Part 40

478 7 7
                                    

TUAN! Saya ada maklumat tentang kes dato Hadry." Uzir rakan setugas Elman menyekat dia sebaik melihat kelibat lelaki itu mahu masuk ke pejabat.

Elman yang baru saja masuk ke pejabat, menghentikan langkahnya. "Macam mana? Apa jawapannya?"

"Lelaki yang memukul anggota kita dan Dato Hadry kita berjaya menangkap mereka semalam. Menurut mereka orang yang mengupah adalah seorang perempuan. Saya rasa perempuan itu mahukan Dato Hadry tapi Dato Hadry tak layan maklumlah Datin Ana kan cantik jadi dia layankan surat ugutan." Kata Uzir memberi maklumat penting tanpa satu pun yang tertinggal.

Elman pulas tombol pintu pejabatnya. Dia melabuh duduk dan mempersilakan lelaki itu duduk sama.

"Perempuan? Hmmm kalau macam tu kamu siasat lagi cari bukti yang kukuh. Nanti minta Sarjan Halim lakarkan raup wajah perempuan itu. Saya perlu bagi pada Hadry secepat yang mungkin, mana tahu dia tahu tentang perempuan itu. Baiklah kamu teruskan siasat, saya nak keluar sekejap."

"Aik tuan baru aje masuk nak keluar lagi ke?" Soal Uzir, hairan dengan semangat wajah yang dimiliki orang atasannya itu.

Elman tersengih. Menyiasat kes Hadry memang penting tapi yang membuat dirinya bertambah semangat menyelesaikan siasatan ini adalah bila berjumpa dengan isteri lelaki itu. Dia dapat rasakan gadis itu adalah gadis yang dia tertunggu-tunggu. Dia tahu berdosa mencintai isteri orang, dia tak ingin lakukan perkara yang mengundang maksiat. Apa yang dia inginkan adalah ingin pasti siapakan gadis yang bernama Ana Dahlia itu.

Afina yang sedang membaca majalah di sofa terganggu bila telefon Hadry berbunyi. Dia meletakkan majalah lalu mencapai telefon bimbit kepunyaan hHadry. Tertera nama Elman membuatkan hatinya berdebar-debar.

"Siapa yang buat panggilan tu sayang." Tanya Hadry tangan masih ligat menyemak dokumen-dokumen penting.

Sejak kemurungan melanda diri, Afina jarang masuk butik tambahan pula Hadry sangat risaukan keselamatan dirinya. Setiap hari ke mana saja Hadry pergi mesti dia ada sama. Perhubungan dia dengan Hadry semakin baik walaupun mereka belum rasmi menjadi suami isteri yang betul-betul. Hadry sendiri bahagia dengan perubahan isterinya. Dia berharap satu hari nanti pintu hati wanita terbuka untuknya dan dapat menerima dirinya sepenuh hati.

Afina tidak menjawab. Dia bangkit dan terus menghulurkan telefon itu pada Hadry. Hadry menatap skrin telefon seketika kemudian memandang Afina serentak itu dia menekan butang hijau.

"Hello ya Elman." Sapa Hadry.

Afina mahu melangkah pergi tapi Hadry cepat menangkap lengannya.

Afina tidak dapat mengimbang badannya terus terjatuh di paha suaminya. Hadry cepat memaut pinggang ramping isterinya. Afina senyum terus memaut batang leher suaminya. Bergayut pada batang leher itu.

"Hah, betul ke? Baiklah sekejap lagi kita jumpa dekat tempat biasa."

"Apa hal abang?" Soal Afina sebaik Hadry menamatkan panggilan. Panggilan nama sudah ditukar kepada abang.

"Elman cakap pihak polis sudah tangkap orang yang memukul abang." Jelas Hadry tangannya masih ligat bermain-main di pinggang Afina.

"Err.. maksud abang, pihak dah tahu siapa yang buat dekat keluarga kita?" Soal Afina untuk kepastian.

"Macam tulah kot. Dia cakap penjenayah itu perempuan, kenapa sayang cemburu?" Soal Hadry kembali bila melihat wajah Afina berubah sedikit.

"Takde maknanya nak cemburu. Tak hairanlah perempuan yang buat sebab abang kan jutawan siapa yang taknak jadi isteri abang kan, dato lagi tu! Baguslah pihak polis dh tahu siapa yang buat. Kalau dia dapat ditangkap Ann rasa bahagia sangat lepas ni kita dapat hidup dengan tenang." Dalihnya lalu memeluk batang leher suaminya.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now