KETAGIH

بواسطة izzyangelo

43.5K 346 41

Aku baru tinggal di kampung selama sebulan tapi macam-macam cerita pasal orang kampung aku dengar. Ketagih! D... المزيد

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11

Bab 4

4.1K 31 5
بواسطة izzyangelo


"Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa Ji? Kenapa cik Lijah cakap adik aku pengsan tadi? Dia dah ok ke belum? Doktor cakap apa?"

"Sebenarnya..."

"Apa dah jadi kat Zara ni Ji?" Mak mula kalut.

"Dia ok aje mak. Mak jangan risau ya. Doktor cakap Zara penat biasa. Kena banyak rehat aje."

"Alhamdulillah. Nasib baik anak mak tu takde apa-apa."

"Ada satu berita gembira lagi mak. Ajim bakal dapat adik. Mak bakal dapat cucu baru."

"Syukur alhamdulillah," jawab aku dan mak serentak.

"Bawak balik adik aku datang sini Ji. Aku nak jumpa. Rindu sangat dah ni," kataku.

"Eh jap. Aku baru perasaan. Bila kau balik kampung Rif? Asal aku tak tahu?"

"Hahahaha. Semalam sampai. Korang datang sini tau. Aku nak jumpa korang. Lama bebenau tak jumpa."

"Iyalah. Jap lagi kitorang sampai."

Talian dimatikan.

Zara berbadan dua sekarang. Zuriatnya bertambah. Ok aku jeles. Aku nak kahwin!!!

* * * * *

"Sepak bola tu kat cik Ep. Sepak kuat sikit Jim."

Aku melayan Ajim main bola di halaman rumah. Seronok melayan ragam anak kecil ini. Langsung tidak berasa sunyi malah tidak membosankan.

"Gol!"

Ajim menjerit kegirangan. Aku sengaja buat-buat tak dapat tangkap bola tu. Kanak-kanak memang suka kalau diorang menang kan? Ajim juga begitu. Kemenangan dalam setiap permainan sudah cukup membuatkan Ajim happy.

"Alah! Cik Ep kalah lagi," rungutku.

Aku membuat suara sedih dalam keluhan. Mimik muka ku ubah menjadi tangis kecil. Jari-jemariku bermain di kelopak mata. Konon lap air mata la tu.

Ajim menghampiriku. Dia memelukku erat. Jarinya memegang mataku. Cuba mengesat air mata yang halimunan itu barangkali.

"Takpelah cik Ep. Kita main lagi ey. Nanti Jim bagi cik Ep menang," katanya dalam nada pujukan.

Betul kata orang. Kadang-kadang, budak-budak ni buat kita annoyed. Kadang-kadang jugak, diorang ni lah yang menceriakan hari-hari kita. Aku tersenyum dengan keletah Ajim.

"Assalammualikum."

Aku toleh ke belakang. Siapakah gerangan suara gadis yang memberi salam itu?

"Syape tu cik Ep? Jim tak pernah nampak pon"

"Oh tu kawan cik Ep. Ajim main bola sorang dulu ya. Cik Ep nak jumpa dia kejap."

Ajim mengangguk laju. Dia kembali menendang bola adidas jenis tiruan itu ke sana ke sini.

Aku mendekatkan diri ke arah gadis tersebut. Wajah ku ukirkan dengan senyuman.

"Hai, lama tak jumpa. Apa mimpi kau datang ke rumah aku ni?"

"Siapa mimpi siapa ni? Bukan kau ke yang mimpi aku?"

"Kau merepek apa ni Piah?"

"Sejak bila kau pandai panggil aku Piah ni? Dulu panggil aku dengan nama glamour jek. Panggil aku Opie la wey! Naik sikit saham aku."

"Tu zaman dulu ler. Zaman bodoh ngek ngok lagi. Mak aku panggil kau Piah kan? Aku follow dia la ni?"

"Piah pun Piah lah. Aku terima jek."

"Kau pahal datang sini sebenarnya? Nak apa? Pinjam duit?"

"Choi mulut kau! Aku cili karang! Aku ada duitlah!" Bibirnya dimuncungkan.

"Aku terserempak dengan mak kau kat pasar pagi tadi. Katanya kau teringin nak rasa asam pedas ikan pari masakan dari orang jauh. Kau maksudkan aku kan Rif?"

"Ishhh, kau merepek apa ni? Aku rindu kau pon tak pernah!"

"Eleh, ngaku pon susah ke? Nah."

Piah menghulurkan sebungkus plastik merah. Di dalamnya mengandungi sebekas tupperware.

"Apa ni?" tanyaku.

"Asam pedas ikan pari lah."

"Woi, kau betul-betul masak ke? Mak aku memain je lah! Yang kau bendul gi ikut tu buat apa?"

"Bukan aku yang beli barang. Dia dah siap beli. Aku tolong masak jek."

"Ya Allah! Apa kena dengan mak aku ni? Sori wey kalau aku dah menyusahkan kau."

"Takde susahnya lah. Dahlah aku balik dulu. Malas pulak nak layan kau. Lain kali kita sembang lagi. Cau."

Piah sempat menjeling ke arah Ajim sebelum dia berjalan pulang. Eh, pelik jek jelingan minah ni. Apahal? Tak puas hati?

* * *

"Abang!!!"

Adik berlari mendekatiku lalu dia memelukku erat. Ah, dia membuatkan nafasku sesak!

"Huh! Nafas abang tersangkut dik. Huh!"

Dia melonggarkan pelukan lalu mempamerkan sengihan ibarat kerang busuk di bibir.

"Dia dah rindu sangat kat kau tu Rif. Lama sangat kau tak jenguk kampung," kata Fauzi yang dari tadi setia berada di belakang Zara.

"Ha'ah. Lama sangat abang tak call. Sibuk sangat ke kat bandar tu?"

"Sikitlah. Abang amik cuti sebulan. Nak lepak dengan korang. Rindu sangat!"

"Wahhh! Bestnya! Bolehlah adik lepak dengan abang lama sikit lepas ni."

"Eh, mestilah! Aku nak mintak izin kau ni, Ji. Waktu kau pergi kerja, kau bagilah Zara dengan Ajim datang sini, lepak sini. Boleh aku lepak dengan diorang."

"Hmmm... sukalah Ajim ada orang nak melayannya nanti. Makin melalutlah perangai budak tu nanti. Kau tak payah nak mintak izin apa semualah. Aku izinkan. Lagipun Zara ni adik kau, mak dia pon ada kat sini. Aku tak nak lah putuskan hubungan korang anak beranak."

"Bagus betul kau ni Ji. Tak menyesal aku pilih kau jadi adik ipar. Terima kasih."

"Takyah terima kasihlah. At least korang boleh tengok-tengokkan Zara dengan Ajim waktu aku takde. Zara ni yang penting. Dalam tu ada lagi satu. Kena awasi dia ni betul-betul," kata Fauzi sambil mengusap lembut perut Zara.

Kami masuk ke dalam rumah seiringan. Mak sudah menyediakan pelbagai hidangan di atas bentangan surat khabar di lantai. Asam pedas ikan pari yang Piah hantarkan tadi tu pun ada juga terhidang.

Makan bersila. Itulah adat kami satu keluarga kalau semua berkumpul untuk makan sekali.

Sambil makan, sambil tu kami bersembang. Rasulullah berpesan, waktu makan jangan bercakap. Khuatir kalau memberi kemudaratan contohnya seperti tersedak atau tercekik tapi kitorang selalu mengambil enteng tentang hal itu.

Masa beginilah masa yang sesuai untuk kami bercerita tentang hal masing-masing. Lebih mengenali antara satu sama lain. Tapi kadang-kadang 'terngumpat' orang kampung tu pun biasa jugak. Alah, kita bukan selak tepi kain diorang pun cuma menjaga.

Jaga tepi kain dengan selak lain ey. Itu kena faham.

Jaga tepi kain orang maksudnya kita ambil berat. Mana boleh bantu, kita bantu. Mana boleh kita usahakan, kita tolong.

Selak tepi kain orang maksudsudnya kita ambil tahu mengenai diorang secara berlebihan. Sengaja nak tahu tapi takde apa-apa tindakan untuk membantu. Sekadar menyibuk tentang hal peribadi mereka. Ini bahaya!

"Kau jangan pernah pergi makan kat kedai tom yam hujung kampung tu tau Rif. Nak cuba rasa pun jangan sekali. Ingat pesan mak ni!"

"Kenapa pulak mak?"

"Orang yang pergi makan kat situ, semuanya macam penagih. Dah makan sekali, mesti nak lagi. Abah kau ni pun hampir terkena. Nasib baik Ji ada waktu tu. Sempat jugak Ji larang abah kau dari makan kat situ."

"Tom yam dia sedaplah tu mak. Sebab tu orang asyik pergi situ jek."

"Kau jemu tak kalau tiap-tiap hari makan makanan yang sama. Pagi petang siang malam makan lauk yang sama. Bosan?"

Aku terfikir sejenak. Betul juga kata mak. Kalau tiap-tiap hari hadap nasi dengan telur dadar, bosan juga. Mesti teringin sesuatu yang baru atau sesuatu yang berbeza. KFC ke, Mc Donald ke, Pizza Hut ke, kan?

"Owner kedai tu orang siam bang. Orang cakap, dia guna bomoh siam. Buat ubat guna-guna nak bagi laku kedai dia."

"Ishhh, tak baik awak cakap macam tu. Tu menfitnah namanya. Kita tak tahu hujung pangkal. Jangan sesuka hati nak menambah," tegur Fauzi. Bagus suami adik aku ni. Serius aku tak menyesal ambil dia jadi adik ipar aku.

"Kalau orang dah tau dia guna bomoh siam, guna ubat guna-guna, tapi kenapa diorang masih pergi kedai tu? Kenapa diorang tak elak," tanyaku ragu-ragu.

"Entahlah. Apa yang abah dengar, diorang semua dah ketagih. Kalau sesiapa yang pernah pergi sekali, mesti diorang nak makan tom yam tu lagi. Kalau sehari tak makan, badan jadi menggigil tak tentu pasal."

"Ishhh, takkan teruk sampai macam tu sekali bah?"

Mereka semua mengangguk. Pelbagai persoalan dan tanda tanya bermain di mindaku. Kuat sangat ke bomoh siam tu?

"Takkan takde mana-mana ustaz tolong tengok-tengokkan kedai tu mak abah?"

"Ustaz yang pernah cuba nak tengok-tengokkan kedai tu pun dah start ketagih tom yam dia. Macam mana?"

Ah, sudah! Konfem hantu siam tu kuat gila!

"Errrkkkkkkk!"

Sendawa kuat kedengaran di setiap penjuru rumah.

"Jim dah kenyang! Nantok dah ni""

Gosip tom yam siam terhenti apabila Ajim bersuara.

Alahai budak ni. Ngantuk dah dia. Penat sangatlah tu main bola tadi.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

402K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
KETAGIH بواسطة Izzy Angelo

غموض / الإثارة

43.5K 346 11
Aku baru tinggal di kampung selama sebulan tapi macam-macam cerita pasal orang kampung aku dengar. Ketagih! Disebabkan hobi aku yang suka menyiasat...
Suamiku Mr.Bad Boy بواسطة qiss

غموض / الإثارة

724K 30.8K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
249K 8K 65
Tengku Aryana Sofea dan Tengku Ria Emelea adalah sahabat baik dari kecil lagi begitu juga dengan kedua ibu bapa mereka..tetapi..kehidupan Tengku Arya...