Projek Memikat.. Mr 2B ?

By shavillaa

49.8K 1.3K 76

Mr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18

Bab 7

3.4K 107 14
By shavillaa

Setelah seminggu aku matikan telefonku, hari ke lapan ini baru terdetik di hatiku untuk aku menghidupkan semula telefon bimbitku. Aku merenung telefonku. Selama seminggu aku tidak berhubung dengan kawan-kawanku. Apa khabar mereka ? Adakah mereka baik-baik sahaja ? Sudah seminggu juga aku tidak berhubung dengan manusia yang telah menghancurkan hati aku seperti kaca yang jatuh berderai.

"Lantak pi dia la. Aku malas nak amik tahu plus fikir pasal dia". Baru sahaja aku ingin menekan salah satu button di telefonku untuk menghidupkannya semula, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku memandang ke arah pintu. Pintu bilikku dibuka oleh seseorang tanpa keizinan dari aku.

Aku berdiri dari kerusi di meja belajar ku, meletakkan telefonku di atas meja lalu menanti siapakah gerangan yang telah membuka pintu itu. Badanku terasa kaku setelah melihat manusia yang memandangku dengan senyuman yang telah lama tidak aku lihat. Kakiku berat untuk melangkah menjauhinya. Hatiku seperti menyuruh aku mendekatinya. Akal ku berfikiran sebaliknya.

Otak, kaki dan hati sudah tidak berkerjasama. "Sampai hati you tinggal I" lalu melangkah setapak menghampiriku. Hatiku berkata dekatilah aku. Manakala bibirku berkata jauhi aku. Yang mana satu harus aku ikuti ? Si dia menarik tanganku lalu menyarungkan semula cincin yang...

"Hoi !". Aku yang terkejut disergah terus tergolek ke kiri katil dan jatuh menghempap lantai. Aku menggosok belakangku yang sakit dek jatuh seperti buah nangka ke lantai. Ketawa yang kuat kedengaran di telingaku. Abang kejam !

Aku bangun tanpa sepatah kata lalu berjalan ke arah pintu. Ketawa abang tidak kedengaran lagi. Mungkin dia perasan akan perubahan aku yang selalunya akan memarahinya tetapi kali ini lebih memilih untuk mendiamkan diri. Aku baru sahaja ingin mencapai tombol pintu, abang terus menarikku hingga terbaring ke katil semula. Kali ini abang sudah melebih. "Abanggggggg !".

"Akhirnya ! Dengar pun suara adik !". Aku terus duduk di atas katil. Baru sahaja ingin membuka mulut, aku seperti kehilangan kata-kata setelah melihat abangku. Penampilan yang baru ! Aku hampir sahaja tidak mengenalinya ! "Abang tukar fesyen ?".

Abang aku bangun lalu membetulkan rambutnya dengan muka berlagak. Ok Thats my bro. Aku bangun dari katil lalu berjalan mengelilinginya. Dari atas sampai bawah diubahnya. Kenapa tiba-tiba ? Ke ... "Makkkkk, abang dah ada ...", abang terus menutup mulutku. Abang melihat ke arah pintu. Takut jika mak akan datang serbu dirinya. Selepas seminit menanti, akhirnya orang yang ditakuti tidak muncul. Abang memandangku semula. "Jangan nak merepek ! Abang sengaja tukar penampilan. Sampai bila nak pakai baju style yang sama". Aku tergelak kecil. Tahu takut dengan mak. Kalau mak tahu yang abang sudah ada teman wanita, sudah pasti seribu satu soalan akan ditanya. Kadang soalan yang tidak masuk dek akal juga akan termasuk dalam list of 1000 question mak.

"sudah ! Orang dok mengelamun, abang pi kacau pasaipa ?". Terus keluar loghat utara. "Amboiiii. Halau abang nampak. Tak la, abang nak ajak adik pergi shopping. Tolong abang beli baju. Baru ingat ganjaranya abang belanja gincu MAC. Tapi adik dah halau abang. Tak apa lah", lalu berjalan perlahan menuju ke pintu bilikku. Gincu MAC ?! Walaupun aku bukanlah seorang gadis yang terlalu obses dengan barang alat solek dan kadang-kadang, eh bukan !, The most of the time, aku lebih suka dengan natural beauty iaitu hanya memakai bedak sahaja, tetapi tawaran yang dibuat oleh abang itu memang tidak dapat aku tolak. Aku berlari lalu menghalang abang keluar dari billikku. " ok deal ! pergi siap! Adik nak siap", lalu tolak abang keluar dari bilikku.

*******************************************************************************************

"abang nak beli apa je ?" lalu melihat baju yang tergantung rapi di dalam butik ini. "Abang nak beli anak kuda. kenapa ?". Gadis yang menjaga kedai itu sudah menutup mulut, gelak setelah mendengar lawak BOD (bodoh) abang. Aku senyum kepada gadis itu lalu mencubit lengan abang. "Sakitlah !". Haaa, tahu sakit. Hati aku yang sakit dipermalukan sebegitu rupa tak pernah pula fikir.

"Isteri ke ?" lalu menunjuk ke arah aku. Aku melihat muka gadis itu. Abang melihat muka aku. Isteri ? Ya Allah ! I'm not his wife ! Baru aku perasan, mungkin kerana aku memanggil abangku 'abang', dia berfikir kami suami isteri. Kalau dilihat dari rupa, memang tiada persamaan yang ketara dapat dilihat untuk menjadi bukti bahawa kami adik-beradik. Aku melihat abang tersenyum jahat ke arahku. Oh please, not again ! "Ha'ah", jawab abangku. Dah agak ! Lalu abang menarikku hingga berdiri di sebelahnya. "Sayang, anak kuda mana yang sesuai untuk abang ek ?" lalu menyelak beberapa baju yang tersangkut di dalam almari itu. Dah la perli aku, lepas tu malukan aku. Sekarang buli aku ! Memang kena mengadu dekat mak and ayah macam ni !

"anak kuda yang..", lalu menunjuk penumbukku di hadapan wajahnya. Abang sudah tergelak besar di situ. Beberapa pelanggan di dalam butik itu memandang ke arah kami. Abang kalau tidak malukan aku memang tak sah ! "Sorry, abang saya memang macam ni. GIla". Gadis di hadapanku sudah tersenyum menahan gelak lalu mengangguk kepadaku. "Sampai hati sayang cakap abang macam tu". Ya Allah, kuatkanlah kesabaranku ! Gadis itu mencelah, "kamu berdua ni sweet. jarang jumpa husband and wife macam ni". Belum sempat aku menerangkan perkara yang betul kepada gadis itu, abang sudah mencelah "Doakan kami bahagia selamanya", lalu mengenyit mata kepadaku. Ok I'm done ! Aku terus berjalan keluar dari butik itu.

"hey sweetie, takkan marah abang kot ?" lalu menolak pipiku menggunakan jarinya. Aku bermasam muka, tidak melayan abangku yang berperangai gila hari ini. Abang meletakkan tangannya di atas bahuku. "Sorry la dik. Abang gurau je. Janganlah masam macam cuka. Siapa nak tolong pilih baju abang kalau adik merajuk ?". Aku terus mendiamkan diri. Sambil berjalan, abang memujukku, "yela yela. Abang belanja adik kek nak ? Oreo cheese cake ?". Aku mengangkat wajahku memandang abang. "Deal !"

Abang menggelengkan kepalanya. "adik aku tak pernah berubah !", monolog hatinya. Abang berjalan beriringan dengan ku sambil tangannya memegang tanganku. Katanya, "tak mahu adik hilang". Aku sudah besar la bang ! Tetapi mak juga berpesan perkara sama kepada abang. Kalau keluar bersamaku, sebaiknya memegang tanganku agar aku tidak hilang. Mungkin pada awalnya aku rasa dikongkong, tetapi sekarang aku tahu, mak, ayah dan abang melakukan sedemikian kerana terlalu sayangkan aku.

Setelah dua jam aku menemani abang membeli barang keperluannya, abang mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana kami tidak menunaikan solat zuhur lagi. Kami berjalan sambil abang bergurau senda denganku untuk pergi ke kereta. Aku melihat sekeliling di tempat meletakkan kereta ini. Sunyi sepi. Mungkin kerana keadaan seperti ini yang menyebabkan pelbagai cerita hantu dikaitkan di tempat meletakkan kereta ini. "Kenapa ni dik ?". Aku melihat abangku. Aku merasa seperti diekori oleh seseorang. Aku menggelengkan kepalaku lalu memandang ke hadapan. Abang menarik diriku mendekatinya lalu memeluk bahuku. "Dont worry, abang ada". Aku mengangguk lalu senyum.

Tiba-tiba bahu abangku dipegang oleh seseorang. Abang berhenti bergerak lalu melepaskan pegangannya dibahuku. Aku turut berhenti. Aku memandang ke kiri. Aku terkejut apabila melihat seorang lelaki yang memakai baju hoodie menutupi kepalanya menarik abang lalu menumbuk Rayyan di bahagian muka sehingga menyebabkan abang jatuh ke lantai. Aku melihat lelaki tersebut. Lelaki itu menghampiriku lalu membuka hoodie yang menutupu kepalanya. Zaff ?! Dia memandang ke arah Rayyan, "jangan kacau tunang aku !". Aku terkejut setelah mendengar dia menjerit. Zaff ah kenapa ?

Aku tidak menghiraukan muka bengisnya lalu berjalan menghampiri abang untuk membantu abang yang terbaring kesakitan. "Stop there ". Langkahku terhenti. Zaff berjalan lalu berdiri di hadapanku. Zaff berjalan setapak menghampiriku menyebabkan aku melangkah setapak ke belakang. Zaff dah gila ke ? Dia berjalan seperti tidak memandang sekeliling. Jikalau aku tidak ke belakang, sudah pasti kepalaku sudah terhantuk depan kepalanya.

Zaff berjalan sehingga badanku tersandar ke dinding tiang di situ. Zaff berdiri rapat dihadapanku. Aku memandang ke bawah. Jantungku sudah mula mengubah rentak. Setelah dua minit kami berada dalam keadaan begitu, aku mendengar Zaff mengeluh. "I miss you". Aku terasa jantungku berhenti berdegup apabila mendengar ayat itu dari Zaff. Zaff rindu aku ? Zaff, buaya darat termasyhur di kampus rindukan aku, Eryna Sofia ?

"why you do this to me ? kenapa you pergi dengan bawa kebahagian I sekali ?". Aku tidak mampu mengangkat kepala memandangnya. Aku masih tidak percaya bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapanku, berkata seperti seorang yang kehilangan isteri adalah Zaff. "Kenapa mudah sangat you cari pengganti I while I keep hoping that you will come back to me ?". Kali ini, aku mengangkat mukaku memandangnya. Rupanya dia menganggap bahawa abang adalah kekasihku. Jadi betul la yang ada seseorang mengekori ku !

Zaff terus memandang mataku. "kenapa you seksa I macam ni ? I tak pernah serius dalam percintaan and I anggap i can live without you but I can't. Sehari tak dengar suara you, hidup I kosong. Kenapa you off your phone ? Kenapa you tak nak jawab semua call I? Setiap hari, I akan call you 10 kali dengan harapan, you akan jawab sekali". Aku terdiam. Sepuluh kali ?

Zaff mengangkat tangannya lalu menghayun ke arahku. Aku menutup mataku. Aku seperti bersedia untuk menerima tumbukan darinya. Aku membuka mata apabila mendengar Zaff menjerit kecil. Rupanya dia menumbuk dinding di belakangku. Dia menunjukkan tangannya kepadaku. Merah ! Aku memandang wajahnya. "Dapat gambarkan betapa sakitnya hati I sekarang bila tengok you bahagia dengan orang lain ?". Aku kehilangan seribu kata.

"Please jawab Ryna. I really miss your voice". Aku memandangnya tidak berkelip. "i.. I.. Leave me alone" lalu menolak badannya ke tepi dan berjalan ke arah abang. Zaff terdiam kaku. Tiba-tiba Zaff menarik tanganku, menyebabkan aku tersandar semula ke tiang itu. "Say that you don't love me then I'll go".

" ke tepi. Jangan ganggu i dah". Zaff meletakkan tangan kanannya di dinding untuk menghalang jalanku. "Say it". Aku ingin membalas tetapi mulutku terhenti dari mengeluarkan suara apabila melihat abang memandangku lalu tersenyum nakal. Ya Allah ! Orang risaukan dia. Rupanya dari tadi dia tak pengsan pun. Pandanganku ke arah abang berubah arah apabila Zaff memanngilku. "Say it sayang"

Dengan perasaan marah terhadap perangai abang dan Zaff, aku terus menjawab "yes I love you. Puas ?", lalu menolak dirinya. Aku berjalan ke arah abang tetapi langkahku terus terhenti tatkala aku teringat semula apa yang sudah aku katakan. "What Ryna ? Apa kau cakap tadi !", aku memusingkan badanku memandang Zaff. Aku melihat Zaff tersenyum gembira, "I've knew it ! You love me !". Aku menepuk dahiku. masalah, masalah ! "tak ! I salah cakap. I nak cakap..", tiba-tiba Zaff bergerak ke hadapan. "I apa sayang ?".

Aku selalu kalah dengan panggilan itu. "nothing" lalu menarik abang untuk pulang. Aku terus masuk ke dalam kereta. "jom sayang", jeritku sebelum menutup pintu kereta. Wajah Zaff berubah apabila mendengar panggilan tersebut. Abang tersenyum memandangku. Aku tahu abang bukan gembira dengan panggilan itu, tetapi lebih kepada gembira melihat drama murah sebentar tadi. Sudah pasti dia akan cerita semuanya kepada mak dan ayah. Matilanakkkkk !!!!

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 105K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
643K 72.2K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
1.2M 93.7K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
366K 16.6K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...