Aku sayang kau

Por littlemissfir

313K 5.1K 110

Adirah Azzahrah merupakan seorang gadis yang sangat cantik namun egonya tercalar apabila dia dipaksa kahwin d... Más

Bab 1 - Siapa Danish Isyraff?
Bab 2 - Kena kahwin paksa?
Bab 3 - Dia nak jumpa aku?
Bab 4 - Masuk meminang
Bab 5 - Fitting baju
Bab 6 - Nikah
Bab 7 - Majlis resepsi
Bab 8 - First night?
Bab 9 - Hari pertama
Bab 10 - Honeymoon? ✈
Bab 11 - Maldives
Bab 12 - Special dinner
Bab 13 - Adirah sakit
Bab 14 - Perubahan Danish
Bab 15 - Armel ugut
Bab 17 - Adirah gugur?
Bab 18 - Awak sayang saya?
Bab 19 - Keluarga bahagia
Note to readers :

Bab 16 - Adirah pengsan

12.6K 217 6
Por littlemissfir

Adirah's Pov -

"Okay! Kalau you nak tahu sangat, yes memang Armel lah yang call I tadi." Dia mendegus geram.

"Wow akhirnya kan. Bilang jugak you. Kenapa tak nak bagitahu awal awal? I dah bagi green light, I tak kisah lah kalau I dimadukan." Aku sudah menduduk di birai katil sambil menahan tangisanku.

"Yes sayang, I'm sorry but I have to tell you this, I akan bertunang dengan Armel tak lama lagi. You tak kisah kan? Tapi I akan berlaku adil dengan you dan Armel." Tiba tiba sebelum aku dapat menjawab, aku sudah jatuh di birai katil sehingga kepala aku terhantuk di kayu katil dan terus pandangan ku menjadi gelap gelita.

"Sayang!" Adalah perkataan akhir yang aku dengar.

Danish's Pov -

Belum sempat Dirah nak cakap, dia sudah pengsan. Aku panik! Aku terus mengangkatnya ke kereta dan bergegas ke hospital.

"Sayang abang mintak maaf ye. Sabar ye sayang." Aku sudah mengusap lembut pipinya sambil memandu kereta dengan pantas dan akhirnya sampai juga.

Selepas beberapa jam doktor memeriksanya, Doktor bernama Suhailah itu menghampiriku.

"Encik ni siapa pada Puan Adirah?" Doktor Suhailah menanya.

"Saya suami Adirah Doktor. Macam mana dengan keadaan isteri saya?" Aku sudah mula panik.

"Alhamdulilah isteri encik sihat. Anak dalam kandungannya pon sihat tetapi jangan bagi dia terlalu tertekan kalau tak kandungannya akan terjejas." Terang Doktor Suhailah.

"Hah? Anak? Isteri saya?" Aku terkejut.

"Yes, Isteri encik mengandung nak masuk 2 bulan dah." Doktor Suhailah berkata.

"Encik boleh jenguk isteri encik, kalau takda pape, saya beredar dulu." Doktor Suhailah berkata lalu berjalan.

Aku terus memasuki bilik wad itu untuk melihat Dirah. Lalu aku menghampirinya.

"Sayang..maafkan abang sayang. Abang tak tahu yang sayang pregnant, kenapa tak bilang abang?" Aku berkata sambil mengusap lembut ubun ubunnya.

Adirah's Pov -

Aku mula sedar apabila ada tangan yang sedang mengusap lembut ubun-ubun ku. Lalu aku terus menepis kerana aku takut jika ada seseorang mahu mencedera kan ku.

Lalu aku membuka mata dengan perlahan, dan orang itu adalah Danish. Apa dia buat dekat sini? Aku sungguh kecewa dengannya.

"Awak buat apa kat sini? Pergilah dekat Armel, kesian dia." Aku berkata lalu menyeka air mata yang beralir di pipiku.

Danish tahu apabila panggilannya bertukar menjadi 'awak, saya' mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya.

"Sayang, abang tahu sayang kecewa dengan abang. Tapi satu hari nanti sayang akan tahu kenapa abang buat cam gini." Dia meraup mukanya.

"Kenapa sayang tak bilang abang yang sayang pregnant? Kenapa sayang seksa diri sayang? Sayang tu kan anak abang." Dia berkata sambil mengusap pipiku.

"Saya tak bagitahu awak sebab saya tahu ia akan menjejas hubungan awak dengan Armel. Ye la mana nak fikirkan pasal saya, pasal Armel lagi, lepas tu dapat tahu saya pregnant lagi banyak lah tanggungjawab awak. So saya ambil keputusan untuk diam je sebab saya ingatkan nak gugurkan je." Aku berkata sambil mengalihkan pandanganku ke sebelah kiri.

"Apa sayang cakap ni? Susah senang kita akan tempuh juga dugaan hidup ni. Sayang tak boleh nak putus asa. Abang ada kat sini untuk sayang." Ujar Danish.

"Awak? Ada kat sini untuk saya? Kan saya dah cakap awal awal lagi saya dah bagi awak green light untuk awak kahwin lagi satu." Aku sudah menangis teresak esak.

"Sayang, abang akan berlaku adil dengan Armel dengan sayang. Tu janji abang." Dia menarik lembut muka ku supaya aku menghadapnya. Aku cuba melawan tapi seakan akan merelakan saja.

"Whatever lah, saya nak tidur. Jangan kacau. Awak pergilah dekat Armel." Walaupon Dirah seperti merelakan saja, jauh di sudut hatinya ada perasaan cemburu dan sakit.

"Tak, saya takkan jumpa Armel selagi awak tak keluar dari Hospital." Dia mengusap belakangku.

"Anak kita macam mana?" Aku menanya. Aku tidak boleh berkeras berterusan dengan Danish.

"Anak kita sihat sayang, macam Mama dia jugak." Danish mencuit hidungku lembut. Aku menjeling sekilas kepadanya.

"Awak, macam mana saya nak bagitahu parents kita tentang ni?" Aku sudah mengalihkan pandangan ku.

"Nanti bila sayang dah sihat betul betul baru kita bincang pasal benda ni k. Sekarang sayang rehatlah puas puas." Dia berkata lalu meletakkan kepalanya di tanganku. Aku hanya membiarkan sahaja. Lalu aku merapatkan mata ku untuk tidur, menghilangkan segala gala tekanan yang ada pada diriku.

Armel's Pov -

'Puas hati aku sekarang bila aku akan jadi milik Danish. Adirah Azzahrah, hmm kau ingat kau sorang je boleh menambat hati Danish? Eh ini Armel Aisyah lah, model terkenal di Kuala Lumpur. Apa aku nak, aku akan dapat.' Gumam hati Armel.

🌿skip🌿

"Armel! Kamu tahu tak apa yang kamu buat ni memang salah. Kamu cuba nak runtuhkan masjid orang!" Tan Sri Zainal dengan marahnya memarahi anaknya.

"Apa semua ni Papa! Papa jugak yang ajar Armel kan whatever I want I will get it no matter what. So if I said I want Danish Isyraff Shah, I'm gonna get him tak kisahlah dia suami orang ke siapa ke who cares?" Armel sudah membantah.

"Armel, cuba jangan biadap dengan Papa kamu tu." Kini giliran Tan Sri Zilah iaitu ibu kepada Armel memarahinya.

"Serabut lah duduk rumah dengan parents yang tak ada hati perut, bukan ke Papa dan Mama nak tengok Armel bahagia? This is my happiness and I want to achieve it." Armel sudah menaiki tangga menuju ke biliknya sambil menghempas kakinya.

"Anak kita tu dah berubah bang..salah kita selalu manjakan dia. Give her whatever she wants." Tan Sri Zilah meraup mukanya.

"Kita tak boleh biarkan dia runtuhkan masjid orang Zilah.." Tan Sri Zainal bersuara.

"Apa kita nak buat bang?" Tan Sri Zilah mengerutkan dahinya.

"Abang tahu lah nak buat apa. Abang akan berjumpa dengan Danish." Tan Sri Zainal berkata lalu berjalan ke arah dapur.

Adirah's Pov -

🌿skip🌿

"Eh Mama, Papa, oh Mummy ngan Daddy pon ada juga." Aku berkata sambil mencuba untuk bangun.

"Eh sayang, janganlah bangun. Nanti anak kita terkejut." Danish sengaja menekan perkataan anak itu.

"Hah anak? Kamu pregnant ke Dirah?" Mummy sudah mendekatiku dengan teruja. Begitu sekali dengan Mama.

"Aah Mummy, doakan Dirah ye supaya Dirah dapat juggle between studies and my baby." Aku melemparkan senyuman plastik. Hatiku masih panas memikirkan tentang keputusan Danish untuk bertunang dengan Armel. Apa motif dia?

"Alhamdulilah, dah nak jadi nenek kita dua ye Mirah." Mummy berkata kepada Mama. Mama hanya mampu bersenyum.

"Sekarang ni Danish kamu kena lebih tumpuhkan perhatian kepada Dirah sebab dia tengah pregnant. Dia tak boleh stress." Gaya Papa sudah macam seorang Doktor.

"Insyallah Papa, Danish akan jaga Dirah. Hehe Papa berbual dah macam doktor." Danish mengusik Papa. Aku suka melihat kerapatan antara Papa dan Danish. Hatiku tenang. Danish tetap menghormati kedua dua ibu bapaku.

"Bila boleh balik ni Dirah?" Mummy sudah bertanya kepadaku.

"Insyallah esok Mummy. Kita balik rumah siapa Abang?" Aku terpaksa memanggil Danish abang kerana aku tidak mahu parents kami mengesyak apa apa. Malahan lambat laun mereka akan tahu juga.

"Balik rumah kita lah sayang.." Danish sengaja meleretkan percakapannya. Ish aku debik kang. Aku menjeling ke arahnya. Dia ketawa sinis. Boleh pulak dia gelak bila aku tengah marah dan serius?

"Eh takda takda, jangan nak mengada ngada nak balik rumah sendiri, duduk rumah Mummy sampailah Dirah bersalin." Mummy sudah memberi pandangan tajam kepada Danish.

"Ala Mummy, nanti berhabuk lah rumah tu." Danish mencari alasan kerana dia sendiri mahu balik ke rumahnya. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.

"Kamu upah Mak Jah buat apa?" Mummy berkata.

"Oh haah lah lupa. Ye la kami duduk kat rumah Mummy hinggalah Dirah bersalin." Danish melemparkan senyuman plastik.

Seguir leyendo

También te gustarán

70.1K 3.1K 26
Gara-gara mabuk satu malam, besoknya terkahwin pula. What the-...?! Well, kalau sudah jodoh tu... takkan ke mana-mana orang bilang... More DRAMA, mor...
193K 6K 23
#firststory #2018 #edit 2021 Kisah bermula apabila Elvina Natasya disaman oleh seorang anggota polis trafik,Amar Adryan.Pelbagai pergaduhan telah ter...
701K 21.3K 60
Bakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil ba...
174K 11.2K 33
Adam Hirdy | Azalea