Part 34

464 4 1
                                    



INTAI siapa tu?" sapa Mak cik Imah dari belakang. Masuk saja ke rumah gadis itu tertinjau-tinjau di sebalik langsir tingkap. Apa yang diintainya tak tahulah.

"Eh, mak!" Afina tersengih kambing.

Malu ditangkap kering oleh ibu asuhan suaminya. Mana tak malunya. Dia mengintai kereta Elman sampai hilang dari pandangan sehingga tidak menyedari kelakuaanya dapat dihidu oleh wanita tua itu.

"Mana Adry?Tak nampak pulak dia."

"Dia ada meeting dia suruh saya balik dengan Elman . Mamy mana mak dari pagi tadi Ann tak nampak dia?" Soal Afina.Wajahnya masih mengukir senyuman manis. Rasa sangat bahagia kerana Elman masih menanti dia.

"Dia cakap nak naik KL dalam dua tiga hari ada urusan. Ann sudah makan?" Mak cik iImah kerut dahi. Afina seperti orang berkhayal. Senyuman manis menghiasi bibir gadis itu. Senyuman yang cukup dirindui olehnya.

"Fina..."

"Ya mak." Balas Afina masih tersenyum manis.

Mak cik Imah membulat mata. Dia tahu gadis itu tidak menyedari akan hal itu cepat-cepat dia ubah panggilan. Sungguh dia rindukan gadis ini. Mahu sekali dia merangkul seeratnya tapi dia tahu gadis itu mengesyakinya.

"Ann, nak mak sediakan makanan untuk Ann?"

"Tak. Ann sudah makan dengan Hadry dan Elman tadi. Oh, ya mak tahu tak fasal Elman Furqan? Dia tu rupanya sepupu Hadry. Hmmm kecil betul dunia." Cerita Afina tanpa dipinta. Wajahnya sangat teruja dan terlalu bahagia. Dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan wanita itu di belakang.

"Elman Furqan?" Hati Mak cik Imah mula galau sendiri.

Afina naik ke bilik. Saat punggung mencecah katil telefon bimbit berdering nyaring. Nama Kak Ruby tertera di skrin. Lantas disahut dengan hati berbunga riang.

"Ya Kak Ruby."

"Haih suara bunyi macam orang tengah bahagia saja ni. Haaa jangan cakap yang Ann sudah jatuh cinta dengan Hadry!" Sergah Kak Ruby di sebelah sana.

Afina tergelak kuat. "Mana ada Kak Ruby. Takdenya Ann nak jatuh cinta dengan dia."

"Baguslah macam tu. Kak Ruby bukan nak halang Ann dari menggapai kebahagiaan sendiri malah tak kesah kalau Ann jatuh hati dengan suami Ann sendiri tapi, kak taknak Ann menderita kalau terikat dengan keluarga itu. Ann ada sejarah hitamkan dengan keluarga mereka."

"Kak Ruby jangan risaukan Ann. Ann tahu apa yang Ann lakukan ini. Matlamat kita hancurkan Puan Halina dengan Kak Alia. "Oh, ya sebut fasal Alia kita tak tahu dia di mana sekarang kan?"

"Aah. Itulah. Mungkin dia takde di Malaysia. Jangan risau kita setelkan satu persatu. Habis di sini dengan Puan Halina kita akan usahakan dapatkan si Alia dengan bantuan Izzue. Selagi mereka tak rasa apa yang Ann pernah rasa Kak Ruby tak akan duduk senang."

"Kak..." Afina menjadi sayu.

"Dah. Tak payah nak emosi."

"Kak, Puan Halina turun ke KL. Ann rasa dia mahu jumpa Dato Malik rasa ini masa yang sesuai untuk kenakan dia."

"Serius? Cantik! Kak akan hantar Izzue untuk siasat keberadaan dia. Kak sendiri akan hubungi isteri Dato Malik dan done! Semuanya akan selesai. Kalau nyawa dia tidak terpisah pasti jasadnya menderita." Kak Ruby bersuara riang.

"Okey kak nanti apa-apa roger-roger dekat Ann ya?

"Ya sayang jangan risau. Cukuplah Ann menanggung semua penderitaan ini kali ini lepaskan pada kak. Kak akan urusankan semuanya untuk Ann. Ann taknak ke sini nak saksikan sendiri saat dia disakiti?"

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now