Part 9

859 13 0
                                    


AFINA berguling-guling di atas tilam empuk. Hatinya cukup senang sekali bila memikirkan Elman. Hari-hari dia rasa mahu saja ketemu dengan lelaki itu. Pertama kali dalam hidupnya ada insan yang mahu menghulurkan salam perkenalan dengannya tanpa mengira usul gala sejarah kehidupannya.

" Afina!" Jerit Puan Halina. Daun pintu dikuak kasar dari luar.

Afina terkejut lantas bangkit dan duduk bersila. "Errr.. ada apa mak cik?" soal Afina gagap.

"Mak cik?" Berani kau ya?" Puan Halina mengejek pertanyaan Afina, dia menghampiri gadis itu sambil bercekak pinggang. Rambut gadis itu ditarik kasar.

Tubuh Afina yang berada di katil terdorong mengikut langkah Puan Halina.

"Sakit mak cik...sakit." Rengek Afina cuba menghalang Puan Halina merentak rambutnya bagaikan mahu tercabut dari isi kepalanya.

"Mak cik! Mak cik! Siapa mak cik kau, hah?! Kau jangan ingat papa aku bagi kau duduk sini kau boleh berlagak seperti tuan puteri Cinderella sangat! Sekarang aku nak kau pergi tolong Mak cik Imah dekat dapur sekarang!" Arah Puan Halina kasar serentak itu juga dia menolak Afina keluar dari bilik itu.

Afina meniti anak tangga dengan lemah. Air matanya berjuntai-juntai turun membasahi pipinya. Perlukah dia pertahankan kedudukan yang dikecapi sekarang sedangkan dia sering diseksa oleh Puan Halina dan juga Alia. Jika dia tinggalkan rumah ini bermakna dia juga akan tinggalkan persekolahannya. Dia buntu.

"Fina, kenapa ni?" Soal Mak cik Imah bila melihat wajah mendung Afina memasuki ruang dapur.

Afina menggeleng lemah. "Ada yang perlu saya bantu mak cik?" Soal Afina, tersenyum kelat.

"Semua dah siap cuma tinggal nak hidang saja." Balas Mak cik Imah sambil mengacau air di jag.

"Saya bantu ya." Pohonnya. Dia mencapai pinggan mangkuk untuk mengisi lauk pauk yang sudah siap dimasak oleh Mak cik Imah.

Alia menapak masuk ke dapur. Dia tersenyum jahat bila melihat Afina sedang menyenduk kuah ikan patin masak tempoyak yang masih berasap panas. Dengan sengaja dia berjalan mendekati Afina lalu melanggar bahu gadis itu.

Mangkuk di tangan Afina terlepas dari tangan dan segala isi dalam mangkuk itu tumpah menimpa kakinya. Afina menjerit kesakitan sambil terlompat kecil.

Alia tersenyum sinis.

Mak cik Imah yang sedang membuat air terkejut dengan bunyi mangkuk jatuh ke lantai lantas berpaling. "Kenapa ni Afina?" Soalnya hairan, Alia di sebelah dipandang sekilas.

"Kaki...kaki Fina mak cik.. sakit...."Adu Afina dalam sendu.

"Itulah, cuai sangat! Dah tahu gulai panas mangkuk tu pegang elok-elok!" Sindir Alia sambil memeluk tubuh dengan wajah sinis.

"Mari mak cik sapukan ubat." Mak cik Imah memapah Afina masuk ke biliknya. Dia yakin Alia punca kejadian itu, siapa tak tahu Alia memang menyimpan dendam terhadap Afina.

Afina menyapu air mata yang mengalir keluar sambil memandang Mak cik Imah yang sedang mengurut kakinya. Nasib balik tidak melecur, kerana Mak cik Imah cepat mencumur kicap di tempat yang terkena tadi.

Kenapa Alia selalu mencari pasal dengannya sedang dia tidak pernah menganggu hal kehidupan gadis itu. Untuk tinggal di sini memang dia tak pernah terlintas tapi uncle Haris yang baik hati membenarkan dia tinggal di sini. Kenapa Alia nak marahkan dia, padahal datuknya yang membenarkan dia tinggal di sini?! gerutu Afina dalam diam.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now