MrPink VS MrsBlack

By Jttzmr

191K 8.3K 269

"I hate pink . Saya tak nak theme wedding kita warna pink,saya nak black colour." "Hey, tak pernah dibuat ora... More

Prolog
Bab1
Bab2
Bab3
Bab4
Bab5
Bab6
Bab7
Bab8
Bab9
Bab10
Bab11
Bab12
Bab13
Bab14
Bab15
Bab17
Bab18
Bab19
Bab20
Bab21
Bab22
Bab23
BUKAN UPDATE
Bab24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab16

5.7K 251 6
By Jttzmr

Pen terjatuh.Dian membongkokkan tubuhnya agar dapat mengambil pen. Nasib baik hanya ada seorang sahaja lelaki yang lalu tika itu. Dian membangunkan tubuhnya. Dia memalingkan kepala ke arah pintu masuk cafe. Lelaki itu sudah hilang.

Kenapa,kenapa dia rasa, amat dekat dengan lelaki tadi?Ah hiraukan sajalah. Dian memandang Auni yang sudah lama menunggu mahu membuat pesanan.

"Nak makan apa Fiq?"

"Lambchop dengan Koko panas. Ammar nak apa?"

"Mee goreng,and milo ais."

"Okey,"

Dian berlalu pergi ke arah dapur cafe itu.
Dian, mula bekerja disitu setahun yang lalu. Jadi boleh tahan rapat juga dia dengan Auni. Dian seorang gadis bertudung. Menutup aurat dengan sempurna. Gadis bertubuh kecil. Mukanya licin tiada sebarang jerawat. Sangat cantik. Dian bekerja parttime di cafe itu kerana dia ialah seorang mahasiswi universiti berdekatan. Disebabkan bosan tidak tahu mahu melakukan apa di U,Dian bekerja. Boleh cari duit lebih katanya.Lagipun dia bukan dari keluarga yang berada.

Bob,sepupu Affian dan Auni. Dia juga sama kaya dengan keluarga itu. Dia sudah hampir 4 tahun bekerja di cafe itu. Alasan? Tiada siapa mahu mengambilnya bekerja. Dulu waktu belajar pemalas,tak berapa cerdik. Jadi keputusan SPM hanya cukup-cukup makan. Dia sambung belajar hanya untuk mendapatkan diploma. Bob malas mahu menymbung ijazah. Memang sah pemalas Bob ni. Ayah serta ibunya sudah pening dengan Bob ni,tapi disebabkan mereka ada anak yang lain juga, Bob kadang diabaikan. Kesian Bob...Bob seorang yang kurus,tinggi dan kacak. Sikacak penjaga kaunter. Hahahaha.

"Auni,kenapa cafe ni nama DM ?"

"Singkatan untuk D'Maisarah."

"Ouh,okey fahammm"

"Abang kau mana Auni?"
Ammar berkata-kata lagi.

"Keluar,tadi dia lalu tepi kita. Buat macam tak kenal je,herh sombong!"

"Tak perasan pula dia ada lalu tadi.Tapi dia tinggi kan,"

"Haah. Dia ikut Papa. Papa kan tinggi,tengok muka pun dah tahu iras siapa."

"Betul,mata dia sepet,kau bulat je?"

"Janji comel. Comel kan,"
Auni membuat muka comelnya. Ammar hanya memandang tanpa perasaan. Kosong.

"Tak,"
Sangat simple dan mudah jawapan Ammar. Tapi itu sudah cukup membuat wajah Auni kembali merah. Menahan marah.

"Ish!"

"Hahahahahaaha,"
Ammar ketawa. Suka betul dia mengusik Auni. Takpe nanti kahwin boleh usya
puas-puas muka bidadari ni.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun sampai. Tanpa banyak bicara,mereka mula makan. Ammar membaca doa makan sebelum memulakan nafsu perutnya. Auni juga melakukan perbuatan yang sama.

Betullah kata Auni. Affian iras papanya,Zulkiefli. Matanya yang sepet diwarisi oleh anaknya sekarang. Tingginya juga. Gaya bercakap juga begitu. Tapi suka menyakat orang tu, dia juga tak pasti dari mana datangnya.*you all know kim woo bin? Dialah Affian. Cause author like him so muchh*

*****

Setelah selesai makan,Ammar mengajak Auni pulang ke pejabat.

"Okey,jom balik Auni!"

"Jom."

Mereka menaiki kereta. Menuju ke pejabat kembali. Waktu kerja belum habis. Ammar ada appointment dengan clien. Akhirnya dia mendapat juga job.Tapi tak pastilah kes apa yang bakal dihadapnya nanti.

Sampai sahaja dihadapan pejabat, mereka berdua berjalan menuju ke bilik Ammar. Rasanya clien dah lama sampai. Ammar cemas. Dia risau jika menguris hati clien yang menunggunya agak lama.

Pintu bilik diketuk. Ammar dan Auni masuk ke dalam bilik itu. Auni mengambil tempatnya. Ammar pula ke tempatnya.

Apabila punggung sudah mengenai kerusi duduk,Ammar memulakan kata.

"Assalammualaikum,Puan....?"

"Waalaikummusalam.Puan Ina."
Puan Ina tersenyum manis.

"Ouh,Puan Ina.Terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab lambat. Saya keluar lunch tadi."

"Eh takpe. Akak pun baru sampai. Keluar dengan kekasih ke?"
Puan Ina membuat isyarat mata ke arah Auni. Auni pula sibuk membelek skrin komputernya.

Ammar hanya tersenyum malu.
"Ada apa saya boleh bantu? Puan."

"Ye. Akak ambil awak jadi peguam akak. Bela akak untuk kes langgar yang dirancang dan kes ugut."

"Rancang?"

"Yes. Anak akak yang jadi korban. Dia dapat baca no plat kenderaan terbabit. Dan akak kenal sangat dengan no plat itu.Akak risau anak akak yang lagi sorang pula kena. Akak nak lawan kat mahkamah supaya dia dipenjarakan.Akak taknak dia terus ganggu hidup akak lagi.Akak rasa dah tiba masa untuk akak bertindak.Akak harus tegakkan keadilan."

"Ouh,begitu. Baiklah saya akan pastikan Puan menang dalam kes ni. Boleh akak cerita apa yang terjadi sebenarnya? Akak kenal orang itu?"
Sambung Ammar.

Puan Ina mengeluh kecil.

"Sebenarnya,orang yang langgar anak akak tu,bekas suami akak. Sebab tu akak tahu no plat kenderaan tu. Akak bercerai dengan dia 4 tahun lalu."

"Kenapa bercerai?"
Auni menyampuk.
Ammar memandangnya tajam. Auni boleh menguris perasaan seorang wanita dihadapan nya sekarang.

"Dia curang dengan akak."
Jawab Puan Ina. Tenang sahaja bunyinya. Mungkin sudah redha dengan apa yang terjadi.

"Ouh,maaf saya tak tahu."

"Eh takpe lah. Akak dah biasa dah."

"Baiklah,akak berbalik kepada cerita akak yang tergantung tadi, apa yang jadi, hiraukan je Auni tu kak,"

Auni membuat muka geram. Ammar tak guna.

"Okey. Lepas kami bercerai,akak dengan dua orang anak akak langsung tak jumpa dengan dia,sampai lah 2 tahun lepas. Dia minta nak rujuk balik. Tapi akak tak mahu. Dia paksa-paksa akak,sampai akak tak tahan. Akak lari pindah sini. Tapi tiba-tiba dia pun datang sini juga. Sekarang,akak dah kahwin dengan lelaki yang betul-betul sayangkan akak. Sebab tulah dia sakit hati. Dia berdendam dengan akak. Dah banyak kali di cuba langgar dan lakukan benda-benda tak baik."

"Ouh,ada juga suami macam tu,"
Ammar mengeluh. Kesian Puan Ina.

"Kalau awak dah kahwin nanti,janganlah jadi macam tu ye?"

"Jangan risau akak,"

"Akak dapat pesanan ni,"

Puan Ina mengeluarkan beberapa sampul-sampul surat .

Ammar mengambil salah satu dari ia.Dan membaca yang seterusnya.

Bercerai dengan jantan tu dan kembali pada aku! Atau tak,aku bunuh anak kau!

Ini amaran kedua,kalau kau report polis lagi aku tak teragak-agak untuk cederakan Alia!

Hidup kau tak akan aman!

Aku dah cakap,jangan report polis,tapi kau report juga,jangan salahkan aku kalau aku cederakan Alia! Sasaran seterusnya, Aidil! Again? Aku suka dengar budak tu menangis panggil kau!

Aidil dah kena culik. Dia macam mana sekarang?sihat? Hahahaha! Alia pula,

Aku tak akan biarkan kau hidup senang!

Ammar terkedu. Nampaknya lelaki ini memang betul-betul tekad.

"Puan ada report? Suami akak sekarang tahu tak perkara ni?"
Ammar kembali serius.

"Dia tahu,dia yang suruh akak buat report. Tapi sampai Alia dah jadi korban,akak dah tak berani nak buat report.Takut Aidil pula yang kena,"
Jelas kerisauan dalam wajah Puan Ina.

"Dan,ni..."
Puan Ina mengeluarkan telefonnya dari beg. Dia memberikannya kepada Ammar.

Ammar membelek gambar-gambar didalam galeri Puan Ina. Terkejut juga dia.
Auni dah berlari-lari datang kepada Ammar. Dia juga ingin melihat gambar itu.

Beberapa keping gambar seorang kanak-kanak diikat dengan tali,dengan kesan darah dibaju. Serta satu video tentang kanak-kanak itu.

"Dia pernah culik Aidil.Akak takut sangat masa tu. Suami akak dah upah ramai pekerja dia untuk cari Aidil tapi tak jumpa. Kami tak boleh buat report sebab dia akan bunuh Aidil. Tiga hari lepas kejadian tu,kami jumpa Aidil dekat bawah kereta suami akak. Aidil lemah sangat masa tu, tapi sekarang dia dah pulih. Dia tinggalkan nota dekat Aidil,Hidup kau tak akan aman!. Itu isi nota tu. Ditulis kesan darah yang akak pasti darah Aidil."

Puan Ina mengalirkan air mata. Auni yang perasan dengan keadaan Puan Ina terus menenangkan Puan Ina.

Kejam sungguh bekas suami Puan Ina.

"Polis tak tahu pasal kes culik ni?"
Tanya Ammar selepas Puan Ina kembali tenang.

"Tak. Kami tak berani nak buat report."

"Kes ni baru berlaku ke?"

"Minggu lepas je,"

"Kalau macam tu,saya rasa kita boleh menang kes ni. Saya akan hantar surat kepada bekas suami Puan. Dan kita kena kumpulkan sebanyak mungkin bukti supaya kita menang."

"Tapi,kalau dia marah pasal surat tu?"

"Dia tak boleh buat apa-apa sebab kes ni adalah kes mahkamah. Kalau dia ada buat benda yang bukan-bukan,dia boleh dipenjarakan tanpa bicara."

"Ouh. Baiklah. Saya akan cuba cari bukti. Terima kasih tolong saya."

"Sama-sama puan. Kita jumpa lagi esok?"

"Ya, surat ni awak nak simpan ke?"

"Ouh ya. Puan ada tulisan lama bekas suami puan? Kalau ada tolong bawa esok. Saya nak hantar semua ni ke makmal."

"Okey. Akak pergi dulu ye,"

"Ya."

Puan Ina terus hilang dibalik muka pintu.
Auni dihadapan meja Ammar terus membuka bicara.

"Boleh menang ke?"

"Boleh. Sebab kita ada banyak bukti. Tapi bukti tu pun kita kena pastikan ia betul. Akal yang bakal kita bertaruh ni pun,aku rasa bukan calang-calang."

"Kenapa?"

"Bekas suami Puan Ina tu kaya."

"Mana awak tahu?"

"Sebab dia mampu buat semua benda ni. No plat tu,no plat kereta mewah."

Auni hanya mengangguk. Harap-harap Ammar boleh menang dalam kes ini.

Ammar mendail no Puan Lisa PA nya.

"Sediakan surat untuk kes yang saya emailkan tu. Dan suruh postman hantar terus surat tu,harini."

Setelah mendapat balasan dari Puan Lisa. Ammar merenung skrin komputer. Otaknya serabut dengan kes ni. Payah juga nak handle. Tapi nasib seorang wanita patut dibelakan.

Auni yang melihat kekusutan Ammar terus berkata,

"Don't worry dear,I know you can doing."
Auni tersenyum manis.

Ammar berasa tenang. Otaknya yang serabut tadi,sudah ringan. Auni memang gadis hebat. Ammar sangat bersyukur ada Auni sekarang.
Insyaallah dia akan pastikan kes ini menang.

Continue Reading

You'll Also Like

10.7M 241K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
7.4M 240K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...