Part 4

2.9K 37 0
                                    


BAB 4

"PAPAAA....!!"

Jerit Puan Halina kuat, merangkap anak sulung Tuan Haris meleret sebaik menguak daun pintu utama rumah itu.

"Papa!Papa!" panggil dia berkali-kali bila panggilannya tiada sahutan.

"Halina?!" Mak cik Imah terkejut dengan kepulangan wanita itu. Dia di dapur terus berlari ke ruang tamu sebaik mendengar suara yang dia kenal menjerit terus memeluk erat wanita itu.

"Mak Imah! Wah, rindu betul dekat Mak Imah! Mak Imah sihat ke?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada pembantu rumahnya.

"Macam nilah Mak Imah, Halina. Alia mana?" Tanya Mak cik Imah sebaik rangkulan mereka terlerai. Mata tertinjau-tinjau mencari anak bongus Halina.

"Biasalah budak sorang tu Mak Imah jejak saja kaki ke bumi Malaysia terus nak melencung ke tempat lain nak cari apa tak tahu. Mana papa dari tadi duk terpekik-pekik tak keluar juga?"

"Kamu ni macam tak kenal dengan papa kamu sendiri. Masa-masa begini kat syarikatlah. Yang kamu ni pula takde ribut taufan melanda tup-tup muncul pulak hari ni ada apa ke?"

Puan Halina tersenyum tawar. "Mike tinggalkan saya..." Suara Puan Halina penuh sayu.

Mak cik Imah tersentap. "Betul ke? Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal mak cik Imah, mengusap lembut bahu anak majikannya.

"Saya tak tahu bila masa dia jalinkan hubungan dengan betina tu! Saya pergi shopping dengan Alia bila kami balik, kami tengok dia tidur dengan perempuan lain..." Luah Puan Halina sambil memekup mukanya.

"..saya tak sangka dia sanggup curang di belakang saya. 15 tahun saya hidup dengan dia tak pernah berlaku apa-apa sebab dia janji akan setia dengan saya seorang tapi kenapa sekarang dia buat saya macam tu? Dia ingat saya takde perasaan ke? Dia dah lupa ke janji-janji dia ataupun ini mungkin hukuman atas balasan apa yang saya telah lakukan pada Elzikri dulu?" sambung Puan Halina berjeda seketika.

"Mamy, Lia dah balik!" pekik si anak dara yang masuk tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Nangis lagi ke? Buat apa nak bazirkan air mata untuk lelaki yang sudah tak setia lagi?!" Rengus Alia.

Puan Halina masih tersendu menahan tangisan.

" Haaaa..." Alia mengeluh kasar. "Mamy! Please Lia dah bernanah telinga nak dengar tangisan mamy setiap hari."

"Lia! Kamu diam. Kamu memang tak pernah faham perasaan mamy!" Jergah Puan Halina dalam sendu.

Mak cik Imah hanya terkebil-kebil bila melihat pertelingkahan anak beranak itu.

"Mamy... Lia bukan bermaksud nak biadab, tapi Lia tak nak mom terus macam ni. Nampak lemah sangat. Lia tahu mamy seorang wanita yang tabah." Suara Alia semakin mengendur. Dia menghampiri ibunya lalu meraih kedua tangan Puan Halina, dikucup lama.

Puan Halina mengusap kelapa anaknya. "Maafkan mamy sayang..." Diangkat tubuh anak gadis lalu merapatkan ke dalam pelukannya.

"Lia sayang mamy."Luah Alia turut menangis sama.

"Ya Halina apa yang anak kamu cakap itu betul. Jangan terlalu fikir tentang perkara ini. Kamu kena terus hidup." Tambah Mak cik Imah.

Mak cik Imah meminta izin untuk ke dapur mahu memasak makan tengah hari kerana sebentar lagi Tuan Haris akan pulang. Dia meninggalkan dua beranak itu yang masih berpelukan.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now