Part 35

459 8 0
                                    

BAB 35

"KENAPA awak boleh tahu saya di sini?"

"Kenapa datin lari?" Soalan dibalas dengan soalan.

Afina mendengus geram. Lelaki itu hanya tersenyum dan turut melabuh duduk di sebelah Afina.

"Kali pertama awak saya jumpa awak di sini. Kali kedua saya jumpa awak di sini. Tidak pernah berjanji tapi tempat ini menemukan kita kan?" Tiba-tiba lelaki itu bertutur lembut.

"Apa yang awak cuba nak cakap sebenarnya ni Elman?" Hati Afina sudah goyah sedikit. Wajah lelaki itu ditatap tajam.

Elman berdehem kecil.

"Dua pegawai yang saya hantar untuk datin tu rasanya sudah cukup mahir untuk handle kes jaga isteri orang ternama tapi lain pulak dengan kes datin yang lincah dan liar ni. Boleh saya tanya kenapa ya datin tidak suka diawasi oleh pihak kami sedangkan keselamatan datin dengan Abang Hadry sekarang agak terancam." Ada nada sinis kedengaran. Sengaja Elman menggunakan panggilan datin pada wanita itu. Geram dengan sikap degil wanita itu.

Tajam Afina menatap wajah Elman yang bercakap langsung tidak pandang ke arahnya.

"Kehilangan saya ni dilaporlah kan? Beginilah tuan polis, seseorang manusia ada hak untuk bebas daripada diawasi setiap masa, betul? Saya pun begitu. Hak kebebasan ke mana-mana tanpa mengawasan dari pihak polis rasanya itu hak saya jadi tolong jangan masuk campur hak kebebasan saya. Saya tak suka! Lagi satu panggil nama saya tak perlu berdatin-datin bagai geli tahi telinga nak mendengar." Lancang Afina berkata-kata.

Elman mengeluh kecil. Wanita memang lain dari wanita di luar sana. Degil dan keras kepala! Susah nak dibawa berunding. "Datin ingat pihak kami ni suka-suka buat kerja macam ni? Tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap negara dan bangsa itu yang kami terpaksa lakukan. Kalau ada orang yang bersikap macam datin langsung tidak bagi kerjasama pada pihak kami macam mana negara nak aman. Kalau nyawa datin tidak dapat diselamatkan nanti jangan nak salahkan pihak polis pulak. Degil!"

Mata Afina membulat besar. Bibir mulut terkumat kamit mahu mengatakan sesuatu. Lelaki ini memang tak makan saman langsung.

"Suka hati tuanlah!" Suara Afina terkuat. Dia terus bangkit untuk beredar dari situ.

"Nanti!" Lengan Afina disambar laju. Elman turut bangkit. Lengan Afina dilepaskan.

"Ana, tolonglah. Sekarang awak dengan Abang Hadry dalam bahaya. Kalau awak tak fikirkan soal diri awak tolong fikirkan orang yang sayangkan awak. Abang Hadry merayu pada saya untuk jaga awak. Dia risaukan awak lebih dari nyawa dia sendiri. Biar pihak kami awasi awak tolong..."

Afina berfikir sejenak. "Baik saya setuju tapi dengan syarat."

Elman jungkit kening.

"Awak yang kena awasi saya macam mana?" Afina senyum sinis.

Kali ini Elman pulak yang membisu.

"Awak tak akan setujukan? Jadi tak perlu hantar orang untuk awasi saya lagi." Habis bicara terus Afina melangkah.

"Okey Ana! Saya sendiri yang akan awasi saya dan saya akan hantar orang lain untuk awasi Abang Hadry, puas hati?" Jerit Elman dari belakang.

Afina sudah senyum panjang. Ada terselit rasa bahagia.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Afina bila kereta yang dipandu oleh Elman memasuki satu kawasan lorong yang agak berhutan sedikit.

"Janganlah risau saya bukan nak buat apa-apa pada isteri abang sepupu saya sendiri. Memandangkan hari ini hari jumaat jadi saya nak pergi melawat kubur arwah keluarga saya sekejap."

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now