

You'll Also Like

29.4K 3K 32
baca season 1 dahulu baru baca season 2 ye!!!! kalau tak baca season1, takkan faham cerita ini! ENJOY!!! :)
9.7K 318 22
seorang perempuan yg berumur 25 tahun bekerja di salah satu perusahaan yg boleh di katakan sangat lah besar...dia bekerja di situ sudah 4 tahun...pad...
2.8K 143 12
Seorang ejen bernama Calvin Emiliona Dharmendra yang bertansmigrasi ke tubuh anak bongsu yang malang bernama Kelvin Livander Kendrik yang dibenci sam...
Hisap Yaf által

Igaztörténet

35K 206 2
Hisap menceritakan diari hidup aku (penulis) dalam dunia gay ini. Kisah ini merupakan kisah benar yang ditambah baik lagi untuk pembaca. Cerita ini h...