KEMBALIKAN RASA INI

Bởi dominisa143

48.5K 686 82

Kisah penderitaan seorang gadis yang bernama Dhia Afina yang mahu mengejar kebahagiaan dia sendiri dengan car... Xem Thêm

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Untitled Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Untitled Part 39
Part 40
Part 41
Part 42

Part 2

3.7K 47 0
Bởi dominisa143



BAB 2

"OKEY. Sekarang ini rumah kamu." Suara Tuan Haris, lembut. Dia menepuk bahu Afina perlahan sebaik mereka menapak keluar dari kereta. Rumah kediamannya terletak di kawasan perumahan bandar Temerloh.

"Siapa nama kamu, ya?" soal Tuan Haris berbasa-basi.

"Dhia Afina, uncle. Panggil Fina saja." Jawab Afina ringkas. Mata sudah melilau memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu.

'Besarnya rumah. Kerja apa uncle ini? Bagaikan mimpi aku dapat tinggal dekat rumah ni tapi lagi bagus kalau aku dapat tinggal dengan ayah sekali,' keluh Afina sendiri. Sebak tiba-tiba bila teringatkan ayahnya.

"Fina apa yang termenung lagi tu? Jom kita masuk." Ajak Tuan Haris, kepala bahu gadis itu dipeluk rapat ke tubuh.

Tenanglah dulu wahai hati. Aku perlu yakinkan dia supaya dia tak syak apa-apa. Ah, kau memang gilalah Haris budak hingusan pun kau mahu!

Afina mengelak sedikit dari terus dipeluk oleh Tuan Haris. Dia rasa tidak selesa. Walaupun pak cik itu lebih tua dari ayah, dia masih tidak selesa kerana ayah sendiri tidak pernah melakukan begitu padanya.

"Imah, tolong angkut beg pakaian budak ini dan jangan lupa kemas bilik Alia untuk dia." Arah Tuan Haris pada pembantu rumahnya.

"Baik tuan. Mari nak, ikut mak cik naik ke atas," pelawa Mak cik Imah. Wanita awal 40-an.

Afina mengangguk lalu mengekori Mak cik Imah naik ke atas. Tuan Haris melepaskan lelahnya di sofa yang empuk, medepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lebar.

"Beruntung betul aku. Tak dapat tebus wang ringgit dapat ganjaran perempuan masih dara pulak tu. Masih hingusan tapi sudah anak remaja. Kasihan dekat kau Husin, itulah akibat pinjam wang tak nak bayar. Dulu isteri kau sekarang anak kau memang tak sayang bini dan anak betul kau ni. Rela jual keluarga sebab mahukan wang."Bicara Tuan Haris sendirian.

"Tuan!" Seru anak buahnya.

"Apa? Tak boleh tengok aku senang langsung!" Marah Tuan Haris bila mood senang hatinya diganggu.

"Anak Tuan. Puan Halina dan anak perempuannya mahu pulang dalam tempoh seminggu lagi." Jelas salah seorang daripada anak buahnya.

"Haslina? Kenapa tiba-tiba dia nak balik Malaysia suami kesayangan dia dah ceraikan dia ke?" soal Tuan Haris sekali gus menyindir bengang.

"Mereka sudah berpisah, tuan."

"Hah? Baguslah tu. Memang aku jangka dari awal lagi bila kau melarang jangan kahwin dengan mat salleh tu taknak dengar. Suami masih ada sibuk nak minta dilepaskan memang gatal nak cari lain sekarang padan muka dia! Mulalah nak balik merengek dekat aku." Rungut Tuan Haris .

'Eh, kejap! Kalau si Haslina balik mesti dia angkut sekali anak haram dia tu dan ini bermakna budak haram tu mesti nak pakai bilik dia. Habis macam mana dengan Afina nanti? Kalau ikutkan aku memang aku nak suruh budak itu tidur sekatil dengan aku tapi itu masih awal lagi. Ah! lantaklah si Alia tu nak tidur manapun rumah ni kan banyak bilik apa susah! Pilih saja nak tidur bilik mana satu.'Tuan Haris tidak mahu serabutkan kepala. Dia menghalau semua pekerjanya keluar kerana dia mahu berehat.

"Tuan semuanya dah siap. Afina sekarang tengah tidur, dia nampak penat." Celah Mak cik Imah yang baru turun dari tingkat atas.

"Baguslah." Ringkas saja balasanya. Mata terpejam. Fikiran pula masih memikirkan anak sulungnya bakal tinggal di rumah ini lagi. Pasti mengamuk sakan wanita itu bila dapat tahu dia membawa balik Afina ke rumah.

"Tapi tuan...." Mak cik Imah tidak menghabiskan bicaranya

"Tapi apa?" cantas Tuan Haris. Mata terus dibuka. Wajah orang gajinya dipandang.

"Saya tengok tubuhnya penuh dengan lebam-lebam." jelas Mak cik Imah teragak-agak. Dia sangat sedih bila terlihat kesan lebam terdapat di segenap tubuh gadis itu semasa Afina mahu menukar pakaian.

"Ermm...aku tahu sebab itu aku bawa dia ke sini. Takpe kau sapu aje ubat bila dia sedar nanti. "

"Baiklah kalau macam tu saya ke dapur dulu ya, tuan."

Sebaik melihat kelibat Mak cik Imah menghilang ke dapur, Tuan Haris bangkit lalu memanjat anak tangga untuk ke bilik beradunya. Semasa melintasi bilik yang ditempatkan Afina, Tuan Haris berhenti. Dia melihat pintu bilik itu terbuka sedikit lalu mengintai ke dalam. Nafsunya membuak tiba-tiba bila melihat Afina yang sedang nyenyak tidur itu tidak sedar kainnya terselak sedikit menampakkan betisnya yang putih itu.

Tuan Haris menguak sedikit daun pintu, kemudian menghampiri Afina. Dia melabuh punggung ke tilam. Perlahan-lahan dia menggosok betis Afina yang terdedah itu dengan senyuman bernafsu di dada.

"Ikutkan hati mahu saja aku terkam gadis itu sekarang walaupun masih muda bila dah badan mengacam mana tak tergoda aku ni!"

Afina yang lena terasa seperti ada orang merabanya. Sepantas kilat dia terus bangkit. "Uncle! Apa yang uncle nak buat ni?" Sergah Afina, terkejut lalu menarik kakinya dan menutup bahagian terdedah itu.

Tuan Haris senyum lembut. "Uncle tak buat apa-apa pun. Uncle cuma kasihankan kamu. Betis kamu yang cantik itu nampak sangat buruk sebab ada kesan calar uncle nak sapu ubat saja, tak sangka menganggu kamu tidur pula." Nafi Tuan Haris.

"Takpe kamu tidurlah, uncle tak nak ganggu." Sambung Tuan Haris kemudian dia bangkit untuk keluar dari situ. Sebaik daun pintu tertutup Tuan Haris melepaskan geram. "Cis, melepas aku!" rungutnya perlahan.

Bila melihat Tuan Haris betul-betul keluar dari bilik itu, Afina dengan pantas turun dari tilam itu dan cepat-cepat mengunci pintu bilik. Dia bersandar ke pintu.

Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan uncle itu. Ayah datanglah selamatkan Fina, rintihnya sebak.

"Oh! Kunci ya? Takutlah tu... takpe Afina hari kau belum tiba lagi." Bicara Tuan Haris tersenyum menyenget.

"NAK, macam mana kamu boleh ikut Tuan Haris ke sini?" soal Mak cik Imah sambil menyapu luka di belakang Afina.

"Ayah... Ouch! Sakitnya... Err... perlahan sikit mak cik. Ayah yang suruh saya tinggal dengan Uncle Haris, ayah cakap Uncle Haris akan jadikan saya anak angkatnya." Jelas Afina jujur sambil mengaduh kesakitan.

Mak cik Imah mengeluh. Sungguh kasihan gadis ini, apalah nasibnya. Ayah sendiri sanggup serahkan anaknya pada buaya darat. Mesti budak ini tidak tahu apa-apa tentang Tuan Haris. Gumamnya.

"Mak cik dah lama kerja sini?" Tanya Afina cuba berbasa-basi dengan pekerja bakal ayah angkatnya.

"Agak lamalah jugak." Balas Mak cik Imah dengan tangan masih lagi menyapu ubat di belakang Afina, penuh hati-hati. Sayu melihat kesan calar itu. Kalau buat report polis harus disoal siasat ni.

"Uncle Haris tak isteri dan anak ke, mak cik?" Tanya Afina lagi dengan suara menahan sakit. Matanya kekadang terpejam dengan mulut mengigit bantal. Kesakitan yang ditanggungnya amatlah perit.

"Isterinya dah meninggal dah lama, dia ada dua orang anak. Kedua–duanya perempuan. Anak sulungnya Puan Halina, yang bongsu Puan Harisa. Mereka dah ada keluarga masing-masing." Cerita Mak cik Imah.

" Kenapa Fina tak nampak mereka pun? Mereka tak tinggal sini ek?"

"Hrmm... Puan Halina jarang balik sini sebab sekarang dia tak duduk Malaysia. Dia menetap di Amerika, ikut suami keduanya. Dia bercerai dengan suami pertama semasa anak bongsunya berusia 5 tahun. Anak lelaki dia ikut suami pertama entah di mana mereka mak cik tak tahu sebab Tuan Elzikri suka mengembara. Puan Harisa pula ada kat Singapura. Dia memang menetap dekat sana bersama suami dengan anak kembar perempuannya. Mereka sekeluarga memang jarang berkumpul walaupun ada majlis."

"Patutlah. Mesti Tuan Haris sunyi anak dan cucu tak duduk sekali kan mak cik?"

Mak Cik Imah hanya tersengih. Tuan Haris kesepian? Kesunyian? Entahlah ada ke kalimah itu dalam hati lelaki itu. Yang dia tahu setiap saat lelaki itu asyik berkepit dengan wanita tidak kira masa.

"Okey dah siap. Rehatlah dulu badan kamu masih lemah." Ujar Mak cik Imah seraya menepuk lembut punggung gadis itu.

"Terima kasih mak cik." Ucap Afina lalu membalikkan tubuhnya kembali dengan perlahan-lahan.

"Sama-sama." Balas Mak cik Imah lalu bangkit dan menuju ke pintu seraya memetik suis untuk menutup lampu agar Afina dapat tidur dengan lena.

"Selamat malam mak cik!" Sempat lagi Afina mengucapkan selamat malam pada Mak cik Imah sebaik wanita itu mahu menapak keluar dari bilik itu

"Selamat malam Fina, sebelum tidur baca doa. Mudah-mudahan kamu selamat semasa tidur." Pesan Mak cik Imah dengan wajah redup.

Afina tersenyum tanpa menyedari sesuatu. Sebaik daun pintu tertutup dia menarik selimut dan terus pejamkan mata.

Mak cik Imah berdiri di depan pintu bilik itu seketika. Seraup wajah polos itu ada miripnya dengan wajah arwah isteri majikan. Tidak hairanlah lelaki itu beria membawa balik Afina ke rumah ini. Dia tahu tujuan Tuan Haris membawa gadis ini bukan mahu menyelamatkan tapi mahu menjadikan gadis itu sebagai perempuan simpanan.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

59.1K 5.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
774K 31.7K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.9M 86.6K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.4M 45.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...