[DIBUKUKAN] The Eccedentesias...

By taemericano

77.5K 11.6K 2.7K

❝She needs you to recover her, Jungkook.❞ Aurora. Nama yang indah. Tetapi tidak dengan hidupnya. ___________... More

Chapter 1 : Can You Help Me?
Chapter 2 : She Looks At Me
Chapter 3 : I Wish I Could Forget
Chapter 4 : It's Not Your Fault
Chapter 5 : She's Come Back
Chapter 6 : I Met Him Again
Chapter 8 : You Shouldn't Do That
Chapter 9 : You're Nothing To Me
Chapter 10 : He's Gone
Chapter 11 : She's Changed
Chapter 12 : His Untold Stories
Chapter 13 : You're Not Alone Anymore
Chapter 14 : His Secret Admirer
Chapter 15 : I Promise You
Chapter 16 : Want To Try Mine?
Chapter 17 : Remember My Words
Chapter 18 : Let Me Help Her
Chapter 19 : Don't Hurt Her
Chapter 20 : Finally, You're Mine
PREORDER | NOVEL PREVIEW
E-BOOK

Chapter 7 : The Old Memories

3K 576 94
By taemericano

p/s: font italic bermaksud scene untuk flashback :v

"Omma, appa, ini Taehyung. Dia boyfriend Angel yang sama-sama study dekat UK." Kata Angela bersama senyuman manisnya. Taehyung menunduk sebagai tanda hormat kepada omma dan appa. Omma dan appa terus menjemput Taehyung duduk untuk makan bersama.

"Kamu dah lama ke kenal Angel ni?" Soal appa. Aku yang duduk bertentangan dengan Angela hanya berdiam diri tidak mahu masuk campur.

"Tak lama sangat, baru setahun lebih macam tu." Balas satu suara garau. Siapa lagi jika bukan kekasih Angela itu.

"Appa kenal juga dengan keluarga Kim. Rasanya dah boleh letak kepercayaan appa kepada kamu untuk jagakan Angela ya Taehyung?" Ujar appa. Taehyung tersenyum manis lalu mengangguk.

"Baik, ahjusshi."

Appa tergelak kecil.

"Panggil appa saja. Biasakan diri." Taehyung tersipu. Masih segan menggunakan panggilan itu.

"Aurora, tegurlah bakal abang ipar kamu ni." Omma yang berada di sisi aku menegur. Aku tersentak sebentar.

"H-Hai." Aku menyapa sepatah. Mata aku bertembung dengan sepasang mata redupnya. Satu senyuman kecil aku lemparkan. Taehyung membalas senyuman aku.

"Hai, Aurora." Aku menundukkan semula pandangan aku. Tidak betah berpandangan lama dengan lelaki yang disebut sebagai bakal abang ipar aku itu.

Ah, tidak perlu aku mengenalkan diri pun Taehyung sudah pasti mendengar omma menyebut nama aku tadi. Sebab itu dia terus sahaja menyebut nama aku.

"Maaflah Taehyung. Aurora ni memang pendiam sikit. Dia jarang bersosial." Taehyung mengangguk faham sebelum menggumam.

"Tak apa, omma."

__________________

Aku menjeling jam di tangan. Pelik apabila jam sebegini tapi omma masih belum mengambil aku di sekolah. Selalunya bila dia lewat untuk mengambil aku pulang, dia akan pesan terlebih dahulu dari awal pagi sebelum aku bergerak ke sekolah.

Awan yang sudah bertukar warna menjadi kelabu menunjukkan hari yang sudah mahu hujan. Aku berteduh di bawah perhentian bas. Keluhan terbit dari bibir aku. Kaki aku kuiskan di atas lantai melukis sesuatu yang entah apa.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat di hadapan perhentian bas di mana aku berada. Pada mulanya aku tidak memandang langsung sebab aku kenal kereta omma atau appa macam mana. Sudah pasti di depan ini bukan mereka. Mungkin orang yang sengaja berhenti sebentar disana.

"Aurora!"

Aku mengangkat wajah apabila nama aku dipanggil. Dapat aku lihat wajah seorang lelaki dari dalam kereta yang membukakan sedikit tingkapnya agar aku mendengar panggilannya. Lelaki itu menggamit tangan mengajak aku untuk segera masuk ke dalam. Aku masih terpinga-pinga.

Ya aku kenal siapa lelaki itu. Tapi kenapa dia yang ambil aku petang ni?

Dengan persoalan yang masih berlegar di otak, aku gerakkan saja kaki aku menuju ke kereta tersebut. Aku terus duduk di kerusi bersebelahan pemandu. Aku mahu duduk di belakang tetapi segan sekiranya Taehyung menganggap aku ini bagaikan anak raja yang perlu diambil oleh driver siap duduk di belakang.

Sebaik sahaja aku masuk dalam keadaan basah kuyup, Taehyung melempar halus jaket miliknya ke riba aku. Aku tahu itu jaket dia kerana haruman wangian maskulin itu jelas menusuk ke hidung aku.

"Guna dulu jaket tu. Nanti awak kesejukan." Ujarnya tanpa memandang aku. Aku terus menutup badan aku menggunakan jaket itu. Baru aku perasan kenapa Taehyung tidak mahu memandang. Baju aku yang kebasahan sedikit melekat di tubuh dan itu agak mengundang ketidakselesaan Taehyung sekiranya dia melihat aku. Mungkin dia risau aku tidak selesa dengannya.

"Omma dengan appa mana?" Ayat kedua yang keluar semenjak pertemuan kali pertama kami hari itu. Aku tidak pernah mengajak dia berbual. Ada pun terserempak tapi hanya sekadar bersua muka sahaja tanpa ada bertegur sapa.

"Omma ada catering. Dia kena buat tempahan kek lebih sikit dan tolong kawan dia uruskan catering tu. Angel ikut sama. Appa pula outstation." Aku mengangguk. Appa memang sempat memberitahu aku mungkin hari ini dia akan outstation untuk beberapa hari.

"Angela yang pesan suruh ambil awak dekat sekolah. Dia malas pergi." Aku sudah agak. Kakak tiri aku yang satu itu memang malas berjumpa dengan aku.

"Awak janganlah segan dengan saya ya. Awak boleh anggap saya macam abang awak." Taehyung melemparkan senyuman kepada aku sekilas. Aku tersenyum nipis.

"Saya bukan macam kakak awak yang perlu awak takutkan. Biasakanlah diri bercakap dengan saya." Kata Taehyung lagi. Matanya masih fokus memandang jalan raya di hadapan.

Jujur, Angela itu pandai memilih pasangan. Kekacakan Taehyung itu setanding dengan artis. Dengan kekacakan yang dia miliki rasanya dia boleh menambat hati mana-mana gadis di seluruh dunia.

"Kacak sangat ke saya sampai awak pandang macam tu?" Aku tersentak. Taehyung sudah tergelak kecil apabila melihat reaksi terkejut aku.

"Maaf." Aku menggumam kecil.

"Tak apa, saya suka bila awak pandang saya macam tu. Boleh juga saya tengok muka cantik awak." Taehyung mengusik. Wajah aku sudah membahang.

Aurora. Ini salah. Jangan perasan dengan Taehyung. Dia tu kekasih Angela.

____________________

Rambut yang masih basah aku biarkan terurai. Aku ambil pengering rambut lalu menghidupkannya. Angin yang agak panas itu aku lalukan ke seluruh rambut. Mata aku terpejam. Ini sangat menyenangkan.

Selepas sahaja sampai di rumah tadi aku terus berterima kasih kepada Taehyung lalu masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Agak kekok sebenarnya bila di rumah itu cuma ada aku dan Taehyung. Aku ini bukan jenis yang bersosial. Lebih-lebih lagi dengan lelaki.

Tapi dengan membiarkan Taehyung sendirian di sana juga agak membuat aku segan kerana dia sudah bersusah payah mengambil aku di sekolah sehingga basah kuyup tadi. Aku tertanya-tanya sama ada dia sudah makan atau belum. Mahu saja aku bertanya terus kepadanya namun... Itulah. Segan.

Nanti Taehyung fikir aku ini jenis tidak tahu berterima kasih pula.

Rambut aku biarkan terurai tanpa mengikat kepada gaya ponytail yang sering aku buat. Langkah aku buka menuju ke pintu sebelum membukanya. Sunyi. Taehyung pasti berada di dalam bilik.

Aku keluar daripada bilik lalu cuba berjalan dengan senyap. Mana tahu Taehyung bukan di bilik. Nanti aku pula yang terperanjat bila bertembung dengan dia.

Suara batuk seseorang daripada bilik yang bersebelahan dengan bilik aku menandakan Taehyung memang berada di dalam bilik dan bukan di luar. Perlahan-lahan aku merapati pintu biliknya.

Patut ketuk atau tidak?

Entah keberanian mana yang menguasai diri aku, akhirnya aku memilih untuk mengetuk sahaja pintu bilik itu. Suara Taehyung dari dalam menyahut.

"Ya?"

Aku masih tidak membuka pintu bilik tersebut. Risau sekiranya aku melihat benda yang bukan-bukan.

"Awak dah makan ke tadi? Nak saya masakkan?" Aku menyoal dengan suara yang sedikit kuat supaya didengari olehnya.

"Tak apalah. Saya tak lapar." Sebaik sahaja menjawab soalan aku, Taehyung terbatuk semula.

"Awak okay ke?" Soal aku lagi. Aku pun tidak tahu bila masa aku boleh jadi prihatin sebegini.

"Okay je. Awak tidurlah dulu, Aurora. Nanti esok awak lewat bangun pula pergi sekolah." Aku mengeluh kecil. Entah mengapa terbit rasa kasihan di hati aku. Mungkin Taehyung jadi kurang sihat selepas terkena hujan tadi.

Aduh, kalau Angela tahu mesti dia marahkan aku ni.

"Taehyung, boleh saya buka kejap pintu ni?" Teragak-agak aku menyoal. Risau Taehyung kurang senang dengan permintaan aku. Nanti dia fikir aku sengaja mengambil kesempatan.

"Ehm." Hanya deheman menjadi jawapan. Suaranya seperti tidak bermaya. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Mana tahu dia bertukar fikiran mahu menghalau aku untuk keluar.

Suasana bilik Taehyung begitu gelap. Hanya lampu tidur yang malap menyala di pinggir katil. Pendingin hawa juga dimatikan. Satu jasad yang sedang berselubung di dalam selimut menangkap indera penglihatan aku.

"Awak sakit ke?" Aku menyoal. Langkah kecil dibuka mendekati birai katil yang menempatkan tubuh Taehyung. Wajahnya hanya sedikit kelihatan. Matanya terpejam seperti menahan perit.

"Kurang sihat kut. Tapi tak mengapa." Taehyung menjawab. Matanya yang kuyu dibuka. Bibirnya menarik senyuman nipis.

"Dah makan ubat belum?" Taehyung menggeleng.

"Saya jarang makan ubat." Aku menarik nafas lalu menghembus.

"Saya buatkan bubur dengan susu panas okay?" Aku memusingkan tubuh mahu bergerak keluar daripada bilik.

"T-Tak. Tak perlu."

"Anggap je ini tanda terima kasih saya okay? Lagi pun saya risau Angela marahkan saya kalau awak sakit teruk nanti." Aku tersenyum sebelum keluar. Mengelak daripada dihalang oleh Taehyung.

Selesai memasakkan bubur abalone dan membancuh susu panas untuk Taehyung, aku terus meletakkan hidangan tersebut ke atas dulang. Aku menuju ke kabinet yang berada di ruang tamu lalu mencari ubat-ubat yang perlu diberikan kepada Taehyung.

Tujuan aku, aku cuma mahu Taehyung sembuh dengan segera. Angela tidak boleh melihat dia sakit.

Silap haribulan aku boleh meninggal jika ahli sihir itu mengetahuinya.

Aku membawa dulang tersebut ke bilik Taehyung. Kelihatan Taehyung sudah duduk bersila di atas katil. Selimut masih membaluti tubuh.

Ini pengakuan jujur dari Aurora, jujur Taehyung itu masih kelihatan kacak walaupun dalam keadaan sebegini.

"Makan ya? Bubur ni baik dimakan waktu demam. Saya ada sediakan ubat sekali untuk awak makan. Makan semua ubat tu ya? Susu tu pun tolong habiskan. Lepas tu awak boleh terus tidur." Aku meletakkan dulang itu di atas meja di tepi katilnya. Taehyung memandang aku terkebil-kebil. Aku turut sama memandang kekok kearahnya.

"Kenapa?" Soal aku. Sedikit cuak apabila Taehyung pandang aku pelik semacam. Tawa halus keluar dari bibir Taehyung.

"Maaf. Saya terkejut sikit awak tiba-tiba banyak bercakap." Aku mengemam bibir lalu tertunduk. Segan apabila Taehyung menegur aku sebegitu. Aku baru perasan yang aku mula banyak bercakap dengan dia.

"Nampaknya saya kena sakit banyak kali lah kan supaya awak bercakap dengan saya?" Taehyung menayangkan sengihan petaknya. Aku tersenyum kecil.

Rasanya tidak mengapa sekiranya aku cuba berkawan dengan bakal abang ipar sendiri bukan?

"Saya pergi dulu." Aku menunduk. Belum sempat aku membuka langkah Taehyung terus memanggil aku semula.

"Siapa nak suapkan saya?" Taehyung menyoal dengan riak wajah naifnya. Aku terus terlopong seketika sebelum mengawal riak wajah seperti biasa.

"Awakkan nak tolong saya sihat. Suapkanlah sekali."

Entah kenapa pada ketika itu aku rasa menyesal kerana berbuat baik untuk menolongnya sejak awal tadi.

_________________

sorry masih belum ada scene JungRa. taklama lagi okay hehe <3

Continue Reading

You'll Also Like

42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
37.6K 2.7K 48
Kisah cinta bersaksikan sehelai kertas. "Kontrak tuh perjanjian. Bukan kontrak cinta" Kata Baekhyun tanpa memandang wajah Yeri sebaliknya hanya mema...
7.9K 1K 15
"Maafkan aku tau. Aku tahu kau akan jumpa yang lebih baik" author note : Story ni aku tulis masa aku bosan + tak matured, jadi maafkan aku kalau mera...
638 151 6
Bawa aku pulang bersama kau, sayang. amazing cover by @baeryflakes © JACKFOSTER- FEB 2O22 ✍︎